Isnin, 25 Mac 2013

KEPENTINGAN ADAB DI MAJLIS PERNIKAHAN

  Majlis Perkahwinan sekarang ada di mana-mana tidak kira waktu cuti panjang atau hanya cuti hujung minggu.Aku senang melihat keadaan ini kerna terbinanya sesebuah Mahligai  Cinta buat setiap pasangan.

   Kenduri kendara ada di mana-mana,berbagai fesyen pakaian pengantin di pakai. Dan jelas kelihatan wajah kegembiraan pada diri mereka saat mengenakan pakaian pengantin yang cantik dan indah. Ada yang berbaju melayu, bersampin, berjubah, berserban, berfurdah, dan macam-macamlah jenis-jenis fesyen yang ada pada zaman sekarang ini.
 
   Seperti gadis-gadis yang lain, aku juga punya citarasa aku tersendiri dan imiginasi dalam mengenakan pakaian pengantin di hari pernikahanku kelak. Aku suka melukis dan aku selalu melakarkan pakaian-pakaian pengantin yang bermain dalam imiginasiku sendiri.

   Sebelum aku faham betul-betul batas-batas aurat sebenar,'gaun pengantin' ala-ala 'english style' lah yang selalu menjadi idamanku.Ala-ala puteri gitu! Tapi apabila aku mula berfurdah dan berjubah, angan-angan aku tetap ada. Lalu aku lakarkan pakaian pengantin bersama furdah dan ianya kelihatan sangat indah. Harapan aku ketika itu, aku ingin tempah gaun sebegini di saat menjelang hari pernikahanku, ala-ala puteri Arab gitu! Sayang sekali, lukisan aku itu hilang setelah aku berkahwin,jadi tak dapatlah aku kongsikan di sini.

  Hari berlalu,mujahadah dalam perjalanan ini banyak mengajar aku tentang kehidupan dan sunnah Rasulullah SAW dalam setiap aspek kehidupan bahkan di alam rumahtangga. Kita selalu memikirkan kehebatan dan keindahan di majlis pernikahan kita tapi kita terlupa tentang kehebatan dan keindahan di alam rumahtangga yang akan kita tempuh.Kita terlalu teruja untuk kelihatan 'cantik' di majlis persandingan. Kita terlupa tentang saranan Nabi SAW sebenar,lalu kita abaikan. Maka berlaku perkara yang tidak sepatutnya di dalam majlis perkahwinan kita yang hanya membawa kemurkaan Allah SWT.

   Aku banyak berfikir tentang 'kejadian' yang berlaku di kebanyakan majlis penikahan. Sedangkan cantik dan perhiasan itu hanyalah untuk suami kita maka kenapa kita harus bercantik di depan lelaki-lelaki ajnabi yang lain? sangka kita sudah menutup aurat dan berfurdah, tanpa kita sedar kita terlupa tentang aturan sebenar dalam berpakaian mengikut syariat. Kita terlupa tentang tabarruj yang berlebihan di hari pernikahan kita.Kita sangka ianya sekali seumur hidup kita bercantik begitu, tanpa kita sedar kita sudah membina kerosakan di dalam rumahtangga yang kita baru mulakan pembinaannya.

   Aku berkata ini pada diri aku sendiri. Ianya membuat saya berfikir jauh tentang kebahgiaan di alam rumahtangga. Segala angan-angan aku di hari pernikahanku, kuhapuskan demi untuk membuat yang terbaik dan semampu boleh dalam menegak sunnah di majlis pernikahanku kelak.

   Tiba hari pernikahanku,sudah aku terangkan pada ibu dan ayah,bahwa aku tidak mahu menyusahkan mereka dengan mengadakan kenduri yang besar-besar dan hebat. Aku tidak perlukan pakaian yang baru dan cantik untuk majlis pernikahan aku nanti. Aku akan hijabkan diriku sepertimana aku hijabkan diri di waktu yang lain. Alhamdulillah, ibu dan ayah setuju dengan kehendakku.

   Hari pernikahanku, aku hanya bertudung labuh hitam bersama furdah dan berjubah hijau pekat. Pakaian ini adalah pakaian harianku sahaja dan aku sangat gembira dengan keadaan ini. Tidak ada salahnya kalau mahu kenakan pakaian yang baru tapi aku tidak mahu  susahkan ibu bapaku. Dan suami pula berjubah dan serban hijau serba baru. Begitu juga di majlis sebelah suami. Aku tetap dengan pakaian harianku dan suami serba baru.

   Tiada siapa yang tahu bahawa aku cuma pakai pakaian harianku sahaja. Dan orang juga tidak tahu, aku mula mengenakan gaun pengantinku apabila majlis sudah selesai dan ketika keluargaku sudah tidur.Yang melihat aku bercantik dengan gaun putih tanpa tudung itu cuma suamiku, kakakku dan ibuku sahaja, sedangkan adik beradikku yang lain semua sudah tidur.
 
   Masih ku ingat waktu itu jam sudah menunjukkan 2 pagi! Sekarang kalian sudah tahu kan. Di sini aku mahu tekankan tidak salah kiranya kita mahu bercantik dan bergaya tetapi pastikan kecantikan kita itu tidak dilihat oleh lelaki-lelaki yang bukan mahram dengan kita. Naluri bercantik di hari perkahwinan semua orang ada cuma kita mestilah mematuhi syariat dalam melaksanakannya dan tidak berlebih-lebihan.

  Apa yang aku mahu kongsikan di sini cumanya, jangan terlalu fikirkan kemegahan, kecantikan dan kehebatan kita di majlis perkahwinan kita, sebab kadang-kadang perkara-perkara inilah titik permulaan kehancuran rumahtangga kita.Jadi sebaik-baiknya cubalah hidupkan sunnah semampu boleh di hari dan di mahjlis perkahwinan kita.

  Keredhaan dan restu dari Allah itu mesti diutamakan dari keredhaan manusia. Sebabnya apabila kita sudah berumahtangga 'manusia' hanya akan biarkan kita sahaja, tak ambil peduli lagi tentang kita juga tidak ada kuasa pun untuk menjaga keharmonian rumahtangga kita,bahkan ada yang menanti-nantikan kehancuran rumahtangga kita bila-bila masa saja.

   Siapa lagi yang bisa menjaga keharmonian rumahtangga kita kalau bukan Allah SWT sendiri?Subhaanallah, betapa pentingnya ikatan perkahwinan yang direstui Allah sejak mulanya terlafaznya akad nikah. Maka pada permulaan lagilah kita mesti jaga adab-adabnya moga Allah senang dengan kita.

  Kerana sesebuah perkahwinan dan majlisnya yang direstui Allah, Allah akan 'pelihara'nya selagi kita tidak membelakangkan Allah kerna di alam rumahtangga tidak akan sunyi dari ujian. penting rumahtangga kita sentiasa dinaungi rahmat dan hidayah dari Allah.

  Ayuh sama-sama kita bina mahligai cinta kita sebaik-baiknya.Dalam membina Mahligai yang teguh seharusnya 'permulaan'nya harus teguh dan 'kualiti' yakni taat akan kehendak Allah dan sunnah RasulNya.
Hanya Allah yang lebih tahu,apabila kita jaga adab di hari perkahwinan kita,insyaAllah kesannya (keberkatan) kita dapat rasai di sepanjang 'percintaan' kita dengan suami,di alam rumahtangga.
AllahuAkbar,Allah Maha Penyayang.

Wallahu'alam.

NuurMuslimatusySyaheedah. (2013)
 
  

RAHSIA REZQI ALLAH


Rahsia Rezqi  dari Allah tersangatlah 'hebat',
kalaulah kita boleh nampak  dengan mata hati kita,
kita tidak ada syak lagi pada rezqi kita,
kerana ianya bukan hanya pada yang kita nampak,
dengan mata kepala kita sahaja,
Contoh mudah,
kita sangat yaqin kalau suami isteri berkerja,
maka pendapatannya lebih lumayan berbanding isteri yang tidak bekerja
tetapi sebenarnya itu yaqin yang salah,
apabila kita sudah tersalah yaqin,
boleh jadi rezqi tidak ada keberkatan lagi,
apabila tiada keberkatan,rezqi yang kelihatan banyak,
entah hilang ke mana,
yang akhirnya hidup masih terasa sempit dan tidak terasa bahgia,juga rasa tidak pernah cukup,
Rahsia Rezqi Allah itu tersembunyi,
Allah sembunyikan sebab Allah mahu uji sejauh mana keyaqinan kita padaNya,
apakah kita hanya yaqin hanya  pada yang kita nampak sahaja,
atau kita yaqin terus dengan Dia yang Maha Pemberi Rezqi,
Sebenarnya apabila kita tunaikan kehendak Allah,
kita tunaikan haq-haq suami/isteri  dan anak-anak kita,
juga seluruh muslimin dan muslimat sekalipun,
Allah akan limpahkan rezqi mencurah-curah kepada kita
contohnya.....,
sebagai isteri,apabila kita jalankan tugas kita sebagai isteri,
ibu dan hamba Allah dengan sebenar-benarnya,
Allah akan bukakan pintu-pintu rezqi buat kita,
cara rezqi itu sampai kepada kita bagaimana?Itu rahsia Allah,
walaupun si isteri tadi tidak bekerja,
hanya suami sahaja yang mencari nafkah,
tetapi apabila dia telah memainkan peranannya dengan sebenarnya,
maka Allah akan bukakan pintu-pintu rezqi buat mereka sekeluarga,
Allah sekali-kali tidak akan sempitkan,
kerana Allah suka kepada hambaNya yang taat dan benar-benar ikut kehendakNya,
Apa yang penting di sini,keyaqinan kita mestilah 'benar' kepada Allah SWT...,insyaAllah

wallahu'alam

NuurMuslimatusySyaheedah.

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular