Isnin, 25 Mac 2013

RAHSIA REZQI ALLAH


Rahsia Rezqi  dari Allah tersangatlah 'hebat',
kalaulah kita boleh nampak  dengan mata hati kita,
kita tidak ada syak lagi pada rezqi kita,
kerana ianya bukan hanya pada yang kita nampak,
dengan mata kepala kita sahaja,
Contoh mudah,
kita sangat yaqin kalau suami isteri berkerja,
maka pendapatannya lebih lumayan berbanding isteri yang tidak bekerja
tetapi sebenarnya itu yaqin yang salah,
apabila kita sudah tersalah yaqin,
boleh jadi rezqi tidak ada keberkatan lagi,
apabila tiada keberkatan,rezqi yang kelihatan banyak,
entah hilang ke mana,
yang akhirnya hidup masih terasa sempit dan tidak terasa bahgia,juga rasa tidak pernah cukup,
Rahsia Rezqi Allah itu tersembunyi,
Allah sembunyikan sebab Allah mahu uji sejauh mana keyaqinan kita padaNya,
apakah kita hanya yaqin hanya  pada yang kita nampak sahaja,
atau kita yaqin terus dengan Dia yang Maha Pemberi Rezqi,
Sebenarnya apabila kita tunaikan kehendak Allah,
kita tunaikan haq-haq suami/isteri  dan anak-anak kita,
juga seluruh muslimin dan muslimat sekalipun,
Allah akan limpahkan rezqi mencurah-curah kepada kita
contohnya.....,
sebagai isteri,apabila kita jalankan tugas kita sebagai isteri,
ibu dan hamba Allah dengan sebenar-benarnya,
Allah akan bukakan pintu-pintu rezqi buat kita,
cara rezqi itu sampai kepada kita bagaimana?Itu rahsia Allah,
walaupun si isteri tadi tidak bekerja,
hanya suami sahaja yang mencari nafkah,
tetapi apabila dia telah memainkan peranannya dengan sebenarnya,
maka Allah akan bukakan pintu-pintu rezqi buat mereka sekeluarga,
Allah sekali-kali tidak akan sempitkan,
kerana Allah suka kepada hambaNya yang taat dan benar-benar ikut kehendakNya,
Apa yang penting di sini,keyaqinan kita mestilah 'benar' kepada Allah SWT...,insyaAllah

wallahu'alam

NuurMuslimatusySyaheedah.

Isnin, 18 Mac 2013

Cantiknya Wanita Solihah di Bandingkan dengan Bidadari Syurga


Bidadari Syurga memang cantik,
di Syurga Allah  mereka terjaga rapi,
sentiasa kekal di mahligai,
menunggu Suami dari kalangan manusia yang soleh,
Wanita dunia bising-bising berbicara tentang bidadari Syurga,
hati timbul rasa cemburu apatah lagi apabila dikhabarkan,
bahawa suami soleh di dunia Allah bagi ganjaran bidadari Syurga,

Secantik-cantik bidadari Syurga,
wanita dunia yang solihah lebih cantik dari mereka,
di syurga Allah kelak mereka di angkat sebagai Ketua Bidadari,
dan kecantikannya berganda-ganda,
jadi usah cemburu dengan bidadari Syurga,
tapi kuatkan usaha dalam iman.
agar kita bisa menjadi yang solihah di sisi Tuhan,

Kalau bidadari Syurga itu sentiasa kekal di mahligainya,
kita di dunia mestilah sentiasa tetap di rumah,
agar kecantikan kita terpelihara,
kalau bidadari itu sentiasa bercantik-cantik menunggu suami,
kita sebagai isteri mesti bercantik-cantik untuk suami kita,
dan menyambut kedatangan suami sebagainya bidadari Syurga,
agar suami senang dengan kita,
kalau bidadari itu sifatnya patuh dan taat,
kita sebagai isteri mesti patuh dan taat kepada suami.

Allah perintah kita untuk tutup aurat sempurna,
kerana Allah mahu kita menjadi lebih cantik dari bidadari Syurga,
sebab Allah sudah jamin,manusia adalah makhluknya paling sempurna,
jadi secantik mana bidadari Syurga itu,
manusia yang penuh dengan amalan soleh samaada lelaki atau wanita,mereka ini lebih cantik dan indah dari sekelian makhluk ciptaan Allah,

Jadi dalam menyelusuri hidup di dunia yang akan fana ini,
harus kita tahu maksud sebenar kita di sini,
di sini tempat ujian,ujian imaan kita kepada Allah Taala,
Sebagai wanita cuba mengerti dengan sebenar-benarnya apa yang Allah mahu kita buat dan jalan yang bagaimana Allah redhakan kita.

Seharusnya kalian tahu wajah bidadari Syurga memang tersangat cantik,tapi wajah para waliAllah lebih cantik dan indah berganda-ganda lagi.Itulah  lebihnya manusia berbanding makhluk Allah yang lain sebab manusia ada 'amalan soleh'..Wallahu'alam.


Nuur Muslimatusy Syaheedah. (19/3/2013)

Khamis, 14 Mac 2013

REZQI MENCARI KITA.



    Jangan risau tentang rezqi kita,itu semua Allah sudah jamin untuk kita,yang patut kita risau soal imaan kita kerna imaanlah satu-satunya perkara yang Allah tidak tetapkan untuk kita.Mari sama-sama kita usaha atas imaan kita,insyaAllah.Dalam soal rezqi pun imaan sangat berkait rapat,tanpa imaan kita jadi susah hati memikirkan rezqi kita,dengan adanya imaan kita tetap berpegang teguh dengan janji-janji dan jaminan dari Allah SWT.Dengan imaan yang benar kepada Allah,Allah pasti senang dengan kita.

 Rezqi ialah sesuatu yang sudah dijamin atau ditanggung oleh Allah Ta’ala.Jadi usahlah bimbang tentang rezqi .Rezqi mencari-cari kita lebih banyak daripada ajal kita menuntut atau mencari-cari kita.
   Apa yang disuruh oleh Allah Ta’ala ialah supaya kita ini sibuk atau bimbang dengan beribadah kepadaNya..Bimbangnya kita dalam masalah rezqi dan takut kita pada kepapaan adalah di antara tanda-tanda butanya mata hati kita. Syaitan pula sentiasa sibuk menakut-nakutkan kita dengan kepapaan.

   Mari kita baca satu kisah yang diceritakan oleh Syeikh Ibnu ‘Ata’i’llah al-Iskandariyy RA di dalam kitabnya Taja’ul Arus.
   Seorang lelaki yang kerjanya menggali kubur untuk mencuri kain kapan telah bertaubat kepada Allah SWT .Maka diterima Allah Ta’ala akan taubatnya itu.Katanya kepada Syaikhnya pada suatu hari; ‘’Ya Sayyidi! Aku sudah gali 1000 kubur dan  aku dapati sekelian muka mereka itu membelakangkan Qiblat.” Lalu Syaikhnya berkata,”Wahai anakku!Itulah orang yang syak pada rezqi mereka.”
  
   Itulah akibatnya orang yang syak pada rezqi,padahal Allah SWT sudah menjaminnya sebagaimana yang ternyata di dalam alQuran dan alHadis.Syak pada rezqi adalah sesuatu dosa yang berat.Memang benar kita disuruh berikhtiar,akan tetapi ikhtiar itu mestilah digunakan untuk mentaati Allah SWT dan mematuhi segala perintah dan tunjuk ajarNya yang dinyatakan melalui syariatNya.Bimbang tentang rezqi,tidak berpada dengan apa yang ada dan sanggup mencari nafkah dengan tidak pedulikan hukum syara’  itu tidak dinamakan ikhtiar  tetapi menyalahgunakan ikhtiar.

Dalam ikhtiar mencari rezqi sama-samalah kita menjaga adab,hukum-hakam dan halal haramnya.Semoga rezqi kita lebih berkat sebab rezqi yang 'kotor' sangat besar impaknya kepada 'hati' kita.Wallhu'alam.


JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular