Khamis, 27 Jun 2013

KISAH MANGKUK CANTIK, MADU DAN SEHELAI RAMBUT.



   Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali, isterinya, Sayidatina Fatimah r.anha., puteri Rasulullah SAW menghidangkan mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik.
Semasa menghidangkannya, terdapat sehelai rambut di dalam salah sebuah mangkuk itu. Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya agar membuat suatu perbandingan terhadap ketiga-tiga benda tersebut – mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.

Abu Bakar r.a. berkata:
“Iman itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis daripada madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut.”

Osman r.a. berkata:
“Ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Ali r.a. berkata:
“Tamu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis daripada madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Fatimah r.a. berkata:
“Seorang wanita itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik. Wanita yang berpurdah itu lebih manis daripada madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit daripada meniti sebuah rambut.”

Rasulullah SAW bersabda:
 “Seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis daripada madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Malaikat Jibril a.s. berkata:
“Menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta dan waktu untuk urusan agama lebih manis daripada madu dan mempertahankan urusan agama sampai akhir hayat lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Allah SWT berfirman:
“Syurga-Ku itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik itu, nikmat Syurga-Ku itu lebih manis daripada madu, dan jalan menuju Syurga-Ku adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Subhanallah! sungguh indah perumpamaan ini, tersurat dan tersirat, bukan semua orang boleh faham.

Wallahua'lam.

Selasa, 28 Mei 2013

AWET CINTA



Bagaimana caranya ye kita nak 'Awet Cinta' ?
Ada orang kata, lagi lama usia perkahwinan lagi berkurangnya rasa cinta dan sayang antara suami isteri. Sampai satu tahap ada dikalangan kita ini takut hendak mendirikan 'Mahligai Cinta'.

Apakah ini yang sedang kita fikirkan? HUrmmmm...Tanpa kita sengaja kita sudah bersangka buruk pada pasangan kita, juga pada Allah SWT sendiri. Kalau itu yang kita sangkakan, maka itulah yang akan terjadi. Bukankah Allah SWT sudah utuskan seorang Rasul (SAW) sebagai contoh teladan yang terbaik untuk kita mengharungi kehidupan kita sebagai suami isteri.

Kita semua pasti mahu rumahtangga kita menjadi 'syurga sebelum syurga'. Sebenarnya semakin lama usia perkahwinan kita semakin bertambahlah hari demi hari rasa cinta dan sayang kita terhadap pasangan kita. Suami dan isteri semakin pandai menghargai antara satu sama lain.

''Awet Cinta'' ada dalam amalan sunnah Nabi SAW. Sama-sama kita hidupkan amalan sunnah dalam ikatan cinta kita terhadap pasangan kita. Jadi, apabila berlaku pergolakan di antara suami dan isteri, kita cek balik, adakah amalan sunnah dalam hubungan cinta kita itu?

Subhaaanallah...............Memang benar dalam sunnah ada kejayaan! Dalam sunnah itu ada mahabbah dan mawaddah.

Janji Allah itu benar! Haqqul Yaqeen.

Wallahu'alam.

NuurMuslimatusySyaheedah (21/5/2013)

Selasa, 21 Mei 2013

SALAH SIAPA? DIAKAH YANG SALAH ?

Kita sebagai isteri selalu nampak kesalahan dan juga kelemahan suami. Lalu kita selalu menyalahkan suami. Menunjukkan ketidakpuasan hati kita. Kita mahu suami kita berubah menjadi seperti yang kita impikan tapi kita selalu terlupa sesuatu. Kita terlupa untuk koreksi diri kita sendiri, sebab kita selalu fikir kita sudah buat yang terbaik. Tapi kita lupa untuk muhasabah diri kita sendiri. Bagaimana hubungan kita dengan Allah ?

Sebelum kita cuba betulkan suami, kita mesti betulkan diri kita dulu. Paling penting baiki hubungan kita dengan Allah kerna inilah masaalah yang utama sebenarnya.
Sebenarnya setiap kekurangan atau kelemahan yang 'ada' pada suami kita itu adalah cerminan pada diri kita.

Jadi apabila kita nampak suami kita salah,
kita jangan mudah salahkan suami,
cek balik diri dan amalan kita.
mesti kita ada salah juga, mesti kita ada kekurangan juga dalam kita melayan suami kita dan sebagainya,
Jadi perbaiki diri banyakkan taubat, InsyaAllah...Allah akan tunjuk jalannya.

Sebab kadang-kadang masaalah yang timbul itu sebagai 'teguran' dari Allah,
Agar kita kembali menjaga hubungan kita dengan Allah,
Sebab hamba Allah yang selalu jaga hubungan dengan Allah,
hubungan hati dan juga lahiriah seperti ibadah dan sebagainya,
Allah akan anugerahkan 'kebahagiaan syurga sebelum syurga' itu di dunia ini lagi,
Apabila kita dekat dengan Allah setiap ujian, kesusahan hidup dan sebagainya yang Allah hantar pada kita,
Kita tidak rasa sukar sebab kita yaqin dengan Allah dengan sebenar-benar yaqin. Allah akan membela kita.

Dalam soal permasalahan dalam rumahtngga. Kita tidak boleh selesai dengan cara menuding jari siapa salah, sebab memang dua-dua yang salah. Jadi jalan penyelesaiannya muhasabah diri, kembali kepada Allah.

Bahagia di alam perkahwinan itu adalah milik Allah, kalau kita jauh atau membelakangkan Allah dalam hubungan kita suami isteri juga dalam kehiudpan kita seharian. Apakah kita akan bahagia?

Semuanya bergantung kepada tahap keyaqinan kita terhadap Allah SWT.

Wallahu'alam.

NuurMuslimatusySyaheedah... 22
/5/2013

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular