Khamis, 20 Oktober 2011

BIDADARI IDAMAN SUAMI.

  Kita selalu dengar cerita bidadari di Syurga.Yang mana para bidadari ini sentiasa berada di mahligai- mahligai gah di Syurga Allah,sentiasa cantik dan sentiasa melayan Suami mereka.Begitulah kita di dunia ini sebagai isteri,letakkan diri kita sepertimana bidadari Syurga itu.Milikilah sifat-sifat bidadari dalam diri kita dalam melayani suami kita.Bidadari itu cantik,wangi,punya rambut yang panjang mengurai,lemah gemalai,ahhh sukar untuk digambarkan dan sememangnya sukar untuk kita jangkau kecantikan bidadari Syurga.


  Sebagai isteri,kita adalah bidadari suami kita di dunia ini,jadi jangan ambil remeh tentang ini,senantiasalah kita menghiburkan suami kita yang sangat memerlukan belaian dan kasih dari kita.Sentiasalah berada di rumah/mahligai kita kerana kebahagiaan sebenar wanita/isteri adalah di mahligai suaminya.Pahala khidmat kita sebagai isteri dan juga ibu lebih besar ganjarannya dan lebih bernilai di sisi Allah SWT kerana kita yakni wanita sangat dekat dengan Allah apabila kita berada di bahagian terdalam rumah kita.


  Ingatlah wahai saudariku,seharian kita meninggalkan rumah dan anak-anak kita bermakna kita telah  mengurangkan kadar pahala untuk kebahagiaan di Akhirat kelak,bahkan menjauhkan diri kita daripada rahmat Allah SWT.


  Ingatlah wahai saudariku,cita-cita sebenar kita sebagai wanita/isteri adalah untuk menjadi ''Ketua Bidadari'' di Syurga Allah kelak.Kalau kita korbankan sifat-sifat bidadari yang Allah anugerahkan pada kita di dunia ini lagi,Apakah mungkin kita masih bisa menjadi ''Ketua Bidadari'' suami kita  di Syurga Allah kelak?Ingatlah ...apabila kita keluar dari rumah-rumah kita tanpa sebarang keperluan darurat,kita sudah hapuskan ''sifat-sifat bidadari'' dalam diri kita.


  Ayuh! tetaplah kalian di rumah kalian,jadilah bidadari suamimu,yakni sentiasa bersedia untuk berkhidmat,menghiburkan suamimu.Didiklah,rawatlah,jagalah anak-anakmu sendiri,kerana yang punya tangan emas itu bukanlah orang lain,tapi diri kamu sendiri.Ianya tak boleh ditukar ganti.Anak-anak dan suami kalian sangat memerlukan kelembutan kasihmu.
  

Arghhhh! Seandainya kalian tahu!!!


(Nuur Muslimatusy Syahidah  Oktober 2011)

DILIMPAHI HUJAN CINTA!


  CINTA itu kan sangat indah untuk dinikmati.Seringkali aku terbaca,terdengar...''cinta itu menyakitkan''..,Sehingga kini aku tak percaya bahawa cinta itu menyakitkan.Kenapa kita asyik menyalahkan CINTA,padahal CINTA sangat membahagiakan hati nurani.Yang menyakitkan itu adalah diri kita sendiri,kerana tidak pandai menghargai CINTA.Jadi jangan salahkan CINTA,tanamkan dalam hati bahawa CINTA itu sangat indah dan membahagiakan,barulah kita dapat menikmati indahnya CINTA,kerna seringkali yang terjadi dalam kehidupan kita mengikut apa yang kita sangkakan.Oh ye,kita tidak akan dapat menikmati keindahan CINTA seandainya  CINTA kita itu tidak ada redha daripada Allah SWT.Jadi jangan fikir bercinta sebelum nikah itu akan membahagiakan,bahkan ia mengundang kecelakaan kerana Allah sangat marah!
  Sejujurnya,aku tidak pandai membicarakan tentang CINTA.Huhh!..saja je aku mengada nak buat ayat-ayat cinta..hehehhe..sebenarnya aku mahu dedikasikan ayat-ayat CINTA ini untuk seseorang yang sangat aku cintai,kala itu aku sangat rindukan dia,untuk mengubat rindu yang sedang mekar di hati ini,maka tercoretlah ayat-ayat ini.Moga ia jadi penyejuk hati yang sedang membacanya.


Sayang,
Ku tahu kau mahu ada di hatiku,
Sememangnya ia sudah wujud di hati sebelum Allah temukan kita,
Pandanglah aku dengan penuh cinta,
Semestinya aku memandangmu dengan penuh cinta jua,
Pastinya Allah terus melimpahkan hujan RahmatNya buat kita,
kerna kita saling berkasih sayang,
dan cinta ini bisa mengecewakan syaitan yang tidak pernah senang dengan cinta kita,
Sayang,
Ku tahu kau mahu ada di hatiku,
Telahku bingkaikan namamu yang terukir indah di hatiku,
Agar namamu tetap menjadi tatapan hatiku buat selamanya,
Namamu terbingkai dengan bunga-bunga rindu,
yang sentiasa mekar mewangi,
Sayang!
Akulah bidadarimu yang dilimpahi hujan cintamu,
lalu membasahiku dengan kerinduan yang tak bertepi.

(NuurMuslimatusySyahidah 2011)

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular