Sebagai isteri,kita adalah bidadari suami kita di dunia ini,jadi jangan ambil remeh tentang ini,senantiasalah kita menghiburkan suami kita yang sangat memerlukan belaian dan kasih dari kita.Sentiasalah berada di rumah/mahligai kita kerana kebahagiaan sebenar wanita/isteri adalah di mahligai suaminya.Pahala khidmat kita sebagai isteri dan juga ibu lebih besar ganjarannya dan lebih bernilai di sisi Allah SWT kerana kita yakni wanita sangat dekat dengan Allah apabila kita berada di bahagian terdalam rumah kita.
Ingatlah wahai saudariku,seharian kita meninggalkan rumah dan anak-anak kita bermakna kita telah mengurangkan kadar pahala untuk kebahagiaan di Akhirat kelak,bahkan menjauhkan diri kita daripada rahmat Allah SWT.
Ingatlah wahai saudariku,cita-cita sebenar kita sebagai wanita/isteri adalah untuk menjadi ''Ketua Bidadari'' di Syurga Allah kelak.Kalau kita korbankan sifat-sifat bidadari yang Allah anugerahkan pada kita di dunia ini lagi,Apakah mungkin kita masih bisa menjadi ''Ketua Bidadari'' suami kita di Syurga Allah kelak?Ingatlah ...apabila kita keluar dari rumah-rumah kita tanpa sebarang keperluan darurat,kita sudah hapuskan ''sifat-sifat bidadari'' dalam diri kita.
Ayuh! tetaplah kalian di rumah kalian,jadilah bidadari suamimu,yakni sentiasa bersedia untuk berkhidmat,menghiburkan suamimu.Didiklah,rawatlah,jagalah anak-anakmu sendiri,kerana yang punya tangan emas itu bukanlah orang lain,tapi diri kamu sendiri.Ianya tak boleh ditukar ganti.Anak-anak dan suami kalian sangat memerlukan kelembutan kasihmu.
Arghhhh! Seandainya kalian tahu!!!
(Nuur Muslimatusy Syahidah Oktober 2011)