Isnin, 15 Oktober 2012

DUNIA MENIPU ATAU KITA YANG TERTIPU?



"Saat ini aku bertanya,kenapa kita suka sangat pada ‘’dia’’?Padahal Allah tak bagi jaminan pun yang kita akan memilikinya selama-lamanya tapi Allah beri jaminan bahawa nun di sana ada tempat rehat nan indah,tapi  kita masih fikir dia dan dia.Di manakah ruang untuk kita fikir tentang agama Allah atau tentang hakikat kalimah Laa ilaa ha illallah Muhammadurrasulullah?Iaitu ketaatan pada Allah dan memiliki keperibadian Rasulullah saw."

"‎Allah hantar kita pada dia untuk beribadah pada Allah..tapi kita selalu salah guna,kadang-kadang kita asyik mengejar  dia  sehingga terlupa maksud sebenar kita di hantar pada dia.."

‘’Adakalanya kita  percaya pada dia tapi dia hanya menipu,indahnya sementara.Kadang-kadang  dia menjanjikan sesuatu yang indah lalu kita tunggu tapi sebenarnya dia menipu,tipu dan tipu lagi.Kenapa kita  masih percaya padanya?sedangkan kita selalu sahaja menjadi mangsa.

"Dia  menipu kerana wujudnya manusia-manusia  yang  tidak beriman pada Allah dan dia selalu menjanjikan yang indah-indah  tapi ternyata dia menipu.Kerana Allah sahaja yang Kuasa melaksanakan keindahan sebenarnya..."

Ohh Dunia,aku kah yang tertipu atau engkau yang menipu?
Pimpinlah aku ke jalanMu ya Allah agar aku tak terpedaya lagi dengan kehidupan dunia.
Teguhkan imaanku ya Allah,aku tak mahu tertipu dengan dia lagiiii..."(-__-)

(NuurMuslimatusySyahidah Disember 2010)

PENGHUNI ALAM SIBUK BERZIKIR.



Perhatikan Alam ini,
Rasailah bahawa alam sedang berzikir pada Penciptanya(Allah),tapi kita ini??,kita ini sering lupa dan lalai dalam mengingati Allah.."
Andai Allah buka 'hijab' kita dengan alam lain seperti alam haiwan,malunya kita sebab haiwan-haiwan itu sentiasa bertasbih pada Allah,
Di alam  tumbuhan,cuba lihat dengan mata hati dan cuba rasai,mereka juga sibuk berzikir.
Di alam Malaikat juga ,mereka sentiasa sujud dan rukuk pada Allah,tapi kita sedikit sangat ingat dan taat akan Allah :'( .
Di alam ghaib yang lain,subhaanallah,mereka semua sedang sibuk menyebut kalimah Allah dengan  tak pernah henti-hentinya.
Ya Allah kami ini makhluk yang kau ciptakan yang paling Engkau muliakan berbanding makhlukMu yang lain tapi kami ini selalu lalai dalam mengingatiMu.Ampunkan kami  ya Allah.
Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa mengingatiMu
Ya Ghafuur Ya Rahiim,ampunilah kami.
Aku rasa akulah manusia yang paling banyak lalai,astaghfirullah.

 (NuurMuslimatusySyahidah  15/10/2012)

KENAPA NAMA AHLIYYAH HISHAM/BIDADARIMU HISHAM?



Kenapa yer saya letak nama Ahliyyah Hisham?


Padahal tu bukan nama saya, errr.... buat masa sekarang ni, saya tukar kejap, letak nama 'Bidadarimu Hisham', heehehe, maknanya sama jugak, dua-dua makna 'isteri Hisham' dan ada beberapa sahabat saya juga meletakkan nama 'ahliyah/ahlia' untuk Fb mereka?

Dah namanya 'isteri hisham' maknanya 'hak milik Hishamlah' tak boleh diganggu dah, jangan di usik lagi, berdosa. Suami saya ni sangat cemburu orangnya, kalau nama saya di sebut dibibir lelaki lain pun dia dah 'jeles' apa lagi kalau 'saya' di lihat oleh mereka. Kalau ada lelaki yang 'pandang' saya walhal saya berhijab pun dia dah tak tentu arah, heheheh.

Alhamdulillah,jangan anggap itu sebagai kongkongan. Saya faham dan syukur itulah 'penjagaan' yang sebenar dari seorang suami. Suami nak tinggikan martabat kita sebagai wanita dan isteri.(^_~)

Kawan-kawan sekolah dulu pun ramai tak kenal saya ini adalah 'saya' kecuali saya perkenalkan diri.

AHLIYYAH maknanya ' isteri ' ,yang biasa kita dengar 'zaujatun' kan...........ingat tak cerita Ali Baba dan 40 penyamun??...dia panggil isteri dia ''ahluyahh'' dan dia punya hamba ''marjina''..Dalam bahasa Arab Ahluyah/ahliyah tu makna isteri, marjina pula maknanya 'orang gaji/hamba perempuan, bijak betul arwah Tan Sri P Ramli buat filem kan.hehehh.

Nak kata nama pun 'ibarat aurat' kena jaga, tak boleh nak di siar-siarkan sangat pada orang, apalagi wajah dan 'body kita yang comel ni, (wanita semuanya cantik, sebab itu Allah suruh kita jga dan hijab betul-betul..)


Orang lelaki dia punya akal, kita wanita tak boleh nak bayang, dengar nama perempuan pun mula laa entah ke mana dia melalut, apa lagi kalau di lihat wajah si perempuan tadi.. (@-@)


Memang kita ni sebagai 'wanita' mudah terkena fitnah. Semoga kita dapat jaga diri kita sebaik-baiknya.Wallhu'alam.




Jumpa lagi yer..




NuurMuslimatusySyahidah. 14/10/2012

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular