Khamis, 27 Jun 2013

UJIAN DIKALA SENANG.

Ujian di kala ''susah'' tak sesukar ujian di kala ''senang''.

Waktu kita 'susah' kita banyak ingat Allah, waktu kita 'senang' kita banyak lalai dalam mengingati Allah.



Kalau kita sekarang diuji dengan 'kesusahan' bersyukurlah, kerana dalam pada itu

kita selalu mengadu kepada Allah, kita lebih dekat dengan Allah sebab kita rasa susahnya nak hadapi hidup ini.

Nanti suatu masa Allah uji kita dengan 'kesenangan' belum tentu kita dapat hadapinya, belum tentu 'hati' kita sekuat sepertimana saat kita diuji dengan kesusahan sebab Allah akan uji pula kita dengan penyakit 'lalai'. Apabila kita dah senang kita terlalu asyik dengan hidup senang, kita kurang masa mengadu dengan Tuhan, kurang masa meminta-minta dengan Dia.

Jadi jangan pula kita fikir orang yang hidup 'senang' tidak teruji sebab selagi kita hidup di dunia ujian Allah tidak akan pernah berhenti. Tidak lain tidak bukan Allah SWT mahu melihat sejauh mana Imaan kita kepadaNya.

Sebenarnya susah atau senang, semua itu tidak boleh membahagiakan kecuali dengan ada imaan dan taqwa yang benar kepada Cinta ter Agung kita yakni Allah SWT.

Moga kita semua terus mujahadah lagi dan lagi hingga ke syurga Allah. Terus usaha lagi dan lagi atas imaan kita yang kadang-kadang 'on' adakalanya 'off'. Jangan sampai imaan kita 'in' dan 'out'.
Nauzubillah.

Allah Cinta Agung kita!

wallahu'alam.

NuurMuslimatusySyaheedah 26/6/2013.

KISAH MANGKUK CANTIK, MADU DAN SEHELAI RAMBUT.



   Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali, isterinya, Sayidatina Fatimah r.anha., puteri Rasulullah SAW menghidangkan mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik.
Semasa menghidangkannya, terdapat sehelai rambut di dalam salah sebuah mangkuk itu. Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya agar membuat suatu perbandingan terhadap ketiga-tiga benda tersebut – mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.

Abu Bakar r.a. berkata:
“Iman itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis daripada madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut.”

Osman r.a. berkata:
“Ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Ali r.a. berkata:
“Tamu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis daripada madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Fatimah r.a. berkata:
“Seorang wanita itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik. Wanita yang berpurdah itu lebih manis daripada madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit daripada meniti sebuah rambut.”

Rasulullah SAW bersabda:
 “Seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis daripada madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Malaikat Jibril a.s. berkata:
“Menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta dan waktu untuk urusan agama lebih manis daripada madu dan mempertahankan urusan agama sampai akhir hayat lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Allah SWT berfirman:
“Syurga-Ku itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik itu, nikmat Syurga-Ku itu lebih manis daripada madu, dan jalan menuju Syurga-Ku adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Subhanallah! sungguh indah perumpamaan ini, tersurat dan tersirat, bukan semua orang boleh faham.

Wallahua'lam.

Selasa, 28 Mei 2013

AWET CINTA



Bagaimana caranya ye kita nak 'Awet Cinta' ?
Ada orang kata, lagi lama usia perkahwinan lagi berkurangnya rasa cinta dan sayang antara suami isteri. Sampai satu tahap ada dikalangan kita ini takut hendak mendirikan 'Mahligai Cinta'.

Apakah ini yang sedang kita fikirkan? HUrmmmm...Tanpa kita sengaja kita sudah bersangka buruk pada pasangan kita, juga pada Allah SWT sendiri. Kalau itu yang kita sangkakan, maka itulah yang akan terjadi. Bukankah Allah SWT sudah utuskan seorang Rasul (SAW) sebagai contoh teladan yang terbaik untuk kita mengharungi kehidupan kita sebagai suami isteri.

Kita semua pasti mahu rumahtangga kita menjadi 'syurga sebelum syurga'. Sebenarnya semakin lama usia perkahwinan kita semakin bertambahlah hari demi hari rasa cinta dan sayang kita terhadap pasangan kita. Suami dan isteri semakin pandai menghargai antara satu sama lain.

''Awet Cinta'' ada dalam amalan sunnah Nabi SAW. Sama-sama kita hidupkan amalan sunnah dalam ikatan cinta kita terhadap pasangan kita. Jadi, apabila berlaku pergolakan di antara suami dan isteri, kita cek balik, adakah amalan sunnah dalam hubungan cinta kita itu?

Subhaaanallah...............Memang benar dalam sunnah ada kejayaan! Dalam sunnah itu ada mahabbah dan mawaddah.

Janji Allah itu benar! Haqqul Yaqeen.

Wallahu'alam.

NuurMuslimatusySyaheedah (21/5/2013)

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular