Khamis, 2 Ogos 2012

SATU CERITA DI MASJID







Seorang makcik yang sudah lama perhatikan anak-anak kecilku dari jauh,akhirnya datang bersua dengan anak sulungku ( Muhammad Tamiem Daariyy).Aku tidak tahu apa yang dibualkan mereka sebab Tamiem tak cerita 'detail' tapi yang ada satu soalan buat Tamiem susah nak jawab dan memang dia tak dapat jawab.Dia hanya mampu tersenyum-senyum.



















Makcik tu tanya, "Kenapa Ummi tak datang sama solat tarawikh di Masjid ?"






Tamiem hanya mampu senyum jer memanjang! Mengikut ceritanya macamtu lah. Selepas pertemuan dengan makcik tu, dia terus mengadu pada Abuya.




Tamiem ni kalau dengan orang lain dia memang malu nak buka mulut,satu perkara lagi,aku pun tak sempat lagi nak jelaskan pada anak-anak kenapa Ummi tak boleh pergi Masjid.




Ada sesetengah orang, mereka menganggap solat tarawikh ni hanya boleh dilakukan dengan berjemaah sahaja (Aku dulu pun faham macamni jugak,huhuhu) Sebenarnya ia boleh dilakukan seorang diri di rumah,tapi bagi kaum lelaki lebih afdhal sekiranya mereka solat berjemaah di masjid.




~~Solat sunnat tarawikh boleh dilakukan dengan berjemaah atau bersendirian.Akan tetapi sebaik-baiknya dilakukan dengan berjemaah~~(HR jamaah kecuali Tirmidzi)




Kenapa aku solat di rumah?Iya,kerana ganjaran (bagi wanita) adalah lebih besar apabila kita solat di rumah.Kita lebih dekat dengan Allah apabila kita solat di dalam bilik di rumah.




Dalam banyak-banyak solat,hanya solat sunnat Hari Raya sahaja yang RAsulullah SAW benarkan kaum wanita untuk keluar solat berjemaah di Masjid.Ada hadis tentang ini,alamak!lupa pulak dah matannya,..errrrr maaf yerr...Asif




~~Para suami hendaklah mencegah isterinya daripada bersolah di Masjid kecuali isterinya itu sudah tua~~(Al Ghazali)




Al Kisahnya masa bujang-bujang dulu, Masjid kampung aku tu, rasanya akulah 'anak dara' yang paling rajin pergi solat di Masjid, walaupun aku pakai full niqab serba putih (sekali ingat ,lawak pula) setiap kali nak pergi masjid, aku pakai putih semua, heheheh.....errrrrrrr...masa tu aku ingat, kalau nak jadi wanita solihah, kena rajin solat di Masjid...Astagfirullah...Salah, memang salah...kalau nak jadi wanita solihah, kita mesti solat di rumah dan sentiasa di rumah....hukhukhuk...lepas kahwin baru tahu, kena 'ketuk' dengan en Abe baru faham..kuikuikui.





Hadoiiiiiiiii,tahu tak betapa banyaknya fitnah masa tu???huhuhuhu,tak nak citerlah......fitnah memang fitnah...aku nyesal.Ermmmmm,padan muka aku....:(

________Solatlah di rumah wahai kaumku,kalau kalian tahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..................kita sangat dekat dengan Allah saat kita berada bahagian terdalam di dalam rumah kita.







So mulai hari ini jangan 'cemuh' kepada wanita-wanita yang tidak solat di Masjid...kerana di rumahlah tempat wanita.







(^_^) peace!!!!!!!







NuurMuslimatusySyahidah 2012..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular