Selasa, 24 Mei 2011

PENGALAMANKU BELAJAR SIFAT SABAR DAN IKRAM MUSLIMIN


  

   Salam kasih sayang buat semua teman,..saya nak kongsi satu cerita..pengalaman masa berada di Ma ahad Tahfiz Daarul Quran, Slow Machang..Pasir Mas...November 1999..Masa tu umur pun baru 15thn..baru lepas PMR..actually saya dah share dalam nota FB, buat masa la ni copypaste from my FB lah dulu, hehehhe(^___^).


   Stay 2 mggu kat situ, saya buat keputusan nekad nak pakai furdah...so suatu hari saya keluar dari asrama dengan berfurdah...wahhh!! teruk betul kena ejek dengan beberapa orang student lelaki dan termasuklah seorang budak lelaki nii..nama dia Mamat (bkn nama sebenar,,,hehehe..lupa dah nama dia)..dia nii kira pangkat adik lagi lah dengan saya. Masa tuu saya umur 15thn dan dia 12thn...Boleh kata hari-hari dia akan ejek saya begini. ''HANTU BUNGKUS!!!..HANTU BUNGKUS!!..Woi-woi lari woii..ade HANTU BUNGKUS!!!..''Allah saja yg tahu...terbakarnya hati nii...pantang jer nampak saya..terus dia ejek''...Semua student perempuan jadi mangsa ejekannya dan student perempuan lain selalu balas dengan kata ejekan juga..tapi saya ''diam'' jer ( tapi masa tuu saya seorang jer yg pakai furdah..student lain tak pakai..ustazah pun tak pkai..huhuhu.)..ujian sungguh..dah laa kita nii baru-baru test pakai furdah..


Apabila dah selalu kena ejek...saya dah tak endah dahh...saya ''diam'' jer..buat-buat tak dengar dan tak tau...masa beratur nak ambil makanan di kantin untuk berbuka puasa...saya tetap bantu dia,..sedikit pun saya tak kutuk dia...saya bersikap tenang setiap kali berhadapan dgn dia...tanpa saya sedar..ada perubahan berlaku dgn Mamat ni....


Agak pelik jugaklah..tertanya-tanya saya mana Mamat nii pergi...setiap kali saya keluar asrama..sunyi jer..takde dah bunyi bising-bising ejekan geng-geng dia (dia lah ketuanya)...suatu hari saya ternampak kelibat mamat tuu...apabila dia nampak saya..dia teruss lari lintang pukang..macam maluuuuuuuuuuuuu jer... .=P


Hari yang seterusnya..saya ternampak dia lagi..kali nii dia dah tak larii..cuma agak berlainan wataknya..''malu2 gitu'' dengan saya..terfikir jgk saya 'apa dah jadi dgn budak ni?? berubah 360 drjh nii???.''....hurmmm..dan begitulah seterusnya watak dia..Mamat ni berubah dari seorang budak yang suka ejek orang kepada budak yang lebih beradab dan pemalu..Alhamdulillah.!!!


Moral of my story...untuk kawan-kawan..orang buat jahat kepada kita atau memalukan kita..kita balaslah dengan baik dan ikramm (muliakan/khidmat)...actually..saya terfikir..sodaqa Rasulullah SAW...tetaplah berbuat baik pada orang yang buat jahat pada kita...


Setiap kali adik-adim saya mengadu selalu di ejek kawan di sekolah..saya akan ceritakan ''kisah saya ini''....ia amat memberi pengajaran kepada saya....wallahu a'lam.............

PERTENGKARAN BIDADARI DENGAN WANITA DUNIA

Masa kecil2 dulu saya selalu tertanya2..hurmm kalau lelaki soleh akan dapat bidadari2 cantik..adakah wanita akan dapat bidadara...hurmmm...saya agak cemburu!!..agak lama masa untuk saya mengetahui  perkara ini.,sehinggalah saya dikahwinkan dengan seseorang yang amat membela saya sebagai ''wanita''...dan inilah jawapannya...betapa gembiranya saya,Tuhan sahaja yang tahu,ia cukup memberi saya ''keghairahan'' untuk menjadi wanita solihah di  dunia ini,semoga saya dapat terus buat usaha2 yang membawa keredhaan Allah pada saya...banyak pengorbanan yang perlu saya buat,,semoga Allah beri saya kekuatan untuk hadapi segala2nya...wallahu'alam........



BIDADARI : Aku lebih cantik daripada kamu...Kami hanya buat amalan baik sahaja.Kami dijadikan daripada 4 unsur yakni
                    (za'farn,kafur,musyuk,ambar)....sedangkan kamu wanita dunia daripada 4 unsur(tanah,air.api.angin)

WANITA DUNIA : Kami taat kepada Allah s.w.t walaupun dalam keadaan sihat,sakit,senang,susah...dengan mujahadah.
                             Sedangkan kamu tiada mujahadah.Kerana kamu nampak apa sahaja yang ghaib pada mata kami.Sedangkan kami 
                             berimaan dalam keadaan yang tidak tahu apa-apa disebaliknya. 

Natijahnya Allah s.w.t menukar rupa wanita dunia 70kali lebih cantik daripada bidadari-bidadari itu..

KELEBIHAN HAMIL DAN IBU.


ketika hamil dan melahirkan.
  • Dua rakaat Solat wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil
  • Wanita yang hamil akan mendapat pahala seperti berpuasa di siang hari dan beribadah di malam hari
  • Apabila wanita melahirkan anak.Allah swt sediakan pahala 70 tahun solah dan puasa
  • Setiap kesakitan melahirkan anak itu Allah swt beri pahala haji mabrur
  • Apabila wanita meninggal dunia ketika melahirkan anak,ia dikira mati syahid
  • Allah swt memerintah 500 malaikatnya untuk menjaga wanita yang hamil
Hamil sesuatu yang indah walaupun ia cukup menguji kesabaran kita..lihatlah betapa Allah sayangkan kita,mencurah2 permata yang dilimpahkan untuk kita.Alhamdulillah,terima Kasih Allah kerana sentiasa melimpahkan rahmat,mengenalkan aku kepadaMu.

ketika menyusu,mengasuh dan menjaga.
  • Wanita yang memberi susu badannya kepada anaknya akan memperoleh 1 pahala daripada setiap titik susu yang diminum anaknya.
  • Wanita yang beri susu badannya kepada anaknya yang menangis di waktu malam dengan sabar,Allah swt beri pahala 1 tahun solat dan puasa.
  • wanita yang menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2tahun setengah,maka Malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita gembira kepadanya bahawa syurga wajib baginya.
  • wanita yang menhabiskan waktu malamnya dengan tidiur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit.Allah beri pahala seperti membebaskan 20 hamba.
  • Wanita yang tidak cukup tidur kerna menjaga anaknya yang sakit,Allah akan ampunkan segala dosanya .
  • wanita yang hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadah. 
InsyaAllah..cubalah untuk tunaikan hak anak2 kita,mereka lebih memerlukan kita dari orang gaji atau pengasuh2,atau sesiapa sahaja..anak2 lebih memerlukan ibu dan ayahnya..terutama anak2 yang masih bayi...sudah menjadi tanggungjawab kita tunaikan hak mereka.Akhirat nanti Allah akan tanya kita ''apakah kita sudah tunaikan hak2 mereka''?terima kasih ya Allah,''permata''yang kau limpahkan,amatlah rugi andai aku sia2 kan.
Berilah kami taufiq  dan inaayahMu,agar kami dapat didik mereka mengikut kehendakMu.

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular