Assalamualaiykum,
Alhamdulillah di beri kesempatan untuk saya berkongsi sedikit ilmu yang saya baca dari
bayan-bayan Maulana-Maulana dan juga hasil muzakarah dengan suami
tersayang.Seterusnya ada beberapa lagi pesanan untuk para suami semua.Semoga apa
yang saya sampaikan dapat kita sama-sama amal dan ambil iktibar,jangan lupa
sampaikan juga kepada sahabat-sahabat kita di luar sana...insyaAllah.(^_^) ye
lah kan ramai di antara isteri ,punya
masalaah dgn ''sikap'' suami terhadap isterinya,wahai para suami cubalah
selusuri perjalanan Rasulullah Saw dalam menggembirakan isteri-isteri baginda Saw....jom!!
Kepada suami –suami yang dirahmati Allah selalu.
Cuba kalian salami ‘jiwa’ isteri kalian,jangan hanya pandai
bermain dan bermandi manda di sungai tapi tak mahu menyelam ke dasar
sungai.Seperti madah saya yang lalu yang berbunyi begini ;
HATI SEORANG
ISTERI
‘’Hati Isteri Ibarat 'sebatang anak sungai',kelihatan tenang
beralun,mendamaikan,menyejukkan.Saat si suami mencedok airnya di wajah,terasa
segar dan nyaman.Saat suami mula mandi-manda di sungai,dia terasa di belai dan
di manjakan.Dia selalu hadir ke anak sungai ini untuk menyegarkan wajahnya dan
bermandi-manda tapiiii...kenapa tersangat kurang suami yang mahu 'menyelam' ke
dasar sungai itu dan tidak mahu tahu apa yang ada di dasarnya,apa yang
tersimpan.Selamilah wahai suami,lihat ada apa di dasarnya,adakah ada
'kesedihan',kelukaan, kegembiraan dan sebagainya.Jangan biarkan arusnya terus
hanyut di buai sepi.Suami,seharusnya kalian memiliki hati isterimu bukan hanya
lahir.’’
Sebagai suami yang soleh kalian mesti bijak menghiburkan
isteri kalian,jangan hanya pentingkan diri sendiri dan terlalu ego untuk
menggembirakan isteri kalian.Mereka sudah bersusah payah untuk kalian dan
anak-anak juga.Jom para suami yang dimuliakan Allah,hargailah dan gembirakanlah
isteri kalian!
Sebagai suami kalian mesti bijak ikram/muliakan bidadari
kalian seperti ini,
*Wajib untuk penuhi hak rumah tangga
*Rajin ikram anak-anak depan isteri
*Selalu bawa isteri dan anak-anak jalan-jalan
*Mesti puji masakan isteri.
*Sentiasa puji isteri apabila nampak kebaikan
*Bercerita di malam hari
*Jangan lupa untuk beri hadiah
*Hias diri kalian dgn akhlak yang baik sepertimana yang
ditunjukkan oleh Nabi SaW.
*Sentiasa berDoa.
Duhai suami...panggillah
isterimu dgn panggilan yang manja,kerana panggilan manja itu memberi kesan yg
mendalam di hati isteri ,sekaligus mendatangkan rasa cinta dan hormat kerana panggilan
tersebut menggambarkan betapa mesranya hubungan suami isteri,seperti ‘’sayang,ayang,darling,atau
apa saja ..asalkan isteri anda sukeeee.. ♥ ~
Duhai Suami...selalu-selalu lah bawa balik buah tangan
untuk bidadarimu yg sedang menunggu di
rumahmu,seperti coklat, buah-buahan,pakaian,dan sebagainya.Isteri yg baik pasti
menerimanya dgn hati yang amat gembira dan menghargainya~~(^___^).
Duhai Suami...Jadilah kekasih yang memahami dan mengerti
sifat-sifat kewanitaan isterimu serta menolong isterimu di dalam
kesusahan,kesakitan dan kerinduan
Duhai Suami ....sekali sekala bawalah isterimu pergi
berjalan-jalan untuk hiburkan hatinya ,ia cukup untuk meringankan bebanan
perasaan dan juga keletihan yg di alaminya~~(^_^) ...
Duhai Suami ...apabila makan masakan isterimu,ermmm... jangan
lupa yaaa... puji-pujilah masakannya itu di hadapannya serta menunjukkan selera
di atas makanan yg dihidangkannya,ia boleh menghilangkan lelah kerana penat
memasak, juga menambahkan sayang isteri padamu.Sebagai penghargaan untuk
isterimu~~(^_~) jadi tambah rajin lah isteri utk memasak lagi dan lagi,insyaAllah.
Duhai Suami...isterimu sememangnya ada kecantikan dan
kelebihannya tersendiri,anugerah Allah pada setiap wanita,pujilah
isterimu...kecantikannya,pakaiannya,paras rupa dan apa saja yg ada pada
isterimu.Memujuk rayu dengan kata yg memikat hati ,insyaAllah kata-katamu itu
menjadi sumber ''keyaqinan'' utk dirinya.
Duhai Suami...setiap hari setiap waktu ,ambil berat dan
perhatian mengenai kehidupan isterimu .Tanya isterimu segala kekurangan dan
masalah-masaalah yang merumitkan
hidupnya .Adakah dia sedang bersedih,adakah dia sedang dalam kesusahan,adakah
dia sedang tertekan,tanyalah pada isterimu,agar dia terasa dirinya di sayangi
dan diber perhatian.
Duhai Suami...wajib ke atas kamu untuk memberi isterimu wang
tambahan dan peruntukkan yang tersedia dari perbelanjaan dapurnya sehari-hari.Jadi
jangan kalian susahkan bidadari kalian dengan masaalah kewangan sebab itu
adalah tanggungjawab kalian,para suami~~(^_^)
Duhai Suami ..akhir sekali jangan lupa untuk berterima kasih
kepada isterimu yang telah berkhidmat utkmu seperti basuh pakaian,menggosok
sepatu,seterika pakaian,kemas rumah,memasak,merawat anak dan sebagainya.Satu
lagi,jangan lupa untuk ucap terima kasih kepada isterimu setiap kali selepas
''bersama'' kerana kerelaannya menyerahkan segala-galanya kepadamu~~(^____^)
Alhamdulillah...setakat ini sahaja dulu untuk membicarakan
peranan suami terhadap isteri,insyaAllah di lain masa saya akan kongsi lagi
mengenainya.Semoga bermanfaat untuk kita semua.Semoga encik-encik suami di luar
sana tidak lagi hanya pandai bermain-main di gigi air tapi pandai menyelam ke
dasarnya.Selamilah apa yang ada di dasar sungai kasih bidadarimu!Wallhu’alam
NuurMuslimatusySyahidah
16/10/2012.