Selasa, 7 Mei 2013

DAERAH ITU YANG PALING INDAH.



   Aku mencari satu daerah yang benar-benar 'menjaga' wanita-wanitanya,
Yang wanita-wanitanya tutup aurat sempurna,
Kalau si lelakinya boleh berserban dan berjubah,
Apakah wanita-wanitanya boleh berfurdah dan berhijab dengan sebenarnya?

Aku mencari,
Di satu daerah, lelaki-lelaki mereka ramai yang berpakaian sunnah,
Aku gembira! Tapi...aku sangat sedih kerana perempuan-perempuan mereka,
berhijab biasa-biasa sahaja, dan hanya sedikit yang tutup aurat sempurna,
dan pergaulan antara lelaki dan perempuan tidak di jaga.

   Majlisnya bercampur baur antara lelaki dan wanita. Apabila aku bersama dengan mereka, aku rasa sangat
tidak selesa apabila aku selalu 'dipandang' oleh lelaki berpakaian sunnah itu. Bermain mata begitu, nafsuku 
mungkin suka tapi imaanku sememangnya tidak suka.Dan perjuangan mereka itu ternyata di bawah 
naungan 'musuh-musuh Islam' sendiri. Aku kecewa lagi tapi aku tidak putus asa.

  Lalu aku cari lagi tanpa jemu,
Aku terpesona dengan satu daerah, semua berpakaian sunnah baik lelaki, perempuan dan anak-anak kecil 
mereka. Aku rasa bahagia, aku ingin bersama mereka tapi... ternyata mereka pun sama, bercampul gaul 
lelaki dan perempuan dalam majlis yang sama. Owhh, kenapa harus begini. Aku sedih. 


   Tapi ada satu daerah yang selalu hadir padaku di sepanjang perjalananku dalam mencari 'usaha agama' 
dan yang benar-benar 'menjaga' muslimahnya yang ada mirip-mirip Nabi SAW. Tapi aku selalu 
abaikannya kerna apabila saja aku ingin mengetahui kebenaran tentangnya, aku selalu dihalang dan
ditegah setiap kali ia hadir padaku. Seolah-olah ia ingin memberitahuku sesuatu. Tapi dari jauh aku selalu 
memerhatikannya. Bercampur baur dengan keegoan dalam diriku juga, jadi aku sukar menerimanya.


   Hati menangis, apakah tiada lagi 'lelaki-lelaki' yang benar-benar mahu menghijab wanita-wanitanya 
seperti dizaman Nabi SAW dan para Sahabatnya. Aku tertunduk pilu, sehingga aku campakkan 
'keegoanku' jauh dariku, tika itulah Allah campakkan aku ke satu daerah yang selama ini aku tercari-cari.

   Alhamdulillah, itu adalah daerah yang indah itu. Yang mana lelaki-lelaki mereka sangat menitik beratkan 
'hijab' zahir dan batin para wanitanya. Air mata mengalir tanda rasa syukurku. Aku senyum, apa yang aku 
yaqin  ada selama ini sememangnya masih ada, terima kasih Allah. 


Kerna pernah terbuka di 'mata hatiku' yang mana aku berada di dalam satu himpunan muslimah yang 
semuanya berhijab hitam yang tiada percampuran lelaki di majlisnya. Sejak itu aku tercari-cari 'majlis' itu.

Inilah ceritaku di sepanjang mencari sebuah 'Daerah' yang indah. (^_____^)



Allah yang Kuasa gerakkan hatiku ke arahnya, aku ini langsung tiada berdaya.

Sayang Allah, sayang Rasulullah SAW dan usaha Baginda SAW. 

Wallahu'alam.

NuurMuslimatusySyaheedah 7/5/2013



JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular