Selasa, 25 September 2012

ORANG YANG 'HIDUP' DI SISI ALLAH.




Suka dengar lagu/muzik? saya tahu rata-rata dikalangan kita sangat gemar dengar alunan irama dan lagu, tak kiralah irama sentimental, rock dan sebagainya. Saya sendiri adalah penggemar lagu-lagu berirama sentimental. :(


Walaupun lagu-lagu itu bersifat 'ketuhanan, keinsafan' ( seperti nasyid-nasyid yang mencampur adukkan irama muziknya yang tidak mengikut syariah.) ..tapi ia cukup mematikan hati kita. Peringatan dari lagu itu ada, tapi 'hakikat' nya tidak ada, kita tetap 'mati' di sisi Allah.

Astaghfirullah.:'(

Hati kita sebenarnya mengalami kesakitan yang amat apabila kita mendengar lagu-lagu tadi. Hati kita mula rosak tanpa kita sedar. Maka tertutuplah 'mata hati' .

Orang yang hidup di sisi Allah adalah orang yang selalu berzikir kepadaNya. Banyak zikir-zikir munajat yang boleh kita jadikan amalan, pagi petang,siang malam. Allah akan buka mata hati kita dengan perbanyakkan zikir.

Kalimah zikir sangat ringan untuk kita lafazkan tapi sangat susah untuk orang awam seperti kita amalkan.Perjalanan kita di dunia sudah jauh kita tinggalkan,sangat dikesali apabila setiap langkah langkah kita yang lalu tersangat kurang kita mengingatiNya.Allah masih beri kita peluang untuk perbaiki diri kita,Allah masih izinkan kita melangkah di bumiNya ini,semoga langkah-langkah kita sekarang ini semakin mendekat kita dengan Cinta AgungNya.

Allahummaghfirlii.. :'( .Semoga hati kita dapat kita bersihkan dengan perbanyakkan zikir kepada Allah.Semoga kita menjadi hambaNya yang 'hidup' di sisiNya.

Allahurabbunaa............ ampunkan kami,sebab kami selalu alpa dengan kehidupan ini sehingga kami terlupa bahawa kami akan mati dan kembali padaMu jua.
Laa ilaaha Illallah. (-__-)

Wallhu'alam.




NuurMuslimatusySyahidah...25/9/2012

Ahad, 23 September 2012

ALLAH AR RAZZAAQ.

     Sesungguhnya Allah Ar Razzaaq juga Al Ghaniyy,Maha Kaya Allah,dikurniakan rezqi kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki,ada yang melimpah ada yang kurang tapi setiap yang bernyawa Allah telah janjikan rezqi untuknya.

     Kalau kita orang yang Allah kurniakan rezqi yang sedikit (pada pandangan mata kepala kita)jangan kita mengeluh sebab kita tidak tahu apa yang Allah 'simpan' untuk kita,inilah peluang untuk kita belajar redha dengan apa yang Allah kurniakan pada kita.

    Rezqi Allah sangat Luas bukan sahaja yang kita nampak pada pandangan mata kasar kita ini bahkan lebih dari itu.Allah nak uji kita sejauh mana yaqin kita pada Dia,sejauhmana kita yaqin akan janji-janjinya.

    Kalau diuji Allah dengan masaalah kewangan atau sebagainya,itu tanda Allah sayang kita,Allah nak dengar kita mengadu dan minta pada Dia lagi dan lagi,Allah suka kalau kita datang pada Dia dan serah diri padaNya.

Jangan bersedih sebab ada 'sesuatu' yang Allah nak bagi pada kita...:')

Tuhan,ampunkanlah kami,andai kami banyak mengeluh,ampunkan kami andai kami tak dapat redha dengan apa yang Kau kurniakan.Astaghfirullah...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


       Sesungguhnya Allah Ar Razzaaq juga Al Ghaniyy,Maha Kaya Allah,dikurniakan rezqi kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki,ada yang melimpah ada yang kurang tapi setiap yang bernyawa Allah telah janjikan rezqi untuknya.

     Kalau kita orang yang Allah kurniakan rezqi yang banyak (pada pandangan mata kepala kita) ,jangan pula kita sangka itu semua bahagian kita,milik kita.Bahkan rezqi yang banyak adalah

 amanah dari Allah untuk kita salurkan di jalan yang benar,di jalan yang Allah redhai.

    Maka seharusnya dengan rezqi itu kita membantu saudara kita yang kekurangan,infakkan ke jalan Allah dan untuk keperluan kita sendiri juga.Kalau ada sifat tamak dalam hati kita moga Allah ampunkan kita dan minta Allah buangkan sifat buruk ini dalam hati kita.

     Ingatlahlah wahai diri yang masih banyak tersembunyi penyakit hati,ingatlah rezqi yang Allah kurniakan ini bukan milikan sepenuhnya.Ini juga dalah satu ujian hidup dari Allah,Allah nak tengok sejauh mana rasa syukur kita padaNya,sejauh mana yaqin kita akan janjj-janjiNya.

Allahu Akbar!

:') Hati kita terasa sesak,sesak dengan sifat tamak...astaghfirullah..Moga kita dapat bersihkan hati ini yang penuh dengan sifat mazmumah ini.Moga sifat-sifat mahmudah hadir dan menghiasi hati sanubari kita,agar kita sentiasa dekat dengan Tuhan yang Maha Pengasih.

NuuurMuslimatsySyahidah 24/9/2012

Khamis, 20 September 2012

SELAMI JIWA ANAK KECILMU

Di depan aku,di kiri aku,di kanan aku,di belakang aku,...semua ada 'bibik',kedengaran anak -anak kecil bermain-main dengan bibik-bibik mereka,sambil bibik tadi suapkan makanan kepada anak-anak itu sambil kedengaran bahasa-bahasa indon ,alhamdulillah,baik-baik aja keadaan mereka.Sememangnya boleh kata di kejiranan aku ni,aku seorang je yang bukan 'bibik',heheheh. :P

Walaupun ibu-ibu mereka dah biasa ti
nggalkan mereka,tapi aku kesian tengok anak-anak kecil itu,yang masih memerlukan ibunya sendiri,bukan orang lain.Sememangnya hak anak-anak itu untk bersama-sama ibu mereka.Alangkah bagusnya kalau yang menyuap makanan itu adalah ibunya sendiri.Kalaulah kalian boleh dengar rintihan anak-anak itu,kalaulah kalian tahu apa yang Allah mahu kalian buat,.......hurmmmmmmmmmmm.

BEst je tinggalkan anak-anak kecil tu kat orang kan,kita tak tau 'baby' tu punya laa seksa perasaan dia tapi kita sanggup je sebab kerja lain lebih penting,tapi Allah kata jaga anak susukan anak tu lebih penting.Hah..mana satu lebih utama?Duit atau redha Allah?

Pandanglah dengan mata hati wajah anak2 kita,pasti kita tak kan sanggup.




NuurMuslimatusySyahidah 19/6/2012

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular