Selasa, 16 Oktober 2012

PAKAIAN SUNNAH,MEMBEZAKAN ORANG BERIMAN DENGAN YANG TIDAK BERIMAN


Apabila seseorang wanita Islam itu berhijab dengan jubah,tudung dan furdah atau yang lelaki berkopiah,berserban,berjubah atau kurtah...kita mesti kata 'warak'kan?Ishhh bukan macamtulah,warak ke tak warak tu bergantung kepada amalan kita pula dan itu hanya Allah yang boleh menilai setinggi mana tahap 'warak' seseorang dalam ibadahnya pada Allah,wallhu'alam.

 Kita sebagai wanita beriman mesti menyahut seruan Allah ni,membuktikan yang kita betul-betul berimaan dan moga-moga sempurnalah imaan kita ni,insyaAllah.
Sebenarnya pakaian ini adalah perintah Allah untuk membezakan wanita beriman dengan wanita yang tidak beriman.Apabila kita amalkan pakaian sunnah ini,mudah untuk kita  membezakan antara orang Islam atau yang tidak Islam.

Cuba baca balik kisah para sahabiyyah dan isteri-isteri Rasulullah SAW apabila turunnya ayat al Quran tentang perintah Allah ini,apa yg mereka buat?? Haaa,tau kan..,kalau tak tau maknanya,belajar tak habislah tu,jangan marah ye!Saje je gurau-gurau.

Apatah lagi orang lelaki,kalau letak kopiah atas kepala tu dan berpakaian sunnah,mesti kita tahu,dia seorang Islam.Katalah lelaki tu muka dia macam cina ke india ke atau memang dia bangsa india,cina atau inggeris,jadi senang kita nak bezakan Islam ke tidak.

Jadi di sini,nak tekankan kepentingan berpakaian sunnah,lebih-lebih lagi pada adik kakak kita yang comel  ni.(^_~)

Dalam sunnah ada kejayaan,Selamat dunia akhirat.insyaAllah."

~~Pakai pakaian sunnah Allah beri pahala,
hidup bertambah indah.
kerana Allah suka!~~

Jom tutup aurat dan pakai pakaian sunnah!

NuurMuslimatusySyahidah 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular