Jumaat, 31 Ogos 2012

HIJABKAN DIRI DENGAN SEBENAR-BENARNYA.




   Tujuan kita menutup seluruh tubuh dengan jubah dan furdah adalah untuk selindungkan diri kita daripada pandangan orang yang tak sepatutnya 'lihat' kita. 

   Sebagai wanita yang merdeka kita sepatutnya banyak masa di dalam rumah dan keluar rumah apabila ada sesuatu urusan yang penting sahaja atau kerehatan yang dibenarkan.

   Semasa keluar rumah kita diperintahkan Allah SWT supaya memakai hijab sesempurna mungkin dan tidak bertabarruj untuk elak fitnah, kerana syaitan sangat suka 'menghias' wanita untuk menarik perhatian lelaki. Walaupun berfurdah tapi 'panahan' syaitan laknatullah tetap wujud cuma bezanya 'lebih baik' berbanding dengan wanita yang tidak menutup aurat kerana tempat-tempat kegemaran syaitan iaitu wajah, dada dan pinggul sudah dihijabkan. Sebab itu wanita islam tidak digalakkan untuk keluar rumah terlalu kerap.

   Sebenarnya, dunia FB juga sama, ianya laman sosial yang mana di medan ini berlakunya 'pergaulan bebas' antara lelaki dan perempuan, sesiapa sahaja boleh menyamar jadi 'orang lain' dan sesiapa saja boleh lihat gambar-gambar yang kita 'share'.

   Sangat memilukan, wanita berfurdah sekarang sangat gemar 'mempamerkan' diri mereka (berfurdah), di rasakan apa yang di 'pakai'nya dapat jadi contoh yang baik kepada orang lain sedar atau tidak, 'kita' sendiri yang telah 'hancur'kan diri kita dan imej wanita befurdah seluruhnya.

   Sangat menyedihkan apabila yang sibuk 'komen' di gambar-gambar kita tadi adalah kaum lelaki, di puji-puji lelaki lelaki .Cuba fikir semula,apakah tercapai maksud kita berfurdah? Sekiranya 'diri' kita mula jadi 'tatapan' lelaki-lelaki tadi ?

   Wahai kaumku, kita ini wanita, kita ini cantik ,dalam furdah pun kita kelihatan cantik, jadi hijabkanlah diri kita sebaik-baiknya. Jangan bersosial dengan lelaki dengan bukan mahram walaupun di laman sosial FB ini.  (-___-)


NuurMuslimatusySyahidah 2012

JAGALAH SI GADIS SEBAIK-BAIKNYA



Buat ibu-ibu yang mulia,

yang punya anak-anak perempuan.Jagalah anak-anak perempuan kita sebaik-baiknya,

Apabila dia sudah berusia 7 thn dan ke atas, jangan anggap dia masih kecil dan budak-budak dan boleh di biarkan dia memakai pakaian yang tidak menutup aurat sesuka hati.

Apabila dia sudah berhijab, jangan pula di 'pamer'kan dirinya samaada gambar-gambarnya pada tatapan umum.Ingatlah anak perempuan tetap perempuan,walaupun umurnya masih muda tapi dia tetap boleh mengundang fitnah .

Hijabkan mereka dengan sebenar-benar hijab. Didiklah mereka dengan agama yang benar.

Jagalah dia, jangan biarkan dia di'ganggu' di 'usik' oleh lelaki-lelaki yang 'sakit jiwa'nya, simpan elok-elok dan apabila usianya meningkat belasan tahun,sudah menjadi kewajipan kita untk kahwinkannya dengan lelaki yang solih.

Suaminya sahaja yang layak untuk dia bersenda gurau dan 'pamer'kan dirinya.

Kenapa kita kejam? Tanpa kita sedar kita sudah membuat zalim terhadap anak-anak perempuan kita. Kita biarkan anak-anak perempuan kita tidak menutup aurat dan kita halang dia nikah apabila dia sudah terfana dengan cinta lelaki.

Andai suatu masa Allah kurniakan aku anak perempuan, doakan aku dapat jaga 'dia' sebaik-baiknya...(^___^)....wallhu'alam

NuurMuslimatusySyahidah 2012..

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular