Selasa, 4 September 2012

TUHAN,JAGAKAN AKU.




Sehari dua ini setiap kali aku menulis,hatiku menangis....Segala ujian yang Allah hadirkan padaku, 

membuatkan mudah menangis dan sedih ,menulis pun dalam keadaan hati yang pilu.:')

Tapi kesedihan itu selalu membuka jalan untuk kita dekatkan diri dengan Allah bukan?. :)

Andai benar ada yang gembira di atas kesedihanku,aku redha.Ini ujian untuk aku.

Andai benar ada yang gembira di atas kesakitanku, juga aku redha. Ini ujian untukku.

Andai benar ada yang ' sakit' di atas kegembiraanku, aku juga redha.

Biarlah Allah menentukan yang terbaik untuk aku. Aku cuba tabah hadapi segala ujian ini dengan sabar, kerna aku tahu dosa aku tinggi menggunung, semoga mehnah Allah ini bisa menghapus dosa-dosaku, Allahummaghfir zunubii...(-__-)

NuurMuslimatusyShahidah 2012





SEMAI BENIH DOSA TIDAK AKAN BERBUAH SYURGA

Saudariku yang di kasihi Allah,
Hati sangat gembira melihat kegembiraan ikatan kasih termeterai,mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihan atau juga menjalin hubungan cinta (yang ini pastinya tidak halal).Syukur kepada Allah di atas kebahagiaan ini.

Tapi sangat sedih,takut dan risau apabila kita ini dengan sewenang-wenangnya 'menghalalkan' ikatan

 pertunangan itu seperti halalnya pasangan suami isteri,dengan tanpa rasa takutkan Tuhan kita menghalalkan ikatan cinta kita dengan pasangan.....astagfirullah.

Adik-adik yang dimuliakan Allah,
Ikatan pertunangan bukanlah tiket untuk kita bebas ke sana ke mari dengan pasangan kita kerana dengan hanya adanya ikatan perkahwinan,barulah kita boleh bebas sebebasnya dengan pasangan kita.

Kenapa aku risau?Kerna perkara itu semua sangat mengundang kemurkaan Allah kepada kita semua.Itu semua adalah satu permulaan kemusnahan rumahtangga yang akan kita bina kelak.Sedarkah kita?Kita telah membina 'cinta' kita dengan dosa demi dosa.Dosa itu tempatnya di neraka bukan?,maka ia sangatlah panas,semakin banyak kita membuat dosa sepanjang pertunangan,percintaan semakin banyak bara api yang kita kumpulkan.Natijahnya,rumahtangga kita nanti akan 'kepanasan' dengan bahang dosa-dosa kita yang lalu kecuali kita kembali kepada Allah,bertaubat dengan sebenar taubat.

Selepas perkahwinan kalau kita mula rasa tidak bahagia,ada saja yang tidak kena dengan pasangan kita,cuba lihat semula,apa yang kita sudah buat sebelum ikatan perkahwinan?Allah itu Maha Adil,Maha Penyayang,kepada sesiapa yang ikut jalanNya yang lurus dan taat Allah pasti bagi kebahagiaan yang sebenar di alam percintaan berumahtangga,sesiapa yang berbuat dosa,Allah akan 'sedar'kan kita dengan berbagai cara,cuma terpulang kepada diri kita samada mahu insaf atau mahu berpaling.

Aku menulis ini sebab aku mahu kita semua hidup bahagia dengan pasangan kita setelah adanya ikatan yang sah di sisi Allah,sebab inilah kebahagiaan cinta yang sebenar,kerna di sinilah wujudnya 'syurga yang di segerakan Allah di dunia''....Bagaimana kita akan beroleh bahagia andai setiap hari kita selalu menyemai benih dosa?Apakah ianya akan berbuah dengan buah dari syurga?....marilah kita renung sejenak,jangan di ikutkan gelora cinta dengan nafsu.segerakanlah perkahwinan andai kita tidak mampu untuk meninggalkan perkara-perkara yang 'terlarang' itu.Takutlah akan Allah,taatlah perintahNya yang pebuh dengan hikmah.

Semoga alam percintaan kita dengan suami sentiasa indah dan bahagia,sentiasa dirahmati Allah kerna cinta yang dirahmati Allah sahaja yang akan membawa ke syurgaNya,insyaAllah.....

Kita ini Wanita yang sangat di sayangi Allah dan RasulNya SAW,
Sebab itulah Allah perintahkan diri kita untuk hijab dengan sebenar hijab,hijab dari segala macam fitnah.

Wallhu'alam. (--_--)

NuurMuslimatusySyahidah 2012.

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular