Ahad, 9 September 2012

UJIAN DARI TUHAN...,UNCANG HILANG!.

Dalam kegembiraan kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu,ada sedikit ujian yang Allah selitkan.Perjalanan dari Ayer Lanas ke Machang dan seterusnya ke Kota Bharu tidak mengambil masa yang agak lama,selepas Asar kami bertolak,alhamdulillah kami selamat tiba di Hotel sebelum waktu Isyak.Selepas 'check in' kami tidak terus naik ke bilik hotel tapi terus ke Masjid Muhammadi untuk solah Isyak yang  berdekatan dengan Hotel kami menginap.

Setibanya di masjid aku terus ke Tandas Wanita untuk betulkan tudung.Keluar dari tandas,aku terintai-intai tempat duduk di luar kalau-kalau ada tapi nampaknya ada Jaga lelaki sedang berehat-rehat di situ (kawasan ruang solat wanita).Kerusi kosong yang ada cuma di ruang legar berhadapan tempat jemaah lelaki.Jadi aku ambil keputusan untuk kembali ke kereta memandangkan aku tak boleh masuk Masjid sebab 'cuti'.

Dalam perjalanan ke ke tempat kereta kelihatan anak-anakku berlari menuju ke arahku sambil anak sulongku membisikkan ''Ummi uncang Abuya hilang!''
''Macamana boleh hilang?" ujarku dengan nada bersahaja.Aku tak mahu anak-anak panik dengan keadaan itu.
''Abuya masuk tandas,sangkut uncang dalam tandas tapi Abuya terlupa nak ambik.Bila patah balik tengok uncang  dah takde.'' Jelas anak ke 2 ku pula.

kedengaran Iqamat berkumandang,lalu aku arahkan anak-anakku naik untuk solat,"Takpe-takpe pergi solat dulu,minta dengan Allah,agar Allah bagi jumpa semula uncang Abuya.Lepas tu cek balik dalam tandas kalau-kalau ada,Ummi nak masuk rehat dalam kereta." lalu anak-anakku bergegas masuk ke Masjid dan aku berlalu meninggalkan perkarangan Masjid kemudian masuk dalam kereta,Allah sahaja yang tahu betapa resahnya aku.Tapi sengaja aku ambil sikap bertenang,tak mahu tengok anak-anak lihat aku 'kalut'.

Dalam kereta,aku kunci kereta dari dalam,rebahkan kepala di stereng kereta,cuba tawajjuh sepenuhnya pada Allah,aku cuba faham disebalik ujian kecil yang Allah hadirkan ini...Dalam uncang tu ada dompet yang berisi segala macam kad penting,Handphone dan kunci kereta.Alhamdulillah Allah gerakkan hatiku untuk bawa kunci 'spare'.Kalau semua tu hilang,jenuh juga lah.

Sementara menunggu suami dan anak-anak solat tak henti-henti aku minta dengan Allah agar dikembalikan semula uncang suamiku,jangan biarkan uncang tu pergi jauh.Andai terlepas ke tangan orang pun,biarlah orang tu orang baik-baik yang mana dia akan kembalikan semula barang-barang peribadi suamiku.Agar suamiku boleh bertenang dengan keadaan ini.Tak sanggup lihat suami dalam kesusahan lagi sebab ujian yang ku alami sekarang ini pun suami dah banyak bersusah payah kerana aku.Sepanjang solat Jemaah di Masjid,sepanjang itulah aku cuba hubungkan hati sepenuhnya dengan Allah.Aku cuba bertenang dan bersangka baik dengan Allah.

Allah mahu uji aku sejauh mana pergantungan aku pada Dia,itu yang cuba aku semat di jiwaku.Allah nak uji aku sejauh mana yaqin aku pada Dia.Airmata mengalir tanpa sedar,aku cuba fahami maksud ujian Allah ini.Dari cermin sisi kereta aku memerhati kelibat suamiku dan anak-anak,aku sangat berharap pada Allah,setiap langkah suami adalah langkah-langkah yang tenang,masa tu ada juga berharap agar Allah kembalikan uncang suami melalui pengumuman di Masjid mengenai barang hilang,tapi aku mula sedar Allah itu Maha Bijaksana .,kalau Allah mahu kembalikan semula uncang suamiku,Allah akan kembalikan walau bagaimana caranya sekalipun.

Kelihatan suamiku dan anak-anak berjalan dengan tenang sambil ditangannya ada uncang yang hilang itu.Ternampakkan uncang itu bersama suami,terus aku melafazkan ,Alhamdulillah,terima Kasih Allah.Sampai di kereta,suami masuk dan tak habis-habis ucapkan syukur lalu menceritakan apa yang terjadi sebenarnya.Semasa ke Tandas suami sibuk uruskan anak-anak dan berwudhuk sehingga terlupa uncangnya tertinggal dalam tandas,jangka masa yang sekejap itu Allah izinkan 'seseorang' bawa lari uncangnya,semua tandas diperiksa tapi tak jumpa.Iqamat pun dah berkumandang lalu suami pergi untuk solat.

Mendengarkan arahanku tadi sebelum aku masuk berehat dalam kereta,anak sulongku pergi semula ke tandas,dan periksa setiap bilik tandas,alhamdulillah terjumpa semula uncang Abuyanya.Selepas solat anakku tunjukkan pada suami uncangnya yang hilang itu.Tapi duit dalam dompet sudah dikebas oleh pencuri,alhamdulillah Allah gerakkan hatinya untuk kembalikan semula 'gadget' yang lain,tapi HP suamiku dimatikannya.Alhamdulillah duit yang ada dalam dompet tu hanya tinggal RM50 sebelum di ambil oleh pencuri.

Airmataku semakin deras mengalir,kerna terharu dengan apa yang berlaku,terharu sebab Allah kembalikan semula uncang tu dalam masa terdekat.Terima Kasih Allah. :')

Allah Maha Penyayang,rupa-rupanya Allah nak tarbiyyah kami.Pengajarannya amatlah banyak.Ini ujian kecil dari Allah,mungkin juga Allah nak didik kami begitu juga untuk hadapi ujian yang lebih besar.Apa yang penting sifat tenang,hubungkan hati dengan Allah,tawajjuh sungguh pada Allah,Allah takkan sia-siakan.Kalau diberi ujian jangan marah-marah dan menyumpah seranah tapi bertenanglah dan tawajjuh sungguh-sungguh pada Allah.Allah suka apabila kita sentiasa ingatkan dia.kalau dalam keadaan susah pun kita tak mahu ingat Allah,bila lagi?Semoga dalam keadaan macamana sekalipun kita sentiasa mengingati Allah.Allahuakbar"!

Semoga Allah merahmati kita semua.Wallhu'alam.

NuurMuslimatusySyahidah... 10/9/2012

MEMORI DI KOTA BHARU



JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular