Isnin, 15 Oktober 2012

DUNIA MENIPU ATAU KITA YANG TERTIPU?



"Saat ini aku bertanya,kenapa kita suka sangat pada ‘’dia’’?Padahal Allah tak bagi jaminan pun yang kita akan memilikinya selama-lamanya tapi Allah beri jaminan bahawa nun di sana ada tempat rehat nan indah,tapi  kita masih fikir dia dan dia.Di manakah ruang untuk kita fikir tentang agama Allah atau tentang hakikat kalimah Laa ilaa ha illallah Muhammadurrasulullah?Iaitu ketaatan pada Allah dan memiliki keperibadian Rasulullah saw."

"‎Allah hantar kita pada dia untuk beribadah pada Allah..tapi kita selalu salah guna,kadang-kadang kita asyik mengejar  dia  sehingga terlupa maksud sebenar kita di hantar pada dia.."

‘’Adakalanya kita  percaya pada dia tapi dia hanya menipu,indahnya sementara.Kadang-kadang  dia menjanjikan sesuatu yang indah lalu kita tunggu tapi sebenarnya dia menipu,tipu dan tipu lagi.Kenapa kita  masih percaya padanya?sedangkan kita selalu sahaja menjadi mangsa.

"Dia  menipu kerana wujudnya manusia-manusia  yang  tidak beriman pada Allah dan dia selalu menjanjikan yang indah-indah  tapi ternyata dia menipu.Kerana Allah sahaja yang Kuasa melaksanakan keindahan sebenarnya..."

Ohh Dunia,aku kah yang tertipu atau engkau yang menipu?
Pimpinlah aku ke jalanMu ya Allah agar aku tak terpedaya lagi dengan kehidupan dunia.
Teguhkan imaanku ya Allah,aku tak mahu tertipu dengan dia lagiiii..."(-__-)

(NuurMuslimatusySyahidah Disember 2010)

PENGHUNI ALAM SIBUK BERZIKIR.



Perhatikan Alam ini,
Rasailah bahawa alam sedang berzikir pada Penciptanya(Allah),tapi kita ini??,kita ini sering lupa dan lalai dalam mengingati Allah.."
Andai Allah buka 'hijab' kita dengan alam lain seperti alam haiwan,malunya kita sebab haiwan-haiwan itu sentiasa bertasbih pada Allah,
Di alam  tumbuhan,cuba lihat dengan mata hati dan cuba rasai,mereka juga sibuk berzikir.
Di alam Malaikat juga ,mereka sentiasa sujud dan rukuk pada Allah,tapi kita sedikit sangat ingat dan taat akan Allah :'( .
Di alam ghaib yang lain,subhaanallah,mereka semua sedang sibuk menyebut kalimah Allah dengan  tak pernah henti-hentinya.
Ya Allah kami ini makhluk yang kau ciptakan yang paling Engkau muliakan berbanding makhlukMu yang lain tapi kami ini selalu lalai dalam mengingatiMu.Ampunkan kami  ya Allah.
Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa mengingatiMu
Ya Ghafuur Ya Rahiim,ampunilah kami.
Aku rasa akulah manusia yang paling banyak lalai,astaghfirullah.

 (NuurMuslimatusySyahidah  15/10/2012)

KENAPA NAMA AHLIYYAH HISHAM/BIDADARIMU HISHAM?



Kenapa yer saya letak nama Ahliyyah Hisham?


Padahal tu bukan nama saya, errr.... buat masa sekarang ni, saya tukar kejap, letak nama 'Bidadarimu Hisham', heehehe, maknanya sama jugak, dua-dua makna 'isteri Hisham' dan ada beberapa sahabat saya juga meletakkan nama 'ahliyah/ahlia' untuk Fb mereka?

Dah namanya 'isteri hisham' maknanya 'hak milik Hishamlah' tak boleh diganggu dah, jangan di usik lagi, berdosa. Suami saya ni sangat cemburu orangnya, kalau nama saya di sebut dibibir lelaki lain pun dia dah 'jeles' apa lagi kalau 'saya' di lihat oleh mereka. Kalau ada lelaki yang 'pandang' saya walhal saya berhijab pun dia dah tak tentu arah, heheheh.

Alhamdulillah,jangan anggap itu sebagai kongkongan. Saya faham dan syukur itulah 'penjagaan' yang sebenar dari seorang suami. Suami nak tinggikan martabat kita sebagai wanita dan isteri.(^_~)

Kawan-kawan sekolah dulu pun ramai tak kenal saya ini adalah 'saya' kecuali saya perkenalkan diri.

AHLIYYAH maknanya ' isteri ' ,yang biasa kita dengar 'zaujatun' kan...........ingat tak cerita Ali Baba dan 40 penyamun??...dia panggil isteri dia ''ahluyahh'' dan dia punya hamba ''marjina''..Dalam bahasa Arab Ahluyah/ahliyah tu makna isteri, marjina pula maknanya 'orang gaji/hamba perempuan, bijak betul arwah Tan Sri P Ramli buat filem kan.hehehh.

Nak kata nama pun 'ibarat aurat' kena jaga, tak boleh nak di siar-siarkan sangat pada orang, apalagi wajah dan 'body kita yang comel ni, (wanita semuanya cantik, sebab itu Allah suruh kita jga dan hijab betul-betul..)


Orang lelaki dia punya akal, kita wanita tak boleh nak bayang, dengar nama perempuan pun mula laa entah ke mana dia melalut, apa lagi kalau di lihat wajah si perempuan tadi.. (@-@)


Memang kita ni sebagai 'wanita' mudah terkena fitnah. Semoga kita dapat jaga diri kita sebaik-baiknya.Wallhu'alam.




Jumpa lagi yer..




NuurMuslimatusySyahidah. 14/10/2012

NIKAH DI USIA ‘SWEETS’


‘’Saya nak kawen muda’'..hihihi...bunyi macam gedik dan gatai kan?Orang jahil  aje yang kata gatai,sebenarnya kita sebagai gadis kena ada fikir risau pasal kawen,apalagi sebagai ibu bapa,kena ada fikir pasal jodoh anak-anak,jangan dilambat-lambatkan,padah jadinya.Sebab dengan berkahwinlah kita sudah selamatkan diri kita dan agama kita dan daripada  lelaki-lelaki yang ‘gila’ dengan kita...huhuhuh...
Kecantikan,kemuliaan dan keberkatan seorang gadis adalah apabila dia cepat menikah..(^_~)..nak jadi wanita berkat kena cepat nikah,cepat dapat anak,dan ringan maharnya,betul tak?.."~~
Jom nikah muda-muda..kalau kita tahu kelebihan nikah ni,dan pandangan Allah pada orang  yang dah  nikah ni,gerenti pakat nak kawen muda belaka....kalau kita asyik kejar ilmu(alasan tak kawen-kawen)..sampai tua pun ilmu Allah ni tak habis,jadi  kawen lah dulu,lepas kawen Allah bagi banyak lagi ilmu,rezqi pula melimpah,..tak caya..cer kawen,...hehehe.

"Sebenarnya kan  kawen muda ni banyak hikmahnya...antaranya.Sebab masih comel ‘liplip’ dan bila dah kahwin  kekal muda walaupun anak dah ramai.Kalau mengandung perut kecik  je dan mudah bersalin(bergantung juga kepada hubungan dengan Allah dan hubungan dengan suami).Anak dah besar nanti,kita muda dan cun lagi.Suami suka bersenda gurau dengan kita dan manjakan kita sebab kita manja dan comel,heheheh :P..Apa lagi yer..banyaklah lagi hikmahnya...tak larat dah nak bla-bla.

Itu kelebihan dari segi fizikal,tak termasuk dari segi rohaniyyahnya lagi.Dari segi rohaniyyahnya pula,  subhaanallah banyaknya kelebihan,kalau solat,puasa dan amalan ibadah yang lain,ganjarannya masyaAllah banyak.Kalaulah mata hati kita boleh  nampak  ‘alam ghaib’ tu,heheh nescaya kita semua berlumba-lumba nak nikah.Tapi nak nikah jangan sebab nak ‘enjoy’,jahannam jadinya.Ihklaskan hati kerana Allah,nak jaga diri dan agama.InsyaAllah Allah akan mudahkan dan kurniakan kita kebahagiaan ‘syurga sebelum syurga’,insyaAllah.

Jangan pula lupa dalam mencari pasangan,jangan hanya berdasarkan ''cinta'' semata,sebab ''cinta'' tidak menjamin bahagia,carilah pasangan yang taat pada perintah Allah dan yang amal dengan sunnah-sunnah  Rasulullah Saw,,,insyaAllah,,,kebahagian milik kita dunia dan akhirat.Kita juga kena faham ‘agama’,kena banyak belajar ilmu tentang  perintah-perintah Allah apabila kita sudah menjadi isteri nanti.Tapi jangan risaulah semuanya akan menjadi mudah apabila kita ikhlaskan hati kerana Allah,insyaAllah.

Nak dengar kisah saya kenapa saya nikah di usia muda?

Cantik pic ni kan,heheh pinjam je.
Saya dah taip dah tapi kalau tak baca lagi bagus,kalau nak baca juga,bacalah tapi jangan pula cakap bukan-bukan tentang saya,heheh,asje jer acah.Saya sendiri nikah dalam usia taklah muda sangat,masa umur saya ‘sweetseventeen’,okey tak? ;).

Ada orang fikir saya malu nikah di usia ini,dan saya tahu rata-rata sahabat yang nikah muda ni,malu pula nak mengaku nikah muda zaman sekarang ni.Saya dulu macam gadis lain juga,urusan nikah ini saya tak fikir sangat,saya anggap itu sesuatu yang tidak penting pun,paling muda pun saya nak nikah di usia 25thn sebab masa tu saya fikir,saya nak belajar tinggi-tinggi,masuk universiti dulu,saya nak bersuka ria dulu,saya nak jadi penyanyi (walau suara tak sedap langsung,heheh),saya nak jadi model dan macam-macam lah.Itulah kalau hati masih belum kenal Allah tapi apabila Allah beri sedikit kefahaman pada saya tentang ‘maksud’ kita hidup di dunia ini,itu yang buat saya fikir jauh.

Saya sedar  saya hanya hamba Allah yang Allah hantar ke dunia ini untuk mengabdikan diri padaNya.Solat dan ibadah fardhu yang lain,Alhamdulillah dengan hidayah Allah itu kita semua tahu,alhamdulillah dengan taufiqnya kita taat dan dapat amal tapi cara hidup kita yang bagaimana Allah hendak kita buat,itu yang menjadi persoalan saya.Alhamdulillah berkat kesungguhan saya Allah tunjukkan jalan.

Saya banyak fikir,diri saya sebagai seorang gadis,jujur saya beritahu saya agak rimas dengan ‘panahan’ cinta daripada lelaki-lelaki yang ada di sekitar saya masa itu,tua muda,bujang,suami orang,semuanya sama,memang merimaskan!.Asalnya saya budak sekolah biasa,yang bercampur lelaki perempuan,jadi perkara begini memang wujud,itulah salah satu sebab kenapa saya ‘cabut’ lari dari sekolah  setelah selesai saja PMR dan ujan oral masa tu dan pergi ke Madrasah Tahfiz.Itulah salah satu sebabnya kenapa saya ambil keputusan untuk ‘berhijab dan berfurdah’,tapi sebab utama ialah kerana Dia yang Maha Agung.

Sejujurnya saya bersyukur kerana Allah ‘nikahkan saya’ di usia ini,yang sebenarnya saya tak sangka pun sebab saya target masa tu saya nak habiskan ‘hafizah’ dulu dan nikah di usia 18/19thn.Tapi Allah Maha Hebat,Maha Bijaksana,di hantarNya  si dia kepada saya di usia saya yang baru beberapa hari masuk umur 17thn.Agak bingung juga saya,terkejut  pun ada,tersenyum sorang-sorang,’secepat ini Allah makbukan doa saya,Allahu Akbar!’.Masa tu,saya baru jer jejakkan kaki  kembali ke Madrasah setelah hampir setahun saya  tangguh belajar sebab saya ‘masuk wad’ untuk satu ‘pembedahan’(yang ini pun ujian juga masa tu,hanya Allah yang tahu).Masa tu,saya sangat sayang nak tinggalkan Madrasah tapi saya fikir balik kalau Allah dah ‘hadiah’kan saya ini kenapa perlu saya tolak?Lagipun saya dah buat istikharah dan Allah ‘tunjukkan’ jawapannya dalam mimpi saya di ‘satu malam’.

Teringat kembali,dulu-dulu setiap hari saya berdoa,agar Allah hantarkan si dia untuk ‘jaga’ saya,sebab saya ni mujahadah seorang diri saja,tiada kawan,tiada teman,teman-teman saya semua jauh-jauh.Kalau teman dekat ‘nasyid Nadamurni dan Qathrunnada’lah,hehehe.Tapi saya bersyukur kerna saya sentiasa ada Teman Tertinggi,Rafiqul A’la,Allah yang Maha Agung!

Allah Maha Penyayang,(^_^).Buat sahabat satu sekolah dulu-dulu,saya tahu kalian sangat terkejut kan,saya nikah di usia itu sedangkan masa tu,sahabat semua akan berperang untuk SPM yang akan menyerang di hujung tahun,hihihih tapi saya ni awal-awal tahun lagi dah nikah.Maaf sangat-sangat sebab tak hantar ‘kad walimah’ untuk sahabat semua sebab takde kad-kad pun.Saya nikah buat ‘simple-simple’ jer,ajak jiran dekat-dekat dan rombongan pihak lelaki saja sebab saya tak mahu bebankan Maa dan Abah saya.Jadi saya minta maaf banyak-banyak bukan saya tak ajak tapi saya ‘tak mampu’,Maa Abah izin nikah pun satu rahmat dah,heheheh.Susah juga kalau nikah kehendak diri sendiri nihh,kikikik :P.

Akhir kata saya memohon maaf andai ada salah silap di setiap tulisan saya ini.Saya pun insan yang lemah ,selalu buat kesilapan,maka maafkanlah saya yang lemah ini.Moga Allah ampunkan saya,wallhu’alam.


(NuurMuslimatusySyahidah 15/10/2012)



JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular