Rabu, 7 Mac 2012

BUAT ANAKKU MUHAMMAD TAMIEM DAARIYY

Buat Tamiem yang Ummi sayangi,

Tamiem,
  Kehadiran Tamiem dalam hidup Ummi cukup membahagiakan Ummi.Sewaktu Ummi mengandungkan Tamiem,Ummi rasa macam tak percaya yang Ummie sedang hamil.Mungkin juga ini disebabkan kali pertama hamil,lagi pula Ummi baru berumur 17 tahun,terlalu muda bagi 'zaman' Ummi.Apa yang pasti,Ummi gembira dan syukur sebab anak yang Ummi kandung ini dari 'cinta' seorang insan yang Ummi sangat-sangat sayang,yang banyak berjasa kepada Ummi.Siapa lagi,tentulah Abuya Tamiem.
Ini laa Tamiem masa umur 3bulan..(2002)...HUrmmm kecik-kecik lagi Ummi dah pakaikan serban!..Heheheh  
  Sewaktu Ummi melahirkan Tamiem,itulah kali pertama Ummi merasai peritnya seorang ibu bertarung nyawa untuk melahirkan seorang bayi.Ummi merasakan semua itu.Sesungguhnya segala puji-pujian itu hanya bagi Allah SWT,kelahiran Tamiem cukup mudah.Ummi bersyukur padaNya,Ummi dan Tamiem selamat.Kegembiraan Ummi semakin bererti apabila Abuya sentiasa ambil berat tentang Ummi dan berada di samping sejak Ummi mula-mula hamil hinggalah Ummi melahirkan.
  Apabila Tamiem lahir,Ummi dapat dengar tangisan pertama Tamiem tapi Ummi tidak dapat melihat Tamiem.Sn Zainab cuma menunjukkan sekilas saja kelibat Tamiem.Tamiem perlu dibersihkan segera.Antara Ummi dan Abuya,Abuyalah lebih dahulu menatap wajah Tamiem dan melaungkan Azan dan Iqamah di telinga Tamiem.
  Apa yang Ummi sedihkan,Ummi tidak dapat menyusukan Tamiem dalam tempoh beberapa jam,Ummi menangis.Tamiem tidak pandai buka mulut lagi,lagi pula mulut Tamiem kecil macam mulut Ummi.Alhamdulillah dalam jam 10.00pm barulah Tamiem dapat menyusu.Sedangkan Tamiem lahir jam 5.45pm (Jumaat) lagi.Masa tu.Ummi sedih sangat-sangat,ummi keseorangan,pihak Hospital tidak benarkan keluarga menunggu pesakit.Jadi terpaksalah Ummi uruskan seorang diri dan malam itu,Ummi tidur dengan bayi Ummi yang sangat comel.Ummi tatap wajah Tamiem dan malam itulah baru Ummi dapat tatap wajah Tamiem sungguh-sungguh.Malam itu juga,Ummi tak dapat lelap mata.Nostalgia bersalin masih bermain di minda Ummi.Kesakitannya terigau-igau.Selepas melalui semua itu barulah Ummi dapat rasakan sendiri keperitan seorang ibu,dari mengandung hingga melahirkan dan yang bakal ummi tempuhi iaitu,mendidik,menjaga dan mengasuh.Kini tamggungjawab Ummi semakin bertambah.
  Tamiem adalah amanah dari Allah SWT kepada Ummi dan Abuya.Jadi Ummi perlu mencorak yang terbaik untuk Tamiem. Ummi tahu,tanggungjawab Ummi ini sangat besar dan Ummi mesti mendapat keredhaan Allah SWT dalam mendidik Tamiem.
  Semoga Allah SWT kurniakan Ummi dan Abuya kekuatan,petunjuk dab taufiq untuk mendidik anak-anak agar menjadi insan yang bertaqwa di sisi Allah SWT.

Sekian.

Yang Benar,
Ummu Tamiem
Muhammad Tamiem Daariy bersama adik-adiknya,Abdullah Quhaafah,Muhammad Uwaiys Qarnie dan Abdurrahmaan Nauwfal)
(Nuur Muslimatusy Syahidah, Julai 2002,Parit Buntar,Perak)
  

2 ulasan:

  1. Salam Shida...

    kngn melahirkn ank sulung dan seterusnya mmg pengalaman yg tak dpt dilupakan kan... ;)

    Nisa pun setiap kali bersalin,malam tu mesti tak dpt nak lelap sgt kerana penaglaman bersalin tu masih bermain2 dlm fikiran...

    semoga shida,nisa dan semua ibu dpt mencorak anak2 dgn sebaiknya.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm Nisa,
      Terima Kasih Nisa,
      Pengalaman yang cukup 'getir' dalam hidup kita,anyway ia satu pengalaman yang sangat berharga yang di anugerahkan Allah untuk kita kan.Sejak ngandungkan Tamiem teruja sangat nak jadi ibu,tu yang terrtulis surat ni,dah lama lalu di 'share' kat sini...(^__^) Ameen..moga anak2 kita jadi anak soleh dan solehah...cuma saya je yang masih mencari 'solehah'...hheheh.

      Padam

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular