Khamis, 20 Oktober 2011

BIDADARI IDAMAN SUAMI.

  Kita selalu dengar cerita bidadari di Syurga.Yang mana para bidadari ini sentiasa berada di mahligai- mahligai gah di Syurga Allah,sentiasa cantik dan sentiasa melayan Suami mereka.Begitulah kita di dunia ini sebagai isteri,letakkan diri kita sepertimana bidadari Syurga itu.Milikilah sifat-sifat bidadari dalam diri kita dalam melayani suami kita.Bidadari itu cantik,wangi,punya rambut yang panjang mengurai,lemah gemalai,ahhh sukar untuk digambarkan dan sememangnya sukar untuk kita jangkau kecantikan bidadari Syurga.


  Sebagai isteri,kita adalah bidadari suami kita di dunia ini,jadi jangan ambil remeh tentang ini,senantiasalah kita menghiburkan suami kita yang sangat memerlukan belaian dan kasih dari kita.Sentiasalah berada di rumah/mahligai kita kerana kebahagiaan sebenar wanita/isteri adalah di mahligai suaminya.Pahala khidmat kita sebagai isteri dan juga ibu lebih besar ganjarannya dan lebih bernilai di sisi Allah SWT kerana kita yakni wanita sangat dekat dengan Allah apabila kita berada di bahagian terdalam rumah kita.


  Ingatlah wahai saudariku,seharian kita meninggalkan rumah dan anak-anak kita bermakna kita telah  mengurangkan kadar pahala untuk kebahagiaan di Akhirat kelak,bahkan menjauhkan diri kita daripada rahmat Allah SWT.


  Ingatlah wahai saudariku,cita-cita sebenar kita sebagai wanita/isteri adalah untuk menjadi ''Ketua Bidadari'' di Syurga Allah kelak.Kalau kita korbankan sifat-sifat bidadari yang Allah anugerahkan pada kita di dunia ini lagi,Apakah mungkin kita masih bisa menjadi ''Ketua Bidadari'' suami kita  di Syurga Allah kelak?Ingatlah ...apabila kita keluar dari rumah-rumah kita tanpa sebarang keperluan darurat,kita sudah hapuskan ''sifat-sifat bidadari'' dalam diri kita.


  Ayuh! tetaplah kalian di rumah kalian,jadilah bidadari suamimu,yakni sentiasa bersedia untuk berkhidmat,menghiburkan suamimu.Didiklah,rawatlah,jagalah anak-anakmu sendiri,kerana yang punya tangan emas itu bukanlah orang lain,tapi diri kamu sendiri.Ianya tak boleh ditukar ganti.Anak-anak dan suami kalian sangat memerlukan kelembutan kasihmu.
  

Arghhhh! Seandainya kalian tahu!!!


(Nuur Muslimatusy Syahidah  Oktober 2011)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular