Selasa, 7 Mei 2013

DAERAH ITU YANG PALING INDAH.



   Aku mencari satu daerah yang benar-benar 'menjaga' wanita-wanitanya,
Yang wanita-wanitanya tutup aurat sempurna,
Kalau si lelakinya boleh berserban dan berjubah,
Apakah wanita-wanitanya boleh berfurdah dan berhijab dengan sebenarnya?

Aku mencari,
Di satu daerah, lelaki-lelaki mereka ramai yang berpakaian sunnah,
Aku gembira! Tapi...aku sangat sedih kerana perempuan-perempuan mereka,
berhijab biasa-biasa sahaja, dan hanya sedikit yang tutup aurat sempurna,
dan pergaulan antara lelaki dan perempuan tidak di jaga.

   Majlisnya bercampur baur antara lelaki dan wanita. Apabila aku bersama dengan mereka, aku rasa sangat
tidak selesa apabila aku selalu 'dipandang' oleh lelaki berpakaian sunnah itu. Bermain mata begitu, nafsuku 
mungkin suka tapi imaanku sememangnya tidak suka.Dan perjuangan mereka itu ternyata di bawah 
naungan 'musuh-musuh Islam' sendiri. Aku kecewa lagi tapi aku tidak putus asa.

  Lalu aku cari lagi tanpa jemu,
Aku terpesona dengan satu daerah, semua berpakaian sunnah baik lelaki, perempuan dan anak-anak kecil 
mereka. Aku rasa bahagia, aku ingin bersama mereka tapi... ternyata mereka pun sama, bercampul gaul 
lelaki dan perempuan dalam majlis yang sama. Owhh, kenapa harus begini. Aku sedih. 


   Tapi ada satu daerah yang selalu hadir padaku di sepanjang perjalananku dalam mencari 'usaha agama' 
dan yang benar-benar 'menjaga' muslimahnya yang ada mirip-mirip Nabi SAW. Tapi aku selalu 
abaikannya kerna apabila saja aku ingin mengetahui kebenaran tentangnya, aku selalu dihalang dan
ditegah setiap kali ia hadir padaku. Seolah-olah ia ingin memberitahuku sesuatu. Tapi dari jauh aku selalu 
memerhatikannya. Bercampur baur dengan keegoan dalam diriku juga, jadi aku sukar menerimanya.


   Hati menangis, apakah tiada lagi 'lelaki-lelaki' yang benar-benar mahu menghijab wanita-wanitanya 
seperti dizaman Nabi SAW dan para Sahabatnya. Aku tertunduk pilu, sehingga aku campakkan 
'keegoanku' jauh dariku, tika itulah Allah campakkan aku ke satu daerah yang selama ini aku tercari-cari.

   Alhamdulillah, itu adalah daerah yang indah itu. Yang mana lelaki-lelaki mereka sangat menitik beratkan 
'hijab' zahir dan batin para wanitanya. Air mata mengalir tanda rasa syukurku. Aku senyum, apa yang aku 
yaqin  ada selama ini sememangnya masih ada, terima kasih Allah. 


Kerna pernah terbuka di 'mata hatiku' yang mana aku berada di dalam satu himpunan muslimah yang 
semuanya berhijab hitam yang tiada percampuran lelaki di majlisnya. Sejak itu aku tercari-cari 'majlis' itu.

Inilah ceritaku di sepanjang mencari sebuah 'Daerah' yang indah. (^_____^)



Allah yang Kuasa gerakkan hatiku ke arahnya, aku ini langsung tiada berdaya.

Sayang Allah, sayang Rasulullah SAW dan usaha Baginda SAW. 

Wallahu'alam.

NuurMuslimatusySyaheedah 7/5/2013



Sabtu, 20 April 2013

'DI MANA' MUDA-MUDI KITA SEKARANG?


   Apabila saya berbicara dengan seseorang 'remaja' dan bercerita tentang tanggungjawab pada diri, ibubapa, agama dan sebagainya,mereka selalu berkata kami masih 'kecil' dan hanya 'belajar' yang menjadi keutamaan kami. Ia sememangnya pelajaran itu sangat penting,apatah lagi belajar ilmu agama Allah ini. Tapi mereka langsung tiada rasa tanggungjawab di atas perlakuan dan tindakan mereka. Apbila kita sudah berumur belasan tahun  sepatutnya kita sudah matang dalam berfikir dan bertindak.

Tapi pendidikan dari barat yang kita serapkan untuk golongan muda-mudi kita ini, membuatkan mereka ini bersikap sebaliknya. Bersikap keanak-anakan walau usia sudah meningkat belasan tahun. Membuatkan mereka bebas berbuat apa sahaja hanya kerana di anggap mereka masih budak atau masih kecil. Dan mereka sendiri merasakan mereka belum menjadi seorang  'dewasa'.

Dalam Islam istilah 'remaja' itu sendiri tidak ada, ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk melupakan golongan muda-mudi kita ini terhadap tanggungjawab terhadap diri sendiri,ibubapa, agama dan masyarakat seluruhnya.

   Sedih melihatkan golongan yang dikatakan 'remaja' ini masih berada di ambang 'kebodohan' yang amat. Baik dari perbuatan dan pemikirannya apatah lagi dalam pergaulan. Bergaul bebas sesuka hati, sepertinya dalam hidup ini tiada batasan. Apa yang mereka tahu kehidupan ini untuk bersuka ria sahaja. Ibu-bapa pula sibuk menggalakkan anak-anaknya berbuat sesuka hati alasannya, 'zaman muda hanya sekali' , apa yang penting kamu skor 'A' dalam exam.

   Ya Allah jauhnya kita dari agama Islam sebenar, sehinggakan kita membiarkan muda-mudi kita ini berada dalam kejahilan dan kebodohan yang berpanjangan. Jadi usah pelik sekiranya berlaku perbuatan-perbuatan yang tidak sanggup kita dengar.Kerna kita sendiri 'membiarkan' perkara ini berlaku.
 
Tanya pada diri kita sendiri hai ibubapa! Di mana kita 'letak' anak kita. Ingatlah, apabila seorang anak itu dia sudah baligh, bermakna dia sudah dipertanggungjawabkan di atas segala perbuatan dan dosanya. Dia bukan lagi si kecil yang boleh kita biarkan. Mendidik dan menjaga anak perempuan dan anak lelaki, adalah tidak sama caranya. Penjagaan anak perempuan lebih diperketatkan berbanding dengan anak lelaki. Jadi jangan kita samakan anak lelaki dan  perempuan dari segi kebebasannya pada dunia luar walaupun kasih-sayang itu adalah wajib sama.Sehinggakan kita membiarkan anak-anak gadis kita ini hidup sebebas-bebasnya.

   Sama- sama kita serapkan ke dalam ijwa anak-anak kita dengan tarbiyyah dari agama Allah yang sangat sempurna ini.  Kerana apabila ada 'agama' dalam diri anak-anak ini, segala tindak-tanduknya, pemikirannya  dan perbuatan mereka menjadi lebih 'matang' dan ‘bijaksana’  walau usianya masih muda. Usah dibiarkan  lagi 'kebodohan' membelenggu  muda-mudi kita.

   Sangat malang andai 'kita' yang sudah dikatakan dewasa ini, juga berada di dalam 'kebodohan'. Astaghfirullah.

(NuurMuslimatusySyaheedah 20/4/2013)

Khamis, 28 Mac 2013

HIJAB DARI SUAMI



  Siapa di sini suami suka simpan gambar isterinya, dalam dompet ker,ofis ker atau selalu di bawa kemana-mana? Mesti kita rasa 'best' kan.

  Suami saya sangat tak suka memiliki gambar saya dan sangat tak suka saya bergambar. Saya jadi macam tak 'best', mula timbul syak yang tak berapa bagus, ''Ermm tak suka tgk saya ke?Tak rindu saya ke?Ke tak sayang saya? Perempuan mudah mentafsir cinta lelaki begini kan?Kalau suami tak ingat Hari Lahir pun mulalah fikir bukan-bukan.

   Saya bertanya kepada suami tentang ini,sebab dalam minda saya tertanya-tanya kenapa dia tak suka sangat simpan gambar saya?Sebab saya NI suka sangat simpan gambar-gambar dia.


''Kenapa abang tak suka simpan gambar saya?''

Suami diam dan menjeling dengan wajah yang agak kelat.

"Kalau 'out station' jauh-jauh pun tak nak bawa gambar saya,tak rindu saya ehh?'' Mula mengandaikan macam-macam.

Suami diam lagi dan buat-buat tak dengar.


"Suami orang lain selalu je bawa gambar isteri ke mana-mana,biasanya letak dalam dompet atau dalam hp, tapi abang langsung tak suka,kenapa?Abang tak sayang saya ehh?'' tak puas hati lagi sebab suami tak jawab,jadi tak henti-henti bertanya.


"Ermmmm,ok lah kalau tak suka''. Saya mengalah dan mula tarik muka sedih. Agak kecewalah konon. :P


   Suami mula mendekati saya dan mula bersuara yang dari tadi dia asyik diam. "Bukan abang tak suka tapi abang sangat takut.Takut gambar 'awak ' terlepas ke tangan orang lain.Bayangkan kalau ada kawan-kawan abang tertengok gambar awak?Dan abang tak suka sangat awak ambil gambar sendiri.Abang sangat khuatir kalau-kalau orang lain dapat tengok isteri abang yang cantik ni (biasalah tu suami puji isteri,,werkkk!,jangan muntah yer... :P)Sebab wanita itu sendiri boleh jadi punca fitnah apatah lagi kalau gambar mula tersebar luas.Abang tak suka isteri abang dikongsi oleh ramai mata-mata lelaki,biar abang seorang sahaja yang menikmati 'keindahan dan kecantikan ' ister abang.'' jelas suami.

   Saya senyum dan mula faham kenapa suami tak suka simpan gambar saya.Dia nak 'jaga' saya dan hijabkan saya sepenuhnya. Isu bergambar ni suami memang sensitif tapi saya ni memang suka bergambar dari kecil lagi. Kalau gambar saya yang berhijab pun dia dah cemburu apatah lagi kalau saya bergambar biasa-biasa.

   Apa yang saya belajar daripada suami saya, dia sangat-sangat tekankan 'hijab' pada diri saya sebagai isterinya, bukan pada jasad saya sahaja bahkan dalam gambar pun dia titik beratkan. Sebab itulah saya tidak kongsikan gambar saya walau berhijab penuh di Muka Buku ini. Alhamdulillah.

   Sebenarnya saya nak kongsikan pada semua sahabat yang mana kita kena benar-benar faham 'cemburu' seorang suami atau tindak tanduknya yang kadang-kadang kita rasa suami tak sayang kita sebenarnya itu adalah tanda penjagaannya terhadap kita.

   Ingatlah satu perkara,cemburu seorang suami adalah keselamatan bagi kita.Begitulah juga kalau suami suruh kita berhijab penuh,bukan maksudnya malu nak tunjuk kita pada orang lain atau terlampau cemburu tetapi kerana dia sangat sayangkan kita.

Wallahu'alam.




p/s- 'awak dan saya' kata ganti nama untuk panggilan saya dan suami sebenar...yang sebenarnya panggilan tu lain..;) heheh.




NuurMuslimatusy Syaheedah.(28/3/13)

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular