Bismillahirrahmaanirrahiim.Alhamdulillah,Setiap yang senang itu pasti disebaliknya ada payahnya kan,dalam menempuh ranjau-ranjau perjuangan banyak yang telah aku tempuhi,ada beberapa jemaah yang menjadi kegemaran aku,termasuklah,Pas,al Arqamdan Tabligh.Jujur aku cakap,Arqam,Pas dan Tabligh secara tidak langsung banyak mendidik aku dalam membentuk sahsiah diri.Terutama dalam bab aurat dan kecintaan kepada Allah.Pada mulanya aku sangat fanatik dengan perjuangan Pas,sekarang ia tidak lagi menjadi perjuangan ku setelah aku mula memahami beberapa perkara.
Pada awal tahun 1998,aku mula berjinak-jinak untuk kenal lebih dekat dengan jemaah ini,yang ketika itu telah pun 4 tahun di haramkan oleh kerajaan dan telah bertukar namanya kepada Rufaqa.Aku sangat tertarik dengan pendekatan Arqam ketika itu,walaupun sudah heboh Arqam sesat tapi 'keperibadiannya' sangat memukau jiwa aku (ketika itu aku berusia 14tahun).
Aku banyak belajar tentang islam dan sunnah melalui kaset-kaset nasyid Arqam seperti kumpulan Nadamurni,Nahwan Nur,The zikr dan banyak lagi artis-artis nasyid di bawah naungan OVA production.Juga melalui majalah-majalah keluaran Arqam yang diterbitkan sekitar tahun 1992 ke bawah seperti anNasihah.(itupun jenuh aku cari dalam perpustakaan rumah,sebab dah lama dan tersorok,ibu aku beli tu pun masa aku hingusan lagi).Dalam majalah anNasihah ada banyak wanita dan anak -anak kecil pakai furdah,manakala yang lelaki pula berjubah dan berserban,aku sangat-sangat tertarik!Apatah lagi apabila melihat si kecil memakai serban dan jubah,sangat-sangat comel,dari situlah aku berharap Allah kurniakan aku ramai anak lelaki.Alhamdulillah,Allah makbulkan impian ini,Allah bagi 4 terus.
Aku tidak punya siapa-siapa untuk bertanyakan tentang sunnah dan kebenaran Islam,aku sendiri di jalan ini penuh ranjau dan sepi ini,tinggal jauh di kampung halaman,sangat sukar untuk mengetahui lebih tentang Islam.
Semangat dari al Arqam inilah yang membara dalam jiwa aku ketika itu yg keseorangan dalam mujahadah dan aku tak pernah pun 'join'dalam jemaah
ni.Semangat inilah juga yang membuat aku kuat untuk berfurdah walaupun ditentang
oleh semua orang .
Sekarang,al Arqam berubah nama lagi kepada,'Global
Ikhwan'....dan setahu aku ianya di ketuai oleh Ummu Jah(Khadijah Am)...dan
Ummu Jah ini yang banyak bawa perkara-perkara yang menyeleweng.wallhu'alam.
Aku mula rasa kecewa yang amat dengan jemaah ini setelah
berubah kepada nama Rufaqa, mereka semua,'buang furdah',sedangkan mereka dulu
dengan bangganya berkata,''kamilah perintis furdah'..:'( ..sedih sangat...sebab
aku suka tgk mereka berfurdah 'all black' masa tu.
Di sebabkan keseorangan,kenangan dari Arqam dululah jadi
teman setia aku(majalah,nasyid,buku),...dalam doaku,selalu minta Allah tunjukkanku jemaah mana yang benar-benar Allah terima,masa tu aku 'blurr' arqam atau
tabligh,hati aku kata 'arqam'...dan masa tu memang semangat aku pada arqam
sangat membara ,hinggalah Allah jodohkan aku dengan suami ,'seorang
tabligh'...padahal masa tu jiwa aku kuat cintakan Arqam (walaupun arqam dah
tak wujud).
Di awal pernikahan,aku dan suami selalu bermuzakarah tentang
perbezaan Arqam dan Tabligh,...rupa-rupanya banyak perbezaan,dan hati aku seolah-olah tidak
mampu untuk terima tabligh,yg aku tak setuju masa tu tabligh tak buat dakwah cara
nasyid,(sebab aku suka sangat nasyid,majalah,media massa dan macam-macam lagi lah....masa tu hati
menangis,''ya Allah kenapa aku masih tak boleh faham,fahamkan aku ya Allah''.Sedaya
upaya suami aku cuba fahamkan aku,tapiiiiiii......aku cuma mampu kata,''aku
terima ya Allah kalau inilah kebenarannya''....walaupun hati berat nak
terima.Alhamdulillah ,tak lama aku dibelenggu masaalah ini.Sekarang aku rasa sangat istimewa dapat bersama-sama dalam 'usaha atas iman' ini,ianya sangat menjaga tertib-tertib Nabi SAW dalam perjuangan,apatah lagi dalam soal,'wanita'.Sungguh menakjubkan! Inilah jemaah yang aku tercari-cari selama ini...(^__^)
Walau apa pun,apa yang baik yang Arqam
tinggalkan tu,ambil laa,yg buruk-buruk tu,buang jauh-jauh,..bagi aku,kalau benar pun
jemaah arqam ni sesat,itu dari segi akidahnya sahaja,dalam bab-bab lain boleh
diterima,seperti nasyid,ukhuwwah mereka,cara mereka berpakaian dan sebagainya.Kalau nak cerita bab pergaulan,walaupun berfurdah n serban
,jemaah arqam tidak dapat jaga
batas-batasnya,mereka tidak segan silu untuk becampur lelaki dan perempuan,jauh sangat
bezanya dengan tabligh,jemaah tabligh sangat teliti dan ikut tertib Nabi SAW kalau bab-bab ni,wallahu'alam...
Sejujurnya aku tak pernah join dan tahu sangat apa aktiviti
Arqam sebenarnya,cuma secara positifnya,ambillah apa yg baik dan sunnah-sunnah Nabi SAW dari
mereka...
Cari lah Jalan yang benar-benar di redhai
Allah,kebenaran akan terserlah di mata hati kita apabila kita rendahkan hati
dan diri dan melalui beberapa fasa ujian dari Allah....yang penting bersangka
baik dengan Allah...Allah pasti tunjukkan jalan..insyaAllah.(^_____________^)
Di sini aku sertakan satu coretan buat Arqam yang pernah aku karang suatu ketika dahulu,kalau tak silapku ,waktu itu aku berusia 15tahun.
AL ARQAM YANG PERGI.
Kenapa begitu cepat kau pergi?
Sehingga aku terindu-rindu begini,
Mengharap kembalinyamu,
Walhal ku tahu kau takkan kembali lagi,
Melainkan ada keizinan dari Allah Taala,
Aku hanya dapat melihat dan merasa apa yang telah kau tinggalkan,
Sebagai pengubat rinduku untuk bersamamu,
Ku cuba cari,tapi kau telah tiada lagi,
Kau telah dikuburkan,
Belum sempat ku bersamamu,
Mengecapi keindahan abadi,
Yang kurindu-rindukan selama ini
Mereka kat kau patut mati,
Tak perlu hidup lagi di dunia ini,
Kerana kau telah di aniayai,
Oleh pemimpin-pemimpinmu yang takjub dirinya sendiri,
Oleh pengikut-pengikutmu yang taksub kepada pemimpin,
Membuatkan dirimu terpaksa di kuburkan,
Apa salah dan dosamu?
Dakwah Islamiyyahmu hampir seluruh pelusuk dunia,
Hampir membawa satu kejayaan Islam,
Tapi Sayang!
Akhirnya kau di aniaya,
Tapi...benarkah kau di aniaya oleh pemimpin dan pengikutmu?
Atau kau di aniaya oleh mereka?
Mereka-mereka yang munafiq itu?
Sesungguhnya Allah SWT yang lebih Mengetahui,
Ku kenal dirimu setelah 5 tahun kau dikuburkan,
Setelah kau lenyap dari ingatan mereka,
Setelah kau dibenci oleh pengikut-pengikutmu,
Apa salah dan dosamu?
Kau tak bersalah,
Tapi pengikut-pengikut dam pemimpin-pemimpinmulah yang bersalah,
Membuat hidupmu musnah dan terpaksa dikuburkan,
Aku rindu dan cintaimu,
Hanya kerana Dia yang Maha Agung,
Kerana kutahu apa yang ada padamu adalah kebaikan,
Kau mengingatkanku agar tidak melupai Allah,
Tapi apa sekalipun,bukan darimu ,ketenangan dan kebahagiaan adalah dari Allah,
Kau yang banyak menegakkan alQuran dan asSunnah,
Tapi sayang kau terpaksa pergi dan tak mungkin muncul lagi,
Mungkin pemergianmu satu kebaikan,
Kerana masih banyak lagi aku tidak tahu mengenaimu,
Allah SWT lebih Tahu,
Apa yang berlaku padamu sebenarnya,
Tapi kuyakin kau tetap baik dan kau kujadikan idola,
Untukku meneruskan perjuangan ini,
Kerana perjuangan yang diperjuangkanmu,
Sama dengan diriku iaitu mencari keredhaan Allah,
Kau adalah ''Jemaah Islam'' yang kurindui,
Kau kan kusemat dalam memoriku,
Kau....AL ARQAM.
NuurMuslimatusySyahidah.......