Selasa, 24 Mei 2011

PERTENGKARAN BIDADARI DENGAN WANITA DUNIA

Masa kecil2 dulu saya selalu tertanya2..hurmm kalau lelaki soleh akan dapat bidadari2 cantik..adakah wanita akan dapat bidadara...hurmmm...saya agak cemburu!!..agak lama masa untuk saya mengetahui  perkara ini.,sehinggalah saya dikahwinkan dengan seseorang yang amat membela saya sebagai ''wanita''...dan inilah jawapannya...betapa gembiranya saya,Tuhan sahaja yang tahu,ia cukup memberi saya ''keghairahan'' untuk menjadi wanita solihah di  dunia ini,semoga saya dapat terus buat usaha2 yang membawa keredhaan Allah pada saya...banyak pengorbanan yang perlu saya buat,,semoga Allah beri saya kekuatan untuk hadapi segala2nya...wallahu'alam........



BIDADARI : Aku lebih cantik daripada kamu...Kami hanya buat amalan baik sahaja.Kami dijadikan daripada 4 unsur yakni
                    (za'farn,kafur,musyuk,ambar)....sedangkan kamu wanita dunia daripada 4 unsur(tanah,air.api.angin)

WANITA DUNIA : Kami taat kepada Allah s.w.t walaupun dalam keadaan sihat,sakit,senang,susah...dengan mujahadah.
                             Sedangkan kamu tiada mujahadah.Kerana kamu nampak apa sahaja yang ghaib pada mata kami.Sedangkan kami 
                             berimaan dalam keadaan yang tidak tahu apa-apa disebaliknya. 

Natijahnya Allah s.w.t menukar rupa wanita dunia 70kali lebih cantik daripada bidadari-bidadari itu..

KELEBIHAN HAMIL DAN IBU.


ketika hamil dan melahirkan.
  • Dua rakaat Solat wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil
  • Wanita yang hamil akan mendapat pahala seperti berpuasa di siang hari dan beribadah di malam hari
  • Apabila wanita melahirkan anak.Allah swt sediakan pahala 70 tahun solah dan puasa
  • Setiap kesakitan melahirkan anak itu Allah swt beri pahala haji mabrur
  • Apabila wanita meninggal dunia ketika melahirkan anak,ia dikira mati syahid
  • Allah swt memerintah 500 malaikatnya untuk menjaga wanita yang hamil
Hamil sesuatu yang indah walaupun ia cukup menguji kesabaran kita..lihatlah betapa Allah sayangkan kita,mencurah2 permata yang dilimpahkan untuk kita.Alhamdulillah,terima Kasih Allah kerana sentiasa melimpahkan rahmat,mengenalkan aku kepadaMu.

ketika menyusu,mengasuh dan menjaga.
  • Wanita yang memberi susu badannya kepada anaknya akan memperoleh 1 pahala daripada setiap titik susu yang diminum anaknya.
  • Wanita yang beri susu badannya kepada anaknya yang menangis di waktu malam dengan sabar,Allah swt beri pahala 1 tahun solat dan puasa.
  • wanita yang menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2tahun setengah,maka Malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita gembira kepadanya bahawa syurga wajib baginya.
  • wanita yang menhabiskan waktu malamnya dengan tidiur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit.Allah beri pahala seperti membebaskan 20 hamba.
  • Wanita yang tidak cukup tidur kerna menjaga anaknya yang sakit,Allah akan ampunkan segala dosanya .
  • wanita yang hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadah. 
InsyaAllah..cubalah untuk tunaikan hak anak2 kita,mereka lebih memerlukan kita dari orang gaji atau pengasuh2,atau sesiapa sahaja..anak2 lebih memerlukan ibu dan ayahnya..terutama anak2 yang masih bayi...sudah menjadi tanggungjawab kita tunaikan hak mereka.Akhirat nanti Allah akan tanya kita ''apakah kita sudah tunaikan hak2 mereka''?terima kasih ya Allah,''permata''yang kau limpahkan,amatlah rugi andai aku sia2 kan.
Berilah kami taufiq  dan inaayahMu,agar kami dapat didik mereka mengikut kehendakMu.

Ahad, 22 Mei 2011

''Bahagia di waktu Senang''

Penantian itu sudah berakhir,
Impian telah menjadi kenyataan,
Tapi perjuangan ini masih belum berakhir,
Tak akan berakhir hingga ke akhir hayat,

Kini aku berada di alam kesenangan,
Tidak lagi di alam penderitaan,
Siapa kata senang itu bahagia?
Siapa kata derita itu sengsara?

Apa guna kesenangan kalau hati tidak bahagia,
Apalah guna kesenangan kalau diri tidak bahagia,
Walau derita hidup tapi hati bahagia,
kerana hati ini rindu padaNya,

Senang akan jadi bahagia,
apabila hati ini senang rindu padaNya,
apabila diri ini tunduk kepadaNya,

Adakalanya takut di alam kesenangan,
ku takut nanti kulupa diri pula,
Lupa ingat Allah,Lupa syukuri atas nikmatNya,
Ku takut jua tidak ada lagi rindu padaNya,

Tuhanku Yang Maha Agung!!
Kaulah Tuhan Yang Maha Kuasa,
Kau yang menciptakan aku dan segalanya,

Andainya kau beriku kesenangan,
berilah kekuatan untukku hadapinya,
Agar diriku tahu bersyukur,
Agar diriku ini terus merinduiMU,
Agar aku tahu memanfaatkannya,
Kerana kesenangan juga ujian daripadaMU,

Andai aku di uji dengan kesusahan,
Berilah hambaMu ini kesabaran,
Agar ku dapat redha dengannya,
Agar ku terus mencintaiMu,
Kaulah cinta Agungku,kau lah segala-galanya.

(Nuur Muslimatus-Syaheedah 2002-Sentul ,Kuala Lumpur)

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular