Rabu, 8 Mei 2013

SEMPURNAKAN HIJABMU

Ke arah kesempurnaan hijab.

  Tutuplah aurat saudariku. Iyaaa, kamu cantik, memang kamu cantik sebab itulah kamu mesti 'tutup' kecantikanmu, kalau kamu tidak tutup bermakna kamu sudah memberi/membuka 'laluan mudah' pada syaitan laknatullah untuk merosakkan masyarakat seluruhnya.

  Apatah dirimu sendiri, 'kejahatan dan ketidakjujuran' akan mudah datang padamu. Jadi andai Allah 'ketuk' kamu sedikit dengan ujian-ujianNya, usah kau tangisi dan usah kau tanya 'apa dosamu? ''

  Kamu mesti faham satu perkara, kalau kamu rasa kamu cantik dan ingin tunjuk pada semua orang, lalu kamu membuka auratmu, kamu harus tahu, satu- persatu 'kecantikanmu' hilang tanpa kamu sedar. Perintah Hijab dari Allah itu adalah kebaikan untuk kamu, salah satu hikmahNya, Allah nak tambah lagi kecantikan kamu, bukan saja pada zahir bahkan ruhmu juga.

 Kerana, sebagai wanita Islam sepatutnya kita memiliki rasa malu yang tinggi dan faham batasan-batasan aurat kita yang tidak boleh diperlihatkan kepada sebarangan orang.

 Wajah kita juga sudah pasti adalah salah satu darinya. Kerana dari wajahlah yang mula-mula memberikan godaan kepada lawan jenis kita (lelaki). Wajah yang menarik akan mudah menggoda kaum lelaki.

  Thabrani meriwayatkan bahawa Allah telah memerintah kepada kaum mukminaat jika mereka hendak keluar dari rumah kerana sesuatu hajat, maka hendaklah mereka menutup jilbab/furdah ke wajah mereka dari atas dan menampakkan sebelah matanya.

 
bnu Jarir meriwayatkan; Aku bertanya kepada Ubaiydah ibnu Haris tentang firman Allah ; "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya,"(an-Nuur ; 31), ia menjawab sambil memperagakan dengan pakaiannya. Ia menutup kepala dan wajahnya dan 
menampakkan sebelah mata.

(^___^)... Jom ttup aurat, bila dah tutup bertambah cantik, cantik di mata orang mukmin dan cantik di mata Allah. 

Jangan sampai 'pengurus jenazah' tolong tutup aurat kita. 


Wallahu'alam.

( NuurMuslimatusSyaheedah 8/5/2013 )

Selasa, 7 Mei 2013

DAERAH ITU YANG PALING INDAH.



   Aku mencari satu daerah yang benar-benar 'menjaga' wanita-wanitanya,
Yang wanita-wanitanya tutup aurat sempurna,
Kalau si lelakinya boleh berserban dan berjubah,
Apakah wanita-wanitanya boleh berfurdah dan berhijab dengan sebenarnya?

Aku mencari,
Di satu daerah, lelaki-lelaki mereka ramai yang berpakaian sunnah,
Aku gembira! Tapi...aku sangat sedih kerana perempuan-perempuan mereka,
berhijab biasa-biasa sahaja, dan hanya sedikit yang tutup aurat sempurna,
dan pergaulan antara lelaki dan perempuan tidak di jaga.

   Majlisnya bercampur baur antara lelaki dan wanita. Apabila aku bersama dengan mereka, aku rasa sangat
tidak selesa apabila aku selalu 'dipandang' oleh lelaki berpakaian sunnah itu. Bermain mata begitu, nafsuku 
mungkin suka tapi imaanku sememangnya tidak suka.Dan perjuangan mereka itu ternyata di bawah 
naungan 'musuh-musuh Islam' sendiri. Aku kecewa lagi tapi aku tidak putus asa.

  Lalu aku cari lagi tanpa jemu,
Aku terpesona dengan satu daerah, semua berpakaian sunnah baik lelaki, perempuan dan anak-anak kecil 
mereka. Aku rasa bahagia, aku ingin bersama mereka tapi... ternyata mereka pun sama, bercampul gaul 
lelaki dan perempuan dalam majlis yang sama. Owhh, kenapa harus begini. Aku sedih. 


   Tapi ada satu daerah yang selalu hadir padaku di sepanjang perjalananku dalam mencari 'usaha agama' 
dan yang benar-benar 'menjaga' muslimahnya yang ada mirip-mirip Nabi SAW. Tapi aku selalu 
abaikannya kerna apabila saja aku ingin mengetahui kebenaran tentangnya, aku selalu dihalang dan
ditegah setiap kali ia hadir padaku. Seolah-olah ia ingin memberitahuku sesuatu. Tapi dari jauh aku selalu 
memerhatikannya. Bercampur baur dengan keegoan dalam diriku juga, jadi aku sukar menerimanya.


   Hati menangis, apakah tiada lagi 'lelaki-lelaki' yang benar-benar mahu menghijab wanita-wanitanya 
seperti dizaman Nabi SAW dan para Sahabatnya. Aku tertunduk pilu, sehingga aku campakkan 
'keegoanku' jauh dariku, tika itulah Allah campakkan aku ke satu daerah yang selama ini aku tercari-cari.

   Alhamdulillah, itu adalah daerah yang indah itu. Yang mana lelaki-lelaki mereka sangat menitik beratkan 
'hijab' zahir dan batin para wanitanya. Air mata mengalir tanda rasa syukurku. Aku senyum, apa yang aku 
yaqin  ada selama ini sememangnya masih ada, terima kasih Allah. 


Kerna pernah terbuka di 'mata hatiku' yang mana aku berada di dalam satu himpunan muslimah yang 
semuanya berhijab hitam yang tiada percampuran lelaki di majlisnya. Sejak itu aku tercari-cari 'majlis' itu.

Inilah ceritaku di sepanjang mencari sebuah 'Daerah' yang indah. (^_____^)



Allah yang Kuasa gerakkan hatiku ke arahnya, aku ini langsung tiada berdaya.

Sayang Allah, sayang Rasulullah SAW dan usaha Baginda SAW. 

Wallahu'alam.

NuurMuslimatusySyaheedah 7/5/2013



Sabtu, 20 April 2013

'DI MANA' MUDA-MUDI KITA SEKARANG?


   Apabila saya berbicara dengan seseorang 'remaja' dan bercerita tentang tanggungjawab pada diri, ibubapa, agama dan sebagainya,mereka selalu berkata kami masih 'kecil' dan hanya 'belajar' yang menjadi keutamaan kami. Ia sememangnya pelajaran itu sangat penting,apatah lagi belajar ilmu agama Allah ini. Tapi mereka langsung tiada rasa tanggungjawab di atas perlakuan dan tindakan mereka. Apbila kita sudah berumur belasan tahun  sepatutnya kita sudah matang dalam berfikir dan bertindak.

Tapi pendidikan dari barat yang kita serapkan untuk golongan muda-mudi kita ini, membuatkan mereka ini bersikap sebaliknya. Bersikap keanak-anakan walau usia sudah meningkat belasan tahun. Membuatkan mereka bebas berbuat apa sahaja hanya kerana di anggap mereka masih budak atau masih kecil. Dan mereka sendiri merasakan mereka belum menjadi seorang  'dewasa'.

Dalam Islam istilah 'remaja' itu sendiri tidak ada, ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk melupakan golongan muda-mudi kita ini terhadap tanggungjawab terhadap diri sendiri,ibubapa, agama dan masyarakat seluruhnya.

   Sedih melihatkan golongan yang dikatakan 'remaja' ini masih berada di ambang 'kebodohan' yang amat. Baik dari perbuatan dan pemikirannya apatah lagi dalam pergaulan. Bergaul bebas sesuka hati, sepertinya dalam hidup ini tiada batasan. Apa yang mereka tahu kehidupan ini untuk bersuka ria sahaja. Ibu-bapa pula sibuk menggalakkan anak-anaknya berbuat sesuka hati alasannya, 'zaman muda hanya sekali' , apa yang penting kamu skor 'A' dalam exam.

   Ya Allah jauhnya kita dari agama Islam sebenar, sehinggakan kita membiarkan muda-mudi kita ini berada dalam kejahilan dan kebodohan yang berpanjangan. Jadi usah pelik sekiranya berlaku perbuatan-perbuatan yang tidak sanggup kita dengar.Kerna kita sendiri 'membiarkan' perkara ini berlaku.
 
Tanya pada diri kita sendiri hai ibubapa! Di mana kita 'letak' anak kita. Ingatlah, apabila seorang anak itu dia sudah baligh, bermakna dia sudah dipertanggungjawabkan di atas segala perbuatan dan dosanya. Dia bukan lagi si kecil yang boleh kita biarkan. Mendidik dan menjaga anak perempuan dan anak lelaki, adalah tidak sama caranya. Penjagaan anak perempuan lebih diperketatkan berbanding dengan anak lelaki. Jadi jangan kita samakan anak lelaki dan  perempuan dari segi kebebasannya pada dunia luar walaupun kasih-sayang itu adalah wajib sama.Sehinggakan kita membiarkan anak-anak gadis kita ini hidup sebebas-bebasnya.

   Sama- sama kita serapkan ke dalam ijwa anak-anak kita dengan tarbiyyah dari agama Allah yang sangat sempurna ini.  Kerana apabila ada 'agama' dalam diri anak-anak ini, segala tindak-tanduknya, pemikirannya  dan perbuatan mereka menjadi lebih 'matang' dan ‘bijaksana’  walau usianya masih muda. Usah dibiarkan  lagi 'kebodohan' membelenggu  muda-mudi kita.

   Sangat malang andai 'kita' yang sudah dikatakan dewasa ini, juga berada di dalam 'kebodohan'. Astaghfirullah.

(NuurMuslimatusySyaheedah 20/4/2013)

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular