Rabu, 10 Oktober 2012

BERKAWAN KERANA ALLAH

Sahabatku yang dimuliakan Allah,

Apabila kita bertemu rasa tak jemu,


Apabila kita berpisah rasa tak gelisah,


Apabila berjauhan kita sentiasa mendoakan kebaikan antara satu 

sama lain.

Apabila kita dekat kita saling tolong menolong,


Sama-sama gembira di kala suka,


Sama-sama sedih di kala duka,

Itulah tandanya kita saling berkasih sayang kerana Allah.


Semoga Allah merahmati kita semua.

Ohh indahnya ukhuwwah fillah... bertemu berpisah kerana Allah, 





...(^__^)




Love u allz...




NuurMuslimatusySyahidah 10/10/2012

Ahad, 7 Oktober 2012

CARILAH BAHAGIA PADA IMAN DAN TAQWA

Alhamdulillah...bahagia dalam setiap derita dan senang,itu yang kita mahukan.....(^_^)...
Allahu Akbar....terseksa menanggung sengsara dan senang bagi orang yang tidak ada Allah dalam hatinya....ini yang kita tak mahu ...(-_-)

Subhaanallah......Kalau mahu cari bahgia,carilah pada iman dan taqwa.Nescaya kita tidak akan kecewa kerna iman dan taqwa pada Allah lah yang boleh menjamin bahgia...

(^_~)

Astaghfirullah......Kalau kita cari bahagia pada harta,pada cinta manusia,pada pangkat dan nama dan pada apa saja yang nampak gah di dunia.Kita sudah gilakan dunia ini,dan semua itu akan fana juga akhirnya,bahkan ia membawa kepada penderitaan yang tak pernah bertepi.Kalau kita tersalah cari bahagia,di dunia lagi kita sengsara,apatah lagi di akhirat sana.Moga Allah buangkan sifat ini dalam diri kita.(-__-)

Laa ilaha illallah...... Andai iman dan taqwa itu jadi rebutan kita bersama,pasti tak ada lagi persengketaan dan perebutan di dunia ini.Apabila kita dapat iman dan taqwa,kita pasti hidup bahagia.Dunia dan seisinya pasti di tangan kita.Akhirat pula kita dijamin syurga (^_^)

Semoga kita semua tergolong dikalangan orang yang bahagia dunia akhirat....

NuurMuslimatusySyahidah 8/10/2012

Khamis, 4 Oktober 2012

ADAKAH KITA BENAR-BENAR BAHAGIA?



   Apakah dengan hidup kaya dan mewah,punya pangkat yang besar, rumah besar, kereta besar dan sebagainya yang kita nampak gah itu adalah bahagia? Juga, apakah bahagia itu akan hadir apabila kita dapat memiliki insan yang kononnya kita cinta? Agaknya kalau kita memilki semua itu barulah kita mula rasa sangat senang dan bahagia?

   Tidak...sekali-kali tidak!Rasa senang bukan bahagia sekalipun kita memiliki semua itu,kerana semua itu bersifat lahiriah dan ia bukanlah hakikat bahagia.Kalau Allah kurniakan semua itu pun pada kita belum tentu kita bahagia.Allahu Akbar!

   Hakikat bahagia akan hadir apabila kita boleh bertenang dalam apa jua keadaan. Allah bagi ujian, kita tenang, Allah bagi kesenangan, kita tenang dan rasa bahagia, Allah bagi susah kita tetap berterima kasih dengan Allah. Segala ketetapan Allah pada kita, kita redha dan rasa syukur. Itulah tanda kita bahagia.

   Kalau kita selalu keluh kesah dalam menghadapi hidup ini, kita selalu mengeluh dengan ujian Allah, kita selalu iri dengan orang yang Allah bagi kelebihan di dunia, itu bermakna kita tidak bahagia dan hati kita rosak. Kita dirosakkan oleh sifat-sifat mazmumah yang kita kekalkan di hati kita. Sifat mazmumah yang bersarang dalam diri kita itu tidak pula kita berusaha untuk membuangnya, jadi inilah punca kita tidak bahagia.

   Hasad dengki, gila dunia, sombong, ego, bongkak dan sukar menerima taqdir Allah, yang tertanam dalam diri itu kita bisa merosakkan segala dan inilah yang membuatkan kita tak pernah rasa bahagia. Laa ilaha illallah.

   Jelaslah kebahagiaan itu bukanlah pada material semata tapi ia ada dalam hati kita apabila hati kita sudah bersih.

   Carilah ketenangan sebenar dan dapatkan kebahagiaan sebenar. Semoga kita ini Cintakan Allah setiap masa dan sebagai bukti cinta kita padaNya, kita cuba taat segala perintahNya. Sentiasa kita basahkan hati, minda dan lidah kita dengan zikrullah sebab apabila zikrullah dihayati, barulah bahagia sebenar kita perolehi, insyaAllah. (-__-) Wallhu'alam.

Ohhhh hati,singkirkanlah sifat-sifat mazmumah ini.

4/10/2012 Nuur MulimatusySyahidah)

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular