6
SIFAT SAHABAT
Untuk mendapat kejayaan
didunia dan diakhirat, kita
hendaklah mengikuti segala perintah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Oleh kerana perintah Allah itu amat luas dan kadang-kala susah untuk
kita ikuti maka para
Alim Ulama telah mengkaji
dari Al-Quran dan Hadith bahawa
terdapat 6 sifat yang unggul iaitu
sifat-sifat yang mulia yang
terdapat pada para sahabat
yang mana mereka
dapat mengikuti suruhan
Allah dan meninggalkan laranganNya dan dengan itu
mereka memperolehi kejayaan didunia dan diakhirat.
Kejayaan disini
bukanlah kejayaan dari susah menjadi senang atau dari
miskin menjadi kaya tetapi
kejayaan disini ialah banyak manakah
perintah Allah dan Sunnah
Rasulullah SAW yang telah kita ikuti.
Ini akan memberi kita kejayaan. Jadi,
jika kita dapat menghayati dan beramal dengan sifat yang mulia ini, insyaallah kita juga akan mendapat kejayaan
didunia dan akhirat.. 6 sifat sahabat itu ialah :
1.
Yakin dengan kalimah Taiyibah 4. Ikram Muslimin
2.
Solah yang kyushu’ dan khudhu’ 5. Keikhlasan Niat
3.
Ilmu dan Zikir 6.
Dakwah dan Tabligh
SIFAT YANG PERTAMA
Yakin dengan Kalimah Taiyibah
- LA ILLAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH - ertinya Tiada Tuhan yang
selayaknya disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya. Apabila
kita melafazkan kalimah ini dengan ikhlas dan yakin terhadap kalimah ini maka
kita telah membuat satu pengakuan terhadap Allah SWT akan mematuhi segala
perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. LA ILLAHA ILLALLAH iaitu
Kalimah Yakin. Hanya dengan keyakinan yang betul maka Allah SWT mengurniakan
kepada hambaNya syurga yang lebih besar lagi luas dari langit dan bumi ini.
A. Tujuan LA ILLAHA
ILLALLAH.
Tujuan kalimah ini ialah untuk
memasukkan kebesaran Allah SWT dalam hati kita dan mengeluarkan kebesaran
makluk dari hati kita. Untuk memasukkan kebesaran Allah kedalam diri kita maka
kita hendaklah yakin bahawa Allah berkuasa atas setiap sesuatu yang
dijadikanNya. Allah boleh melakukan sesuatu tanpa pertolongan makluk, makluk
apabila hendak lakukan sesuatu mestilah dengan keizinan Allah SWT.
Misalnya - Kisah Nabi Ibrahim AS dibakar oleh Namrud; Nabi Musa AS
dengan Firaun. Dengan kisah-kisah ini kita dapat lihat walaupun Nabi-nabi
mempunyai berbagai keistimewaan tetapi semuanya dengan keizinan Allah SWT. Api
dan air juga boleh mendatangkan kebaikan dan juga boleh membawa kemudaratan,
semuanya dengan kudrat dan iradat dari Allah SWT. Maka kita mesti tanamkan
keyakinan yang Allah berkuasa atas setiap sesuatu. Jadi dalam kehidupan kita
mesti yakin yang rezeki itu adalah dari Allah bukan dari wang gaji suami kita.
Apabila kita makan kita mesti yakin yang Allah yang mengenyangkan kita bukan makanan
dan semua perbuatan kita adalah dengan keizinan dari Allah. Susah, senang,
sakit, sihat adalah kuasa Allah belaka. Apabila kita menjauhkan keyakinan
terhadap kekuasaan makluk dan menumpukan keyakinan hanya kepada zat dan
kekuasaan Allah, maka makluk itu akan ditundukkan Allah kepada kita. Jadi
keyakinan beginilah yang kita hendak usahakan dalam hati kita, kaum keluarga
kita dan umat-umat Rasulullah SAW. Apa-apa yang ada didunia ini adalah asbab
belaka dan kita tidak boleh yakin pada asbab.
KELEBIHANNYA :
1.
Barang siapa diakhir kalamnya
atau diakhir hayatnya dapat menyebut kalimah ini maka Allah SWT akan mewajibkan
syurga baginya.
2.
Kalimah ini jika ditimbang
dengan dunia dan seisinya maka berat lagi kalimah ini.
3.
Tersebut dalam hadith : Apabila
seorang itu menyebut kalimah ini maka tiang Nur di Arash Allah akan bergoncang
dan tidak akan berhenti selagi Allah tidak mengampunkan dosa orang yang
menyebutnya.
4.
Barang siapa dapat menyebut 100
kali sehari kalimah ini maka dihari kebangkitan nanti Allah SWT akan
bangkitkannya dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama.
5.
Di dalam satu hadith :
Rasulullah SAW bersabda Perbaharuilah Iman kamu dengan mengucapkan kalimah LA
ILLAHA ILLALLAH.
Dengan kelebihan-kelebihan ini kita dapat lihat betapa tingginya dan
besar nilainya kalimah ini disisi Allah SWT. Tetapi kita pada hari ini masih
lalai dan tidak langsung mengambil berat tentang kalimah ini.
B - Tujuan Kalimah
MUHAMMADUR RASULULLAH
Tujuan Kalimah Muhamaddur Rasulullah ini ialah supaya dapat kita
yakinkan diri kita bahawa cara hidup yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW
sahajalah yang akan memberi kita kejayaan didunia dan diakhirat. Cara hidup
lain akan hanya membawa kita kepada kegagalan - misalnya : kisah miswak dll.
KELEBIHANNYA :
Barang siapa dapat menghidupkan satu Sunnah Rasulullah SAW dengan
istiqomah maka Allah akan berikan 100 pahala syahid. Cuma satu sunnah sahaja
yang dapat dihidupkan dizaman fasha’ dan mungkar ini, maka Allah SWT akan beri
pahala yang sebegitu besar sekali. Ini menunjukkan betapa sayangnya Allah pada
hamba-hambaNya. Ulamak-ulamak berkata diakhir zaman ini Allah sayang pada
hamba-hambanya 50 - 70 kali lebih daripada para sahabat. Tetapi masih ramai
manusia yang masih tidak mahu langsung ikut sunnah-sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan
mereka seharian. Orang yang hidupkan sunnah Rasulullah SAW diakhirat nanti
Allah SWT akan pandang mereka dengan pandang rahmat. Satu sunnah adalah lebih
baik dari 7 dunia dan 7 syurga. Jika kita dapat hidupkan sunnah Rasulullah SAW
diakhirat nanti Rasulullah SAW akan memberi syafaat kepada kita dan akan
memberi minum dari telaganya dengan tangannya sendiri. Insyaalah. Bagi mereka
yang mengikut sunnah Rasulullah SAW akan mendapat 4 ganjaran didunia dan 4
diakhirat;
4 didunia :
1.
Dia disayang orang 3. Hidupnya
diberkati
2.
Dia ditakuti musuh 4.
Agama tidak dicemari
4 di akhirat :
1.
Rasulullah SAW mengenali kita 3. Di kubur kita mengenali Rasulullah SAW
2.
Rasulullah SAW akan memohon
syafaat 4. Berjiran dengan Rasulullah SAW
SIFAT YANG KEDUA
SEMBAHYANG (SOLAH) yang
kyushu’ dan khudu’.
Selepas kita yakin dengan Kalimah Taiyyibah maka kita hendaklah
ikuti segala perintah Allah dan perintah pertama dan julong-julong sekali yang
wajib kita tunaikan ialah sembahyang. Bagaimana sembahyang para sahabat yang
begitu kyushu’ sekali kerana keyakinan mereka terhadap Allah. Mereka yakin
dengan sembahyang dapat menyelesaikan segala masalah mereka dan mereka yakin
disebalik sembahyang ada rezeki, ada kesihatan tubuh dan ada janji-janji Allah
diakhirat nanti. Dengan sembahyang Allah juga akan mengurniakan taufiq untuk
mentaatinya. Bila ada masalah atau keperluan, sahabat-sahabat akan bersolah dan
meminta bantuan Allah e.g Sahabat yang tidak ada makanan dia bersolah dan pohon
pertolongan dari Allah maka tepong keluar daripada pengisar. Sahabat juga
mempunyai kyushu’ dalam solah seperti Hadrat Ali RA terkena panah dikakinya dan
hanya dapat dikeluarkan semasa beliau solah tanpa rasa sakit. Oleh itu perlu
usaha supaya dapat kyushu’ dalam solah.
TUJUAN SOLAH
Tujuan solah ialah supaya kita dapat mengeluarkan sifat-sifat
ataupun kelakuan kita dalam solah keluar solah. Bila dalam solah seluruh
anggota kita berada dalam keadaan bersih dan fikiran kita hanya tertumpu pada
Allah. Mulut kita hanya berzikir memuji Allah dan membaca Al-Quran dan tiap
pergerakan anggota kita mengikut segala perintah Allah. Jadi begitu jugalah
apabila diluar sembahyang, aurat kita mesti dilindungi dan kita harus jaga diri
kita dan pergerakan kita hanya pada tempat yang diredhai oleh Allah.
KELEBIHANNYA
Barang siapa dapat menjaga sembahyang 5 waktunya dengan sempurna
maka Allah akan mengurniakan 5 ganjaran iaitu :
1.
Allah SWT akan memberkati
rezekinya
2.
Dia diselamatkan dari siksa
kubur
3.
Dia akan menerima buku
catatannya dari tangan kanan
4.
Dia dapat melintasi Titian
Sirat sepantas kilat
5.
Dia dapat masuk syurga tanpa
hisab
Solah adalah anak kunci ke syurga. Solah adalah jihad yang terbaik
sekali. Solah adalah Nur bagi orang mukmin. Solah menjadi pelindung pada Hari
Qiamat.
SIFAT YANG KETIGA
A. ILMU DAN DZIKIR
Ilmu itu ialah pengetahuan kita tentang ilmu Allah dan dzikir ialah
mengingati Allah. Ilmu itu wajib dituntut oleh setiap orang muslimin lelaki dan
perempuan. Kita perlu belajar bagaimana dapat hidupkan ilmu agama dalam
kehidupan harian kita.
TUJUAN ILMU
Tujuan ilmu ialah supaya kita dapat mengetahui atau wajib atas kita
mengetahui segala perintah Allah dan laranganNya pada setiap waktu dan ketika
bagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Kita mesti tahu tentang halal
dan haram, sah atau tidak sesuatu perkara itu. Tanpa ilmu mungkin solah kita
tidak betul, puasa, zakat dan haji kita pun tak akan sempurna tanpa ilmu.
Begitu juga ilmu tentang keimanan dan amalan kita seharian perlu juga kita
tuntut supaya apa yang dikehendaki dan diredhai Allah dapat terus kita
amalkannya. Kita juga mesti tahu sifat-sifat yang perlu ada didalam diri kita
dan juga sifat-sifat yang patut kita tinggalkan. Ilmu pengetahuan itu akan
tecapai hanya dengan belajar.
KELEBIHANNYA
Orang yang keluar untuk menuntut ilmu Allah itu adalah jihad dan
jika ditakdirkan mati dikira syahid. Barang siapa berusaha untuk memperluaskan
ilmu agamanya maka usahanya dikira ibadat. Setiap makluk yang tinggal dilangit,
dibumi dan dilaut berdoa dan beristighfar untuknya. Seorang Alim lebih ditakuti
syaitan daripada 1000 orang Abid. Rasulullah SAW bersabda barang siapa merempuh
satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan mendorongkan baginya jalan
ke syurga. Rasulullah SAW bersabda andaikata kamu berangkat untuk mempelajari
satu bab dari ilmu agama samada kamu dapat atau tidak beramal dengannya maka
itu lebih utama dari sembahyang sunat 100 rakaat.
B. DZIKIR
Dzikir itu ialah mengingati Allah pada tiap masa dan keadaan.
TUJUAN DZIKIR
Kita berdzikir ialah untuk menghubungkan diri kita dengan Allah SWT
dalam setiap masa dan keadaan.
KELEBIHANNYA
Barang siapa mengingati Allah nescaya Allah SWT mengingatinya. Allah
SWT berserta dengan orang-orang yang lidahnya sentiasa sibuk dengan zikirullah.
Allah SWT akan mengurniakan kepada orang-orang yang berzikir, cinta dan
makrifatNya. Zikrullah adalah benteng pertahanan godaan syaitan. Orang yang
berzikir dianggap hidup disisi Allah dan yang tidak berzikir dianggap mati
disisi Allah. Zikir melembutkan hati.
SIFAT YANG KEEMPAT
IKRAM MUSLIMIN
Iaitu hak seseorang muslimin keatas muslimin yang lain.
TUJUAN IKRAM
Tujuan ikram muslimin ialah kita hendaklah menunaikan hak-hak setiap
saudara kita tanpa menuntut hak kita daripada mereka. Kita mesti tahu apakah
hak sebagai ibubapa yang kita kena tunaikan pada anak-anak. Anak-anak pula
mesti tunaikan hak mereka pada kedua ibubapanya. Isteri pada suami dan suami
pada isteri. Eg. ( Keluarga Rasulullah SAW ) Kita juga mesti tunaikan hak kita
pada keluarga, jiran, orang-orang tua dan anak-anak yatim dimana jika tidak
ditunaikan akan dituntut diakhirat. Sekiranya kita mempunyai amalan yang banyak tetapi tidak tunaikan hak-hak mereka yang perlu
ditunaikan, maka diakhirat nanti semua amalan kita dibahagikan kepada mereka
dan dosa-dosa mereka pula terpaksa kita pikul. Kita mesti wujudkan sifat ikram
seperti para sahabat. Eg. Kisah kepala kambing dan kisah sahabat yang sanggup
beri makan kepada saudaranya yang lapar tanpa mengira kelaparan anak-anak
mereka semata-mata untuk memuliakan tetamu. Dengan sifat ini, Allah telah
memuji mereka dalam Al-Quran. Hadrat Fatimah RHA dan sahabiah lain ada sifat
ikram dan mereka telah dapat pujian Allah SWT dalam Al-Quran. Kita perlu
contohi sifat ikram mereka supaya kita dapat bersama-sama mereka diakhirat dan
mendapat keuntungan.
KELEBIHANNYA
Barangsiapa menyembunyikan kesalahan seseorang Islam, Allah akan
menyembunyikan kesalahannya. Barangsiapa menolong saudaranya yang seagama
nescaya Allah SWT akan menolongnya. Barangsiapa memaafkan hak-haknya nescaya
Allah SWT mengurniakannya mahligai disyurga. Barangsiapa merendahkan diri
kerana Allah nescaya Allah SWT mengangkatkan darjatnya. Satu hak yang kita
tunaikan, Allah akan memberi 73 ganjaran yang mana satu sahaja sudah cukup untuk memenuhi keperluan
kita didunia dan 72 lagi akan diberi diakhirat nanti. Orang yang keluar dari
rumahnya untuk menziarahi sahabatnya semata-mata kerana Allah, maka 70,000
malaikat akan memohon rahmat untuknya hingga ia pulang. Apabila seseorang
muslim senyum pada seorang muslim yang lain maka itu adalah sedeqah. Sabda
Rasulullah SAW tidak sempurna Iman seseorang jika ia tidak kasih pada
saudaranya seperti ia kasih kepada dirinya sendiri.Sabda Rasulullah SAW kepada Hadrat Ali RA, sesiapa yang memberi
makan kepada seorang muslim dengan senang hati, nescaya Allah SWT tuliskan
baginya 1000 ribu kebaikan dan dihapuskan 1000 ribu kejahatan dan diangkatkan
baginya 1000 ribu darjat. Sabda Rasulullah SAW, Hak orang Islam atas orang
Islam ada 6 perkara :
1.
Apabila engkau bertemu dengan
dia ucapkanlah salam padanya.
2.
Apabila dia memanggil hendaklah
memperkenankan.
3.
Apabila dia meminta nasihat
hendaklah beri nasihat.
4.
Apabila dia bersin dengan
memuji Allah hendaklah memohon Rahmat buatnya.
5.
Apabila dia sakit hendaklah
ziarahinya.
6.
Apabila dia meninggal hendaklah
hantarkan jenazahnya.
SIFAT YANG KELIMA
IKHLAS NIAT
Keikhlasan niat ialah supaya segala sesuatu kita kerjakan adalah
semata-mata kerana Allah dan bukan untuk mendapatkan sanjungan atau pujian dari
makhluk. Apa yang kita lakukan hendaklah dengan niat untuk mencari keredhaan
Allah, bukanlah dengan niat mendapat keduniaan dan bukan pula kerana ria’.
Seperti Firman Allah SWT, Aku tidak pandang pada rupa mu atau kekayaan mu
tetapi pada hati mu.
KELEBIHANNYA
Ikhlas akan membesarkan pahala amalan kita. Hanyalah amalan yang
ikhlas akan diterima oleh Allah. Barangsiapa menderma walaupun sebesar biji
tamar dengan ikhlas semata-mata kerana Allah maka Allah akan beri ganjaran emas
lebih besar daripada gunung Uhud tetapi jika tidak ikhlas walaupun menderma
emas sebesar gunung Uhud tidak akan diterima oleh Allah. Sabda Rasulullah SAW
tentang pentingnya sifat ikhlas; Allah tiada menerima amalan melainkan amal
yang ikhlas baginya dan yang dituntut dengannya keredhaan Allah. Apabila
seorang mukmin beramal dengan niat yang baik iaitu ikhlas maka akan bersinarlah
dalam hatinya cahaya Iman. Tidaklah beramal seorang kamu dengan ikhlas didalam
40 hari melainkan timbul mata air hikmat
dari dalam hatinya menerusi lidahnya. Semua orang akan hancur kecuali orang
yang berilmu. Semua orang berilmu akan hancur kecuali orang yang beriman. Semua
orang beriman akan hancur kecuali orang yang beramal dan semua orang beramal
akan hancur kecuali orang yang ikhlas.
SIFAT YANG KEENAM
MUJAHADAH KELUAR DIJALAN
ALLAH - DAKWAH DAN TABLIGH
Beriman kepada Allah itu tidaklah cukup hanya dengan ucapan sahaja,
tetapi harus disertai dengan amal perbuatan. Orang Islam wajib mengamalkan
ajaran-ajaran Islam dan termasuk dalam ajaran-ajaran itu ialah menyampaikan
ajaran-ajaran Islama pada orang lain.
Bermujahadah iaitu keluar dijalan Allah atau melapangkan masa untuk
menegakkan agama Allah semata-mata kerana Allah SWT terutama sekali kaum
lelaki. Hendaklah kita melapangkan masa, korbankan harta benda, tenaga, diri,
masa dan nikmat-nikmat dunia semata-mata kerana Allah SWT. Untuk menyempurnakan
amalan dakwah, hendakalah kita hijrah dan nusrah terutama memberi kerjasama
kepada jemaah-jemaah yang datang dari luar. Jika kita selalu berdakwah pada
orang maka Allah akan kuatkan Iman kita dan menambahkan Ilmu pada diri kita dan
berikan kita kekuatan untuk beramal.
TUJUAN MUJAHADAH
Tujuan bermujahadah/Dakwah adalah semata-mata untuk mencari
keredhaan Allah supaya kehidupan dirahmati dan diberkati Allah untuk mendapat
kejayaan Dunia dan Akhirat. Untuk menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW dan
mempelajari Tareqah Rasulullah SAW. Untuk memperbaiki diri sendiri. Untuk
mensyukuri nikmat Allah. Untuk menghayati sifat-sifat para Sahabat supaya
sedikit sebanyak kita dapat kekuatan untuk usahakan sifat-sifat para Sahabat
dalam diri kita dan dalam diri keluarga kita dan umat Rasulullah SAW.
KELEBIHANNYA
Barangsiapa mengurbankan satu pagi dan satu petang pada jalan Allah
adalah lebih bernilai daripada dunia dan seisinya. Barang siapa membelanjakan
hartanya pada jalan Allah dan juga semua amalannya semasa keluar, Allah beri
ganjaran 700,000 kali ganda pahala. Barang siapa berjuang pada jalan Allah,
nescaya Allah memperkenankan doa-doa dan permohonannya seperti doa-doa para
ambiya Bani Israil. Anggota-anggota yang disaluti debu-debu kerana keluar
dijalan Allah tidak akan disambar oleh asap api nereka. Ada malaikat yang duduk
dekat Arasy Allah SWT dimana malaikat ini diutuskan untuk berdoa atas 3 perkara
:
1.
Ia akan berdoa supaya Allah
ampunkan dosa orang yang keluar dijalan Allah.
2.
Ia akan berdoa semoga Allah
ampunkan dosa orang yang ditinggalkannya.
3.
Ia akan berdoa semoga Allah
pertemukan mereka disyurga nanti.
Apabila kita buat usaha ini maka kita mestilah anggap ini adalah
satu tugas yang penting sekali dan ia adalah lebih tinggi nilainya dari kerja-kerja
dunia kita. Oleh itu kita mestilah beri keutamaan atas usaha ini. Apabila kita
lakukan usaha ini maka kita mesti lakukan semata-mata kerana Allah untuk
mendapatkan keredhaanNya, barulah kita akan mendapat menefaat dari usaha ini.
Jika kita pandang usaha ini sebagai tidak penting dan lakukannya hanya pada
masa lapang sahaja atau kerana desakan suami/isteri sahaja maka usaha kita itu
tidak akan dapat pertolongan/nusrah dari Allah SWT. Kita akan dapat pahala dan
ganjaranya tetapi sebagai sumber hidayat untuk orang lain tidak akan tercapai.
Jika dilihat para sahabat RA keluar dijalan Allah pada setiap masa dan dalam
setiap keadaan waktu pertunangan atau perkahwinan, waktu kelahiran atau
kematian, ditengah musim dingin atau panas, ketika lapar atau kenyang, semasa
sakit atau sihat, ketika kuat atau lemah, pada masa muda atau waktu tua, pendek
kata pada setiap masa dan dalam setiap keadaan para sahabat RA sentiasa
mengutamakan perjuangan agama Allah ini. Dakwahlah pada saudara kita agar
mereka sama-sama membuat usaha agama yang suci ini. Yang penting berdoalah
semoga Allah mengurniakan taufiq dan hidayahnya pada kita dan juga pada semua
umat Rasulullah SAW dan semoga Allah kekalkan kita didalam usaha yang mulia ini
hingga akhir hayat kita. Insyaallah.