Isnin, 26 November 2012

BIDADARI MAHLIGAI CINTA

Sekian banyak dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah yang menunjukkan bahawa tetap rumah itu adalah lebih baik bagi seorang wanita. Setiap apa yang disebut sebagai ‘baik’ oleh Allah dan Rasul SAW maka tiadalah sesuatu pun yang lebih baik dari perkara itu. Allah berfirman di dalam al-Quran yang menunjukkan perintah kepada isteri-isteri Nabi SAW yang bermaksud :

~~Tetaplah
 kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berhias-hias seperti berhiasnya perempuan jahiliyah yang dahulu…~~[al-Ahzab : 34].

Ibn Kathir berkata ketika menafsirkan ayat ini : “Adab-adab ini telah Allah perintahkan kepada isteri-isteri Nabi SAW dan wanita umat ini (untuk mereka mengikuti ummahat al-mukminin)…(ayat ini bermaksud) iaitu tetaplah kalian dan janganlah keluar tanpa sebarang hajat dan antara hajat yang dibenarkan syara’ ialah solat di masjid dengan syarat yang telah ditetapkan[3]“.

Manakala al-Qurtubi pula berkata : “Ayat ini menunjukkan perintah untuk tetap di rumah, walaupun ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri Nabi SAW tetapi dari segi makna, ia juga merangkumi wanita-wanita lain, bagaimana tidak, sedangkan banyak perintah syara’ yang menyuruh wanita tetap di rumah dan tidak keluar kecuali darurat[4]“."





Nuur MuslimatusySyahidah.

"BAHAYA TABARRUJJ


Ini adalah peringatan untuk kita para wanita,
ingatlah wanita-wanita yang memakai pakaian yang menutup aurat sekalipun,sekiranya pakaiannya itu berwarna cerah dan menarik perhatian serta berhias-hias dan bergaul bebas dengan lelaki ajnabi.Situasi ini tidak jauh bezanya daripada wanita yang Allah laknat kerana berpakaian tetapi hakikatnya telanjang(pakaian ketat dan nipis).

Rasulullah SAW bersabda,"Wanita yang melabuhkan pakaiannya dalam keadaan berhias-hias(atau memakai perhiasan) adalah seumpama gelap gelita di Hari Qiamah,tiada Nuur baginya."(Tirmidzi)

Maksudnya di sini wanita yang berhias-hias dan bergaul bebas dengan lelaki ajnabi berada dalam keadaan gelap gelita di Hari Akhirat tiada baginya nuur atau cahaya seperti cahaya orang-orang beriman.
Malah di dunia ini pun hati pun menjadi gelap,tiada baginya cahaya walaupun berhijab tetapi berhiasa-hias dan bergaul bebas dengan lelaki ajnabi.hati-hati yer,jangan sangka kita dah tutup semua kita dah selamat,kadang-kadang eksesori kita tu  yang selalunya jadikan diri kita tabarruj

Kita ini berada di zaman fasha' dan munkar,dunia akhir zaman,jadi perkara agama/sunnah ini di anggap ganjil,ada hadis mengatakan ini.Pandangn mereka ke kamu itu bukan pandangan nafsu kerna asyik dengan perhiasanmu tapi kerana dilihat sebagai ganjil.wallhu'alam"

Rabu, 17 Oktober 2012

JADILAH BIDADARI PENYEJUK MATA SUAMI





 Allah SWT sangat ‘memandang’ kehebatan seorang wanita/isteri dalam melayan suami dan mengasuh sendiri anak-anak.


 Ramai para ibu di zaman ini membiarkan anak-anak mereka ke tangan orang lain dan menganggap tugas lain lebih penting daripada ini.Sedangkan ‘tangan emas’ yang Allah anugerahkan in tidak mungkin ada pada tangan orang lain.Yang menjadi mangsa adalah anak-anak kita sendiri.






   Ramai para isteri di zaman ini sering membiarkan suaminya ‘sendirian’ secara ruhani atau juga jasmani,menderhaka pada suami dan tidak melayan suami dengan sebaik-bailnya.Tugas lain dianggap lebih penting dari khidmat melayan suami sedangkan isteri adalah tempat seorang suami mendapat ketenangan jiwa dan minda.Kalau bukan kita yang menjadi sumber ketenangan pada suami kita,siapa lagi?Apa kita mahu suami kita mencari ketenangan di luar sana?


   Kita semua mahu syurga Allah itu menjadi tempat istirehat kita di alam akhirat sana dan juga kita mahu jadi ‘Ketua Bidadari’ untuk suami kita di sana jadi sepatutnya kita sahut seruan ini dan jadilah bidadari terbaik suami kita di dunia ini lagi.Sedangkan wanita yang pertama yang menjejakkan kaki di syurga Allah adalah wanita yang sangat pandai dan bijak dalam melayani suaminya,siapa lagi kalau bukan sahahabiyyah kita ‘Mutiah’R.anha isteri kepada Bilal R.anhu.Lihat bagaimana beliau melayan suami beliau dan bagaimana kehidupan beliau,hidup bersama anak-anak dan menguruskan rumahtangganya dengan sebaik-baiknya.

  Apabila suaminya pulang ke rumah,disambutnya dengan penuh ‘keindahan’,saya yang menulis ini terfanaa sebentar,cuba membayangkan manisnya berbuat seperti beliau.Ia sangat manis dan saya selalu jadikan beliau sebagai sumber inspirasi saya.Ternyata suami saya sangat sukakannya,katanya ‘’tiada yang paling indah setelah pulang dari kerja atau kerja agama kecuali,di muka pintu saya menyambut dengan senyuman dan bercantik-cantik untuknya,subhaanallah.Semua suami mahukan ini kan.

   Sambung cerita sahabiyyah tadi,beliau bukanlah wanita yang sering keluar rumah,beliau juga bukanlah wanita yang menghabiskan masa di luar rumah tapi beliau adalah wanita yang sentiasa di rumah.Nah!Inilah wanita syurga!Tak mahukah kita ikut jejak seperti beliau?Rasulullah SAW sendiri memberi contoh ini kepada puteri Baginda SAW,Fathimah R.anha,jadi kenapa kita masih sibuk fikirkan perkara lain padahal inilah kebahagiaan dunia dan akhirat kita.

   Sebagai isteri yang bijakdan solihah jadilah bidadari yang bisa menyejukkan hati,jasad dan minda suami kita agar,apabila suami kita keluar rumah untuk urusan kerja atau agama,’perjalanannya’ lebih laju dan berkualiti.Suami ibarat kereta,perlu di cas baterinya,sampai masa bateri ‘jiwa’nya lemah,kitalah sebagai isteri sebagai pengecas bateri suami agar kereta ‘perjuangannya’ bertambah laju.

  Setiap hari kita sebagai isteri mesti berusaha dan fikir untuk menghiburkan suami kita yang tercinta.Setiap saat kita kena tanya suami,apa keperluannya,dan bersegeralah dalam menunaikannya.Contoh yang saya pernah berikan dalam ‘Tips Bidadari Comel’.

   Semoga kita semua menjadi isteri yang menyejukkan mata suami bukan sebagai yang membebankan suami.Ayuh ‘bidadari comel’ semua,bangkit dan mara dalam menghiburkan suami kita dan anak-anak kita.wallhu’alam.

   Yang menulis ini pun masih banyak kekurangan,setiap hari cuba buat yang terbaik untuk suami,kalau ada salah silap,kalau ada kejahilan pada saya,saya mohon maaf dan sila tunjuk ajar saya.






NuurMuslimatusySyahidah 17/10/2012

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular