‘’Saya nak kawen muda’'..hihihi...bunyi macam gedik dan
gatai kan?Orang jahil aje yang kata
gatai,sebenarnya kita sebagai gadis kena ada fikir risau pasal kawen,apalagi
sebagai ibu bapa,kena ada fikir pasal jodoh anak-anak,jangan dilambat-lambatkan,padah
jadinya.Sebab dengan berkahwinlah kita sudah selamatkan diri kita dan agama
kita dan daripada lelaki-lelaki yang ‘gila’
dengan kita...huhuhuh...
Kecantikan,kemuliaan dan keberkatan seorang gadis adalah
apabila dia cepat menikah..(^_~)..nak jadi wanita berkat kena cepat nikah,cepat
dapat anak,dan ringan maharnya,betul tak?.."~~
Jom nikah muda-muda..kalau kita tahu kelebihan nikah ni,dan
pandangan Allah pada orang yang dah nikah ni,gerenti pakat nak kawen muda belaka....kalau
kita asyik kejar ilmu(alasan tak kawen-kawen)..sampai tua pun ilmu Allah ni tak
habis,jadi kawen lah dulu,lepas kawen
Allah bagi banyak lagi ilmu,rezqi pula melimpah,..tak caya..cer kawen,...hehehe.
"Sebenarnya kan kawen muda ni banyak hikmahnya...antaranya.Sebab
masih comel ‘liplip’ dan bila dah kahwin kekal muda walaupun anak dah ramai.Kalau mengandung perut kecik je dan mudah bersalin(bergantung
juga kepada hubungan dengan Allah dan hubungan dengan suami).Anak dah besar
nanti,kita muda dan cun lagi.Suami suka bersenda gurau dengan kita dan manjakan kita sebab kita manja dan comel,heheheh
:P..Apa lagi yer..banyaklah lagi hikmahnya...tak larat dah nak bla-bla.
Itu kelebihan dari segi fizikal,tak termasuk dari segi
rohaniyyahnya lagi.Dari segi rohaniyyahnya pula, subhaanallah banyaknya kelebihan,kalau solat,puasa dan amalan ibadah
yang lain,ganjarannya masyaAllah banyak.Kalaulah mata hati kita boleh nampak ‘alam
ghaib’ tu,heheh nescaya kita semua berlumba-lumba nak nikah.Tapi nak nikah
jangan sebab nak ‘enjoy’,jahannam jadinya.Ihklaskan hati kerana Allah,nak jaga
diri dan agama.InsyaAllah Allah akan mudahkan dan kurniakan kita kebahagiaan ‘syurga
sebelum syurga’,insyaAllah.
Jangan pula lupa dalam mencari pasangan,jangan hanya berdasarkan
''cinta'' semata,sebab ''cinta'' tidak menjamin bahagia,carilah pasangan yang
taat pada perintah Allah dan yang amal dengan sunnah-sunnah Rasulullah Saw,,,insyaAllah,,,kebahagian milik
kita dunia dan akhirat.Kita juga kena faham ‘agama’,kena banyak belajar
ilmu tentang perintah-perintah Allah
apabila kita sudah menjadi isteri nanti.Tapi jangan risaulah semuanya akan
menjadi mudah apabila kita ikhlaskan hati kerana Allah,insyaAllah.
Nak dengar kisah saya kenapa saya nikah di usia muda?
|
Cantik pic ni kan,heheh pinjam je. |
Saya dah taip dah tapi kalau tak baca lagi bagus,kalau nak
baca juga,bacalah tapi jangan pula cakap bukan-bukan tentang saya,heheh,asje jer
acah.Saya sendiri nikah dalam usia taklah muda sangat,masa umur saya ‘sweetseventeen’,okey
tak? ;).
Ada orang fikir saya malu nikah di usia ini,dan saya tahu
rata-rata sahabat yang nikah muda ni,malu pula nak mengaku nikah muda zaman
sekarang ni.Saya dulu macam gadis lain juga,urusan nikah ini saya tak fikir
sangat,saya anggap itu sesuatu yang tidak penting pun,paling muda pun saya nak
nikah di usia 25thn sebab masa tu saya fikir,saya nak belajar
tinggi-tinggi,masuk universiti dulu,saya nak bersuka ria dulu,saya nak jadi
penyanyi (walau suara tak sedap langsung,heheh),saya nak jadi model dan
macam-macam lah.Itulah kalau hati masih belum kenal Allah tapi apabila Allah
beri sedikit kefahaman pada saya tentang ‘maksud’ kita hidup di dunia ini,itu
yang buat saya fikir jauh.
Saya sedar
saya hanya hamba Allah yang Allah hantar ke dunia ini untuk mengabdikan
diri padaNya.Solat dan ibadah fardhu yang lain,Alhamdulillah dengan hidayah
Allah itu kita semua tahu,alhamdulillah dengan taufiqnya kita taat dan dapat
amal tapi cara hidup kita yang bagaimana Allah hendak kita buat,itu yang
menjadi persoalan saya.Alhamdulillah berkat kesungguhan saya Allah tunjukkan
jalan.
Saya banyak fikir,diri saya sebagai seorang gadis,jujur saya
beritahu saya agak rimas dengan ‘panahan’ cinta daripada lelaki-lelaki yang ada
di sekitar saya masa itu,tua muda,bujang,suami orang,semuanya sama,memang
merimaskan!.Asalnya saya budak sekolah biasa,yang bercampur lelaki
perempuan,jadi perkara begini memang wujud,itulah salah satu sebab kenapa saya ‘cabut’
lari dari sekolah setelah selesai saja
PMR dan ujan oral masa tu dan pergi ke Madrasah Tahfiz.Itulah salah satu
sebabnya kenapa saya ambil keputusan untuk ‘berhijab dan berfurdah’,tapi sebab
utama ialah kerana Dia yang Maha Agung.
Sejujurnya saya bersyukur kerana Allah ‘nikahkan saya’ di
usia ini,yang sebenarnya saya tak sangka pun sebab saya target masa tu saya nak
habiskan ‘hafizah’ dulu dan nikah di usia 18/19thn.Tapi Allah Maha Hebat,Maha
Bijaksana,di hantarNya si dia kepada
saya di usia saya yang baru beberapa hari masuk umur 17thn.Agak bingung juga
saya,terkejut pun ada,tersenyum sorang-sorang,’secepat
ini Allah makbukan doa saya,Allahu Akbar!’.Masa tu,saya baru jer jejakkan kaki kembali ke Madrasah setelah hampir setahun
saya tangguh belajar sebab saya ‘masuk
wad’ untuk satu ‘pembedahan’(yang ini pun ujian juga masa tu,hanya Allah yang
tahu).Masa tu,saya sangat sayang nak tinggalkan Madrasah tapi saya fikir balik
kalau Allah dah ‘hadiah’kan saya ini kenapa perlu saya tolak?Lagipun saya dah
buat istikharah dan Allah ‘tunjukkan’ jawapannya dalam mimpi saya di ‘satu
malam’.
Teringat kembali,dulu-dulu setiap hari saya berdoa,agar
Allah hantarkan si dia untuk ‘jaga’ saya,sebab saya ni mujahadah seorang diri
saja,tiada kawan,tiada teman,teman-teman saya semua jauh-jauh.Kalau teman dekat
‘nasyid Nadamurni dan Qathrunnada’lah,hehehe.Tapi saya bersyukur kerna saya sentiasa ada Teman
Tertinggi,Rafiqul A’la,Allah yang Maha Agung!
Allah Maha Penyayang,(^_^).Buat sahabat satu sekolah
dulu-dulu,saya tahu kalian sangat terkejut kan,saya nikah di usia itu sedangkan
masa tu,sahabat semua akan berperang untuk SPM yang akan menyerang di hujung
tahun,hihihih tapi saya ni awal-awal tahun lagi dah nikah.Maaf sangat-sangat
sebab tak hantar ‘kad walimah’ untuk sahabat semua sebab takde kad-kad pun.Saya
nikah buat ‘simple-simple’ jer,ajak jiran dekat-dekat dan rombongan pihak
lelaki saja sebab saya tak mahu bebankan Maa dan Abah saya.Jadi saya minta maaf
banyak-banyak bukan saya tak ajak tapi saya ‘tak mampu’,Maa Abah izin nikah pun
satu rahmat dah,heheheh.Susah juga kalau nikah kehendak diri sendiri
nihh,kikikik :P.
Akhir kata saya memohon maaf andai ada salah silap di setiap
tulisan saya ini.Saya pun insan yang lemah ,selalu buat kesilapan,maka
maafkanlah saya yang lemah ini.Moga Allah ampunkan saya,wallhu’alam.
(NuurMuslimatusySyahidah 15/10/2012)