Isnin, 3 Februari 2014

HIKMAH LICINKAN MAKANAN DALAM TALAM BERJEMAAH.

My sweets Abdullah 

Makan berjemaah banyak keberkatan dan makanan yang tersisa dalam talam itu juga punya banyak keberkatan.

Tapi tak semua dikalangan kita ini yang sanggup licinkan sisa makanan dalam talam tu kan.

Sebenarnya siapa yang boleh makan makanan yang tersisa dalam talam tu, InsyaAllah akan dapat sifat- sifat mahmudah juga syifaa' untuk ruhani dan jasmaninya.

Andai dibuka hijab yang ghaib itu, berebut rebutlah semua. Subhaanallah. 

Saya ingin kongsikan pengalaman saya mengenai syifaa' yang ada pada makanan yang tersisa di dalam talam yang di makan secara berjemaah.

Anak ke 2 saya, Abdullah Quhaafah yang mana kesihatannya tidak berapa baik sejak kecil berikutan kelahirannya yang tidak cukup bulan.

Saya selalu memujuk anak saya ini, habiskan makanan yang tersisa dalam talam sampai licin sambil beritahu akan hikmah- hikmahnya.

Alhamdulillah dia buat bersungguh- sungguh sampai licin talam. Setiap kali makan berjemaah dalam talam, dialah anak yang sanggup licinkan talam yang masih tersisa makanan.

Keajaiban yang berlaku pada nya ialah, kesihatannya semakin hari semakin baik dan antibodinya makin kuat.
Dia lebih ceria dari dulu.

Saya dapat rasakan salah satu syifaa' nya adalah amalan licinkan talam itu.

Juga sifat- sifat yang ada padanya, jujur saya cakap, saya pun tak sebaik dia.

Maaf, bukan niat nak memuji anak sendiri tapi cukuplah sekadar berkongsi mengenai syifaa' yang terkandung di dalamnya.

Siapa pernah duduk bersama Abdullah pasti 'tahu' siapa dia.

Semoga Allah sentiasa merahmatimu sayang.

Dalam sunnah pasti ada kejayaan. Sama-sama kita amalkan sunnah yang sangat mudah ini.

Wallahu' alam.

NuurMuslimatusySyaheedah

Khamis, 5 September 2013

JANGAN MARAH-MARAH LAGI kerna 'ada' yang tunggu peluang.



Salam buat semua sahabat yang dimuliakan Allah,

  Di pagi hari yang indah ini saya ingin ' berbicara ' mengenai satu ' suasana ' yang sering berlaku di dalam ' Mahligai Cinta ' kita semua. 

Apa yang bermain dalam diri kita apabila kita mula ' rasa marah ' sangat pada suami?. 

  Tatkala itu kita mula menarik muka masam, berpaling wajah dari suami. Kadang-kadang perkara kecil  pun kita mahu besar-besarkan. Lebih hebat lagi apabila kita sudah mula membuat tindakan yang agak kasar seperti menutup pintu kuat-kuat, hempaskan barang dan sebagainya.

  Apabila suami memujuk kita, antara keegoan hati mahu menolak segala pujukan atau ketulusan hati mahu mererima pujukan itu sangat menguji di hati kita bukan? Apabila suami mula memeluk kita, antara mahu menolak pelukannya atau membiarkan saja ia atau turut sama memeluknya?

 Apa yang biasa kita buat? Antara meneruskan keegoan hati atau ketulusan hati ? Iya, semuanya berbalik kepada Imaan, tatkala ini sebenarnya kita sedang berperang dengan Syaitan yang bernama Daasim Laknatullah (wallahu'alam). 

 Andai Allah SWT mengizinkan kita merasai betapa ' panas ' nya seluruh badan kita agar kemarahan kita semakin memuncak dan andai Allah izinkan lagi, kita boleh rasa bagaimana syaitan laknatullah ini berjalan-jalan dalam diri kita, kita akan sedar bahawa kita ini sedang dihasut ! Syaitan laknatullah ini tidak lain tidak bukan, mereka mahu melihat rumahtangga kita hancur hingga membawa kepada perceraian. Kalau ini berlaku, maka bergembiralah mereka. (Cuba perhati dengan mata hati, kita pasti boleh merasai kehadirannya, biIznillah )

Jadi jangan biarkan syaitan laknatullah ini menang.

 Saat perasaan marah ini datang pada kita, kita mesti banyakkan istighfar, sebaik-baiknya ambil wudhu', jatuhkan keegoan hati, pandanglah suami dengan rasa kasih sayang dan rasa menyesal di atas keterlanjuran kita bertidak marah dan bermasam muka. Minta maaf kepada suami walaupun pada asalnya memang suami yang salah yang menyebabkan kita marah.

 Ya, apabila kita pandang suami dengan kasih sayang, Allah SWT akan turunkan rahmatnya buat kita dan suami. InsyaAllah dengan amalan sunnah ini, kita sudah menghancurkan usaha-usaha syaitan Daasim laknatullah untuk rosakkan rumahtangga kita.

 Jadi sangat penting kita jatuhkan ego dalam diri kita untuk memusnahkan segala usaha syaitan apatah lagi apabila kita berhadapan dengan suami kita sendiri. Tiada urusan yang lebih utama daripada suami kita. Jadi sangat penting untuk menjaga hati suami. Kerana keredhaan Allah itu tertakluk kepada redhanya suami kita kepada diri kita.

 Semoga ' Mahligai Cinta ' kita sentiasa harmoni dengan keredhaan Allah SWT. Hanya Allah SWT yang bisa menjaga keharmonian cinta antara kita dan suami. Jadi, sama-samalah kita suami isteri baiki hubungan dengan Allah SWT setiap waktu.

Wallahu'alam.

NuurMuslimatusySyaheedah. 25/6/2013

Khamis, 15 Ogos 2013

MAHALNYA WAJAH SEORANG WANITA YANG BERNIQAB.

Mohon beri perhatian sahabat2 ku.

Mohon tolong jangan "share " gambar sahabat /saudara kalian yang memang istiqamah dengan furdah yang ketika gambar itu di ambil wajah mereka takberhijab lalu menampakkan wajah comel mereka di FB ini.

Semenjak musim raya ini saya terserempak banyak kes sebegini dalam Fb yang mana saya memang tahu sahabat-sahabat
saya itu sangat istiqamah dengan furdah. Dan tak mungkin mereka akan tega menyiarkan wajah mereka ke khalayak FB ini.

Apabila kalian ambil gambar seseorang wanita ketika wajah tak berhijab yang memang istiqamah dengan furdah, ia menjadi satu amanah buat kalian agar tidak memaparkanya ke khalayak ramai.

Jujur saya nyatakan, kami yang berfurdah ini sangat malu dan takut akan Allah apabila wajah kami dipaparkan ke khalayak ramai walaupun tujuan kalian mengongsi gambar itu tidak niat nak mengaibkan.

Mohon kalian faham dan hormati apa yang kami
pertahankan ini.

Sekiranya ada tersiar gambar wajah saya tak berhijab mohon maklumkan kepada saya. Setakat ini saya sendiri tidak benarkan saudara mara atau sahabat ambil gambar saya ketika wajah tak berhijab.

Kerjasama sahabat sangat kami hargai.

Allah...ampunkan kami... dunia fb memang sangat besar fitnahnya.

NuurMuslimatusySyaheedah.

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular