Selasa, 16 Oktober 2012

PAKAIAN SUNNAH,MEMBEZAKAN ORANG BERIMAN DENGAN YANG TIDAK BERIMAN


Apabila seseorang wanita Islam itu berhijab dengan jubah,tudung dan furdah atau yang lelaki berkopiah,berserban,berjubah atau kurtah...kita mesti kata 'warak'kan?Ishhh bukan macamtulah,warak ke tak warak tu bergantung kepada amalan kita pula dan itu hanya Allah yang boleh menilai setinggi mana tahap 'warak' seseorang dalam ibadahnya pada Allah,wallhu'alam.

 Kita sebagai wanita beriman mesti menyahut seruan Allah ni,membuktikan yang kita betul-betul berimaan dan moga-moga sempurnalah imaan kita ni,insyaAllah.
Sebenarnya pakaian ini adalah perintah Allah untuk membezakan wanita beriman dengan wanita yang tidak beriman.Apabila kita amalkan pakaian sunnah ini,mudah untuk kita  membezakan antara orang Islam atau yang tidak Islam.

Cuba baca balik kisah para sahabiyyah dan isteri-isteri Rasulullah SAW apabila turunnya ayat al Quran tentang perintah Allah ini,apa yg mereka buat?? Haaa,tau kan..,kalau tak tau maknanya,belajar tak habislah tu,jangan marah ye!Saje je gurau-gurau.

Apatah lagi orang lelaki,kalau letak kopiah atas kepala tu dan berpakaian sunnah,mesti kita tahu,dia seorang Islam.Katalah lelaki tu muka dia macam cina ke india ke atau memang dia bangsa india,cina atau inggeris,jadi senang kita nak bezakan Islam ke tidak.

Jadi di sini,nak tekankan kepentingan berpakaian sunnah,lebih-lebih lagi pada adik kakak kita yang comel  ni.(^_~)

Dalam sunnah ada kejayaan,Selamat dunia akhirat.insyaAllah."

~~Pakai pakaian sunnah Allah beri pahala,
hidup bertambah indah.
kerana Allah suka!~~

Jom tutup aurat dan pakai pakaian sunnah!

NuurMuslimatusySyahidah 2012

PERANAN SUAMI DALAM MEMULIAKAN/MELAYAN ISTERI


Assalamualaiykum,
Alhamdulillah di beri kesempatan untuk saya  berkongsi sedikit ilmu yang saya baca dari bayan-bayan Maulana-Maulana dan juga hasil muzakarah dengan suami tersayang.Seterusnya ada beberapa lagi pesanan untuk para suami semua.Semoga apa yang saya sampaikan dapat kita sama-sama amal dan ambil iktibar,jangan lupa sampaikan juga kepada sahabat-sahabat kita di luar sana...insyaAllah.(^_^) ye lah kan  ramai di antara isteri ,punya masalaah dgn ''sikap'' suami terhadap isterinya,wahai para suami cubalah selusuri perjalanan Rasulullah Saw dalam menggembirakan isteri-isteri baginda Saw....jom!!

Kepada suami –suami yang dirahmati Allah selalu.
Cuba kalian salami ‘jiwa’ isteri kalian,jangan hanya pandai bermain dan bermandi manda di sungai tapi tak mahu menyelam ke dasar sungai.Seperti madah saya yang lalu yang berbunyi begini ;

HATI SEORANG ISTERI

‘’Hati Isteri Ibarat 'sebatang anak sungai',kelihatan tenang beralun,mendamaikan,menyejukkan.Saat si suami mencedok airnya di wajah,terasa segar dan nyaman.Saat suami mula mandi-manda di sungai,dia terasa di belai dan di manjakan.Dia selalu hadir ke anak sungai ini untuk menyegarkan wajahnya dan bermandi-manda tapiiii...kenapa tersangat kurang suami yang mahu 'menyelam' ke dasar sungai itu dan tidak mahu tahu apa yang ada di dasarnya,apa yang tersimpan.Selamilah wahai suami,lihat ada apa di dasarnya,adakah ada 'kesedihan',kelukaan, kegembiraan dan sebagainya.Jangan biarkan arusnya terus hanyut di buai sepi.Suami,seharusnya kalian memiliki hati isterimu bukan hanya lahir.’’
Sebagai suami yang soleh kalian mesti bijak menghiburkan isteri kalian,jangan hanya pentingkan diri sendiri dan terlalu ego untuk menggembirakan isteri kalian.Mereka sudah bersusah payah untuk kalian dan anak-anak juga.Jom para suami yang dimuliakan Allah,hargailah dan gembirakanlah isteri kalian!

Sebagai  suami  kalian mesti bijak ikram/muliakan bidadari kalian seperti ini,
*Wajib untuk penuhi hak rumah tangga
*Rajin ikram anak-anak  depan isteri
*Selalu bawa isteri dan anak-anak  jalan-jalan
*Mesti puji masakan isteri.
*Sentiasa puji isteri apabila nampak kebaikan
*Bercerita di malam hari
*Jangan lupa untuk beri hadiah
*Hias diri kalian dgn akhlak yang baik sepertimana yang ditunjukkan oleh Nabi SaW.
*Sentiasa berDoa.

Duhai  suami...panggillah isterimu dgn panggilan yang manja,kerana panggilan manja itu memberi kesan yg mendalam di hati isteri ,sekaligus mendatangkan rasa cinta dan hormat kerana panggilan tersebut menggambarkan betapa mesranya hubungan suami isteri,seperti ‘’sayang,ayang,darling,atau apa saja ..asalkan isteri anda sukeeee.. ~

‎Duhai Suami...selalu-selalu lah bawa balik buah tangan untuk  bidadarimu yg sedang menunggu di rumahmu,seperti coklat, buah-buahan,pakaian,dan sebagainya.Isteri yg baik pasti menerimanya dgn hati yang amat gembira dan menghargainya~~(^___^).

Duhai Suami...Jadilah kekasih yang memahami dan mengerti sifat-sifat kewanitaan isterimu serta menolong isterimu di dalam kesusahan,kesakitan dan kerinduan
Duhai Suami ....sekali sekala bawalah isterimu pergi berjalan-jalan untuk hiburkan hatinya ,ia cukup untuk meringankan bebanan perasaan dan juga keletihan yg di alaminya~~(^_^) ...

Duhai Suami ...apabila makan masakan isterimu,ermmm... jangan lupa yaaa... puji-pujilah masakannya itu di hadapannya serta menunjukkan selera di atas makanan yg dihidangkannya,ia boleh menghilangkan lelah kerana penat memasak, juga menambahkan sayang isteri padamu.Sebagai penghargaan untuk isterimu~~(^_~) jadi tambah rajin lah isteri utk memasak lagi dan lagi,insyaAllah.

Duhai Suami...isterimu sememangnya ada kecantikan dan kelebihannya tersendiri,anugerah Allah pada setiap wanita,pujilah isterimu...kecantikannya,pakaiannya,paras rupa dan apa saja yg ada pada isterimu.Memujuk rayu dengan kata yg memikat hati ,insyaAllah kata-katamu itu menjadi sumber ''keyaqinan'' utk dirinya.

Duhai Suami...setiap hari setiap waktu ,ambil berat dan perhatian mengenai kehidupan isterimu .Tanya isterimu segala kekurangan dan masalah-masaalah  yang merumitkan hidupnya .Adakah dia sedang bersedih,adakah dia sedang dalam kesusahan,adakah dia sedang tertekan,tanyalah pada isterimu,agar dia terasa dirinya di sayangi dan diber perhatian.

Duhai Suami...wajib ke atas kamu untuk memberi isterimu wang tambahan dan peruntukkan yang tersedia dari perbelanjaan dapurnya sehari-hari.Jadi jangan kalian susahkan bidadari kalian dengan masaalah kewangan sebab itu adalah tanggungjawab kalian,para suami~~(^_^)

Duhai Suami ..akhir sekali jangan lupa untuk berterima kasih kepada isterimu yang telah berkhidmat utkmu seperti basuh pakaian,menggosok sepatu,seterika pakaian,kemas rumah,memasak,merawat anak dan sebagainya.Satu lagi,jangan lupa untuk ucap terima kasih kepada isterimu setiap kali selepas ''bersama'' kerana kerelaannya menyerahkan segala-galanya kepadamu~~(^____^)

Alhamdulillah...setakat ini sahaja dulu untuk membicarakan peranan suami terhadap isteri,insyaAllah di lain masa saya akan kongsi lagi mengenainya.Semoga bermanfaat untuk kita semua.Semoga encik-encik suami di luar sana tidak lagi hanya pandai bermain-main di gigi air tapi pandai menyelam ke dasarnya.Selamilah apa yang ada di dasar sungai kasih bidadarimu!Wallhu’alam
NuurMuslimatusySyahidah  16/10/2012.

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular