Isnin, 3 Februari 2014

APA SUDAH JADI?

Kasihan rakyat. Bukan apa kalau harga minyak naik kesannya sangat besar kepada keperluan kehidupan seharian. Harga barang- barang keperluan lain juga akan naik dan naik. Sebab itulah rakyat risau sgt kalau harga minyak kereta naik.

Kita mungkin rasa ianya tak membebankan pun, tapi mereka yang lain?

Jadi, jangan mendabik dada sangat kalau ada rakyat merintih akan situasi ini, sebab naiknya harga minyak bermakna barang keperluan lain akan naik.

Saya sangat risau, kalau keadaan ini berterusan, saya risau makin ramai wanita sibuk keluar rumah cari pendapatan sampingan berikutan keadaan ekonomi yang kian getir.

Makin ramai para suami yang sanggup ambil rasuah. Anak- anaklah yang jadi mangsa, sedangkan mereka ini generasi yang akan mewarisi kepepimpinan masa depan.

Nampak kecil, tapi implikasinya sangat besar, ia tidak tertakluk kepada orang yang berkenderaan saja.

Usah kita marah- marah lagi, sama- sama kita betulkan amal kita, cara fikir kita. Sebab ada amalan kita yang tak kena lah ni. Allah akan naikkan pemimpin berdasarkan amalan rakyat.

Apabila kita di uji bgini, kita sebagai rakyat hanya mampu bersuara tapi Yakinlah dgn janji-janji Allah, bahawa rezkinya takkan pernah putus untuk kita. Di sinilah kita nak belajar iman, bahawa yang kita dengar, nampak dan alami itu adalah pengujian dari Allah Swt, yang memegangnya adakah Allah. Jadi hubungkan terus hati dengan Allah, yakin Allah akan mudahkan kita.

Sama- sama kita buat usaha atas imaan. Dengan imaan yang benarlah hidup kita akan aman.

Wallahualam.

NuurMuslimatusySyaheedah. 3 /9/2013

OHH WANITA! TETAPLAH BERADA DI RUMAH.

Sahabatku yang di kasihi,

Kita ini wanita yang Memang Allah ciptakan dengan kecantikan dan daya tariknya yang tersendiri. Sebenarnya, walau kita pakai hijab yang sempurna sekalipun, Syaitan laknatullah tetap bersama kita untuk menghiasi kita dengan pesona- pesonanya. Agar kita jatuh ke lembah zina dan durjana. Nauzubillah.

Sebab itulah Allah perintah kita sebagai wanita Islam agar banyak masa di rumah, tidak keluar terlalu kerap kecuali ada urusan penting. Sebab syaitan lanatullah tak pernah berhenti untuk pesona kan kita. Astaghfirullah.

Cumanya yang berhijab sempurna ini susah sikit kerja syaitan untuk pesongkan mata- mata jahat manusia terutama mata- mata lelaki- lelaki ajnabi di luar sana . Yang tidak taat dengan perintah hijab ini, maka mudalah kerja- kerjanya.

Allahu,
Sama- sama kita renungkan. Yang berhijab sempurna usahakan untuk tidak tabarruj ketika keluar rumah . Saya sendiri pun sedang pujuk nafsu agar tak terikut dengan 'trend' hijab yang melampau. Saya yang lemah ini adakalanya termakan pujukan syaitan untuk berhias lebih walau sudah berhijab serba hitam pun.

Syaitan memang tak pernah rehat untuk pesongkan wanita.

Semoga Allah ampunkan saya. Semoga Allah kurniakan tuafiq dan hidayahNya untuk kita tutup aurat sesempurna mungkin mengikut kehendakNya. Kerana di situlah keselamatan untuk kita di dunia apatah lagi di akhirat kelak.

Wallahualam.

Ke arah kesempurnaan Hijab.

NuurMuslimatusySyaheedah. 7 / 9 /2013.

HEBATNYA KALAMULLAH, AL QURAN.

Salam Kasih sayang sahabat semua.

Ada khabar baik yang saya ingin sampaikan buat pencinta Al Quran,

Marilah sama- sama kita istiqamah dalam membaca Al- Quran sebab ia sangat besar pahalanya di sisi Allah, ia sangat menyukakan Allah.

Ketahuilah bahawa, setiap huruf pada setiap ayat ada satu Malaikat menjaganya. Dan apabila kita membacanya, ayat- ayat itu akan berterbangan lalu jatuh menghujani kita bak salji nan indah yang turun .

Sebab itulah kalau kita letak air di depan bacaan Quran, air itu akan berubah rupa pada ruhnya dan menjadi syifaa pula utk ruhani dan jasmani kita.

Cuba bayangkan apabila ayatayat al Quran yang kita baca itu menghujani kita, apa yang akan jadi pada ruh n jasad kita? Subhaanallah, kita dihiasi dan terpelihara dari sgala kejahatan. Ada nuur istimewa melingkari kita.

Allahu, betapa hebatNya Allah .

Jadi, sebaiknya luangkanlah masa untuk baca al Quran setiap hari. Kerana
Hikmah yang tersembunyi itu terlalu hebat dan banyak untuk kita.

Semoga Allah beri kita kekuatan.

Allah Cinta Agungku, AlQuran dan sunnah pedoman hidup.

Wallahualam.

NuurMuslimatusySyaheedah. 24 / 9 / 2013

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular