Sabtu, 28 Julai 2012

AKU DI USIA BELASAN TAHUN......



Di usia 14thn, ''Maa(mak), saya nak berhenti sekolah boleh? Nak belajar al Quran di Madrasah. Kalau boleh saya nak jadi Hafizah Quran "

...Maa cakap," Habiskan PMR dulu'',

( Aku tahu mak tak sedia tengok aku berhenti sekolah dan aku tahu harapan mak, dia nak aku masuk Unversiti macam kakak tapi hati aku dah takde 'selera' dah nak teruskan sekolah dalam 'acuan' yahudi nasara tu, aku dah meluat sekolah bercampur lelaki dan perempuan, aku terlalu penat dengan panahan-panahan cinta monyet yang wujud di zaman belasan tahun, aku fed-up!

Kawan-kawan sibuk 'study' nak exam, aku? Diorang tak tahu aku tak study pun, aku sibukkan diri mentelaah Kitab Hadis dan Quran. Tak tahu kenapa aku tak boleh nak fokus lagi dah, aku takde risau pun pada exam PMR, yang aku risaukan aku nak 'hafal Quran'....padanlah aku boleh A sikit jer, yang lain B, heheheh.....)




Di usia 15thn, "Maa,,, saya nak pakai tudung labuh dan jubah jer, tak nak dah pakai tudung 3 segi dan baju kurung lagi dah",

Maa cakap,"Boleh,elok benarlah anak dara pakai sopan camtu, ni ada satu tudung kaler putih yang Maa beli dulu, takde sape pun nak pakai.''

( Aku 'happy' sangat sebab Maa bagi galakan, ye lah aku dulu liat nak pakai tudung ,masa tu bagi aku tudung tu menghodohkan muka aku jer, takleh nak tayang rambut aku yang comel ni, ceh perasan! Tapi kalau nak pakai baju ketat-ketat kat luar rumah tuu, masa tu pun aku tak tergamak pun, eeeeeeeee malu wehhhh, nampak punggung dan dada,,,eeee....korang tak malu ker pakai ketat-ketat camtuu? Orang lelaki duk jeling-jeling aku, syok tengok muka aku, ni pun aku malu sebenarnya. Kalau budak-budak sebaya aku tuu ok lah jugak, ni pakcik-pakcik dah beruban, suami orang pun syok jerrrrr.....hehhe.)(^__^)..........Moralnya pakai laaa furdah yer....


Di Usia 16thn, "Maa,saya nak pakai furdah hitam ni, boleh tak belikan kain hitam untuk buat tudung dan furdah?''

Mak terkejut, " Kau biar betul?" ....mula-mula mak kelihatannya tak yakin dengan kehendakku,..."Aku bukan apa, aku takut kau pakai nanti kejap tutup kejap buka,malu kat orang nanti, kalau nak pakai pakai betul-betul, jangan sesekali buka furdah tu lagi, cari suami yang boleh jaga furdah kau tuu,."

Itulah nasihat Maa aku sebelum aku mula mengenakan furdah di wajah.Aku tahu maa agak 'kelat' nak terima perubahan anak ke 2 nye ni.




Di usia 17thn,............lagi sekali aku minta dengan Mak, "Maa saya nak kahwin dalam masa terdekat ni dengan org tabligh,boleh ker?"

   Sebenarnya aku pun takut nak minta sebab umur 17thn ni bagi mereka masih budak hingusan. Mak agak kaget, tapi dia tahu situasi aku dan kesungguhan aku dan kematangan aku dalam berfikir, langsung dia tak kata ''tidak!''

   Tapi dalam masa yang sama mak cuba ajukan aku beberapa soalan 'panas'. Aku tahu, mak takde niat apa-apa kecuali nak lihat kesungguhan aku. Dia sangat takut kalau kahwin muda sebab biasanya berakhir dengan perceraian. Dan cerita tentang orang tabligh, selalunya 'cerita-cerita keburukan' yang disebarkan masyarakat, orang tabligh suka pukul isteri, tinggal anak isteri , tak bagi nafkah dan macam lah lagi fitnah-fitnah.

Aku beritahu mak, ''tengok niat mereka macamna, mereka kahwin pun sebab nak enjoy, bukan sebab nak jaga agama sebab itu lah berlaku perceraian. Pasal org Tabligh tuu, betul ker citer yang orang duk sebar tuu?Cuba tengok si fulan tuu,si fulan nii,takde pun nak buat camtu kat isteri diorang".

   Alhamdulilah mak faham,...dan setuju.Abah? ermmmmm, mulanya abah marah aku, abah kata aku buat keputusan melulu, lagi pula tak kenal 'batang hidung' bakal suami tuu, abah tak setuju, dia cakap aku muda sangat lagi, tapi maa berjaya juga pujuk abah..

Aihhh, masa nak ambil borang nikah tu datang lagi satu masaalah. Aku dan mak telah dinasihati oleh Tok Kadi yang akad nikah aku dan suami, "Kalau boleh jangan kawen dgn orang tabligh,bla bla bla..malas nak citer, sebab citer keburukan orang tabligh yang aku tahu fitnah semata. Kalau jodoh tak ke mana kan.....Alhamdulillah semuanya selesai.




Di Usia 18thn, kali aku tak minta dengan maa,apa-apa nak minta kena laa minta dengan en Abe ku yang encem tuu, cumanya nak citer, aku dapat baby boy yang comel, baik pula, nangis pun malas (tuu masa baby,skang lain citer lah,dah besar panjang,faham-faham sdiri lah).

   Abah selalu cakap kat kawan-kawan sekolah aku kalau diorang datang ke kedai Abah, waktu tuu kawan-kawan dah dapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ), "Shahida dah dapat Sijil Kelahiran''  baby lelaki''....kikikikiki...pandai Abah melawak yerrrrr......hahahah...........




Anyway, sayang Maa dan Abah banyak-banyak, sebab bersabar dengan permintaan-permintaan anaknya ini yang ketika itu langsung tak reti nak berhikmah dan ikram (khidmat)  mereka. :(

Almaklumlah aku ni jahil,,,hukhukhuk...Alhamdulillah apabila belajar dalam 'usaha tabligh' ni, banyak aku belajar adab-adab dengan ibubapa dan sifat ikram..tapiii sedikit terlewat, sebab aku dah nikah so tak boleh nak khidmat Maa n Abh sepenuh masa...Semoga aku boleh buat yang terbaik untuk Maa dan Abah....(^________^)....




Di USIA 2O-AN-----------dipendekkan citer,main-main ngn budak kecik...hihihihi




P/s; Jangan takut untuk melakukan kebaikan..:). peace!


NuurMuslimatusySyahidah 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular