Rabu, 19 Februari 2014

DIA SEORANG SUAMI.

DIA SEORANG SUAMI.

Apabila kita sudah memiliki seorang suami ,

Syukur,
Sebab tidak semua yang berkesempatan untuk merasai
hebatnya kasih sayang seorang suami,

dia Suami ,

isteri sangat sulit memahami kemahuannya,
kerana sikap isteri slelaunya sering persoalkan mengenai hatinya sendiri,
kerana terlalu banyak pencanggahan naluri dua makhluk Allah yang cantik ini,

Maka si isteri sering mengatakan suami tidak mahu mengerti dia,
suami terlalu pentingkan dirinya sendiri,
suami tak pernah ambil perhatian terhadapnya,
suami tidak mencintainya lagi!

Sebagai isteri ,
boleh tak berkongsi rasa gembira,
apabila suami memberitahu yang dia sangat suka memiliki ramai wanita,
dia punya keinginan itu,
kerana itulah naluri seorang lelaki,
walau hakikatnya dia sememangnya tidak mampu,
boleh tak bergembira walau sekejap,
mengerti naluri ini?
sebab,
lelaki sangat menghargai apabila isterinya mengerti akan naluri ini,

Sebagai isteri,
boleh tak cuba faham akan kecemburuan seorang suami,
bahawa suami tidak gemar melihat kita bermesra dengan lelaki lain ,
bercakap dengan lelaki lain,
berhubung dengan kawan-kawan lelaki,
ia sangat terpukul andai isteri berbuat begitu,

sebagai isteri,
boleh tak kita cuba fahami,
yang jiwa seorang lelaki apabila dia pulang ke rumah,
dengan satu bebanan kerja yang tak berkesudahan,
dia mahu isterinya ada untuk menyambutnya di rumah,
melayan dia dengan baik,
membelainya dengan selembut-lembutnya,

sebagai isteri,
boleh tak kita cuba fahami,
dia tidak suka melihat kita bercantik -cantik selain untuk dia ,
dia tidak suka meihat kita menjadi tumpuan orang,
dia mahu kita berusaha untuk selalu cantik untuknya,

sebagai isteri,
boleh tak kita cuba fahami,
dia punya nafsu biologi yang harus kita tunaikan,
ambil berat tentang keperluannya ini,
seolah-olah sebahagian dari diri kita,
seolah-olah perut yang harus di isi makanan,

sebagai isteri,
boleh tak kita cuba fahami,
dia sangat suka melihat kita sentiasa bersama dengan anak-anaknya,
menjaga dan merawat anak-anaknya sebaiknya,

sebagai isteri,
boleh tak faham naluri seorang suami,
bergembira dengan apa yang digemarinya,
dan meninggalkan apa yang tidak disukainya,

Fahami fitrahnya seorang lelaki yang bernama suami,
Allah SWT akan memahamkan suami akan soal hati kita pula,

Allah itu Maha Baik.

Cintailah suami kita dengan ruh kita bukan lahir semata. Kenali ruh suami, siapa dia sebenar, sebab yang ternyata pada lahir sukar untuk kita baca, sebab ia selalu di ganggu gugat oleh syaitan laknatullah.

wallahualam.

(-_-)

NuurMuslimatusySyaheedah. 19/2/2014

Isnin, 3 Februari 2014

APA SUDAH JADI?

Kasihan rakyat. Bukan apa kalau harga minyak naik kesannya sangat besar kepada keperluan kehidupan seharian. Harga barang- barang keperluan lain juga akan naik dan naik. Sebab itulah rakyat risau sgt kalau harga minyak kereta naik.

Kita mungkin rasa ianya tak membebankan pun, tapi mereka yang lain?

Jadi, jangan mendabik dada sangat kalau ada rakyat merintih akan situasi ini, sebab naiknya harga minyak bermakna barang keperluan lain akan naik.

Saya sangat risau, kalau keadaan ini berterusan, saya risau makin ramai wanita sibuk keluar rumah cari pendapatan sampingan berikutan keadaan ekonomi yang kian getir.

Makin ramai para suami yang sanggup ambil rasuah. Anak- anaklah yang jadi mangsa, sedangkan mereka ini generasi yang akan mewarisi kepepimpinan masa depan.

Nampak kecil, tapi implikasinya sangat besar, ia tidak tertakluk kepada orang yang berkenderaan saja.

Usah kita marah- marah lagi, sama- sama kita betulkan amal kita, cara fikir kita. Sebab ada amalan kita yang tak kena lah ni. Allah akan naikkan pemimpin berdasarkan amalan rakyat.

Apabila kita di uji bgini, kita sebagai rakyat hanya mampu bersuara tapi Yakinlah dgn janji-janji Allah, bahawa rezkinya takkan pernah putus untuk kita. Di sinilah kita nak belajar iman, bahawa yang kita dengar, nampak dan alami itu adalah pengujian dari Allah Swt, yang memegangnya adakah Allah. Jadi hubungkan terus hati dengan Allah, yakin Allah akan mudahkan kita.

Sama- sama kita buat usaha atas imaan. Dengan imaan yang benarlah hidup kita akan aman.

Wallahualam.

NuurMuslimatusySyaheedah. 3 /9/2013

OHH WANITA! TETAPLAH BERADA DI RUMAH.

Sahabatku yang di kasihi,

Kita ini wanita yang Memang Allah ciptakan dengan kecantikan dan daya tariknya yang tersendiri. Sebenarnya, walau kita pakai hijab yang sempurna sekalipun, Syaitan laknatullah tetap bersama kita untuk menghiasi kita dengan pesona- pesonanya. Agar kita jatuh ke lembah zina dan durjana. Nauzubillah.

Sebab itulah Allah perintah kita sebagai wanita Islam agar banyak masa di rumah, tidak keluar terlalu kerap kecuali ada urusan penting. Sebab syaitan lanatullah tak pernah berhenti untuk pesona kan kita. Astaghfirullah.

Cumanya yang berhijab sempurna ini susah sikit kerja syaitan untuk pesongkan mata- mata jahat manusia terutama mata- mata lelaki- lelaki ajnabi di luar sana . Yang tidak taat dengan perintah hijab ini, maka mudalah kerja- kerjanya.

Allahu,
Sama- sama kita renungkan. Yang berhijab sempurna usahakan untuk tidak tabarruj ketika keluar rumah . Saya sendiri pun sedang pujuk nafsu agar tak terikut dengan 'trend' hijab yang melampau. Saya yang lemah ini adakalanya termakan pujukan syaitan untuk berhias lebih walau sudah berhijab serba hitam pun.

Syaitan memang tak pernah rehat untuk pesongkan wanita.

Semoga Allah ampunkan saya. Semoga Allah kurniakan tuafiq dan hidayahNya untuk kita tutup aurat sesempurna mungkin mengikut kehendakNya. Kerana di situlah keselamatan untuk kita di dunia apatah lagi di akhirat kelak.

Wallahualam.

Ke arah kesempurnaan Hijab.

NuurMuslimatusySyaheedah. 7 / 9 /2013.

HEBATNYA KALAMULLAH, AL QURAN.

Salam Kasih sayang sahabat semua.

Ada khabar baik yang saya ingin sampaikan buat pencinta Al Quran,

Marilah sama- sama kita istiqamah dalam membaca Al- Quran sebab ia sangat besar pahalanya di sisi Allah, ia sangat menyukakan Allah.

Ketahuilah bahawa, setiap huruf pada setiap ayat ada satu Malaikat menjaganya. Dan apabila kita membacanya, ayat- ayat itu akan berterbangan lalu jatuh menghujani kita bak salji nan indah yang turun .

Sebab itulah kalau kita letak air di depan bacaan Quran, air itu akan berubah rupa pada ruhnya dan menjadi syifaa pula utk ruhani dan jasmani kita.

Cuba bayangkan apabila ayatayat al Quran yang kita baca itu menghujani kita, apa yang akan jadi pada ruh n jasad kita? Subhaanallah, kita dihiasi dan terpelihara dari sgala kejahatan. Ada nuur istimewa melingkari kita.

Allahu, betapa hebatNya Allah .

Jadi, sebaiknya luangkanlah masa untuk baca al Quran setiap hari. Kerana
Hikmah yang tersembunyi itu terlalu hebat dan banyak untuk kita.

Semoga Allah beri kita kekuatan.

Allah Cinta Agungku, AlQuran dan sunnah pedoman hidup.

Wallahualam.

NuurMuslimatusySyaheedah. 24 / 9 / 2013

HIJAB AURAT LAHIR DAN BATHIN.

Buat insan bergelar suami, ayah dan isteri, gadis.

Ketahuilah bahawa,
Selagi sang suami tega mempamerkan isterinya ke khalayak ramai samada dunia realiti atau dunia maya.

Dia bukanlah suami yang peka terhadap kesucian isterinya.

Kerana dia sanggup membiarkan isterinya menjadi tontonan lelaki- lelaki lain. Tanpa dia sedar isterinya sudah tidak suci lagi pada ruhnya kerana isterinya sudah berada dalam mimpi-mimpi lelaki- lelaki yang sakit jiwanya.

Jadi, para suami, hati- hati dalam menghijab isteri. Hijablah dengan sebenar- benar hijab. Apakah kalian tega isterimu di kongsi?

Pada lahirnya memang dia hanya milikmu seorang tapi ingatlah apabila kau tega membiarkan isterimu menjadi tatapan orang, pada ruhnya isterimu sudah dikongsi oleh setiap lelaki yang melihatnya walau ia cuma di dalam gambar dan tutup aurat sempurna (gambar ).

Allahu... semoga Allah pelihara kita dari semua itu dan bagi kekuatan kepada kita semua untuk hijab diri sebaik- baiknya.

Sebab itulah Allah perintah kita untuk tetap di rumah.

Rendahkan hati Allah akan buka mata hatimu.

Wallahualam.

NuurMuslimatusySyaheedah. 24/09/2013.

AIB ORANG JANGAN CERITA!

Kenapa aib orang kita tak boleh cerita sesuka hati apatah lagi untuk kita sebarkan?

Andai benar seseorang itu membuat sesuatu yang mengaibkan, itu urusan dia dengan Allah swt dan orang- orang yag berkaitan dengannya.

Andai kita adalah orang yang terlihat atau terdengar keaiban seseorang itu, lalu kita cuba sebarkan. Kita sudah berbuat jahat pada orang tersebut seolah- olah orang itu tak akan berubah atau bertaubat. Seolah- olah orang tersebut jahat dan tidak akan di ampunkan Allah. Seolah- olah kita tau segala tentang aibnya orang itu.

Apakah kita lupa bahawa orang tersebut boleh jadi betul- betul bertaubat n berubah jauh lebih drpda kita. Maka betapa tercelanya kita andai kita sudah mengaibkan dia. Betapa mulianya dia kerna sudah dapat pengampunan daripda Allah.

Jadi andai kita ternampak keaiban orang, sembunyikanlah dan mohon perlindungan daripda Allah agar kita tidak berbuat perkara yg sama dan doakan hidayah untuk orang itu.

Sebab itu keaiban saudara kita Allah suruh sembunyikan. Natijahnya Allah akan tutup segala keaiban kita di ahirat kelak.

Wallahualam.

NuurMuslimatusySyaheedah. 16/10/2013

KENAPA ALLAH HADIRKAN UJIAN?

Kenapa Allah hadirkan ujian? Kenapa kita selalu di uji?

Sebab kita ni selalu lupa pada Dia, kita terlalu leka memungut nikmat demi nikmat yang Allah jatuhkan pada kita . Kita asyik memungut nikmat demi nikmat itu sehingga lupa nak dongak ke atas ucap syukur pada Allah.

Kita terlalu asyik dengan nikmat yang adakalanya membawa kita ke arah jalan yang salah. Allah sayangkan kita, Allah tak nakbiarkan kita terus leka dan tersesat di jalan yang salah. Sebab itu Allah jatuh kan ujian ibarat jatuhnya batu besar dari langit, agar kita tersentak dan mendongak ke atas, ingat kembali kepada Allah yang esa. Yang selama ini tak pernah jemu curahkan nikmat pada kita.

Usahlah mengeluh dengan setiap ujian yang Allah hadirkan. Belajarlah untuk redha dengan ujianNya. Hadapinya dengan lapang dada. Banyakkan istighfar dan kembali baiki hubungan dengan Allah.

Sebenarnya apabila Allah uji kita, Allah nak bagi kita satu hadiah yang sangat istimewa di dunia dan di akhirat. Tapi kebanyakan daripada kita selalu tak sabar dengan ujian- ujian hidup dari Allah. Kita cepat mengalah, kita mudah putus asa. Ketahuilah orang yang midah berputus asa dengan Allah adalah orang yg terjauh dari rahmatNya.

Sama- samalah kita perbaguskan hubungan kita dengan Allah. Redha dengan ketentuanNya. Apabila kita sudah boleh redha, hati kita akan jafi tenang dan ujian itu sudah tidak lagi memberatkan kita.

AllahuAkbar. Wallahualam.

NuurMuslimatusySyaheedah. 16/10/2013.

APABILA AGAMA DI ASINGKAN DARIPADA KEHIDUPAN.

Apabila agama di asingkan daripada kehidupan.

Astaghfirullahal Azhim. Tanpa kita sedar banyak perkara atau urusan dalam kehidupan kita ini kita telah mengasingkan agama dalam kehidupan seharian kita. Sistem pendidikan kita, kekeluargaan kita, ibadah kita, perniagaan kita dan sebagainya.

Masyarakat Islam di nusantara ini hampir 99 % sudah terbiasa dengan pengasingan yag dicipta oleh barat atau musuh2 Islam itu sendiri.

Satu contoh yang mudah yang boleh kita lihat di mana- mana. Lihat bagaimana cara berpakaian muslimah sekarang, yakni pakaian untuk solat dan pakaian sehariannya (saat keluar rumah atau berhadapan dgn lelaki ajnabi ) sangat2 terasing.

Padahal pakaian muslimah sebenar yang Allah perintahkan adalah yang benar2 menutup aurat sepertimana menutup aurat ketika solat. Tapi apa yang berlaku di kalangan kita ini, kita telah mengasingkannya, jadi untuk menunaikan solat kita terpaksa menyarung telekung lain pula.

Padahal kalau kita taat dgn sebenar2 taat kepada Allah, kita tidak perlu pun untuk tukar pakaian solat kita itu selagi ianya bersih tanpa najis. Bahkan perbuatan ini nampak seperti agama itu susah untuk di amalkan.

Apatah lagi saat kita bermusafir. Bukankah mudah kalau kita sudah pakai pakaian yang tutup aurat sempurna dengan warnanya yang terjaga untuk kita terus melakukan solat di mana- mana saja. Kita tak perlu pun untuk bawa telekung solat bersama sebab pakaian kita pun sudah sempurna untuk menghadap Allah.

Jadi, sama- sama kita koreksi diri sejauhmana agama wujud dalam kehidupan kita.

Usah tangisi akan nasib diri andai kita adalah orang yag suka asingkan agama dalam kehidupan kita kerana hanya orang yang amal agama sempurna dalam kehidupan, orang itu lah orang2 yang berbahagia dunia dan akhirat.

Sahabat muslimahku sekelian. Usah tunggu saat nyawa kita di tenggorokan baru kita mahu ubah cara hidup kita dan juga cara kita berhijab. Saat itu tiada guna lagi duhai sahabat.

Selagi kita tidak taat akan hukum berhijab ini, nescaya hidup kita aka terus- menerus berantakan. Kita tidak akan beroleh mengecapi bahagia sebenar.

Usah tunggu datangnya ikhlas kerna perintah Allah itu wajib kita taat tidak kira kita ikhlas atau tidak. InsyaAllah jika kita sudah belajar taat, ikhlas itu akan hadir tanpa kita sedar kerna yang tahu keikhlasan kita itu hanyalah Allah. Kita sendiri pun tidak tahu bukan? Jadi alasan untuk tunggu ikhlas itu cuma satu alasan yag sangat tidak diterima oleh Allah Swt. Berani pula kita mengatakan untuk tunggu ikhlas itu datang padahal ikhlas itu adalah rahsia Allah. Seolah- olah kita tahu saat bila kita ikhlas.

Sama- samalah kita cuba bawa agama sempurna dalam kehidupan kita. Buat muslimah permulaan peubahan kita bermula dari menjaga Solat dan menjaga aurat dengan sesempurna mungkin.

Semoga Allah merahmati kita semua.

Salam sayang dari,

NuurMuslimatusySSyaheedah. 21/10/2013.

JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH, ALLAH AKAN JAGA HUBUNGAN KITA SESAMA INSAN.

Sahabat yang di muliakan Allah.
Sama- samalah kita cuba untuk sentiasa perbaiki hubungan dan keyaqinan kita terhadap Allah Swt. Kalau hubungan kita dengan Allah tidak bagus, secara tidak langsung hubungan kita dengan suami dan anak- anak juga tidak akan bagus.

Ade saja yang tidak kena, ada saja yang membuatkan kita mudah bergaduh dan tidak bersefahaman. Suami jadi sibuk, mudah marah- marah dan anak- anak pun jadi tidak mendengar kata. Apa saja yang berlaku semuanya membebankan kita dan menyakitkan hati kita.

Tapi apabila kita selalu perbaiki hubungan kita dengan Allah. Allah akan mudahkan semuanya, secara tidak langsung suami dan anak- anak jadi baik dan mudah mendengar kata. Suami pula lebih perihatin terhadap kita. Apa saja yang berlaku disekeliling kita dan keluarga kita sangat menyejukkan hati kita.

Jadi sebenarnya, apa yang berlaku disekeliling kita memang berkait rapat dengan hubungan kita dgn Allah.

Kesimpulannya, usah kita menyalahkan orang lain sama ada suami kita atau anak- anak kita atau sesiapa saja. Sebab yang berlaku itu cerminan kepada diri kita sendiri.

Mari sama- sama kita muhasabah diri, buang sifat tinggi diri dalam diri kita yang selama ini bertakhta di dalam jiwa kita sehingga kita asyik menyalahkan orang lain membuatkan kita buta untuk melihat kesalahan diri kita sendiri.

Agar sifat tawadhuk yang terpuji itu dapat menghiasi diri kita. Mohon maghfirah selalu kepada Allah Swt agar kita sentiasa dinaungi oleh rahmatNya yang sangat mendamaikan jiwa.
Astaghfirullah...

Wallahualam. 




NuurMuslimatusySyaheedah.
1 Nov 2013.

HIKMAH LICINKAN MAKANAN DALAM TALAM BERJEMAAH.

My sweets Abdullah 

Makan berjemaah banyak keberkatan dan makanan yang tersisa dalam talam itu juga punya banyak keberkatan.

Tapi tak semua dikalangan kita ini yang sanggup licinkan sisa makanan dalam talam tu kan.

Sebenarnya siapa yang boleh makan makanan yang tersisa dalam talam tu, InsyaAllah akan dapat sifat- sifat mahmudah juga syifaa' untuk ruhani dan jasmaninya.

Andai dibuka hijab yang ghaib itu, berebut rebutlah semua. Subhaanallah. 

Saya ingin kongsikan pengalaman saya mengenai syifaa' yang ada pada makanan yang tersisa di dalam talam yang di makan secara berjemaah.

Anak ke 2 saya, Abdullah Quhaafah yang mana kesihatannya tidak berapa baik sejak kecil berikutan kelahirannya yang tidak cukup bulan.

Saya selalu memujuk anak saya ini, habiskan makanan yang tersisa dalam talam sampai licin sambil beritahu akan hikmah- hikmahnya.

Alhamdulillah dia buat bersungguh- sungguh sampai licin talam. Setiap kali makan berjemaah dalam talam, dialah anak yang sanggup licinkan talam yang masih tersisa makanan.

Keajaiban yang berlaku pada nya ialah, kesihatannya semakin hari semakin baik dan antibodinya makin kuat.
Dia lebih ceria dari dulu.

Saya dapat rasakan salah satu syifaa' nya adalah amalan licinkan talam itu.

Juga sifat- sifat yang ada padanya, jujur saya cakap, saya pun tak sebaik dia.

Maaf, bukan niat nak memuji anak sendiri tapi cukuplah sekadar berkongsi mengenai syifaa' yang terkandung di dalamnya.

Siapa pernah duduk bersama Abdullah pasti 'tahu' siapa dia.

Semoga Allah sentiasa merahmatimu sayang.

Dalam sunnah pasti ada kejayaan. Sama-sama kita amalkan sunnah yang sangat mudah ini.

Wallahu' alam.

NuurMuslimatusySyaheedah

Khamis, 5 September 2013

JANGAN MARAH-MARAH LAGI kerna 'ada' yang tunggu peluang.



Salam buat semua sahabat yang dimuliakan Allah,

  Di pagi hari yang indah ini saya ingin ' berbicara ' mengenai satu ' suasana ' yang sering berlaku di dalam ' Mahligai Cinta ' kita semua. 

Apa yang bermain dalam diri kita apabila kita mula ' rasa marah ' sangat pada suami?. 

  Tatkala itu kita mula menarik muka masam, berpaling wajah dari suami. Kadang-kadang perkara kecil  pun kita mahu besar-besarkan. Lebih hebat lagi apabila kita sudah mula membuat tindakan yang agak kasar seperti menutup pintu kuat-kuat, hempaskan barang dan sebagainya.

  Apabila suami memujuk kita, antara keegoan hati mahu menolak segala pujukan atau ketulusan hati mahu mererima pujukan itu sangat menguji di hati kita bukan? Apabila suami mula memeluk kita, antara mahu menolak pelukannya atau membiarkan saja ia atau turut sama memeluknya?

 Apa yang biasa kita buat? Antara meneruskan keegoan hati atau ketulusan hati ? Iya, semuanya berbalik kepada Imaan, tatkala ini sebenarnya kita sedang berperang dengan Syaitan yang bernama Daasim Laknatullah (wallahu'alam). 

 Andai Allah SWT mengizinkan kita merasai betapa ' panas ' nya seluruh badan kita agar kemarahan kita semakin memuncak dan andai Allah izinkan lagi, kita boleh rasa bagaimana syaitan laknatullah ini berjalan-jalan dalam diri kita, kita akan sedar bahawa kita ini sedang dihasut ! Syaitan laknatullah ini tidak lain tidak bukan, mereka mahu melihat rumahtangga kita hancur hingga membawa kepada perceraian. Kalau ini berlaku, maka bergembiralah mereka. (Cuba perhati dengan mata hati, kita pasti boleh merasai kehadirannya, biIznillah )

Jadi jangan biarkan syaitan laknatullah ini menang.

 Saat perasaan marah ini datang pada kita, kita mesti banyakkan istighfar, sebaik-baiknya ambil wudhu', jatuhkan keegoan hati, pandanglah suami dengan rasa kasih sayang dan rasa menyesal di atas keterlanjuran kita bertidak marah dan bermasam muka. Minta maaf kepada suami walaupun pada asalnya memang suami yang salah yang menyebabkan kita marah.

 Ya, apabila kita pandang suami dengan kasih sayang, Allah SWT akan turunkan rahmatnya buat kita dan suami. InsyaAllah dengan amalan sunnah ini, kita sudah menghancurkan usaha-usaha syaitan Daasim laknatullah untuk rosakkan rumahtangga kita.

 Jadi sangat penting kita jatuhkan ego dalam diri kita untuk memusnahkan segala usaha syaitan apatah lagi apabila kita berhadapan dengan suami kita sendiri. Tiada urusan yang lebih utama daripada suami kita. Jadi sangat penting untuk menjaga hati suami. Kerana keredhaan Allah itu tertakluk kepada redhanya suami kita kepada diri kita.

 Semoga ' Mahligai Cinta ' kita sentiasa harmoni dengan keredhaan Allah SWT. Hanya Allah SWT yang bisa menjaga keharmonian cinta antara kita dan suami. Jadi, sama-samalah kita suami isteri baiki hubungan dengan Allah SWT setiap waktu.

Wallahu'alam.

NuurMuslimatusySyaheedah. 25/6/2013

Khamis, 15 Ogos 2013

MAHALNYA WAJAH SEORANG WANITA YANG BERNIQAB.

Mohon beri perhatian sahabat2 ku.

Mohon tolong jangan "share " gambar sahabat /saudara kalian yang memang istiqamah dengan furdah yang ketika gambar itu di ambil wajah mereka takberhijab lalu menampakkan wajah comel mereka di FB ini.

Semenjak musim raya ini saya terserempak banyak kes sebegini dalam Fb yang mana saya memang tahu sahabat-sahabat
saya itu sangat istiqamah dengan furdah. Dan tak mungkin mereka akan tega menyiarkan wajah mereka ke khalayak FB ini.

Apabila kalian ambil gambar seseorang wanita ketika wajah tak berhijab yang memang istiqamah dengan furdah, ia menjadi satu amanah buat kalian agar tidak memaparkanya ke khalayak ramai.

Jujur saya nyatakan, kami yang berfurdah ini sangat malu dan takut akan Allah apabila wajah kami dipaparkan ke khalayak ramai walaupun tujuan kalian mengongsi gambar itu tidak niat nak mengaibkan.

Mohon kalian faham dan hormati apa yang kami
pertahankan ini.

Sekiranya ada tersiar gambar wajah saya tak berhijab mohon maklumkan kepada saya. Setakat ini saya sendiri tidak benarkan saudara mara atau sahabat ambil gambar saya ketika wajah tak berhijab.

Kerjasama sahabat sangat kami hargai.

Allah...ampunkan kami... dunia fb memang sangat besar fitnahnya.

NuurMuslimatusySyaheedah.

Khamis, 27 Jun 2013

KISAH ISTERI BERHENTI KERJA.


Salam kasih sayang buat sahabat semua. Semoga kisah kali ini memberi keinsafan kepada kita betapa pentingnya kita memuliakan suami kita dalam kehidupan kita ini. Kerana dengan keredhaan suami, keselesaan suami yang kita berikan kepada suami sangat membawa berkah dalam kehidupan kita suami isteri.

Fahamilah apa yang Allah mahu kita 'buat' sebenarnya.

Kisah ini asalnya dalam Bahasa mudah Indonesia, jadi saya terjemahkan dengan izin Annisa Azka Abiyyah
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kisah Istri Berhenti Bekerja

Di sunting dari cerita ,Annisa Azka Abiyyah,



Bismillah..



Semoga dapat diambil manfaatnya oleh saudari-saudari muslimahku..



(KISAH)



Suatu petang, aku menunggu kedatangan teman yang akan menjemputku di masjid ini selepas solat asar. Tiba-tiba ada seorang wanita datang, tersenyum dan duduk disampingku, mengucapkan salam, sambil berkenalan dan bertanya. “ Adik sudah kahwin ?”

“Belum kak ”, jawabku. Kemudian kakak itu bertanya lagi , “kenapa? ” hanya mampu ku jawab dengan senyuman, ingin ku jawab karena masih belajar, tapi rasanya itu bukan alasan.



“Kakak tunggu siapa?” aku cuba bertanya. “ Tunggu suami ” jawabnya. Aku melihat disebelah kirinya, sebuah beg laptop dan sebuah beg besar lagi yang tak dapat ku tahu apa isinya. Dalam hati bertanya-tanya, d ari mana kakak ini? Sepertinya wanita yang bekerjaya. Akhirnya kuberanikan juga untuk bertanya



“ Kakak kerja dimana?”, Entahlah keyakinan apa yg meyakiniku bahwa kakak ini seorang pekerja, padahal setahu ku, wanita-wanita seperti ini kebanyakan hanya mengabdi sebagai surirumah sahaja.



“Alhamdulillah 2 jam yang lalu akak rasmi tidak bekerja lagi ” , jawabnya dengan wajah yang aneh bagiku, wajah yang bersinar dengan ketulusan hati.



“kenapa? ” tanyaku lagi.



Dia hanya tersenyum dan menjawab, “ karena inilah satu-satunya cara yang boleh membuat saya lebih hormat kepada suami ” . jawabnya tegas.



Aku berfikir sejenak, apa hubungannya? Hairan. Lagi-lagi dia hanya trsenyum.



Adik, boleh akak cerita sikit? Dan saya berharap ini boleh menjadi pelajaran berharga buat kita para wanita yang Insya Allah akan didatangi oleh seorang lelaki solih yang sangat mencintai akhirat.



“Saya bekerja di pejabat, mungkin tak perlu saya sebutkan nama pejabatnya. Gaji saya sangat lumayan setiap bulan. Suami saya bekerja sebagai penjual roti bakar di pagi hari, ais cendol di siang hari. Kami berkahwin baru 3 bulan, dan semalam untuk pertama kalinya saya menangis karena merasa durhaka padanya.”

'' Waktu itu jam 7 malam, suami baru menjemput saya dari pejabat, hari ini lewat pulang kerja, biasanya jam 3 petang sudah balik. Saya penat sekali dik. Saat itu juga suami masuk angin dan kepalanya juga sakit. Dan parahnya saya juga pening kepala . Suami minta diambilkan air minum, tapi saya berkata, “abi, umi pening nih, ambil sendiri lah”.

"Pening kepala membuat kan saya tertidur hingga lupa solat isyak. Jam 11.30pm saya terbangun dan cepat-cepat solat, Alhamdulillah sakit kepala hilang. Beranjak dari sajadah, saya melihat suami saya tidur dengan lenanya. Menuju ke dapur, saya lihat semua pinggan mangkuk sudah bersih dicuci.
Siapa lagi yang membersihkannya kalau bukan suami saya? Terlihat lagi semua baju kotor telah dicuci. Astagfirullah, kenapa abi sanggup buat semua ini? Bukankah abi punsakit kepala semalam?"

"Saya segera masuk ke kamar, berharap abi sedar dan mahu menjelaskannya, tapi rasanya abi terlalu penat, hingga tak sedar juga. Rasa hiba mulai memenuhi jiwa saya, saya pegang wajah suami saya itu, ya Allah panas sekali pipinya, keningnya, Masya Allah, abi demam, tinggi sekali panasnya."

"Saya teringat perkataan terakhir saya pada suami tadi. Hanya disuruh mengambilkan air minum saja, saya membantahnya. Air mata ini menites, betapa selama ini saya terlalu sibuk diluar rumah, tidak memperhatikan hak suami saya.”



Subhanallah, aku melihat kakak ini cerita dengan semangatnya, membuta hati ini tersentuh. Dan kulihat juga ada titisan air mata yg di usapnya.


“ Adik tau berapa gaji suami akak ? Sangat berbeza jauh dengan gaji saya. 10x ganda dari gaji saya. Dan malam itu saya benar-benar merasa derhaka kepada suami saya. Dengan gaji yang saya miliki, saya merasa tak perlu meminta nafkah pada suami, meskipun suami selalu memberikan hasil jualannya itu pada saya, dan setiap kali memberikan hasil jualannya , ia selalu berkata, “ umi, ini ada rezeki dari Allah, ambil ya. Buat keperluan kita. Dan tidak banyak jumlahnya, mudahan umi redha ”, begitu katanya. " Kenapa baru sekarang saya merasakan dalamnya kata-kata itu. Betapa harta ini membuat saya sombong pada nafkah yang diberikan suami saya”, lanjutnya



“Alhamdulillah saya sekarang memutuskan untuk berhenti bekerja, mudah-mudahan dengan jalan ini, sa ya lebih menghargai nafkah yang diberikan suami. Wanita itu begitu susah menjaga harta, dan kerana harta juga wanita sering lupa kudratnya, dan mudah saja memperlekehkan suami.” Lantutnya lagi, tak memberikan kesempatan bagiku untuk berbicara.



“Beberapa hari yang lalu, saya berkunjung ke rumah ibubapa saya, dan menceritakan niat saya ini. Saya sedih, karena ibubapa dan saudara-saudara saya tidak ada yang menyokong niat saya untuk berhenti kerja . Malah mereka membanding-bandingkan pekerjaan suami saya dengan orang lain.”



Aku masih terdiam, bisu, mendengar keluh kesahnya. Subhanallah,,apa aku boleh seperti dia? Menerima apa adanya, bahkan rela meninggalkan pekerjaan.




Ceritanya kembali, menceritakan ucapan adik perempuannya saat dimintai pendapat.




“Kak, kita itu harus memikirkan masa depan. Kita kena kerja juga untuk anak-anak kita kak. Biaya hidup sekarang ini besar. Begitu banyak orang yang perlukan pekerjaan. Nah kakak pulak nak berhenti kerja. Suami kakak pun pendapatannya sikit. Lainlah kalau suami kakak orang kaya, bolehlah kita santai-santai saja di rumah. Salah kakak juga , kalau nak jadi surirumah nikahlah dengan orang yang kaya. Kahwin dengan doktor muda yang melamar kakak dulu ke.. Tapi kakak lebih memilih nikah sama orang yang belum jelas pekerjaannya. Dari 4 orang anak bapak, Cuma suami kakak yang tidak punya pendapatan tetap dan yang paling buat kami kesal, sepertinya suami kakak itu lebih suka hidup seperti ini, ditawarin kerja di bank oleh saudara sendiri yang ingin membantu pun tak mau, naik hairan aku, apa mahunya suami kakak itu”.



“Adik tau, saya hanya mampu menangis saat itu. Saya menangis bukan Karena apa yang dikatakan adik saya itu benar, bukan karena itu. Tapi saya menangis karena imam saya dipandang rendah olehnya. Bagaimana mungkin dia maremehkan setiap titis keringat suami saya, padahal dengan titisan keringat itu, Allah memandangnya mulia.




" Bagaimana mungkin dia menghina orang yang senantiasa membangunkan saya untuk sujud di malam hari. Bagaimana mungkin dia menghina orang yang dengan kata-kata lembutnya selalu menenangkan hati saya. Bagaimana mungkin dia menghina orang yang berani datang pada ibubapa saya untuk melamar saya, padahal saat itu orang tersebut belum mempunyai pekerjaan. Bagaimana mungkin seseorang yang begitu saya muliakan, ternyata begitu rendah dihadapnnya hanya karena sebuah pekerjaaan."




" Saya memutuskan berhenti bekerja, karena tak ingin melihat orang membanding-bandingkan gaji saya dengan gaji suami saya. Saya memutuskan berhenti bekerja juga untuk menghargai nafkah yang diberikan suami saya. Saya juga memutuskan berhenti bekerja untuk memenuhi hak-hak suami saya."




" Semoga saya tak lagi membantah perintah suami. Semoga saya juga redho atas besarnya nafkah itu. Saya bangga ukhti dengan pekerjaan suami saya, sangat bangga, bahkan begitu menghormati pekerjaannya, karena tak semua orang punya keberanian dengan pekerjaan itu."




" Kebanyakan orang lebih memilih jadi pengangguran dari pada melakukan pekerjaan yang seperti itu. Tapi lihatlah suami saya, tak ada rasa malu baginya untuk menafkahi istri dengan nafkah yang halal. Itulah yang membuat saya begitu bangga pada suami saya. Semoga jika adik mendapatkan suami seperti saya, adik tak perlu malu untuk menceritakannya pekerjaan suami adik pada orang lain. Bukan masalah pekerjaannya dik, tapi masalah halalnya, berkahnya, dan kita memohon pada Allah, semoga Allah menjauhkan suami kita dari rezki yang haram."


Ucapnya terakhir, sambil tersenyum manis padaku. Mengambil beg laptopnya,, bergegas ingin meninggalkanku. Kulihat dari kejauhan seorang lelaki sedang menunggang motor mendekat ke arah kami, wajahnya ditutupi kaca helmet, meskipun tak ada niatku menatap mukanya. Sambil mengucapkan salam, meninggalkannku. Wajah itu tenang sekali, wajah seorang istri yang begitu redho.



Ya Allah….



Sekarang giliran aku yang menangis. Hari ini aku dapat pelajaran paling baik dalam hidupku.



Pelajaran yang membuatku menghapus bayangan lelaki kaya yang ada dalam benakku..



Subhanallah..



S

emoga,,pekerjaan,, harta tak pernah menghalangimu untuk tidak menerima pinangan dari laki-laki yang baik agamanya.

UJIAN DIKALA SENANG.

Ujian di kala ''susah'' tak sesukar ujian di kala ''senang''.

Waktu kita 'susah' kita banyak ingat Allah, waktu kita 'senang' kita banyak lalai dalam mengingati Allah.



Kalau kita sekarang diuji dengan 'kesusahan' bersyukurlah, kerana dalam pada itu

kita selalu mengadu kepada Allah, kita lebih dekat dengan Allah sebab kita rasa susahnya nak hadapi hidup ini.

Nanti suatu masa Allah uji kita dengan 'kesenangan' belum tentu kita dapat hadapinya, belum tentu 'hati' kita sekuat sepertimana saat kita diuji dengan kesusahan sebab Allah akan uji pula kita dengan penyakit 'lalai'. Apabila kita dah senang kita terlalu asyik dengan hidup senang, kita kurang masa mengadu dengan Tuhan, kurang masa meminta-minta dengan Dia.

Jadi jangan pula kita fikir orang yang hidup 'senang' tidak teruji sebab selagi kita hidup di dunia ujian Allah tidak akan pernah berhenti. Tidak lain tidak bukan Allah SWT mahu melihat sejauh mana Imaan kita kepadaNya.

Sebenarnya susah atau senang, semua itu tidak boleh membahagiakan kecuali dengan ada imaan dan taqwa yang benar kepada Cinta ter Agung kita yakni Allah SWT.

Moga kita semua terus mujahadah lagi dan lagi hingga ke syurga Allah. Terus usaha lagi dan lagi atas imaan kita yang kadang-kadang 'on' adakalanya 'off'. Jangan sampai imaan kita 'in' dan 'out'.
Nauzubillah.

Allah Cinta Agung kita!

wallahu'alam.

NuurMuslimatusySyaheedah 26/6/2013.

KISAH MANGKUK CANTIK, MADU DAN SEHELAI RAMBUT.



   Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali, isterinya, Sayidatina Fatimah r.anha., puteri Rasulullah SAW menghidangkan mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik.
Semasa menghidangkannya, terdapat sehelai rambut di dalam salah sebuah mangkuk itu. Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya agar membuat suatu perbandingan terhadap ketiga-tiga benda tersebut – mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.

Abu Bakar r.a. berkata:
“Iman itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis daripada madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut.”

Osman r.a. berkata:
“Ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Ali r.a. berkata:
“Tamu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis daripada madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Fatimah r.a. berkata:
“Seorang wanita itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik. Wanita yang berpurdah itu lebih manis daripada madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit daripada meniti sebuah rambut.”

Rasulullah SAW bersabda:
 “Seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis daripada madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Malaikat Jibril a.s. berkata:
“Menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta dan waktu untuk urusan agama lebih manis daripada madu dan mempertahankan urusan agama sampai akhir hayat lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Allah SWT berfirman:
“Syurga-Ku itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik itu, nikmat Syurga-Ku itu lebih manis daripada madu, dan jalan menuju Syurga-Ku adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Subhanallah! sungguh indah perumpamaan ini, tersurat dan tersirat, bukan semua orang boleh faham.

Wallahua'lam.

Selasa, 28 Mei 2013

AWET CINTA



Bagaimana caranya ye kita nak 'Awet Cinta' ?
Ada orang kata, lagi lama usia perkahwinan lagi berkurangnya rasa cinta dan sayang antara suami isteri. Sampai satu tahap ada dikalangan kita ini takut hendak mendirikan 'Mahligai Cinta'.

Apakah ini yang sedang kita fikirkan? HUrmmmm...Tanpa kita sengaja kita sudah bersangka buruk pada pasangan kita, juga pada Allah SWT sendiri. Kalau itu yang kita sangkakan, maka itulah yang akan terjadi. Bukankah Allah SWT sudah utuskan seorang Rasul (SAW) sebagai contoh teladan yang terbaik untuk kita mengharungi kehidupan kita sebagai suami isteri.

Kita semua pasti mahu rumahtangga kita menjadi 'syurga sebelum syurga'. Sebenarnya semakin lama usia perkahwinan kita semakin bertambahlah hari demi hari rasa cinta dan sayang kita terhadap pasangan kita. Suami dan isteri semakin pandai menghargai antara satu sama lain.

''Awet Cinta'' ada dalam amalan sunnah Nabi SAW. Sama-sama kita hidupkan amalan sunnah dalam ikatan cinta kita terhadap pasangan kita. Jadi, apabila berlaku pergolakan di antara suami dan isteri, kita cek balik, adakah amalan sunnah dalam hubungan cinta kita itu?

Subhaaanallah...............Memang benar dalam sunnah ada kejayaan! Dalam sunnah itu ada mahabbah dan mawaddah.

Janji Allah itu benar! Haqqul Yaqeen.

Wallahu'alam.

NuurMuslimatusySyaheedah (21/5/2013)

Selasa, 21 Mei 2013

SALAH SIAPA? DIAKAH YANG SALAH ?

Kita sebagai isteri selalu nampak kesalahan dan juga kelemahan suami. Lalu kita selalu menyalahkan suami. Menunjukkan ketidakpuasan hati kita. Kita mahu suami kita berubah menjadi seperti yang kita impikan tapi kita selalu terlupa sesuatu. Kita terlupa untuk koreksi diri kita sendiri, sebab kita selalu fikir kita sudah buat yang terbaik. Tapi kita lupa untuk muhasabah diri kita sendiri. Bagaimana hubungan kita dengan Allah ?

Sebelum kita cuba betulkan suami, kita mesti betulkan diri kita dulu. Paling penting baiki hubungan kita dengan Allah kerna inilah masaalah yang utama sebenarnya.
Sebenarnya setiap kekurangan atau kelemahan yang 'ada' pada suami kita itu adalah cerminan pada diri kita.

Jadi apabila kita nampak suami kita salah,
kita jangan mudah salahkan suami,
cek balik diri dan amalan kita.
mesti kita ada salah juga, mesti kita ada kekurangan juga dalam kita melayan suami kita dan sebagainya,
Jadi perbaiki diri banyakkan taubat, InsyaAllah...Allah akan tunjuk jalannya.

Sebab kadang-kadang masaalah yang timbul itu sebagai 'teguran' dari Allah,
Agar kita kembali menjaga hubungan kita dengan Allah,
Sebab hamba Allah yang selalu jaga hubungan dengan Allah,
hubungan hati dan juga lahiriah seperti ibadah dan sebagainya,
Allah akan anugerahkan 'kebahagiaan syurga sebelum syurga' itu di dunia ini lagi,
Apabila kita dekat dengan Allah setiap ujian, kesusahan hidup dan sebagainya yang Allah hantar pada kita,
Kita tidak rasa sukar sebab kita yaqin dengan Allah dengan sebenar-benar yaqin. Allah akan membela kita.

Dalam soal permasalahan dalam rumahtngga. Kita tidak boleh selesai dengan cara menuding jari siapa salah, sebab memang dua-dua yang salah. Jadi jalan penyelesaiannya muhasabah diri, kembali kepada Allah.

Bahagia di alam perkahwinan itu adalah milik Allah, kalau kita jauh atau membelakangkan Allah dalam hubungan kita suami isteri juga dalam kehiudpan kita seharian. Apakah kita akan bahagia?

Semuanya bergantung kepada tahap keyaqinan kita terhadap Allah SWT.

Wallahu'alam.

NuurMuslimatusySyaheedah... 22
/5/2013

TAUTAN KASIH IBU DAN ANAK KECIL

Ibu-ibu yang dimuliakan Allah,

Kesedaran ibu-ibu pada hari ini mengenai 'BreastFeeding' semakin baik,

Tapi cuba ibu-ibu renungkan kembali, mengenai dakapan mesra seorang ibu dengan bayinya sewaktu menyusukan bayi.

Sebenarnya apabila kita menyusu bayi kita yang comel tuu,

ia adalah satu rawatan sempurna dari Allah SWT,

Ibu-ibu sekarang tak mampu untuk menyusu anak kecilnya sebab kerja,

Benar, ada ibu bekerja yang bagi susu badan pada anak dengan cara perahan dan isi dalam botol,

Tapi ia tak sama, takkan sama sebab dakapan seorang ibu terhadap anaknya semasa menyusu dengan susu badan yang di isi dalam botol,

Dari segi kasih sayangnya sangat berbeza impaknya,

Dari segi pemulihan rahim dan vagina juga tak sama,

Sebab apabila kita menyusu bayi kita, hisapan dari bayi itu adalah sumber rawatan untuk rahim kita.

Jadi hikmah disebalik penyusuan tu sangat lah besar dan terlalu banyak hikmahnya. Kalau tidak, Allah tidak akan perintah kita menyusu bayi kita selama 2 tahun setengah itu.

Kalau kita lebih utamakan perkara lain dari keutamaan ini, tidak mustahillah berbagai pernyakit, masaalah yang kita hadapi.

Utamakan apa yang perlu kita utama kan...

Wallahu'alam.

P/s = Tak semua Ibu-ibu di beri anugerah susu badan ini, ada yang ada masaalah tersendiri bukan sebab mereka tidak mahu susukan bayi2 mereka . Sekiranya Allah anugerahkan kita susu badan yang sempurna, sempurnakan lah haq bayi-bayi kita.

Tengok pada wajah bayimu itu, dia tak sanggup andai kamu sering biarkan dia di tangan orang lain.

Ya Allah..setiap kali saya ingatkan bayi-bayi yang selalu ditinggalkan ni, hati saya menangis. Sebab,  bayi kecil itu seolah-olah memberitahu saya, 'kesengsaraan jiwanya' yg selalu ditinggalkan ibunya. Ohhh Ibu... tolonglah jaga amanah Allah ni. Jangan sampai Allah uji kalian dengan ujian-ujian yang berat sepertimana kes-kes 'penganiayaan' terhadap bayi kecil yang banyak berlaku sekarang.

Please, jaga sendiri bayimu dan anak-anakmu yang masih kecil itu. :')

NuurMuslimatusySyaheedah... 13/5/2013

Rabu, 8 Mei 2013

SEMPURNAKAN HIJABMU

Ke arah kesempurnaan hijab.

  Tutuplah aurat saudariku. Iyaaa, kamu cantik, memang kamu cantik sebab itulah kamu mesti 'tutup' kecantikanmu, kalau kamu tidak tutup bermakna kamu sudah memberi/membuka 'laluan mudah' pada syaitan laknatullah untuk merosakkan masyarakat seluruhnya.

  Apatah dirimu sendiri, 'kejahatan dan ketidakjujuran' akan mudah datang padamu. Jadi andai Allah 'ketuk' kamu sedikit dengan ujian-ujianNya, usah kau tangisi dan usah kau tanya 'apa dosamu? ''

  Kamu mesti faham satu perkara, kalau kamu rasa kamu cantik dan ingin tunjuk pada semua orang, lalu kamu membuka auratmu, kamu harus tahu, satu- persatu 'kecantikanmu' hilang tanpa kamu sedar. Perintah Hijab dari Allah itu adalah kebaikan untuk kamu, salah satu hikmahNya, Allah nak tambah lagi kecantikan kamu, bukan saja pada zahir bahkan ruhmu juga.

 Kerana, sebagai wanita Islam sepatutnya kita memiliki rasa malu yang tinggi dan faham batasan-batasan aurat kita yang tidak boleh diperlihatkan kepada sebarangan orang.

 Wajah kita juga sudah pasti adalah salah satu darinya. Kerana dari wajahlah yang mula-mula memberikan godaan kepada lawan jenis kita (lelaki). Wajah yang menarik akan mudah menggoda kaum lelaki.

  Thabrani meriwayatkan bahawa Allah telah memerintah kepada kaum mukminaat jika mereka hendak keluar dari rumah kerana sesuatu hajat, maka hendaklah mereka menutup jilbab/furdah ke wajah mereka dari atas dan menampakkan sebelah matanya.

 
bnu Jarir meriwayatkan; Aku bertanya kepada Ubaiydah ibnu Haris tentang firman Allah ; "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya,"(an-Nuur ; 31), ia menjawab sambil memperagakan dengan pakaiannya. Ia menutup kepala dan wajahnya dan 
menampakkan sebelah mata.

(^___^)... Jom ttup aurat, bila dah tutup bertambah cantik, cantik di mata orang mukmin dan cantik di mata Allah. 

Jangan sampai 'pengurus jenazah' tolong tutup aurat kita. 


Wallahu'alam.

( NuurMuslimatusSyaheedah 8/5/2013 )

Selasa, 7 Mei 2013

DAERAH ITU YANG PALING INDAH.



   Aku mencari satu daerah yang benar-benar 'menjaga' wanita-wanitanya,
Yang wanita-wanitanya tutup aurat sempurna,
Kalau si lelakinya boleh berserban dan berjubah,
Apakah wanita-wanitanya boleh berfurdah dan berhijab dengan sebenarnya?

Aku mencari,
Di satu daerah, lelaki-lelaki mereka ramai yang berpakaian sunnah,
Aku gembira! Tapi...aku sangat sedih kerana perempuan-perempuan mereka,
berhijab biasa-biasa sahaja, dan hanya sedikit yang tutup aurat sempurna,
dan pergaulan antara lelaki dan perempuan tidak di jaga.

   Majlisnya bercampur baur antara lelaki dan wanita. Apabila aku bersama dengan mereka, aku rasa sangat
tidak selesa apabila aku selalu 'dipandang' oleh lelaki berpakaian sunnah itu. Bermain mata begitu, nafsuku 
mungkin suka tapi imaanku sememangnya tidak suka.Dan perjuangan mereka itu ternyata di bawah 
naungan 'musuh-musuh Islam' sendiri. Aku kecewa lagi tapi aku tidak putus asa.

  Lalu aku cari lagi tanpa jemu,
Aku terpesona dengan satu daerah, semua berpakaian sunnah baik lelaki, perempuan dan anak-anak kecil 
mereka. Aku rasa bahagia, aku ingin bersama mereka tapi... ternyata mereka pun sama, bercampul gaul 
lelaki dan perempuan dalam majlis yang sama. Owhh, kenapa harus begini. Aku sedih. 


   Tapi ada satu daerah yang selalu hadir padaku di sepanjang perjalananku dalam mencari 'usaha agama' 
dan yang benar-benar 'menjaga' muslimahnya yang ada mirip-mirip Nabi SAW. Tapi aku selalu 
abaikannya kerna apabila saja aku ingin mengetahui kebenaran tentangnya, aku selalu dihalang dan
ditegah setiap kali ia hadir padaku. Seolah-olah ia ingin memberitahuku sesuatu. Tapi dari jauh aku selalu 
memerhatikannya. Bercampur baur dengan keegoan dalam diriku juga, jadi aku sukar menerimanya.


   Hati menangis, apakah tiada lagi 'lelaki-lelaki' yang benar-benar mahu menghijab wanita-wanitanya 
seperti dizaman Nabi SAW dan para Sahabatnya. Aku tertunduk pilu, sehingga aku campakkan 
'keegoanku' jauh dariku, tika itulah Allah campakkan aku ke satu daerah yang selama ini aku tercari-cari.

   Alhamdulillah, itu adalah daerah yang indah itu. Yang mana lelaki-lelaki mereka sangat menitik beratkan 
'hijab' zahir dan batin para wanitanya. Air mata mengalir tanda rasa syukurku. Aku senyum, apa yang aku 
yaqin  ada selama ini sememangnya masih ada, terima kasih Allah. 


Kerna pernah terbuka di 'mata hatiku' yang mana aku berada di dalam satu himpunan muslimah yang 
semuanya berhijab hitam yang tiada percampuran lelaki di majlisnya. Sejak itu aku tercari-cari 'majlis' itu.

Inilah ceritaku di sepanjang mencari sebuah 'Daerah' yang indah. (^_____^)



Allah yang Kuasa gerakkan hatiku ke arahnya, aku ini langsung tiada berdaya.

Sayang Allah, sayang Rasulullah SAW dan usaha Baginda SAW. 

Wallahu'alam.

NuurMuslimatusySyaheedah 7/5/2013



JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular