Khamis, 5 September 2013

JANGAN MARAH-MARAH LAGI kerna 'ada' yang tunggu peluang.



Salam buat semua sahabat yang dimuliakan Allah,

  Di pagi hari yang indah ini saya ingin ' berbicara ' mengenai satu ' suasana ' yang sering berlaku di dalam ' Mahligai Cinta ' kita semua. 

Apa yang bermain dalam diri kita apabila kita mula ' rasa marah ' sangat pada suami?. 

  Tatkala itu kita mula menarik muka masam, berpaling wajah dari suami. Kadang-kadang perkara kecil  pun kita mahu besar-besarkan. Lebih hebat lagi apabila kita sudah mula membuat tindakan yang agak kasar seperti menutup pintu kuat-kuat, hempaskan barang dan sebagainya.

  Apabila suami memujuk kita, antara keegoan hati mahu menolak segala pujukan atau ketulusan hati mahu mererima pujukan itu sangat menguji di hati kita bukan? Apabila suami mula memeluk kita, antara mahu menolak pelukannya atau membiarkan saja ia atau turut sama memeluknya?

 Apa yang biasa kita buat? Antara meneruskan keegoan hati atau ketulusan hati ? Iya, semuanya berbalik kepada Imaan, tatkala ini sebenarnya kita sedang berperang dengan Syaitan yang bernama Daasim Laknatullah (wallahu'alam). 

 Andai Allah SWT mengizinkan kita merasai betapa ' panas ' nya seluruh badan kita agar kemarahan kita semakin memuncak dan andai Allah izinkan lagi, kita boleh rasa bagaimana syaitan laknatullah ini berjalan-jalan dalam diri kita, kita akan sedar bahawa kita ini sedang dihasut ! Syaitan laknatullah ini tidak lain tidak bukan, mereka mahu melihat rumahtangga kita hancur hingga membawa kepada perceraian. Kalau ini berlaku, maka bergembiralah mereka. (Cuba perhati dengan mata hati, kita pasti boleh merasai kehadirannya, biIznillah )

Jadi jangan biarkan syaitan laknatullah ini menang.

 Saat perasaan marah ini datang pada kita, kita mesti banyakkan istighfar, sebaik-baiknya ambil wudhu', jatuhkan keegoan hati, pandanglah suami dengan rasa kasih sayang dan rasa menyesal di atas keterlanjuran kita bertidak marah dan bermasam muka. Minta maaf kepada suami walaupun pada asalnya memang suami yang salah yang menyebabkan kita marah.

 Ya, apabila kita pandang suami dengan kasih sayang, Allah SWT akan turunkan rahmatnya buat kita dan suami. InsyaAllah dengan amalan sunnah ini, kita sudah menghancurkan usaha-usaha syaitan Daasim laknatullah untuk rosakkan rumahtangga kita.

 Jadi sangat penting kita jatuhkan ego dalam diri kita untuk memusnahkan segala usaha syaitan apatah lagi apabila kita berhadapan dengan suami kita sendiri. Tiada urusan yang lebih utama daripada suami kita. Jadi sangat penting untuk menjaga hati suami. Kerana keredhaan Allah itu tertakluk kepada redhanya suami kita kepada diri kita.

 Semoga ' Mahligai Cinta ' kita sentiasa harmoni dengan keredhaan Allah SWT. Hanya Allah SWT yang bisa menjaga keharmonian cinta antara kita dan suami. Jadi, sama-samalah kita suami isteri baiki hubungan dengan Allah SWT setiap waktu.

Wallahu'alam.

NuurMuslimatusySyaheedah. 25/6/2013

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular