Marahhh! grrrrrrrrrrrrrrr.......Sediiiiiiihhhhhhhhh......isk isk isk .....piluuuuu.....dan macam-macam lagi perasaan lain yang mula menyelubungi diri kita, itulah yang biasanya berlaku kan apabila kita baca 'suratkhabar' atau berita 'online' atau majalah-majalah pelik macam Mastika..
Sehari dua ni tergerak hatiku untuk buka 'paper' online (sebab kalau paper betul memang aku tak beli lah, kalau dapat percuma 'time' stay kat hotel tuu aku ambik laa, sikit dan jadikan suratkhabar lama,heheheh)... :P
Astaghfirullah,banyak betul berita-berita yang menyedihkan,mengerikan ,menggilakn,hurmmm macam-macam ada.Kes buang 'baby',kes rogol,kes aniaya,kes itu kes ini.Bila baca berita-berita begini,aku mula laa jadi macam 'kemurungan' sikit,sebab memikirkan kes-les yang berlaku tuu,..huhuhu :(.
Teringat pula satu pesanan dan nasihat sorang Ustaz (karkun)masa belajar di Madrasah Tahfiz dulu. Ustaz menasihat kami dari balik tabir "Sebaik-baiknya jangan baca suratkhabar, semua tu merosakkan hati kita sahaja ,lebih baik awak semua baca Kitab Taklim dan Quran, ia sangat membina hati'' tegas ustaz. Aku dari jauh dengar perbualan ustaz dan beberapa rakan yang lain. Aku pun tak faham kenapa ustaz cakap macam tu, tapi aku cuba jugak untuk faham.
Lalu kedengaran seorang rakan bertanya kepada ustaz, " kenapa pula Ustaz, kalau begitu macamana kita nak tahu isu semasa, kes tragedi penindasan ummat islam yang berlaku di luar sana ,kita tak dapat tahu lah kalau begitu, kan kita sesama muslim ni kena ambik tahu pasal saudara kita." ...rakan aku tu macam tak setuju jer dengan apa yang ustaz cakap. Jenuh jugak lah Ustaz tu nak jelaskan Aku dengar jer dari jauh, hurmmm... kesian ustaz tuu. Akhirnya rakan aku tu terima juga apa yang ustaz beritahu. Alhamdulillah.
Sebenarnya sangat berbeza kesannya apabila kita baca kitab-kitab agama atau Alquran itu sendiri.Ia sangat melapangkan hati kita,membawa kita kepada fikir kepada perkara-perkara yang baik dan hati dan minda kita bersih.Kalau baca 'paper' hati mudah jadi bercelaru.
Hati kita perlu di beri makan dengan makanan-makanan yang lazat seperti ayat-ayat suci Alquran dan al Hadis. Kalau kita asyik masukkan dengan berita-berita buruk sahaja, hati jadi sakit, apabila sakit hati menderita, apabila menderita hati akan rosak, apabila hati sudah rosak, ia akan memberi impak yang cukup besar kepada imaan kita.
Aku bercerita ini, bukan kata tak boleh baca suratkhabar, tapi kalau boleh jangan kerap sangat untuk menjaga 'hati' dan minda dan bukan kata tak nak ambik tahu langsung apa yang berlaku di sekitar kita. Kalau baca buku seperti Mastika tuu memang 'best' macam-macam cerita pelik ada kan, aku pun baca gak kalau ada, heheh...tapi percaya atau tidak selepas kita baca tu kesan pada hati kita sangat teruk kan... Aku pun memang kurang baca 'paper', Alhamdulillah kalau tak baca 'paper' hati lebih tenang dan damai, hanya kalimah-kalimah Allah yang menghiasi diri...insyaAllah.....wallhu'lam....(^_^) peace!
NuurMuslimatusySyahidah 2012