Khamis, 15 Ogos 2013

MAHALNYA WAJAH SEORANG WANITA YANG BERNIQAB.

Mohon beri perhatian sahabat2 ku.

Mohon tolong jangan "share " gambar sahabat /saudara kalian yang memang istiqamah dengan furdah yang ketika gambar itu di ambil wajah mereka takberhijab lalu menampakkan wajah comel mereka di FB ini.

Semenjak musim raya ini saya terserempak banyak kes sebegini dalam Fb yang mana saya memang tahu sahabat-sahabat
saya itu sangat istiqamah dengan furdah. Dan tak mungkin mereka akan tega menyiarkan wajah mereka ke khalayak FB ini.

Apabila kalian ambil gambar seseorang wanita ketika wajah tak berhijab yang memang istiqamah dengan furdah, ia menjadi satu amanah buat kalian agar tidak memaparkanya ke khalayak ramai.

Jujur saya nyatakan, kami yang berfurdah ini sangat malu dan takut akan Allah apabila wajah kami dipaparkan ke khalayak ramai walaupun tujuan kalian mengongsi gambar itu tidak niat nak mengaibkan.

Mohon kalian faham dan hormati apa yang kami
pertahankan ini.

Sekiranya ada tersiar gambar wajah saya tak berhijab mohon maklumkan kepada saya. Setakat ini saya sendiri tidak benarkan saudara mara atau sahabat ambil gambar saya ketika wajah tak berhijab.

Kerjasama sahabat sangat kami hargai.

Allah...ampunkan kami... dunia fb memang sangat besar fitnahnya.

NuurMuslimatusySyaheedah.

3 ulasan:

  1. Semoga Mendapar Rahmat Allah
    Semoga Mendapat Keampunan Allah
    Semoga Mendapat Pembebasan Daripada Neraka Allah
    Semoga Mendapat Redha Allah Untuk Dapat Masuk Ke Syurga-Nya.

    BalasPadam
  2. slam..maaf nak beri komen skit..wanita bkan shj menampakkan wajahnya boleh jd asbab fitnah,,bahkan terlalu mudahnya seorang wanita itu bersosial di laman sosial fb,berblog dan sebagainya itu sendiri sy rasakan boleh terjadinya asbab2 fitnah di akhir zaman ini..seorng wanita solehah sy rasakan x perlupun utk luahkan perasaannya di hadapan komputer...cukuplah Allah kurniakn suami utk smaa2 berkongsi perasaan...xperlu utk letak dlm kmpter dsajikan kpd org ramai..kpd wanita2 di luar sana sy nasihatkan hati2 dgn fitnah intrnet ini...xkira anda karkunah,abim,pas,jim,arqam,ihkwan dll...very sorry to say..assalm

    BalasPadam
  3. salam..nabi bgtw wanita adalah aurat,cba kita bayangkn...hga tulisan pn aurat. jd jm kita renung2kn.

    BalasPadam

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular