Apabila saya berbicara dengan seseorang 'remaja' dan
bercerita tentang tanggungjawab pada diri, ibubapa, agama dan sebagainya,mereka
selalu berkata kami masih 'kecil' dan hanya 'belajar' yang menjadi keutamaan
kami. Ia sememangnya pelajaran itu sangat penting,apatah lagi belajar ilmu
agama Allah ini. Tapi mereka langsung tiada rasa tanggungjawab di atas
perlakuan dan tindakan mereka. Apbila kita sudah berumur belasan tahun sepatutnya kita sudah matang dalam berfikir
dan bertindak.
Tapi pendidikan dari barat yang kita serapkan untuk golongan
muda-mudi kita ini, membuatkan mereka ini bersikap sebaliknya. Bersikap
keanak-anakan walau usia sudah meningkat belasan tahun. Membuatkan mereka bebas
berbuat apa sahaja hanya kerana di anggap mereka masih budak atau masih kecil.
Dan mereka sendiri merasakan mereka belum menjadi seorang 'dewasa'.
Dalam Islam istilah 'remaja' itu sendiri tidak ada, ini
tidak lain tidak bukan hanyalah untuk melupakan golongan muda-mudi kita ini
terhadap tanggungjawab terhadap diri sendiri,ibubapa, agama dan masyarakat
seluruhnya.
Sedih melihatkan golongan yang dikatakan 'remaja' ini masih
berada di ambang 'kebodohan' yang amat. Baik dari perbuatan dan pemikirannya
apatah lagi dalam pergaulan. Bergaul bebas sesuka hati, sepertinya dalam hidup
ini tiada batasan. Apa yang mereka tahu kehidupan ini untuk bersuka ria sahaja.
Ibu-bapa pula sibuk menggalakkan anak-anaknya berbuat sesuka hati alasannya,
'zaman muda hanya sekali' , apa yang penting kamu skor 'A' dalam exam.
Ya Allah jauhnya kita dari agama Islam sebenar, sehinggakan
kita membiarkan muda-mudi kita ini berada dalam kejahilan dan kebodohan yang
berpanjangan. Jadi usah pelik sekiranya berlaku perbuatan-perbuatan yang tidak
sanggup kita dengar.Kerna kita sendiri 'membiarkan' perkara ini berlaku.
Tanya pada diri kita sendiri hai ibubapa! Di mana kita 'letak' anak kita. Ingatlah, apabila seorang anak itu dia sudah baligh, bermakna dia sudah dipertanggungjawabkan di atas segala perbuatan dan dosanya. Dia bukan lagi si kecil yang boleh kita biarkan. Mendidik dan menjaga anak perempuan dan anak lelaki, adalah tidak sama caranya. Penjagaan anak perempuan lebih diperketatkan berbanding dengan anak lelaki. Jadi jangan kita samakan anak lelaki dan perempuan dari segi kebebasannya pada dunia luar walaupun kasih-sayang itu adalah wajib sama.Sehinggakan kita membiarkan anak-anak gadis kita ini hidup sebebas-bebasnya.
Sama- sama kita serapkan ke dalam ijwa anak-anak kita dengan
tarbiyyah dari agama Allah yang sangat sempurna ini. Kerana apabila ada 'agama' dalam diri
anak-anak ini, segala tindak-tanduknya, pemikirannya dan perbuatan mereka menjadi lebih 'matang'
dan ‘bijaksana’ walau usianya masih
muda. Usah dibiarkan lagi 'kebodohan'
membelenggu muda-mudi kita.
Sangat malang andai 'kita' yang sudah dikatakan dewasa ini,
juga berada di dalam 'kebodohan'. Astaghfirullah.
(NuurMuslimatusySyaheedah 20/4/2013)