Isnin, 3 Februari 2014

APA SUDAH JADI?

Kasihan rakyat. Bukan apa kalau harga minyak naik kesannya sangat besar kepada keperluan kehidupan seharian. Harga barang- barang keperluan lain juga akan naik dan naik. Sebab itulah rakyat risau sgt kalau harga minyak kereta naik.

Kita mungkin rasa ianya tak membebankan pun, tapi mereka yang lain?

Jadi, jangan mendabik dada sangat kalau ada rakyat merintih akan situasi ini, sebab naiknya harga minyak bermakna barang keperluan lain akan naik.

Saya sangat risau, kalau keadaan ini berterusan, saya risau makin ramai wanita sibuk keluar rumah cari pendapatan sampingan berikutan keadaan ekonomi yang kian getir.

Makin ramai para suami yang sanggup ambil rasuah. Anak- anaklah yang jadi mangsa, sedangkan mereka ini generasi yang akan mewarisi kepepimpinan masa depan.

Nampak kecil, tapi implikasinya sangat besar, ia tidak tertakluk kepada orang yang berkenderaan saja.

Usah kita marah- marah lagi, sama- sama kita betulkan amal kita, cara fikir kita. Sebab ada amalan kita yang tak kena lah ni. Allah akan naikkan pemimpin berdasarkan amalan rakyat.

Apabila kita di uji bgini, kita sebagai rakyat hanya mampu bersuara tapi Yakinlah dgn janji-janji Allah, bahawa rezkinya takkan pernah putus untuk kita. Di sinilah kita nak belajar iman, bahawa yang kita dengar, nampak dan alami itu adalah pengujian dari Allah Swt, yang memegangnya adakah Allah. Jadi hubungkan terus hati dengan Allah, yakin Allah akan mudahkan kita.

Sama- sama kita buat usaha atas imaan. Dengan imaan yang benarlah hidup kita akan aman.

Wallahualam.

NuurMuslimatusySyaheedah. 3 /9/2013

OHH WANITA! TETAPLAH BERADA DI RUMAH.

Sahabatku yang di kasihi,

Kita ini wanita yang Memang Allah ciptakan dengan kecantikan dan daya tariknya yang tersendiri. Sebenarnya, walau kita pakai hijab yang sempurna sekalipun, Syaitan laknatullah tetap bersama kita untuk menghiasi kita dengan pesona- pesonanya. Agar kita jatuh ke lembah zina dan durjana. Nauzubillah.

Sebab itulah Allah perintah kita sebagai wanita Islam agar banyak masa di rumah, tidak keluar terlalu kerap kecuali ada urusan penting. Sebab syaitan lanatullah tak pernah berhenti untuk pesona kan kita. Astaghfirullah.

Cumanya yang berhijab sempurna ini susah sikit kerja syaitan untuk pesongkan mata- mata jahat manusia terutama mata- mata lelaki- lelaki ajnabi di luar sana . Yang tidak taat dengan perintah hijab ini, maka mudalah kerja- kerjanya.

Allahu,
Sama- sama kita renungkan. Yang berhijab sempurna usahakan untuk tidak tabarruj ketika keluar rumah . Saya sendiri pun sedang pujuk nafsu agar tak terikut dengan 'trend' hijab yang melampau. Saya yang lemah ini adakalanya termakan pujukan syaitan untuk berhias lebih walau sudah berhijab serba hitam pun.

Syaitan memang tak pernah rehat untuk pesongkan wanita.

Semoga Allah ampunkan saya. Semoga Allah kurniakan tuafiq dan hidayahNya untuk kita tutup aurat sesempurna mungkin mengikut kehendakNya. Kerana di situlah keselamatan untuk kita di dunia apatah lagi di akhirat kelak.

Wallahualam.

Ke arah kesempurnaan Hijab.

NuurMuslimatusySyaheedah. 7 / 9 /2013.

HEBATNYA KALAMULLAH, AL QURAN.

Salam Kasih sayang sahabat semua.

Ada khabar baik yang saya ingin sampaikan buat pencinta Al Quran,

Marilah sama- sama kita istiqamah dalam membaca Al- Quran sebab ia sangat besar pahalanya di sisi Allah, ia sangat menyukakan Allah.

Ketahuilah bahawa, setiap huruf pada setiap ayat ada satu Malaikat menjaganya. Dan apabila kita membacanya, ayat- ayat itu akan berterbangan lalu jatuh menghujani kita bak salji nan indah yang turun .

Sebab itulah kalau kita letak air di depan bacaan Quran, air itu akan berubah rupa pada ruhnya dan menjadi syifaa pula utk ruhani dan jasmani kita.

Cuba bayangkan apabila ayatayat al Quran yang kita baca itu menghujani kita, apa yang akan jadi pada ruh n jasad kita? Subhaanallah, kita dihiasi dan terpelihara dari sgala kejahatan. Ada nuur istimewa melingkari kita.

Allahu, betapa hebatNya Allah .

Jadi, sebaiknya luangkanlah masa untuk baca al Quran setiap hari. Kerana
Hikmah yang tersembunyi itu terlalu hebat dan banyak untuk kita.

Semoga Allah beri kita kekuatan.

Allah Cinta Agungku, AlQuran dan sunnah pedoman hidup.

Wallahualam.

NuurMuslimatusySyaheedah. 24 / 9 / 2013

HIJAB AURAT LAHIR DAN BATHIN.

Buat insan bergelar suami, ayah dan isteri, gadis.

Ketahuilah bahawa,
Selagi sang suami tega mempamerkan isterinya ke khalayak ramai samada dunia realiti atau dunia maya.

Dia bukanlah suami yang peka terhadap kesucian isterinya.

Kerana dia sanggup membiarkan isterinya menjadi tontonan lelaki- lelaki lain. Tanpa dia sedar isterinya sudah tidak suci lagi pada ruhnya kerana isterinya sudah berada dalam mimpi-mimpi lelaki- lelaki yang sakit jiwanya.

Jadi, para suami, hati- hati dalam menghijab isteri. Hijablah dengan sebenar- benar hijab. Apakah kalian tega isterimu di kongsi?

Pada lahirnya memang dia hanya milikmu seorang tapi ingatlah apabila kau tega membiarkan isterimu menjadi tatapan orang, pada ruhnya isterimu sudah dikongsi oleh setiap lelaki yang melihatnya walau ia cuma di dalam gambar dan tutup aurat sempurna (gambar ).

Allahu... semoga Allah pelihara kita dari semua itu dan bagi kekuatan kepada kita semua untuk hijab diri sebaik- baiknya.

Sebab itulah Allah perintah kita untuk tetap di rumah.

Rendahkan hati Allah akan buka mata hatimu.

Wallahualam.

NuurMuslimatusySyaheedah. 24/09/2013.

AIB ORANG JANGAN CERITA!

Kenapa aib orang kita tak boleh cerita sesuka hati apatah lagi untuk kita sebarkan?

Andai benar seseorang itu membuat sesuatu yang mengaibkan, itu urusan dia dengan Allah swt dan orang- orang yag berkaitan dengannya.

Andai kita adalah orang yang terlihat atau terdengar keaiban seseorang itu, lalu kita cuba sebarkan. Kita sudah berbuat jahat pada orang tersebut seolah- olah orang itu tak akan berubah atau bertaubat. Seolah- olah orang tersebut jahat dan tidak akan di ampunkan Allah. Seolah- olah kita tau segala tentang aibnya orang itu.

Apakah kita lupa bahawa orang tersebut boleh jadi betul- betul bertaubat n berubah jauh lebih drpda kita. Maka betapa tercelanya kita andai kita sudah mengaibkan dia. Betapa mulianya dia kerna sudah dapat pengampunan daripda Allah.

Jadi andai kita ternampak keaiban orang, sembunyikanlah dan mohon perlindungan daripda Allah agar kita tidak berbuat perkara yg sama dan doakan hidayah untuk orang itu.

Sebab itu keaiban saudara kita Allah suruh sembunyikan. Natijahnya Allah akan tutup segala keaiban kita di ahirat kelak.

Wallahualam.

NuurMuslimatusySyaheedah. 16/10/2013

KENAPA ALLAH HADIRKAN UJIAN?

Kenapa Allah hadirkan ujian? Kenapa kita selalu di uji?

Sebab kita ni selalu lupa pada Dia, kita terlalu leka memungut nikmat demi nikmat yang Allah jatuhkan pada kita . Kita asyik memungut nikmat demi nikmat itu sehingga lupa nak dongak ke atas ucap syukur pada Allah.

Kita terlalu asyik dengan nikmat yang adakalanya membawa kita ke arah jalan yang salah. Allah sayangkan kita, Allah tak nakbiarkan kita terus leka dan tersesat di jalan yang salah. Sebab itu Allah jatuh kan ujian ibarat jatuhnya batu besar dari langit, agar kita tersentak dan mendongak ke atas, ingat kembali kepada Allah yang esa. Yang selama ini tak pernah jemu curahkan nikmat pada kita.

Usahlah mengeluh dengan setiap ujian yang Allah hadirkan. Belajarlah untuk redha dengan ujianNya. Hadapinya dengan lapang dada. Banyakkan istighfar dan kembali baiki hubungan dengan Allah.

Sebenarnya apabila Allah uji kita, Allah nak bagi kita satu hadiah yang sangat istimewa di dunia dan di akhirat. Tapi kebanyakan daripada kita selalu tak sabar dengan ujian- ujian hidup dari Allah. Kita cepat mengalah, kita mudah putus asa. Ketahuilah orang yang midah berputus asa dengan Allah adalah orang yg terjauh dari rahmatNya.

Sama- samalah kita perbaguskan hubungan kita dengan Allah. Redha dengan ketentuanNya. Apabila kita sudah boleh redha, hati kita akan jafi tenang dan ujian itu sudah tidak lagi memberatkan kita.

AllahuAkbar. Wallahualam.

NuurMuslimatusySyaheedah. 16/10/2013.

APABILA AGAMA DI ASINGKAN DARIPADA KEHIDUPAN.

Apabila agama di asingkan daripada kehidupan.

Astaghfirullahal Azhim. Tanpa kita sedar banyak perkara atau urusan dalam kehidupan kita ini kita telah mengasingkan agama dalam kehidupan seharian kita. Sistem pendidikan kita, kekeluargaan kita, ibadah kita, perniagaan kita dan sebagainya.

Masyarakat Islam di nusantara ini hampir 99 % sudah terbiasa dengan pengasingan yag dicipta oleh barat atau musuh2 Islam itu sendiri.

Satu contoh yang mudah yang boleh kita lihat di mana- mana. Lihat bagaimana cara berpakaian muslimah sekarang, yakni pakaian untuk solat dan pakaian sehariannya (saat keluar rumah atau berhadapan dgn lelaki ajnabi ) sangat2 terasing.

Padahal pakaian muslimah sebenar yang Allah perintahkan adalah yang benar2 menutup aurat sepertimana menutup aurat ketika solat. Tapi apa yang berlaku di kalangan kita ini, kita telah mengasingkannya, jadi untuk menunaikan solat kita terpaksa menyarung telekung lain pula.

Padahal kalau kita taat dgn sebenar2 taat kepada Allah, kita tidak perlu pun untuk tukar pakaian solat kita itu selagi ianya bersih tanpa najis. Bahkan perbuatan ini nampak seperti agama itu susah untuk di amalkan.

Apatah lagi saat kita bermusafir. Bukankah mudah kalau kita sudah pakai pakaian yang tutup aurat sempurna dengan warnanya yang terjaga untuk kita terus melakukan solat di mana- mana saja. Kita tak perlu pun untuk bawa telekung solat bersama sebab pakaian kita pun sudah sempurna untuk menghadap Allah.

Jadi, sama- sama kita koreksi diri sejauhmana agama wujud dalam kehidupan kita.

Usah tangisi akan nasib diri andai kita adalah orang yag suka asingkan agama dalam kehidupan kita kerana hanya orang yang amal agama sempurna dalam kehidupan, orang itu lah orang2 yang berbahagia dunia dan akhirat.

Sahabat muslimahku sekelian. Usah tunggu saat nyawa kita di tenggorokan baru kita mahu ubah cara hidup kita dan juga cara kita berhijab. Saat itu tiada guna lagi duhai sahabat.

Selagi kita tidak taat akan hukum berhijab ini, nescaya hidup kita aka terus- menerus berantakan. Kita tidak akan beroleh mengecapi bahagia sebenar.

Usah tunggu datangnya ikhlas kerna perintah Allah itu wajib kita taat tidak kira kita ikhlas atau tidak. InsyaAllah jika kita sudah belajar taat, ikhlas itu akan hadir tanpa kita sedar kerna yang tahu keikhlasan kita itu hanyalah Allah. Kita sendiri pun tidak tahu bukan? Jadi alasan untuk tunggu ikhlas itu cuma satu alasan yag sangat tidak diterima oleh Allah Swt. Berani pula kita mengatakan untuk tunggu ikhlas itu datang padahal ikhlas itu adalah rahsia Allah. Seolah- olah kita tahu saat bila kita ikhlas.

Sama- samalah kita cuba bawa agama sempurna dalam kehidupan kita. Buat muslimah permulaan peubahan kita bermula dari menjaga Solat dan menjaga aurat dengan sesempurna mungkin.

Semoga Allah merahmati kita semua.

Salam sayang dari,

NuurMuslimatusySSyaheedah. 21/10/2013.

JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH, ALLAH AKAN JAGA HUBUNGAN KITA SESAMA INSAN.

Sahabat yang di muliakan Allah.
Sama- samalah kita cuba untuk sentiasa perbaiki hubungan dan keyaqinan kita terhadap Allah Swt. Kalau hubungan kita dengan Allah tidak bagus, secara tidak langsung hubungan kita dengan suami dan anak- anak juga tidak akan bagus.

Ade saja yang tidak kena, ada saja yang membuatkan kita mudah bergaduh dan tidak bersefahaman. Suami jadi sibuk, mudah marah- marah dan anak- anak pun jadi tidak mendengar kata. Apa saja yang berlaku semuanya membebankan kita dan menyakitkan hati kita.

Tapi apabila kita selalu perbaiki hubungan kita dengan Allah. Allah akan mudahkan semuanya, secara tidak langsung suami dan anak- anak jadi baik dan mudah mendengar kata. Suami pula lebih perihatin terhadap kita. Apa saja yang berlaku disekeliling kita dan keluarga kita sangat menyejukkan hati kita.

Jadi sebenarnya, apa yang berlaku disekeliling kita memang berkait rapat dengan hubungan kita dgn Allah.

Kesimpulannya, usah kita menyalahkan orang lain sama ada suami kita atau anak- anak kita atau sesiapa saja. Sebab yang berlaku itu cerminan kepada diri kita sendiri.

Mari sama- sama kita muhasabah diri, buang sifat tinggi diri dalam diri kita yang selama ini bertakhta di dalam jiwa kita sehingga kita asyik menyalahkan orang lain membuatkan kita buta untuk melihat kesalahan diri kita sendiri.

Agar sifat tawadhuk yang terpuji itu dapat menghiasi diri kita. Mohon maghfirah selalu kepada Allah Swt agar kita sentiasa dinaungi oleh rahmatNya yang sangat mendamaikan jiwa.
Astaghfirullah...

Wallahualam. 




NuurMuslimatusySyaheedah.
1 Nov 2013.

HIKMAH LICINKAN MAKANAN DALAM TALAM BERJEMAAH.

My sweets Abdullah 

Makan berjemaah banyak keberkatan dan makanan yang tersisa dalam talam itu juga punya banyak keberkatan.

Tapi tak semua dikalangan kita ini yang sanggup licinkan sisa makanan dalam talam tu kan.

Sebenarnya siapa yang boleh makan makanan yang tersisa dalam talam tu, InsyaAllah akan dapat sifat- sifat mahmudah juga syifaa' untuk ruhani dan jasmaninya.

Andai dibuka hijab yang ghaib itu, berebut rebutlah semua. Subhaanallah. 

Saya ingin kongsikan pengalaman saya mengenai syifaa' yang ada pada makanan yang tersisa di dalam talam yang di makan secara berjemaah.

Anak ke 2 saya, Abdullah Quhaafah yang mana kesihatannya tidak berapa baik sejak kecil berikutan kelahirannya yang tidak cukup bulan.

Saya selalu memujuk anak saya ini, habiskan makanan yang tersisa dalam talam sampai licin sambil beritahu akan hikmah- hikmahnya.

Alhamdulillah dia buat bersungguh- sungguh sampai licin talam. Setiap kali makan berjemaah dalam talam, dialah anak yang sanggup licinkan talam yang masih tersisa makanan.

Keajaiban yang berlaku pada nya ialah, kesihatannya semakin hari semakin baik dan antibodinya makin kuat.
Dia lebih ceria dari dulu.

Saya dapat rasakan salah satu syifaa' nya adalah amalan licinkan talam itu.

Juga sifat- sifat yang ada padanya, jujur saya cakap, saya pun tak sebaik dia.

Maaf, bukan niat nak memuji anak sendiri tapi cukuplah sekadar berkongsi mengenai syifaa' yang terkandung di dalamnya.

Siapa pernah duduk bersama Abdullah pasti 'tahu' siapa dia.

Semoga Allah sentiasa merahmatimu sayang.

Dalam sunnah pasti ada kejayaan. Sama-sama kita amalkan sunnah yang sangat mudah ini.

Wallahu' alam.

NuurMuslimatusySyaheedah

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular