Khamis, 2 Ogos 2012

SATU CERITA DI MASJID







Seorang makcik yang sudah lama perhatikan anak-anak kecilku dari jauh,akhirnya datang bersua dengan anak sulungku ( Muhammad Tamiem Daariyy).Aku tidak tahu apa yang dibualkan mereka sebab Tamiem tak cerita 'detail' tapi yang ada satu soalan buat Tamiem susah nak jawab dan memang dia tak dapat jawab.Dia hanya mampu tersenyum-senyum.



















Makcik tu tanya, "Kenapa Ummi tak datang sama solat tarawikh di Masjid ?"






Tamiem hanya mampu senyum jer memanjang! Mengikut ceritanya macamtu lah. Selepas pertemuan dengan makcik tu, dia terus mengadu pada Abuya.




Tamiem ni kalau dengan orang lain dia memang malu nak buka mulut,satu perkara lagi,aku pun tak sempat lagi nak jelaskan pada anak-anak kenapa Ummi tak boleh pergi Masjid.




Ada sesetengah orang, mereka menganggap solat tarawikh ni hanya boleh dilakukan dengan berjemaah sahaja (Aku dulu pun faham macamni jugak,huhuhu) Sebenarnya ia boleh dilakukan seorang diri di rumah,tapi bagi kaum lelaki lebih afdhal sekiranya mereka solat berjemaah di masjid.




~~Solat sunnat tarawikh boleh dilakukan dengan berjemaah atau bersendirian.Akan tetapi sebaik-baiknya dilakukan dengan berjemaah~~(HR jamaah kecuali Tirmidzi)




Kenapa aku solat di rumah?Iya,kerana ganjaran (bagi wanita) adalah lebih besar apabila kita solat di rumah.Kita lebih dekat dengan Allah apabila kita solat di dalam bilik di rumah.




Dalam banyak-banyak solat,hanya solat sunnat Hari Raya sahaja yang RAsulullah SAW benarkan kaum wanita untuk keluar solat berjemaah di Masjid.Ada hadis tentang ini,alamak!lupa pulak dah matannya,..errrrr maaf yerr...Asif




~~Para suami hendaklah mencegah isterinya daripada bersolah di Masjid kecuali isterinya itu sudah tua~~(Al Ghazali)




Al Kisahnya masa bujang-bujang dulu, Masjid kampung aku tu, rasanya akulah 'anak dara' yang paling rajin pergi solat di Masjid, walaupun aku pakai full niqab serba putih (sekali ingat ,lawak pula) setiap kali nak pergi masjid, aku pakai putih semua, heheheh.....errrrrrrr...masa tu aku ingat, kalau nak jadi wanita solihah, kena rajin solat di Masjid...Astagfirullah...Salah, memang salah...kalau nak jadi wanita solihah, kita mesti solat di rumah dan sentiasa di rumah....hukhukhuk...lepas kahwin baru tahu, kena 'ketuk' dengan en Abe baru faham..kuikuikui.





Hadoiiiiiiiii,tahu tak betapa banyaknya fitnah masa tu???huhuhuhu,tak nak citerlah......fitnah memang fitnah...aku nyesal.Ermmmmm,padan muka aku....:(

________Solatlah di rumah wahai kaumku,kalau kalian tahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..................kita sangat dekat dengan Allah saat kita berada bahagian terdalam di dalam rumah kita.







So mulai hari ini jangan 'cemuh' kepada wanita-wanita yang tidak solat di Masjid...kerana di rumahlah tempat wanita.







(^_^) peace!!!!!!!







NuurMuslimatusySyahidah 2012..

Ahad, 29 Julai 2012

PAKAIAN SUNNAH ITU INDAH

JOm nasyid sikit......"Pakai pakaian sunnah Allah beri pahala,Hidup bertambah Indah,kerana Allah Suka!
Anak-anak kecilku selalu ke Masjid ikut Abuyanya untuk solat Jemaah dan Tarawikh.Sudah jadi kebiasaan anak-anakku akan jadi perhatian jemaah yang hadir.Jubah dan serban yang kupakaikan pada mereka membuatkan mereka menjadi sangat comel.

Selalunya ada sahaja pakcik makcik atau abang kakak yang akan beri sesuatu kepada anak-anakku,kadang-kadang diberinya mainan,selalunya wang lah yang akan mereka bagi.(Moga Allah merahmati mereka semua).Kami tidak menyangka pun itu boleh berlaku.Agaknya untuk melahirkan rasa 'senang'nya mereka terhadap anak-anakku berpakaian sunnah,membuat mereka mahu beri sesuatu kepada anak-anak kecil ini.Ke mana-mana aku pergi kalau saat itu anak-anakku mengenakan pakaian sunnah,mesti ada yang mahu beri hadiah kepada mereka.

Kadang-kadang masa pergi 'shopping' pun aku pakaikan mereka pakaian sunnah,memang mereka jadi tumpuan,kebanyakannya daripada 'non-muslim',nampak sahaja kehadiran kami,pekerja-pekerja di situ terus terkam ke arah anak-anakku yang lengkap berserban.Subhaanallah.
Adakalanya juga siap minta izin untuk bergambar dengan anak-anakku.

Bukan aku nak berbangga diri atau ujub riya',tapi itulah kenyataannya,aku kongsi pengalamanku ini untuk menyatakan bahawa masyarakat tidak pernah menolak apabila kita didik anak-anak dengan pakaian sunnah.

Ayuh! Kita tukarkan 'cap' dengan kopiah,kita didik anak-anak dengan pakaian sunnah,kita ajar anak-anak agar tidak pakai seluar pendek dari kecil lagi.Bagi anak perempuan pula,dari kecil lagi kalau boleh kita didik dia dengan pakaian yang boleh menutup aurat dia.


Yang selalu aku impikan,aku mahu lihat anak-anak kecil juga berpakaian sunnah.Di situlah tergambarnya keindahan Islam.Aku sangat suka melihat mereka berpakaian begitu.Moga kita dapat buat yang terbaik!!...'peace' (^_^)v

NuurMuslimatusySyahidah 2012

Sabtu, 28 Julai 2012

PAS,ARQAM DAN TABLIGH.?.....akhirnya Allah tunjukkan jalan,...


   Bismillahirrahmaanirrahiim.Alhamdulillah,Setiap yang senang itu pasti disebaliknya ada payahnya kan,dalam menempuh ranjau-ranjau perjuangan banyak yang telah aku tempuhi,ada beberapa jemaah yang menjadi kegemaran aku,termasuklah,Pas,al Arqamdan Tabligh.Jujur aku cakap,Arqam,Pas dan Tabligh secara tidak langsung banyak mendidik aku dalam membentuk sahsiah diri.Terutama dalam bab aurat dan kecintaan kepada Allah.Pada mulanya aku sangat fanatik dengan perjuangan Pas,sekarang ia tidak lagi menjadi perjuangan ku setelah aku mula memahami beberapa perkara.
   Pada awal tahun 1998,aku mula berjinak-jinak untuk kenal lebih dekat dengan jemaah ini,yang ketika itu telah pun 4 tahun di haramkan oleh kerajaan dan telah bertukar namanya kepada Rufaqa.Aku sangat tertarik dengan pendekatan Arqam ketika itu,walaupun sudah heboh Arqam sesat tapi 'keperibadiannya' sangat memukau jiwa aku (ketika itu aku  berusia 14tahun).
  Aku banyak belajar tentang islam dan sunnah melalui kaset-kaset nasyid Arqam seperti kumpulan Nadamurni,Nahwan Nur,The zikr dan banyak lagi artis-artis nasyid di bawah naungan OVA production.Juga melalui majalah-majalah keluaran Arqam yang diterbitkan sekitar tahun 1992 ke bawah seperti anNasihah.(itupun jenuh aku  cari dalam perpustakaan rumah,sebab dah lama dan tersorok,ibu aku beli tu pun  masa aku hingusan  lagi).Dalam majalah anNasihah ada banyak wanita dan anak -anak kecil pakai furdah,manakala yang lelaki pula berjubah dan berserban,aku sangat-sangat tertarik!Apatah lagi apabila melihat si kecil memakai serban dan jubah,sangat-sangat comel,dari situlah aku berharap Allah kurniakan aku ramai anak lelaki.Alhamdulillah,Allah makbulkan impian ini,Allah bagi 4 terus.
  Aku tidak punya siapa-siapa untuk bertanyakan tentang sunnah dan kebenaran Islam,aku sendiri di jalan ini penuh ranjau dan sepi ini,tinggal jauh di kampung halaman,sangat sukar untuk mengetahui lebih tentang Islam.Semangat dari al Arqam inilah yang membara dalam jiwa aku ketika itu yg keseorangan dalam mujahadah dan aku tak pernah pun 'join'dalam jemaah ni.Semangat inilah juga yang membuat aku kuat untuk berfurdah walaupun ditentang oleh semua orang .
   Sekarang,al Arqam berubah nama lagi kepada,'Global Ikhwan'....dan setahu aku ianya di ketuai oleh Ummu Jah(Khadijah Am)...dan Ummu Jah ini yang banyak bawa perkara-perkara yang menyeleweng.wallhu'alam.

   Aku mula rasa kecewa yang amat dengan jemaah ini setelah berubah kepada nama Rufaqa, mereka semua,'buang furdah',sedangkan mereka dulu dengan bangganya berkata,''kamilah perintis furdah'..:'( ..sedih sangat...sebab aku suka tgk mereka berfurdah 'all black' masa tu.
    Di sebabkan keseorangan,kenangan dari Arqam dululah jadi teman setia aku(majalah,nasyid,buku),...dalam doaku,selalu minta Allah tunjukkanku jemaah mana yang benar-benar Allah terima,masa tu aku 'blurr' arqam atau tabligh,hati aku kata 'arqam'...dan masa tu memang semangat aku pada arqam sangat membara ,hinggalah Allah jodohkan aku dengan suami ,'seorang tabligh'...padahal masa tu jiwa aku kuat cintakan Arqam (walaupun arqam dah tak wujud).
  Di awal pernikahan,aku dan suami selalu bermuzakarah tentang perbezaan Arqam dan Tabligh,...rupa-rupanya banyak perbezaan,dan hati aku seolah-olah tidak mampu untuk terima tabligh,yg aku tak setuju masa tu tabligh tak buat dakwah cara nasyid,(sebab aku suka sangat nasyid,majalah,media massa dan macam-macam lagi lah....masa tu hati menangis,''ya Allah kenapa aku masih tak boleh faham,fahamkan aku ya Allah''.Sedaya upaya suami aku cuba fahamkan aku,tapiiiiiii......aku cuma mampu kata,''aku terima ya Allah kalau inilah kebenarannya''....walaupun hati berat nak terima.Alhamdulillah ,tak lama aku dibelenggu masaalah ini.Sekarang aku rasa sangat istimewa dapat bersama-sama dalam 'usaha atas iman' ini,ianya sangat menjaga tertib-tertib Nabi SAW dalam perjuangan,apatah lagi dalam soal,'wanita'.Sungguh menakjubkan! Inilah jemaah yang aku tercari-cari selama ini...(^__^)
   Walau apa pun,apa yang baik yang Arqam tinggalkan tu,ambil  laa,yg buruk-buruk tu,buang jauh-jauh,..bagi aku,kalau benar pun jemaah arqam ni sesat,itu dari segi akidahnya sahaja,dalam bab-bab lain boleh diterima,seperti nasyid,ukhuwwah mereka,cara mereka berpakaian dan sebagainya.Kalau nak cerita bab pergaulan,walaupun berfurdah n serban ,jemaah arqam tidak dapat  jaga batas-batasnya,mereka tidak segan silu untuk becampur lelaki dan perempuan,jauh sangat bezanya dengan tabligh,jemaah tabligh sangat teliti dan ikut tertib Nabi SAW kalau bab-bab ni,wallahu'alam...
    Sejujurnya aku tak pernah join dan tahu sangat apa aktiviti Arqam sebenarnya,cuma secara positifnya,ambillah apa yg baik dan sunnah-sunnah Nabi SAW dari mereka...
   

Cari lah Jalan yang benar-benar di redhai Allah,kebenaran akan terserlah di mata hati kita apabila kita rendahkan hati dan diri dan melalui beberapa fasa ujian dari Allah....yang penting bersangka baik dengan Allah...Allah pasti tunjukkan jalan..insyaAllah.(^_____________^)

Di sini aku sertakan satu coretan buat Arqam yang pernah aku karang suatu ketika dahulu,kalau tak silapku ,waktu itu aku berusia 15tahun.



AL ARQAM YANG PERGI.

Kenapa begitu cepat kau pergi?
Sehingga aku terindu-rindu begini,
Mengharap kembalinyamu,
Walhal ku tahu kau takkan kembali lagi,
Melainkan ada keizinan dari Allah Taala,
Aku hanya dapat melihat dan merasa apa yang telah  kau tinggalkan,
Sebagai pengubat rinduku untuk bersamamu,
Ku cuba cari,tapi kau telah tiada lagi,
Kau telah dikuburkan,
Belum sempat ku bersamamu,
Mengecapi keindahan abadi,
Yang kurindu-rindukan selama ini
Mereka kat kau patut mati,
Tak perlu hidup lagi di dunia ini,
Kerana kau telah di aniayai,
Oleh pemimpin-pemimpinmu yang takjub dirinya sendiri,
Oleh pengikut-pengikutmu yang taksub kepada pemimpin,
Membuatkan dirimu terpaksa di kuburkan,
Apa salah dan dosamu?
Dakwah Islamiyyahmu hampir seluruh pelusuk dunia,
Hampir membawa satu kejayaan Islam,
Tapi Sayang!
Akhirnya kau di aniaya,
Tapi...benarkah kau di aniaya oleh pemimpin dan pengikutmu?
Atau kau di aniaya oleh mereka?
Mereka-mereka yang munafiq itu?
Sesungguhnya Allah SWT yang lebih Mengetahui,
Ku kenal dirimu setelah 5 tahun kau dikuburkan,
Setelah kau lenyap dari ingatan mereka,
Setelah kau dibenci oleh pengikut-pengikutmu,
Apa salah dan dosamu?
Kau tak bersalah,
Tapi pengikut-pengikut dam pemimpin-pemimpinmulah yang bersalah,
Membuat hidupmu musnah dan terpaksa dikuburkan,
Aku rindu dan cintaimu,
Hanya kerana Dia yang Maha Agung,
Kerana kutahu apa yang ada padamu adalah kebaikan,
Kau mengingatkanku agar tidak melupai Allah,
Tapi apa sekalipun,bukan darimu ,ketenangan dan kebahagiaan adalah dari Allah,
Kau yang banyak menegakkan alQuran dan asSunnah,
Tapi sayang kau terpaksa pergi dan tak mungkin muncul lagi,
Mungkin pemergianmu satu kebaikan,
Kerana masih banyak lagi aku tidak tahu mengenaimu,
Allah SWT lebih Tahu,
Apa yang berlaku padamu sebenarnya,
Tapi kuyakin kau tetap baik dan kau kujadikan idola,
Untukku meneruskan perjuangan ini,
Kerana perjuangan yang diperjuangkanmu,
Sama dengan diriku iaitu mencari keredhaan Allah,
Kau adalah ''Jemaah Islam'' yang kurindui,
Kau kan kusemat dalam memoriku,
Kau....AL ARQAM.

NuurMuslimatusySyahidah.......










JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular