Isnin, 3 September 2012

JAGA AURAT KITA SESEMPURNA MUNGKIN

Aurat?Apakah kita benar-benar faham apa itu aurat? Semoga kita semua dikurniakan Allah kefahaman tentang 'aurat'.Semoga kita dapat jaga aurat kita sebaik-baiknya.

Saudariku yang dimuliakan Allah,kita diciptakan Allah sebagai wanita,kita semua amatlah disayangi Allah dan RasulNya SAW sebab itulah kita di sarankan,diperintahkan untuk menutup aurat kita sesempurna mungkin.Sebagai wanita yang beriman taatlah akan perintah Allah ini,jangan ragu-ragu,usah tunggu 'adanya ikhlas'd

i hati tapi taatlah,dengan ketaatan kepada Allah,ikhlas akan hadir jua,insyaAllah.

Alhamdulillah di luar sana sudah ramai mula bertudung dan berpakaian sopan ketika keluar rumah untuk sesuatu urusan dan moga kita diberi kefahaman lagi mengenai aurat.

Apa yang menyedihkan di sini kita ini masih belum benar-benar faham dan masih belum mahu ambil berat tentang aurat sepenuhnya.Kita lebih selesa mengambil separuh-separuh sahaja kan.

Kalau keluar bersiar-siar,bekerja,atau apa saja urusan,alhamdulillah kita dapat jaga aurat kita tapi ramai di antara kita ini,sedar tidak sedar di sekitar rumah dan di dalam rumah kita juga kita wajib jaga aurat apabila adanya lelaki-lelaki bukan mahram berkeliaran atau ada bersama dengan kita.

Ipar,sepupu,bapa saudara sabit yang lelaki,semua itu lelaki bukan mahram bagi kita,jadi apabila mereka ada bersama dengan kita dalam satu rumah kita wajib menutup aurat dengan sempurna.

Di sekitar rumah juga,kita wajib menutup aurat.

Renung kembali,kenapa kita bertudung andai apabila di kawasan rumah kita 'orang lelaki bukan mahram' boleh lihat aurat kita?.Apa sebenarnya???Adakah kita bertudung hanya kerana adat melayu bertudung?Adakah kita benar-benar mahu taat perintah Allah?kalaulah benar kita mahu taat Allah SWt,maka wajib kita cari dan cari lagi ilmu,doa dan doa lagi agar Allah bagi kita faham mengenai aurat,hijab yang bagaimana Allah hendak kita buat.

Aku menulis ini bukan mahu mencari keburukan orang,tapi cukuplah sekadar ingin betulkan apa yang tidak betul mengenai perintah Allah.Jadi apabila status ini dikongsikan jangan pula mengatakan yang bukan-bukan mengenai diriku kerna aku yang menulis ini pun masih lemah,dan selalu juga ditegur suami dan sahabat lain yang budiman agar aku dapat tutup aurat dengan sebaik-baiknya...(-___-)

Ya Allah...Al Haadii,..... berilah kami petunjuk,berilah kami taufiq agar kami boleh tutup aurat dengan sebaik-baiknya.Agar Engkau redha dengan kami.....Ameeen...

NuurMuslimatusySyahidah 2012

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular