Ahad, 29 Julai 2012

PAKAIAN SUNNAH ITU INDAH

JOm nasyid sikit......"Pakai pakaian sunnah Allah beri pahala,Hidup bertambah Indah,kerana Allah Suka!
Anak-anak kecilku selalu ke Masjid ikut Abuyanya untuk solat Jemaah dan Tarawikh.Sudah jadi kebiasaan anak-anakku akan jadi perhatian jemaah yang hadir.Jubah dan serban yang kupakaikan pada mereka membuatkan mereka menjadi sangat comel.

Selalunya ada sahaja pakcik makcik atau abang kakak yang akan beri sesuatu kepada anak-anakku,kadang-kadang diberinya mainan,selalunya wang lah yang akan mereka bagi.(Moga Allah merahmati mereka semua).Kami tidak menyangka pun itu boleh berlaku.Agaknya untuk melahirkan rasa 'senang'nya mereka terhadap anak-anakku berpakaian sunnah,membuat mereka mahu beri sesuatu kepada anak-anak kecil ini.Ke mana-mana aku pergi kalau saat itu anak-anakku mengenakan pakaian sunnah,mesti ada yang mahu beri hadiah kepada mereka.

Kadang-kadang masa pergi 'shopping' pun aku pakaikan mereka pakaian sunnah,memang mereka jadi tumpuan,kebanyakannya daripada 'non-muslim',nampak sahaja kehadiran kami,pekerja-pekerja di situ terus terkam ke arah anak-anakku yang lengkap berserban.Subhaanallah.
Adakalanya juga siap minta izin untuk bergambar dengan anak-anakku.

Bukan aku nak berbangga diri atau ujub riya',tapi itulah kenyataannya,aku kongsi pengalamanku ini untuk menyatakan bahawa masyarakat tidak pernah menolak apabila kita didik anak-anak dengan pakaian sunnah.

Ayuh! Kita tukarkan 'cap' dengan kopiah,kita didik anak-anak dengan pakaian sunnah,kita ajar anak-anak agar tidak pakai seluar pendek dari kecil lagi.Bagi anak perempuan pula,dari kecil lagi kalau boleh kita didik dia dengan pakaian yang boleh menutup aurat dia.


Yang selalu aku impikan,aku mahu lihat anak-anak kecil juga berpakaian sunnah.Di situlah tergambarnya keindahan Islam.Aku sangat suka melihat mereka berpakaian begitu.Moga kita dapat buat yang terbaik!!...'peace' (^_^)v

NuurMuslimatusySyahidah 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular