Isnin, 18 Mac 2013

Cantiknya Wanita Solihah di Bandingkan dengan Bidadari Syurga


Bidadari Syurga memang cantik,
di Syurga Allah  mereka terjaga rapi,
sentiasa kekal di mahligai,
menunggu Suami dari kalangan manusia yang soleh,
Wanita dunia bising-bising berbicara tentang bidadari Syurga,
hati timbul rasa cemburu apatah lagi apabila dikhabarkan,
bahawa suami soleh di dunia Allah bagi ganjaran bidadari Syurga,

Secantik-cantik bidadari Syurga,
wanita dunia yang solihah lebih cantik dari mereka,
di syurga Allah kelak mereka di angkat sebagai Ketua Bidadari,
dan kecantikannya berganda-ganda,
jadi usah cemburu dengan bidadari Syurga,
tapi kuatkan usaha dalam iman.
agar kita bisa menjadi yang solihah di sisi Tuhan,

Kalau bidadari Syurga itu sentiasa kekal di mahligainya,
kita di dunia mestilah sentiasa tetap di rumah,
agar kecantikan kita terpelihara,
kalau bidadari itu sentiasa bercantik-cantik menunggu suami,
kita sebagai isteri mesti bercantik-cantik untuk suami kita,
dan menyambut kedatangan suami sebagainya bidadari Syurga,
agar suami senang dengan kita,
kalau bidadari itu sifatnya patuh dan taat,
kita sebagai isteri mesti patuh dan taat kepada suami.

Allah perintah kita untuk tutup aurat sempurna,
kerana Allah mahu kita menjadi lebih cantik dari bidadari Syurga,
sebab Allah sudah jamin,manusia adalah makhluknya paling sempurna,
jadi secantik mana bidadari Syurga itu,
manusia yang penuh dengan amalan soleh samaada lelaki atau wanita,mereka ini lebih cantik dan indah dari sekelian makhluk ciptaan Allah,

Jadi dalam menyelusuri hidup di dunia yang akan fana ini,
harus kita tahu maksud sebenar kita di sini,
di sini tempat ujian,ujian imaan kita kepada Allah Taala,
Sebagai wanita cuba mengerti dengan sebenar-benarnya apa yang Allah mahu kita buat dan jalan yang bagaimana Allah redhakan kita.

Seharusnya kalian tahu wajah bidadari Syurga memang tersangat cantik,tapi wajah para waliAllah lebih cantik dan indah berganda-ganda lagi.Itulah  lebihnya manusia berbanding makhluk Allah yang lain sebab manusia ada 'amalan soleh'..Wallahu'alam.


Nuur Muslimatusy Syaheedah. (19/3/2013)

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular