Jumaat, 12 Oktober 2012

BAHAGIANYA PUNYA SUAMI ‘ORANG TABLIGH’



BAHAGIANYA PUNYA SUAMI ‘ORANG TABLIGH’ (tak tau laa sape bagi nama ‘orang tabligh’ ni kan kan (^_~)


   Alhamdulillah, jadi bidadari orang tabligh sangat ‘best’ apabila kita sebagai suami isteri ‘bijak’ dalam membina ‘mahligai cinta’ ini dengan mengikut cara yang NAbi SAW tunjukkan pada kita semua.Apa sahaja urusan kita kalau kita ikut cara Nabi SAW,kejayaanlah buat kita.Bukan sahaja kejayaan di dunia bahkan di akhirat sana,insyaAllah.

   Kalau Allah bagi ujian kesempitan hidup, suami yang comel ni tak banyak merungut,dia sentiasa tenang . Bukan apa sebab dia dah biasa hidup susah di jalan mujahadah,masa keluar di jalan Allah.. Tidur pun atas tikar je. Rumah pula tak ada sofa (erkkkk sekarang ni orang tabligh rumah sofa 5 6 set,tihihihihi), saya tabik laa bagi yang boleh kekalkan sifat zuhud. Biasanya si isteri lah yang tak boleh nak zuhud,cam saya ni,huhuhuhu. :(

   Memiliki suami ‘orangTabligh’ sangat istimewa sebab solat 5 waktu,dia solat kat masjid. Tak payah nak suruh dah, sebab dengan sendirinya dia akan bergegas pergi masjid apabila nak masuk waktu. Lelaki Tabligh ni,mereka dah di tarbiyyah solat cara Nabi SAW, di awal waktu, di tempat azan dilaungkan dan secara berjemaah semasa keluar jemaah.Jadi kekadang si isteri pulak yang merengek lebih ajak suami solat di rumah,rugi laa kan kalau suami solat di rumah.

   Yang bagusnya,si bidadari tak perlu pun bersusah payah pergi ke pasar untuk beli barang dapur,. Tulis je apa nak beli dan bagi pada suami. Suami pergi belikan.Kadang-kadang nak ikut pun dia tak bagi,sebab katanya pasar basah tu kotor dan busuk,tak elok untuk bidadari comel ,heheheh (^___^)

   Lelaki Tabligh ni’ hensem’ kan kan, hehehehe (^_~). Tak semestinya rupa macam ‘justin Bieber’(betul ke saya eja nama dia?) baru kita nak kata hensem kan. Tahu tak sebab apa lelaki tabligh ni ‘hensem mensen’)Sebab,....ermm ermm ..heheh (gataiinyerrr si penulis ni) dia hensem sebab dia selalu pakai ikut cara sunnah Nabi SAW,terserlah cahaya sunnah itu pada dia,itu yang buat dia jadi hensem,ermmm kalau yang tak berapa hensem pun ,otomatik jadi hensem gilerr,kalau yang dah Allah jadi hensem tuu,bertambah-tambah lagi laa hensem,sejukk mata memandang,comel jer."

  Selalunya bab-bab 'gaji' dia,dia tak sorok,kadang-kadang di baginya semua pada bidadarinya,(ini berlaku setelah isterinya adalah 'si bijak' dalam menguruskan akaun keluarga).Kadang-kadang kalau dia tak bagi,dia akan bagi duit belanja khusus untuk isterinya tak termasuk belanja dapur.Jadi orang tabligh ni bukanlah jenis manusia yang tak reti bagi nafkah pada anak isteri.

  Satu lagi kan dan banyak lagi sebenarnya tapi saya tak larat nak taip dah,hehehh.Untung wanita yang kahwin dengan suami orang Tabligh ni sebab dia pandai masak. Yelah, waktu dia keluar jemaah dia dan kawan-kawan dia masak sendiri. Lepas tu gilir-gilir dengan ahli jemaah lain memasak.Jadi semua dah ditarbiyyah untuk rajin ke dapur.

   Kalau saya kan, saya masa mula-mula kawen dulu masa nasi pun tak reti,saya reti masak air, megi segera dan telur mata jer.Suami saya laa yang ajar semuanya,hihihihi,dah dia nak jugak kat saya yang baru ‘sweets seventeen’ masa tuu kena laa ajar saya masak sebab saya tak pernah masuk dapur,masa saya di habiskan untuk ‘study’ dan di Kedai ‘parent’ saya (terukkan saya...anak dara apa laa camni) "

 Kalau nak dapat suami 'best,sporting dan betul-betul 'jaga' kita,carilah lelaki orang tabligh,heheheh,kalau dah ada suami,gosok-gosok laa en Suami biar dia keluar mujahadah sikit.Lelaki ni kalau dia tak rasa mujahadah selagi tu laa ego dia susah nak jatuh.Betul tak>?Yang merana siapa? Kita dan anak-anak kita jugak.

 Anyway,saje jer saya cerita pasal ‘suami orang tabligh’ ni,apa yang saya tulis ni semuanya benar belaka,tak caya tanya laa isteri-isteri yang suaminya orang tabligh(suami yang betul-betul amal apa yang dia belajar masa keluar dakwah,sebab ada jugak yang ‘terpeleok’)

 Jadi,segala kata cacian yang pernah di lemparkan kepada orang tabligh adalah fitnah semata dan kalau benar pun itu masaalah individu bukan masaalah yang berpunca dari jemaah itu sendiri.Wallahu’alam.

  Buat karkunah dan karkun yang dimuliakan Allah yang terbaca ni,kalau ada salah silap,maaf banyak-banyak dan sila ‘sound’ saya yang lemah ni.

Peace! (^__^)

NuurMuslimatusySyahidah 13/10/2012

24 ulasan:

  1. SubhanAllah..ya hanana ;)

    BalasPadam
  2. hikhik.... betol betol betol!! walaupun tak ada pengalaman tapi mata ini yang menyaksikan kebahagiaan kakak-kakak ku tersayang melayari bahtera bersama abang ipar yang ketiga-tiganya juga merupakan seorang tabligh..kisah ni macam kisah kakak saya yang pertama pulak..kihkihkih sebijik sejibik..kisahnya jelaaa bukan ayat nyaa..
    untuk abi dan ummi pulak... umur da setengah abad, tapi mereka berdua sentiasaaaaa sweeeeet!! lagi2 bila abi balik keluar ,3hr ke..40hr ke..2bln atau pon 4bln..memang betol , bila abi da mula "sejukk", makin kurang sweetnya..Alhamdulillah, skrg abi tengah keluar 4bln.moga2 , abi sentiasa istiqomah dan diberi kekuatn untuk mujahadah atas jalan ni :)
    harap-harap , moga jodoh saya jugak dari dalam kalangan dai'e yang sentiasa thabat dalam kerja tabligh in..

    BalasPadam
  3. MOGA SAYA DAPAT SUAMI TABLIGH....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insallah, moga Allah temukan.. saya pun suka wanita yg suka tabligh kerana ianya ciri solehah.. saudari boleh hubungi saya email: a_zaki_abwahab@yahoo.com.my... moga Allah tunjukkan jalan...waslm

      Padam
  4. Assalamualaikum..ada tak gadis2 yg ingin bersuamikan lelaki yang suka ke jalan Tabligh..mohon diperkenalkan..semoga Allah meredhai perkenalan untuk membina mahligai amal..

    BalasPadam
  5. Semoga Allah mudahkan impian sahabat semua. Apa yang penting doa jangan putus harap. Sebab Allah tahu kehendak dan kemahuan kita. Apatah lagi kalau perkara yang kita impikan itu Allah Sangat2 suka.

    Bagi lelaki semasa kalian keluar Jemaah itulah masa yang sangat sesuai untuk doa di pertiga malam. Kalau kalian ada kesungguhan, Allah pasti anugerahkan kalian 'bidadari' yang menyejukkan mata dan hati di dunia ini lagi.

    Bagi wanita, berdoalah jangan pernah berhenti doa, pasti suatu masa Allah akan 'hantar' seorang suami yang solih untukmu.

    Wallahu'alam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...saya bakal menikahi lelaki tabligh..Inshaallah.Doakan saya ya agar Allah memudahkan penikahan ini untuk mencari Syurga Allah.Saya suka apa yang dia sedang lakukan untuk Allah dan Rasul.Alhamdulillah.

      Padam
    2. Assalamualaikum puan ummutamiem..blh sy dapatkan alamat email atau apa-apa contact puan untuk saya berkongsi sesuatu? Terima kasih. Salam ukhwah.

      Padam
  6. Salam..saya adew kenalan yg join tabligh..doakn kami dijodohkan dan sentiasa bhagia hingga ke jannah..kerana saya ingin menjadi bidadarinya suatu hari nanti...insyaAllah...

    BalasPadam
  7. Pengalaman saya bersuamikan orang tabligh. Suami saya sangat pemalas berkerja, hanya tahu buat kerja2 tabligh. Saya lah berkerja untuk menanggung anak2, hidup dia dan segala keperluan.
    Dia seorang yang lengkap berserban, bercelak, bela janggut dan sentiasa berwangi2an (Ikut peribadi Rasulullah SAW hanya pada pakaian dan d mata umum) tetapi d rumah, selalu tidur selepas solat Subuh hingga bangun pun sangat lewat, macam2 alasan diberi sekiranya minta tolong.. Ini "karkun" pemalas.. Tidak tahu mencari nafkah anak isteri,.. Hanya tahu puaskan nafsu sahaja.. tetapi lebih malang lagi, nafsu luar tabi'e pun dia buat juga..

    Tidak habis setakat itu, belum pun habis tanggungjawab mendidik keluarga dilaksanakan, dia terus war2kan nak kawin 1 lagi. "Tabligh" apakah ini..? Adakah bersumberkan Guru yang sama?

    Saya tahu ini, masalah peribadi tapi dia (suami) seorang yang full time tabligh.. Dia langsung tak ada kerja tetap.. Makan minum harap orang tanggung.. Aduhai,.. Maaf cakap, saya trauma dengan kejadian ini.. Cukuplah penderitaan yang telah berlaku dalam hidup saya,...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ade jgk org tabligh kaki pompuan..nak kawen sampai 4..tp tak mampu..tak adil..

      Padam
  8. salam.org tabligh sudi ke terima perempuan biase2 yg ada masa silam yg x manis?

    BalasPadam
  9. Menjawap ulasan 29 Ogos 2013,

    Simpati dengan nasib puan.
    Tidak dinafikan ada segelintir karkun yang berkelakuan sedemikian. Mrk mungkin golongan yang 'josh' tapi tidak melihat pada waqie..malah seblm ini saya pernah berhadapan dgn kes isteri yang ditinggalkan suami(keluar 4 bln) tanpa kecukupan sehingga saya tidak sampai hati mengeluarkan duit sendiri hampir RM 400 untuk membayar tunggakan bil letrik kerana si isteri mengeluh kesedihan ditinggalkan begitu dgn anak-anak..bagi isteri berkemampuan mungkin tidak ada masalah, tapi bagaimana bagi mrk yang dari kurang mampu..bagi saya perkahwinan juga adalah salah satu sunnah Nabi..apa guna terlalu josh..mengabaikan tgjwp hingga perkahwinan yang mulia juga akhirnya hancur..

    Saya seorang isteri, punya suami yang join tabligh dan dari sepanjang perkahwinan kami, saya tahu hidupnya mengabdikan diri pada usaha dakwah..tp saya tidak dipilih Allah SWT untuk konsisten dengan usaha ini krn komitmen pada anak-anak dan kerjaya saya.

    Saya tidak menghalang suami, suami juga tidak menghalang minat saya dgn kerja. cuma kami selalu berbincang dan ingat t/jwp dalam perkahwinan termasuk menghormati perasaan pasangan masing-masing dalam melakukan aktiviti yang disukai masing-masing.

    Bagi kes karkun yang tidak mahu berkerja dan mengharapkan isteri menyara semuanya. Saya sbg isteri, turut tidak bersetuju,jgn gunakan keindahan tabligh itu untuk memaksa para isteri rela dgn usaha ini sedangkan anda sebenarnya telah lari dari tuntutan agama dan cara Nabi..Meninggalkan isteri dan anak untuk tertib keluar dakwah..perlu disempurnakan sebaiknya..bukan meninggalkan isteri seperti anak kucing..dan mengharapkan bantuan Allah akan datang..kita manusia biasa..bukan para anbia dan Nabi..jadi usahakan sesuatu yang baik untuk kebaikan semua..bukan separuh-separuh..

    BalasPadam
  10. salam. usaha dakwah adalah usaha hak. keburukn yg ada pd seseorg itu dalah kelemahn diri sendiri. hampir 16thn berumahtga..alahmdulillah sy mendpt huby yg bnr2 memahami sy. membwa sya kepada usaha masturt. dr 0..alhamdulillah,allah beri sy kefahamn ttg agama. sebagaimn yg di bayankn olen bai wahab makhluk lgsg xada kuasa,yg berkuasa allah. pesan maulana saad usaha dakwah ni utk semua org,,hatta ank kecil sendiri. xpnh huby lupakn tgjwb..bl klua 40h @4bln,kad bank dtglkn. mgkin segelintir manusai sahaja yg jd begitu. sekiranya mereka ikt mesyuart...insyaallah. asbab berkahwin pilihan keluarga.dgn org tabligh.allah dh hantar sy ke india dan pakistan. ank2 semua faham ttg usaha agama. yg kakak dh klua 3h...doakn utk angah (13thn) klu 40hr bersama abi.amin. huby sgt2 romantik n penyayang walaupn usia mencecah 40thn. kami bl berjln.berpimpinan tangan. he2 thanks allah bcoz u give me dae.

    BalasPadam
  11. Saya seorang wanita berkerjaya. Selepas habis belajar, hidup saya kosong, hampir -hampir saya putus asa dengan hidup ini. Saya selalu berdoa supaya Allah bagi saya seorg suami yg berilmu, hensem, beriman, tidak panas baran, pengasih, penyayang dan menghormati org tua. Alhamdulillah, mula 2 was -was juga nak kawin org tabligh sebab selalu tinggal kan isteri. Selepas kawin, baru tahu, wanita pun buat dakwah juga. Kita sebagai isteri mesti lah menjadi seperti siti khadijah yg menawarkan tulangnya bukan seperti isteri nabi nuh. Suami saya pun ada juga kekurangan nya. Kita sebagai isteri yg melengkapkan kannya.

    BalasPadam
  12. Sy ingin tahu lebih lanjut tentang mathurat blh? Sy telh diperkenalkan dgn seorg lelaki ...dia juga tabligh...Alhmdulillah...tpi hati ini masih ragu2....

    BalasPadam
  13. Assallmuallaikum..sy seorang istri bersuamikan orang tabligh..banyak kesabaran penuh untuk istri yg bersuamikan orang tabligh...tapi kenapa suami2 orang tabligh ni kurang tanggung jawab pada istri dan anak..apa hukuman yang sebenar dari sisi agama...apa yg harus di lakukan istri tabligh sekiranya si suami tidak bertanggung jawab

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum,sy jga bkal djodohkan dngan orang tabligh, tapi hati sy sngat2 ragu2...sampai rse mcam nk tolak krana tkot keadaan dikemudian hari..

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum,sy jga bkal djodohkan dngan orang tabligh, tapi hati sy sngat2 ragu2...sampai rse mcam nk tolak krana tkot keadaan dikemudian hari..

    BalasPadam
  16. mamatchacha@gmail.com15 Disember 2016 pada 9:57 PG

    Banyakkan doa dan hajat...

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum. Sy seorang wanita yg tetiba minat dgn seorang lelaki tabligh. Tp dia suami org. Lagi parah sy juga masih isteri org. Tp suami sy di penjara. Apakah salah perasaan sy ini.

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah saya berkerjaya dan masih dalam perkenalan dgn seorang daie..abang tabligh nih..syukur..semoga dia seorang penyayang..pengasih bertanggungjawab ..dan pandai urus rmh tangga..semoga ada jodoh lah ya..aamiinn

    BalasPadam

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular