Khamis, 14 Mac 2013

FURDAH/NIQAB DAN PAKAIAN BERWARNA HITAM ADALAH YANG TERBAIK


Salam semua!Hari ini saya nak berbicara mengenai furdah dan warna hitam.Di luar sana kita boleh lihat ada berbagai fesyen wanita berfurdah dan juga ada berbagai warna.Dan........... kenapa ya ada segelintir di antara mereka yang berfurdah itu tetap dengan 'warna hitam'.Setiap kali mereka keluar rumah atau berhadapan dengan lelaki ajnabi hitam saja pakaian mereka?

Berbagai persoalan yang timbul,berbagai tohmahan yang di terima oleh wanita yang berfurdah ini.Termasuklah ada sok sek di luar sana tu bahawasanya furdah itu bukan pakaian wanita Islam,ianya cuma adat orang-orang Arab.Ada juga yang mengata kononnya nak tunjuk baik dan warak.Stopppp!
cukuplah dengan tohmahan dan perbuatan sia-sia itu.Kalau tak faham-faham lagi,minta Allah bagi faham sebab ini bukan sesuka hati mereka nak pakai atau nak tunjuk warak,pakaian ini bukanlah melambangkan seseorang itu warak atau tidak.Ini adalah perintah Allah SWT.Berani lagikah kita menyangkalnya?Apakah masih berani melawan hukum Allah?

Saya nasihatkan kepada mereka yang tidak mampu untuk berhijab sepenuhnya sebagaimana yang diperintahkan Allah maka duduk diam-diam,jangan banyak mengomel,jangan kata ini Allah tak suruh dan melatah sebab takut-takut nanti Allah hantar bala pula,Nauzubillah.Jadi kalau kita tak mampu amal sebagaimana mereka-mereka yang berhijab ini amalkan,''shut Up!(^_^) ok...
 


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  

Berbicara betapa gigihnya wanita-wanita Islam yang terawal dalam mematuhi hukum hijab dan sekelian titah perintah Allah Ta'ala.


Al-Imaam Al-Bukhariyyy ada meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi,Maksudnya;-


Dan berkata Ahmad Ibnu Shahib, Bapaku meriwayatkan dari Yunus,dari Ibnu Shihab dari Urwah dari A’isyah R.Anha bahawa kata A’isyah,

Semoga Allah memberi rahmat kepada wanita-wanita Muhajirin yang awal apabila Allah menurunkan ayat (surah An-Nuur ayat 31),mereka pun terus memotong kain-kain bulu mereka lalu berkelumbung menutup muka dengannya!”



Surah An-Nuur ayat 31


وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


Di dalam syarah terhadap hadis ini,al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalaniyy as-Syafi’iyy (773-852H/1371-1448M)berkata;


''Perkataan ‘fakhtamarna’’ (al Hadis) itu bermaksud mereka menutup muka mereka. Sifatnya ialah dengan meletakkan kain kelumbung atas kepalanya dan menghulurkannya dari sebelah kanan ke atas bahu kiri,iaitu menutup muka dengan kain tudung. Al-Farra’ berkata,

”Pada zaman jahiliyyah dahulu,seseorang perempuan menghulurkan kain dengan kelumbungnya dari belakang dan mendedahkan apa yang ada dihadapannya(muka,leher dan dada)lalu mereka diperintahkan Allah SWT supaya menutup itu semua. Kain kelumbung bagi perempuan adalah seolah-olah seperti kain serban bagi lelaki.


Di dalam riwayat Ibnu Abi Hatim dan Abu Dawud daripada Safiyyah bintu Syaiybah, Sayyidah A’isyah R.Anha menyebut-nyebut kelebihan wanita Quraiysh dan Anshar dalam kesungguhan mentasdiq dan beriman dengan Kitab Allah apabila turun ayat dalam surah AnNur ayat 31.


Maka pulanglah suami-suami mereka apabila membacakan ayat-ayat ini kepada mereka. Si lelaki membacakan ayat-ayat ini kepada isterinya, anak perempuannya, saudara perempuannya dan setiap kaum kerabatnya. Tidak ada seorang perempuan pun melainkan terus berdiri mengambil kain bulunya lantas terus berkelumbung dengannya dalam keadaan mentasdiq dan beriman dengan perintah yang diturunkan Allah dari KitabNya.


Sayyidah A’isyah menggambarkan betapa pada pagi esoknya mereka keluar solah subuh di belakang Rasulullah SAW dengan memakai kain tudung hitam .Seolah-olah ada burung gagak bertenggek atas kepala mereka.


Demikianlah bersemangat dan gigihnya para Sahabiyyah R.Anhunn dalam bersegera menjunjung perintah Allah sebaik sahaja turun firmanNya. Demikianlah antara lainnya gambaran taraf iman dan tasdiq mereka.


Keterangan; Allamah Ibnu Hajar al-Asqalaniyy RA , ini menjadi satu lagi bukti bahawa menutup wajah bagi wanita-wanita Islam itu bukan semata-mata ‘adat’,bukan tiruan dari budaya asing dan bukan pula perbuatan ‘ekstrim’ tetapi memang ada nass nya di dalam Syara’.

Di petik daripada Kitab al-Hijab.(Wan Muhammad Bin Wan Muhammad Ali)

1 ulasan:

  1. As-salam. Perkongsian yang menarik untuk semua.

    BalasPadam

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular