Khamis, 20 Oktober 2011

DILIMPAHI HUJAN CINTA!


  CINTA itu kan sangat indah untuk dinikmati.Seringkali aku terbaca,terdengar...''cinta itu menyakitkan''..,Sehingga kini aku tak percaya bahawa cinta itu menyakitkan.Kenapa kita asyik menyalahkan CINTA,padahal CINTA sangat membahagiakan hati nurani.Yang menyakitkan itu adalah diri kita sendiri,kerana tidak pandai menghargai CINTA.Jadi jangan salahkan CINTA,tanamkan dalam hati bahawa CINTA itu sangat indah dan membahagiakan,barulah kita dapat menikmati indahnya CINTA,kerna seringkali yang terjadi dalam kehidupan kita mengikut apa yang kita sangkakan.Oh ye,kita tidak akan dapat menikmati keindahan CINTA seandainya  CINTA kita itu tidak ada redha daripada Allah SWT.Jadi jangan fikir bercinta sebelum nikah itu akan membahagiakan,bahkan ia mengundang kecelakaan kerana Allah sangat marah!
  Sejujurnya,aku tidak pandai membicarakan tentang CINTA.Huhh!..saja je aku mengada nak buat ayat-ayat cinta..hehehhe..sebenarnya aku mahu dedikasikan ayat-ayat CINTA ini untuk seseorang yang sangat aku cintai,kala itu aku sangat rindukan dia,untuk mengubat rindu yang sedang mekar di hati ini,maka tercoretlah ayat-ayat ini.Moga ia jadi penyejuk hati yang sedang membacanya.


Sayang,
Ku tahu kau mahu ada di hatiku,
Sememangnya ia sudah wujud di hati sebelum Allah temukan kita,
Pandanglah aku dengan penuh cinta,
Semestinya aku memandangmu dengan penuh cinta jua,
Pastinya Allah terus melimpahkan hujan RahmatNya buat kita,
kerna kita saling berkasih sayang,
dan cinta ini bisa mengecewakan syaitan yang tidak pernah senang dengan cinta kita,
Sayang,
Ku tahu kau mahu ada di hatiku,
Telahku bingkaikan namamu yang terukir indah di hatiku,
Agar namamu tetap menjadi tatapan hatiku buat selamanya,
Namamu terbingkai dengan bunga-bunga rindu,
yang sentiasa mekar mewangi,
Sayang!
Akulah bidadarimu yang dilimpahi hujan cintamu,
lalu membasahiku dengan kerinduan yang tak bertepi.

(NuurMuslimatusySyahidah 2011)

Ahad, 11 September 2011

DEMAM DENGGI MENCUIT AKU

 

   Assalamualaikum, Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerna masih mengizinkan aku untuk menikmati hari ini. Keadaan di sekitar Petaling Jaya agak berjerebu, sudah beberapa hari keaadan di luar agak kelam tanpa cahaya Sang mentari dan aku sangat rindu kan Matahari. Alhamdulillah tidak di duga di saat jari jemari ku ini mengetik keyboard ini , Sang Mentari memancarkan cahayanya, di selangi Sang Bayu yang menghembus ke wajahku lembut, terasa di belai. Terus terang aku katakan, aku amat tertekan dengan keadaan berjerebu.

   Semingggu sudah berlalu, keadaanku masih lemah dan masih ada pening-pening kepala. Demam yang menyerang aku minggu lepas agak luar biasa, sakitnya pun luar biasa, rupa-rupanya aku berkemungkinan di serang demam denggi. Sewaktu melihat ada titik-titik darah dalam lapisan kulit, aku benar-benar panik. Masa tu macam-macam aku fikir, tak perlulah aku cerita ''apa yang aku fikir'', nak lelap mata pun aku takut masa tu.

   Suami, keluarga dan sahabat-sahabat banyak memberi kata semangat padaku. Terima kasih aku ucapkan atas kata- kata semangat dan juga doa kalian, walaupun kalian tidak ada di sisiku. Tidak tahu harus bagaimana untuk aku katakan, erima kasih yang tidak terhingga buat suamiku yang banyak 'menjaga' aku sepanjang keadaanku yang mengalami demam teruk, yang bersusah payah mencari penawar untuk aku, yang terpaksa jadi ibu, ayah sepanjang aku sakit. Terima kasih sayangku. Juga buat anak-anak ummi yang selalu beri khidmat untuk ummi. Terima kasih permata-permata ummi.

   Pengalaman sakit ini cukup menggerunkan aku, semoga ianya menjadi penghapus dosa-dosaku. Di kala ini pun kesihatanku masih belum stabil. Kalau ada gatal-gatal di badan aku tak boleh garu-garu sangat, sebab mudah sangat kulit ni jadi pecah-pecah darah bawah lapisan kulit.

   Di sini aku ingin kongsikan penawar-penawar Demam Denggi yang mungkin boleh jadi panduan buat sahabat-sahabat di luar sana. Setelah aku di suspek denggi, suami lah yang terkejar-kejar ke sana ke mari mencari penawar dan berusaha bertanyakan sahabat-sahabat yang sudah ada pengalaman. Sepanjang demam teruk pada hari pertama, kedua, ketiga dan tak keempat, aku tidak menyangka yang demam kali ini ada tanda-tanda Demam Denggi.

   Sepanjang demam aku cuma ambil Madu Lebah dan Habbatus Sauda sebagai penawar rasmi.Setelah menyedari akan tanda-tanda Denggi baru lah aku mula minum air 100plus, sup ketam, pucuk betik, air kelapa, buah kiwi, buah naga dan banyakkan minum air putih/kosong.

Alhamdulillah alaa kulli haal.



Hurmmmm keadaan di luar kembali kelam dan diselangi Sang hujan merintikkan airnya.Cahaya Sang Mentari sudah hilang,oh Tuhan aku rindukan Sang Mentari.

(NuurMuslimatusySyahidah OKT 2011)

MADU LEBAH TUALANG ASLI

KAMI SEDIA MENJUAL MADU LEBAH TUALANG ASLI.ALHAMDULILLAH STOK MADU UNTUK TAHUN INI MASIH ADA.KAMI TIDAK MEMILIKI BANYAK STOK.SEKIRANYA ANDA BERMINAT UNTUK MEMILIKINYA SILA HUBUNGI KAMI DI NO INI ;      0139718142

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular