Jumaat, 20 Mei 2011

KELEBIHAN MENJADI SEORANG ISTERI



Di antara kelebihan kelebihan menjadi isteri 

Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik,akan dapat pahala jihad~~ 

Isteri yang lihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang lihat isteri dengan kasih sayang.Allah akan pandang dengan penuh rahmat 

Isteri yang menyebabkan SUAMInya keluar ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga Allah 500 tahun lebih dahulu daripada suaminya, akan jadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari. Wanita itu juga akan dimandikan dan dihias cantik dalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yaqut.~~ 

Wanita yang perah susu dengan Bismillah akan didoakan oleh haiwan itu dengan doa keberkatan.~~ 

Wanita yang uli tepung dengan Bismillah,Allah akan berkatkan rezqinya.~~ 

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat ganjaran seperti menyapu lantai di Baitullah.~~ 

Wanita yang menjaga solah,puasa dan taat kepada suami,Allah izinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.~~ 

Isteri yang memicit kepala suami tanpa disuruh,akan dapat pahala seperti 7 tola emas,manakala isteri picit kepala suami apabila disuruh akan dapat pahala seperti7 tola perak.~~ 

Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suami akan masuk ke syurga Allah.~~ 

Isteri yang menyambut baik suaminya yang datang dengan ''kemarahan'',Allah berikan ganjarannya setengah pahala JIhad.~~ 

Allah S.W.T memberkati rezqi apabila Wanita memasak dengan zikir bismillah.~~ 

Apabila isteri memberi makan kepada suaminya yang pulang dari musaafir,maka Allah swt memberinya 12 tahun ibadah nafil.~~



DI PETIK DARIPADA BAYAN MASTURAT 1992=MAULANA SYED AHMAD KHAN...






Terima kasih Allah atas segala ''permata'' yang kau limpahkan ke atas kami, yang bernama wanita dan isteri.

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular