Jumaat, 12 Oktober 2012

6 SIFAT SAHABAT NABI SAW.


6 SIFAT SAHABAT

  Untuk mendapat  kejayaan  didunia dan diakhirat,  kita hendaklah mengikuti segala perintah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.  Oleh kerana perintah Allah itu  amat luas dan kadang-kala susah untuk kita  ikuti  maka para  Alim Ulama  telah  mengkaji  dari  Al-Quran dan Hadith bahawa terdapat 6 sifat yang unggul  iaitu sifat-sifat yang mulia  yang terdapat  pada para  sahabat  yang  mana  mereka  dapat   mengikuti   suruhan   Allah   dan  meninggalkan laranganNya dan dengan itu mereka memperolehi kejayaan didunia dan diakhirat.
   Kejayaan  disini  bukanlah  kejayaan dari  susah menjadi senang  atau dari  miskin menjadi kaya tetapi  kejayaan disini ialah  banyak  manakah  perintah Allah dan  Sunnah Rasulullah  SAW yang telah kita ikuti. Ini akan memberi kita kejayaan.   Jadi, jika  kita dapat menghayati dan  beramal dengan  sifat yang mulia ini,  insyaallah kita juga akan mendapat kejayaan didunia dan akhirat.. 6 sifat sahabat itu ialah :
1.       Yakin dengan kalimah Taiyibah                              4.    Ikram Muslimin
2.       Solah yang kyushu’ dan khudhu’                            5.    Keikhlasan Niat
3.       Ilmu dan Zikir                                                     6.    Dakwah  dan Tabligh

SIFAT YANG PERTAMA
Yakin  dengan Kalimah Taiyibah - LA ILLAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH - ertinya Tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya. Apabila kita melafazkan kalimah ini dengan ikhlas dan yakin terhadap kalimah ini maka kita telah membuat satu pengakuan terhadap Allah SWT akan mematuhi segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. LA ILLAHA ILLALLAH iaitu Kalimah Yakin. Hanya dengan keyakinan yang betul maka Allah SWT mengurniakan kepada hambaNya syurga yang lebih besar lagi luas dari langit dan bumi ini.
A. Tujuan LA ILLAHA ILLALLAH.
Tujuan kalimah ini ialah untuk memasukkan kebesaran Allah SWT dalam hati kita dan mengeluarkan kebesaran makluk dari hati kita. Untuk memasukkan kebesaran Allah kedalam diri kita maka kita hendaklah yakin bahawa Allah berkuasa atas setiap sesuatu yang dijadikanNya. Allah boleh melakukan sesuatu tanpa pertolongan makluk, makluk apabila hendak lakukan sesuatu mestilah dengan keizinan Allah SWT.
Misalnya - Kisah Nabi Ibrahim AS dibakar oleh Namrud; Nabi Musa AS dengan Firaun. Dengan kisah-kisah ini kita dapat lihat walaupun Nabi-nabi mempunyai berbagai keistimewaan tetapi semuanya dengan keizinan Allah SWT. Api dan air juga boleh mendatangkan kebaikan dan juga boleh membawa kemudaratan, semuanya dengan kudrat dan iradat dari Allah SWT. Maka kita mesti tanamkan keyakinan yang Allah berkuasa atas setiap sesuatu. Jadi dalam kehidupan kita mesti yakin yang rezeki itu adalah dari Allah bukan dari wang gaji suami kita. Apabila kita makan kita mesti yakin yang Allah yang mengenyangkan kita bukan makanan dan semua perbuatan kita adalah dengan keizinan dari Allah. Susah, senang, sakit, sihat adalah kuasa Allah belaka. Apabila kita menjauhkan keyakinan terhadap kekuasaan makluk dan menumpukan keyakinan hanya kepada zat dan kekuasaan Allah, maka makluk itu akan ditundukkan Allah kepada kita. Jadi keyakinan beginilah yang kita hendak usahakan dalam hati kita, kaum keluarga kita dan umat-umat Rasulullah SAW. Apa-apa yang ada didunia ini adalah asbab belaka dan kita tidak boleh yakin pada asbab.
KELEBIHANNYA :
1.       Barang siapa diakhir kalamnya atau diakhir hayatnya dapat menyebut kalimah ini maka Allah SWT akan mewajibkan syurga baginya.
2.       Kalimah ini jika ditimbang dengan dunia dan seisinya maka berat lagi kalimah ini.
3.       Tersebut dalam hadith : Apabila seorang itu menyebut kalimah ini maka tiang Nur di Arash Allah akan bergoncang dan tidak akan berhenti selagi Allah tidak mengampunkan dosa orang yang menyebutnya.
4.       Barang siapa dapat menyebut 100 kali sehari kalimah ini maka dihari kebangkitan nanti Allah SWT akan bangkitkannya dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama.
5.       Di dalam satu hadith : Rasulullah SAW bersabda Perbaharuilah Iman kamu dengan mengucapkan kalimah LA ILLAHA ILLALLAH.
Dengan kelebihan-kelebihan ini kita dapat lihat betapa tingginya dan besar nilainya kalimah ini disisi Allah SWT. Tetapi kita pada hari ini masih lalai dan tidak langsung mengambil berat tentang kalimah ini.

B - Tujuan Kalimah MUHAMMADUR RASULULLAH
Tujuan Kalimah Muhamaddur Rasulullah ini ialah supaya dapat kita yakinkan diri kita bahawa cara hidup yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sahajalah yang akan memberi kita kejayaan didunia dan diakhirat. Cara hidup lain akan hanya membawa kita kepada kegagalan - misalnya : kisah miswak dll.
KELEBIHANNYA :
Barang siapa dapat menghidupkan satu Sunnah Rasulullah SAW dengan istiqomah maka Allah akan berikan 100 pahala syahid. Cuma satu sunnah sahaja yang dapat dihidupkan dizaman fasha’ dan mungkar ini, maka Allah SWT akan beri pahala yang sebegitu besar sekali. Ini menunjukkan betapa sayangnya Allah pada hamba-hambaNya. Ulamak-ulamak berkata diakhir zaman ini Allah sayang pada hamba-hambanya 50 - 70 kali lebih daripada para sahabat. Tetapi masih ramai manusia yang masih tidak mahu langsung ikut sunnah-sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan mereka seharian. Orang yang hidupkan sunnah Rasulullah SAW diakhirat nanti Allah SWT akan pandang mereka dengan pandang rahmat. Satu sunnah adalah lebih baik dari 7 dunia dan 7 syurga. Jika kita dapat hidupkan sunnah Rasulullah SAW diakhirat nanti Rasulullah SAW akan memberi syafaat kepada kita dan akan memberi minum dari telaganya dengan tangannya sendiri. Insyaalah. Bagi mereka yang mengikut sunnah Rasulullah SAW akan mendapat 4 ganjaran didunia dan 4 diakhirat;
4 didunia :
1.       Dia disayang orang                                     3.    Hidupnya  diberkati
2.       Dia ditakuti musuh                                            4.    Agama tidak dicemari
4 di akhirat :
1.       Rasulullah SAW mengenali kita                               3.    Di kubur kita mengenali Rasulullah SAW
2.       Rasulullah SAW akan memohon syafaat       4.    Berjiran dengan Rasulullah SAW


SIFAT YANG KEDUA

SEMBAHYANG (SOLAH) yang kyushu’ dan khudu’.
Selepas kita yakin dengan Kalimah Taiyyibah maka kita hendaklah ikuti segala perintah Allah dan perintah pertama dan julong-julong sekali yang wajib kita tunaikan ialah sembahyang. Bagaimana sembahyang para sahabat yang begitu kyushu’ sekali kerana keyakinan mereka terhadap Allah. Mereka yakin dengan sembahyang dapat menyelesaikan segala masalah mereka dan mereka yakin disebalik sembahyang ada rezeki, ada kesihatan tubuh dan ada janji-janji Allah diakhirat nanti. Dengan sembahyang Allah juga akan mengurniakan taufiq untuk mentaatinya. Bila ada masalah atau keperluan, sahabat-sahabat akan bersolah dan meminta bantuan Allah e.g Sahabat yang tidak ada makanan dia bersolah dan pohon pertolongan dari Allah maka tepong keluar daripada pengisar. Sahabat juga mempunyai kyushu’ dalam solah seperti Hadrat Ali RA terkena panah dikakinya dan hanya dapat dikeluarkan semasa beliau solah tanpa rasa sakit. Oleh itu perlu usaha supaya dapat kyushu’ dalam solah.

TUJUAN SOLAH
Tujuan solah ialah supaya kita dapat mengeluarkan sifat-sifat ataupun kelakuan kita dalam solah keluar solah. Bila dalam solah seluruh anggota kita berada dalam keadaan bersih dan fikiran kita hanya tertumpu pada Allah. Mulut kita hanya berzikir memuji Allah dan membaca Al-Quran dan tiap pergerakan anggota kita mengikut segala perintah Allah. Jadi begitu jugalah apabila diluar sembahyang, aurat kita mesti dilindungi dan kita harus jaga diri kita dan pergerakan kita hanya pada tempat yang diredhai oleh Allah.
KELEBIHANNYA
Barang siapa dapat menjaga sembahyang 5 waktunya dengan sempurna maka Allah akan mengurniakan 5 ganjaran iaitu :
1.       Allah SWT akan memberkati rezekinya
2.       Dia diselamatkan dari siksa kubur
3.       Dia akan menerima buku catatannya dari tangan kanan
4.       Dia dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat
5.       Dia dapat masuk syurga tanpa hisab
Solah adalah anak kunci ke syurga. Solah adalah jihad yang terbaik sekali. Solah adalah Nur bagi orang mukmin. Solah menjadi pelindung pada Hari Qiamat.

SIFAT YANG KETIGA
A.  ILMU DAN DZIKIR
Ilmu itu ialah pengetahuan kita tentang ilmu Allah dan dzikir ialah mengingati Allah. Ilmu itu wajib dituntut oleh setiap orang muslimin lelaki dan perempuan. Kita perlu belajar bagaimana dapat hidupkan ilmu agama dalam kehidupan harian kita.

TUJUAN ILMU
Tujuan ilmu ialah supaya kita dapat mengetahui atau wajib atas kita mengetahui segala perintah Allah dan laranganNya pada setiap waktu dan ketika bagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Kita mesti tahu tentang halal dan haram, sah atau tidak sesuatu perkara itu. Tanpa ilmu mungkin solah kita tidak betul, puasa, zakat dan haji kita pun tak akan sempurna tanpa ilmu. Begitu juga ilmu tentang keimanan dan amalan kita seharian perlu juga kita tuntut supaya apa yang dikehendaki dan diredhai Allah dapat terus kita amalkannya. Kita juga mesti tahu sifat-sifat yang perlu ada didalam diri kita dan juga sifat-sifat yang patut kita tinggalkan. Ilmu pengetahuan itu akan tecapai hanya dengan belajar.
KELEBIHANNYA
Orang yang keluar untuk menuntut ilmu Allah itu adalah jihad dan jika ditakdirkan mati dikira syahid. Barang siapa berusaha untuk memperluaskan ilmu agamanya maka usahanya dikira ibadat. Setiap makluk yang tinggal dilangit, dibumi dan dilaut berdoa dan beristighfar untuknya. Seorang Alim lebih ditakuti syaitan daripada 1000 orang Abid. Rasulullah SAW bersabda barang siapa merempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan mendorongkan baginya jalan ke syurga. Rasulullah SAW bersabda andaikata kamu berangkat untuk mempelajari satu bab dari ilmu agama samada kamu dapat atau tidak beramal dengannya maka itu lebih utama dari sembahyang sunat 100 rakaat.

B.  DZIKIR
Dzikir itu ialah mengingati Allah pada tiap masa dan keadaan.

TUJUAN DZIKIR
Kita berdzikir ialah untuk menghubungkan diri kita dengan Allah SWT dalam setiap masa dan keadaan.
KELEBIHANNYA
Barang siapa mengingati Allah nescaya Allah SWT mengingatinya. Allah SWT berserta dengan orang-orang yang lidahnya sentiasa sibuk dengan zikirullah. Allah SWT akan mengurniakan kepada orang-orang yang berzikir, cinta dan makrifatNya. Zikrullah adalah benteng pertahanan godaan syaitan. Orang yang berzikir dianggap hidup disisi Allah dan yang tidak berzikir dianggap mati disisi Allah. Zikir melembutkan hati.

SIFAT YANG KEEMPAT
IKRAM MUSLIMIN
Iaitu hak seseorang muslimin keatas muslimin yang lain.

TUJUAN IKRAM
Tujuan ikram muslimin ialah kita hendaklah menunaikan hak-hak setiap saudara kita tanpa menuntut hak kita daripada mereka. Kita mesti tahu apakah hak sebagai ibubapa yang kita kena tunaikan pada anak-anak. Anak-anak pula mesti tunaikan hak mereka pada kedua ibubapanya. Isteri pada suami dan suami pada isteri. Eg. ( Keluarga Rasulullah SAW ) Kita juga mesti tunaikan hak kita pada keluarga, jiran, orang-orang tua dan anak-anak yatim dimana jika tidak ditunaikan akan dituntut diakhirat. Sekiranya kita mempunyai amalan yang banyak tetapi tidak tunaikan hak-hak mereka yang perlu ditunaikan, maka diakhirat nanti semua amalan kita dibahagikan kepada mereka dan dosa-dosa mereka pula terpaksa kita pikul. Kita mesti wujudkan sifat ikram seperti para sahabat. Eg. Kisah kepala kambing dan kisah sahabat yang sanggup beri makan kepada saudaranya yang lapar tanpa mengira kelaparan anak-anak mereka semata-mata untuk memuliakan tetamu. Dengan sifat ini, Allah telah memuji mereka dalam Al-Quran. Hadrat Fatimah RHA dan sahabiah lain ada sifat ikram dan mereka telah dapat pujian Allah SWT dalam Al-Quran. Kita perlu contohi sifat ikram mereka supaya kita dapat bersama-sama mereka diakhirat dan mendapat keuntungan.
KELEBIHANNYA
Barangsiapa menyembunyikan kesalahan seseorang Islam, Allah akan menyembunyikan kesalahannya. Barangsiapa menolong saudaranya yang seagama nescaya Allah SWT akan menolongnya. Barangsiapa memaafkan hak-haknya nescaya Allah SWT mengurniakannya mahligai disyurga. Barangsiapa merendahkan diri kerana Allah nescaya Allah SWT mengangkatkan darjatnya. Satu hak yang kita tunaikan, Allah akan memberi 73 ganjaran yang mana  satu sahaja sudah cukup untuk memenuhi keperluan kita didunia dan 72 lagi akan diberi diakhirat nanti. Orang yang keluar dari rumahnya untuk menziarahi sahabatnya semata-mata kerana Allah, maka 70,000 malaikat akan memohon rahmat untuknya hingga ia pulang. Apabila seseorang muslim senyum pada seorang muslim yang lain maka itu adalah sedeqah. Sabda Rasulullah SAW tidak sempurna Iman seseorang jika ia tidak kasih pada saudaranya seperti ia kasih kepada dirinya sendiri.Sabda Rasulullah SAW  kepada Hadrat Ali RA, sesiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati, nescaya Allah SWT tuliskan baginya 1000 ribu kebaikan dan dihapuskan 1000 ribu kejahatan dan diangkatkan baginya 1000 ribu darjat. Sabda Rasulullah SAW, Hak orang Islam atas orang Islam ada 6 perkara :
1.       Apabila engkau bertemu dengan dia ucapkanlah salam padanya.
2.       Apabila dia memanggil hendaklah memperkenankan.
3.       Apabila dia meminta nasihat hendaklah beri nasihat.
4.       Apabila dia bersin dengan memuji Allah hendaklah memohon Rahmat buatnya.
5.       Apabila dia sakit hendaklah ziarahinya.
6.       Apabila dia meninggal hendaklah hantarkan jenazahnya.

SIFAT YANG KELIMA
IKHLAS NIAT
Keikhlasan niat ialah supaya segala sesuatu kita kerjakan adalah semata-mata kerana Allah dan bukan untuk mendapatkan sanjungan atau pujian dari makhluk. Apa yang kita lakukan hendaklah dengan niat untuk mencari keredhaan Allah, bukanlah dengan niat mendapat keduniaan dan bukan pula kerana ria’. Seperti Firman Allah SWT, Aku tidak pandang pada rupa mu atau kekayaan mu tetapi pada hati mu.
KELEBIHANNYA
Ikhlas akan membesarkan pahala amalan kita. Hanyalah amalan yang ikhlas akan diterima oleh Allah. Barangsiapa menderma walaupun sebesar biji tamar dengan ikhlas semata-mata kerana Allah maka Allah akan beri ganjaran emas lebih besar daripada gunung Uhud tetapi jika tidak ikhlas walaupun menderma emas sebesar gunung Uhud tidak akan diterima oleh Allah. Sabda Rasulullah SAW tentang pentingnya sifat ikhlas; Allah tiada menerima amalan melainkan amal yang ikhlas baginya dan yang dituntut dengannya keredhaan Allah. Apabila seorang mukmin beramal dengan niat yang baik iaitu ikhlas maka akan bersinarlah dalam hatinya cahaya Iman. Tidaklah beramal seorang kamu dengan ikhlas didalam 40 hari melainkan timbul  mata air hikmat dari dalam hatinya menerusi lidahnya. Semua orang akan hancur kecuali orang yang berilmu. Semua orang berilmu akan hancur kecuali orang yang beriman. Semua orang beriman akan hancur kecuali orang yang beramal dan semua orang beramal akan hancur kecuali orang yang ikhlas.

SIFAT YANG KEENAM
MUJAHADAH KELUAR DIJALAN ALLAH - DAKWAH DAN TABLIGH
Beriman kepada Allah itu tidaklah cukup hanya dengan ucapan sahaja, tetapi harus disertai dengan amal perbuatan. Orang Islam wajib mengamalkan ajaran-ajaran Islam dan termasuk dalam ajaran-ajaran itu ialah menyampaikan ajaran-ajaran Islama pada orang lain.
Bermujahadah iaitu keluar dijalan Allah atau melapangkan masa untuk menegakkan agama Allah semata-mata kerana Allah SWT terutama sekali kaum lelaki. Hendaklah kita melapangkan masa, korbankan harta benda, tenaga, diri, masa dan nikmat-nikmat dunia semata-mata kerana Allah SWT. Untuk menyempurnakan amalan dakwah, hendakalah kita hijrah dan nusrah terutama memberi kerjasama kepada jemaah-jemaah yang datang dari luar. Jika kita selalu berdakwah pada orang maka Allah akan kuatkan Iman kita dan menambahkan Ilmu pada diri kita dan berikan kita kekuatan untuk beramal.


TUJUAN MUJAHADAH
Tujuan bermujahadah/Dakwah adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah supaya kehidupan dirahmati dan diberkati Allah untuk mendapat kejayaan Dunia dan Akhirat. Untuk menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW dan mempelajari Tareqah Rasulullah SAW. Untuk memperbaiki diri sendiri. Untuk mensyukuri nikmat Allah. Untuk menghayati sifat-sifat para Sahabat supaya sedikit sebanyak kita dapat kekuatan untuk usahakan sifat-sifat para Sahabat dalam diri kita dan dalam diri keluarga kita dan umat Rasulullah SAW.
KELEBIHANNYA
Barangsiapa mengurbankan satu pagi dan satu petang pada jalan Allah adalah lebih bernilai daripada dunia dan seisinya. Barang siapa membelanjakan hartanya pada jalan Allah dan juga semua amalannya semasa keluar, Allah beri ganjaran 700,000 kali ganda pahala. Barang siapa berjuang pada jalan Allah, nescaya Allah memperkenankan doa-doa dan permohonannya seperti doa-doa para ambiya Bani Israil. Anggota-anggota yang disaluti debu-debu kerana keluar dijalan Allah tidak akan disambar oleh asap api nereka. Ada malaikat yang duduk dekat Arasy Allah SWT dimana malaikat ini diutuskan untuk berdoa atas 3 perkara :
1.       Ia akan berdoa supaya Allah ampunkan dosa orang yang keluar dijalan Allah.
2.       Ia akan berdoa semoga Allah ampunkan dosa orang yang ditinggalkannya.
3.       Ia akan berdoa semoga Allah pertemukan mereka disyurga nanti.
Apabila kita buat usaha ini maka kita mestilah anggap ini adalah satu tugas yang penting sekali dan ia adalah lebih tinggi nilainya dari kerja-kerja dunia kita. Oleh itu kita mestilah beri keutamaan atas usaha ini. Apabila kita lakukan usaha ini maka kita mesti lakukan semata-mata kerana Allah untuk mendapatkan keredhaanNya, barulah kita akan mendapat menefaat dari usaha ini. Jika kita pandang usaha ini sebagai tidak penting dan lakukannya hanya pada masa lapang sahaja atau kerana desakan suami/isteri sahaja maka usaha kita itu tidak akan dapat pertolongan/nusrah dari Allah SWT. Kita akan dapat pahala dan ganjaranya tetapi sebagai sumber hidayat untuk orang lain tidak akan tercapai. Jika dilihat para sahabat RA keluar dijalan Allah pada setiap masa dan dalam setiap keadaan waktu pertunangan atau perkahwinan, waktu kelahiran atau kematian, ditengah musim dingin atau panas, ketika lapar atau kenyang, semasa sakit atau sihat, ketika kuat atau lemah, pada masa muda atau waktu tua, pendek kata pada setiap masa dan dalam setiap keadaan para sahabat RA sentiasa mengutamakan perjuangan agama Allah ini. Dakwahlah pada saudara kita agar mereka sama-sama membuat usaha agama yang suci ini. Yang penting berdoalah semoga Allah mengurniakan taufiq dan hidayahnya pada kita dan juga pada semua umat Rasulullah SAW dan semoga Allah kekalkan kita didalam usaha yang mulia ini hingga akhir hayat kita. Insyaallah.



Rabu, 10 Oktober 2012

BERKAWAN KERANA ALLAH

Sahabatku yang dimuliakan Allah,

Apabila kita bertemu rasa tak jemu,


Apabila kita berpisah rasa tak gelisah,


Apabila berjauhan kita sentiasa mendoakan kebaikan antara satu 

sama lain.

Apabila kita dekat kita saling tolong menolong,


Sama-sama gembira di kala suka,


Sama-sama sedih di kala duka,

Itulah tandanya kita saling berkasih sayang kerana Allah.


Semoga Allah merahmati kita semua.

Ohh indahnya ukhuwwah fillah... bertemu berpisah kerana Allah, 





...(^__^)




Love u allz...




NuurMuslimatusySyahidah 10/10/2012

Ahad, 7 Oktober 2012

CARILAH BAHAGIA PADA IMAN DAN TAQWA

Alhamdulillah...bahagia dalam setiap derita dan senang,itu yang kita mahukan.....(^_^)...
Allahu Akbar....terseksa menanggung sengsara dan senang bagi orang yang tidak ada Allah dalam hatinya....ini yang kita tak mahu ...(-_-)

Subhaanallah......Kalau mahu cari bahgia,carilah pada iman dan taqwa.Nescaya kita tidak akan kecewa kerna iman dan taqwa pada Allah lah yang boleh menjamin bahgia...

(^_~)

Astaghfirullah......Kalau kita cari bahagia pada harta,pada cinta manusia,pada pangkat dan nama dan pada apa saja yang nampak gah di dunia.Kita sudah gilakan dunia ini,dan semua itu akan fana juga akhirnya,bahkan ia membawa kepada penderitaan yang tak pernah bertepi.Kalau kita tersalah cari bahagia,di dunia lagi kita sengsara,apatah lagi di akhirat sana.Moga Allah buangkan sifat ini dalam diri kita.(-__-)

Laa ilaha illallah...... Andai iman dan taqwa itu jadi rebutan kita bersama,pasti tak ada lagi persengketaan dan perebutan di dunia ini.Apabila kita dapat iman dan taqwa,kita pasti hidup bahagia.Dunia dan seisinya pasti di tangan kita.Akhirat pula kita dijamin syurga (^_^)

Semoga kita semua tergolong dikalangan orang yang bahagia dunia akhirat....

NuurMuslimatusySyahidah 8/10/2012

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular