Isnin, 15 Oktober 2012

KENAPA NAMA AHLIYYAH HISHAM/BIDADARIMU HISHAM?



Kenapa yer saya letak nama Ahliyyah Hisham?


Padahal tu bukan nama saya, errr.... buat masa sekarang ni, saya tukar kejap, letak nama 'Bidadarimu Hisham', heehehe, maknanya sama jugak, dua-dua makna 'isteri Hisham' dan ada beberapa sahabat saya juga meletakkan nama 'ahliyah/ahlia' untuk Fb mereka?

Dah namanya 'isteri hisham' maknanya 'hak milik Hishamlah' tak boleh diganggu dah, jangan di usik lagi, berdosa. Suami saya ni sangat cemburu orangnya, kalau nama saya di sebut dibibir lelaki lain pun dia dah 'jeles' apa lagi kalau 'saya' di lihat oleh mereka. Kalau ada lelaki yang 'pandang' saya walhal saya berhijab pun dia dah tak tentu arah, heheheh.

Alhamdulillah,jangan anggap itu sebagai kongkongan. Saya faham dan syukur itulah 'penjagaan' yang sebenar dari seorang suami. Suami nak tinggikan martabat kita sebagai wanita dan isteri.(^_~)

Kawan-kawan sekolah dulu pun ramai tak kenal saya ini adalah 'saya' kecuali saya perkenalkan diri.

AHLIYYAH maknanya ' isteri ' ,yang biasa kita dengar 'zaujatun' kan...........ingat tak cerita Ali Baba dan 40 penyamun??...dia panggil isteri dia ''ahluyahh'' dan dia punya hamba ''marjina''..Dalam bahasa Arab Ahluyah/ahliyah tu makna isteri, marjina pula maknanya 'orang gaji/hamba perempuan, bijak betul arwah Tan Sri P Ramli buat filem kan.hehehh.

Nak kata nama pun 'ibarat aurat' kena jaga, tak boleh nak di siar-siarkan sangat pada orang, apalagi wajah dan 'body kita yang comel ni, (wanita semuanya cantik, sebab itu Allah suruh kita jga dan hijab betul-betul..)


Orang lelaki dia punya akal, kita wanita tak boleh nak bayang, dengar nama perempuan pun mula laa entah ke mana dia melalut, apa lagi kalau di lihat wajah si perempuan tadi.. (@-@)


Memang kita ni sebagai 'wanita' mudah terkena fitnah. Semoga kita dapat jaga diri kita sebaik-baiknya.Wallhu'alam.




Jumpa lagi yer..




NuurMuslimatusySyahidah. 14/10/2012

1 ulasan:

  1. MasyaAllah 🥺 , terima kasih atas penerangan. Doakan saya juga.

    BalasPadam

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular