Selasa, 24 Mei 2011

KELEBIHAN HAMIL DAN IBU.


ketika hamil dan melahirkan.
  • Dua rakaat Solat wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil
  • Wanita yang hamil akan mendapat pahala seperti berpuasa di siang hari dan beribadah di malam hari
  • Apabila wanita melahirkan anak.Allah swt sediakan pahala 70 tahun solah dan puasa
  • Setiap kesakitan melahirkan anak itu Allah swt beri pahala haji mabrur
  • Apabila wanita meninggal dunia ketika melahirkan anak,ia dikira mati syahid
  • Allah swt memerintah 500 malaikatnya untuk menjaga wanita yang hamil
Hamil sesuatu yang indah walaupun ia cukup menguji kesabaran kita..lihatlah betapa Allah sayangkan kita,mencurah2 permata yang dilimpahkan untuk kita.Alhamdulillah,terima Kasih Allah kerana sentiasa melimpahkan rahmat,mengenalkan aku kepadaMu.

ketika menyusu,mengasuh dan menjaga.
  • Wanita yang memberi susu badannya kepada anaknya akan memperoleh 1 pahala daripada setiap titik susu yang diminum anaknya.
  • Wanita yang beri susu badannya kepada anaknya yang menangis di waktu malam dengan sabar,Allah swt beri pahala 1 tahun solat dan puasa.
  • wanita yang menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2tahun setengah,maka Malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita gembira kepadanya bahawa syurga wajib baginya.
  • wanita yang menhabiskan waktu malamnya dengan tidiur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit.Allah beri pahala seperti membebaskan 20 hamba.
  • Wanita yang tidak cukup tidur kerna menjaga anaknya yang sakit,Allah akan ampunkan segala dosanya .
  • wanita yang hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadah. 
InsyaAllah..cubalah untuk tunaikan hak anak2 kita,mereka lebih memerlukan kita dari orang gaji atau pengasuh2,atau sesiapa sahaja..anak2 lebih memerlukan ibu dan ayahnya..terutama anak2 yang masih bayi...sudah menjadi tanggungjawab kita tunaikan hak mereka.Akhirat nanti Allah akan tanya kita ''apakah kita sudah tunaikan hak2 mereka''?terima kasih ya Allah,''permata''yang kau limpahkan,amatlah rugi andai aku sia2 kan.
Berilah kami taufiq  dan inaayahMu,agar kami dapat didik mereka mengikut kehendakMu.

Ahad, 22 Mei 2011

''Bahagia di waktu Senang''

Penantian itu sudah berakhir,
Impian telah menjadi kenyataan,
Tapi perjuangan ini masih belum berakhir,
Tak akan berakhir hingga ke akhir hayat,

Kini aku berada di alam kesenangan,
Tidak lagi di alam penderitaan,
Siapa kata senang itu bahagia?
Siapa kata derita itu sengsara?

Apa guna kesenangan kalau hati tidak bahagia,
Apalah guna kesenangan kalau diri tidak bahagia,
Walau derita hidup tapi hati bahagia,
kerana hati ini rindu padaNya,

Senang akan jadi bahagia,
apabila hati ini senang rindu padaNya,
apabila diri ini tunduk kepadaNya,

Adakalanya takut di alam kesenangan,
ku takut nanti kulupa diri pula,
Lupa ingat Allah,Lupa syukuri atas nikmatNya,
Ku takut jua tidak ada lagi rindu padaNya,

Tuhanku Yang Maha Agung!!
Kaulah Tuhan Yang Maha Kuasa,
Kau yang menciptakan aku dan segalanya,

Andainya kau beriku kesenangan,
berilah kekuatan untukku hadapinya,
Agar diriku tahu bersyukur,
Agar diriku ini terus merinduiMU,
Agar aku tahu memanfaatkannya,
Kerana kesenangan juga ujian daripadaMU,

Andai aku di uji dengan kesusahan,
Berilah hambaMu ini kesabaran,
Agar ku dapat redha dengannya,
Agar ku terus mencintaiMu,
Kaulah cinta Agungku,kau lah segala-galanya.

(Nuur Muslimatus-Syaheedah 2002-Sentul ,Kuala Lumpur)

KEUTAMAAN JANGGUT

  Janggut begitu istimewa bagi saya,ia adalah gambaran ciri2 lelaki islam sebenar,walaupun di luar sana ramai wanita2 dan juga lelaki sendiri yang tidak suka memelihara janggut tapi saya teramatlah suka lelaki2 yang memelihara janggut mereka,tergambar bagaimana peribadi Rasulullah s.a.w itu,dan dalam mencari bakal suami pun saya akan memilih seorang yang berjanggut dgn niat mengamalkan sunnah nabi,seperti hubby saya sekarang,saya tidak akan benarkan hubby memotong janggutnya,sebab saya suka ''peribadi Rasulullah ada pada dia''..ia cukup mendamaikan hati...jom kita baca keutamaan memelihara janggut....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~#

  Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam sangat membenci orang yang mencukur janggutnya, sehingga pada suatu ketika dua orang utusan Raja Kisra datang menghadap Rasullullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, sedangkan janggut mereka dicukur bersih dan kumis mereka panjang-panjang.Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam tak memandang keduanya dan bersabda, "Celakalah kalian berdua, siapakah yang menyuruh kalian berbuat seperti ini?" Mereka menjawab "Tuhan kami Raja Kisra memerintahkan Kami" Kemudian Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Tetapi Tuhanku memerintahkanku agar menumbuhkan janggut dan menggunting kumisku."(Bidayah wan-Nihayah jilid IV/269, Hayatus Shahabah jilid I/45)

"Memotong janggut ketika panjangnya kurang dari satu kepal menyerupai orang barat dan banci. Oleh kerana itu, tidak dibenarkan bagi siapapun untuk berbuat demikian, kerana mencukur bersih janggut adalah amalan Hindu dan Majusi dari Persia."(Shami Tabigh hal. 418)

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."(HR. Bukhari)

Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Sepuluh perkara adalah fitrah, diantaranya mencukur kumis dan menumbuhkan janggut"(hadits shahih riwayat Muslim, jilid I hal. 129)

Di dalam kitab Hukmul Lihya Fil Islam yang dikutip dari Ibnu Hibban , terdapat hadits yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. yang menyebutkan: "Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda bahawa diantara fitrah Islam adalah mencukur kumis dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan kumis mereka dan mencukur janggutnya. Maka berbezalah kalian dari mereka dengan cara mencukur kumismu dan memanjangkan janggutmu."

Dari Zaid bin Arqam r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Barangsiapa tidak memotong kumisnya, maka dia bukanlah dari golongan kami."(HR. Ahmad, Tirmidzi, Nasa' - Misykat)

Imam Bukhari rah.a. menegaskan, apabila Ibnu Umar r.a. melakukan haji dan umrah, dia selalu memegang janggutnya dengan tangannya yang tergenggam, kemudian memotong janggut yang melebihinya.

Dalam kitab Abu Dawud diberitakan:Dari Jabir r.a. berkata, "Kami pernah membiarkan janggut-janggut kami memanjang dan melebar, kecuali ketika musim haji atau umrah."

Dari Ibnu Umar r.a. Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Guntinglah kumismu dan panjangkanlah janggutmu." Dalam riwayat lain, sesungguhnya Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam memerintahkan kami menggunting kumis dan memanjangkan janggut.

Dari Ibnu Umar r.a. berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Tentanglah orang-orang musyrik dengan memanjangkan janggutmu dan menggunting kumismu."(muttafaq alaih - Misykat hal. 380)

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Guntinglah kumismu dan tumbuhkanlah janggutmu, kerana dengan demikian kamu menentang kaum majusi (penyembah api)."(Shahih Muslim hal. 129)

  Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam sangat membenci orang yang mencukur janggutnya, sehingga pada suatu ketika dua orang utusan Raja Kisra datang menghadap Rasullullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, sedangkan janggut mereka dicukur bersih dan kumis mereka panjang-panjang.

  Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam tak memandang keduanya dan bersabda, "Celakalah kalian berdua, siapakah yang menyuruh kalian berbuat seperti ini?" Mereka menjawab "Tuhan kami Raja Kisra memerintahkan Kami" Kemudian Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Tetapi Tuhanku memerintahkanku agar menumbuhkan janggut dan menggunting kumisku."(Bidayah wan-Nihayah jilid IV/269, Hayatus Shahabah jilid I/45) 

  "Memotong janggut ketika panjangnya kurang dari satu kepal menyerupai orang barat dan banci. Oleh kerana itu, tidak dibenarkan bagi siapapun untuk berbuat demikian, kerana mencukur bersih janggut adalah amalan Hindu dan Majusi dari Persia."(Shami Tabigh hal. 418)

   Dari Ibnu Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."(HR. Bukhari)
   Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Sepuluh perkara adalah fitrah, diantaranya mencukur kumis dan menumbuhkan janggut"(hadits shahih riwayat Muslim, jilid I hal. 129)

   Di dalam kitab Hukmul Lihya Fil Islam yang dikutip dari Ibnu Hibban , terdapat hadits yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. yang menyebutkan: "Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda bahawa diantara fitrah Islam adalah mencukur kumis dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan kumis mereka dan mencukur janggutnya. Maka berbezalah kalian dari mereka dengan cara mencukur kumismu dan memanjangkan janggutmu.

   Dari Zaid bin Arqam r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Barangsiapa tidak memotong kumisnya, maka dia bukanlah dari golongan kami."(HR. Ahmad, Tirmidzi, Nasa' - Misykat)  

Imam Bukhari rah.a. menegaskan, apabila Ibnu Umar r.a. melakukan haji dan umrah, dia selalu memegang janggutnya dengan tangannya yang tergenggam, kemudian memotong janggut yang melebihinya.

  Dalam kitab Abu Dawud diberitakan:Dari Jabir r.a. berkata, "Kami pernah membiarkan janggut-janggut kami memanjang dan melebar, kecuali ketika musim haji atau umrah."

  Dari Ibnu Umar r.a. Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Guntinglah kumismu dan panjangkanlah janggutmu." Dalam riwayat lain, sesungguhnya Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam memerintahkan kami menggunting kumis dan memanjangkan janggut.

  Dari Ibnu Umar r.a. berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Tentanglah orang-orang musyrik dengan memanjangkan janggutmu dan menggunting kumismu."(muttafaq alaih - Misykat hal. 380)

   Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Guntinglah kumismu dan tumbuhkanlah janggutmu, kerana dengan demikian kamu menentang kaum majusi (penyembah api)."<>(Shahih Muslim hal. 129)

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular