Selasa, 2 Oktober 2012

REZEQI ALLAH ITU LUAS



Allah SWT berfirman,"Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka".(at-Tolaqq :1)
Allah SWT berfirman,"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu,"(al-Ahzab :33)


Laa ilaaha illallah...takutlah Allah,kembalilah kita pada Allah yang menjaga kita selama,yang membahagiakan kita dengan kehidupan kita sebagai 'bidadari dan ratu' di mahligai kita.

Yang melimpahkan rezqiNya kepada kita dengan tidak pernah henti-hentinya.Yang beri kita makan tatkala kita lapar,yang menyembuhkan kita tatkala kita kesakitan.Allahu,Maha Pangasih Allah kepada hamba-hambaNYa.

Kita semua  adalah hamba Allah,sudah ditaqdirkan Allah jadikan kita sebagai 'wanita'.Ketahuilah oleh kita semua bahawa Allah swt sangat sayangkan kita.Sebab itulah Allah tak suruh kita buat kerja-kerja yang berat dan membebankan kita.Allah yang ciptakan kita jadi Allah tahu kemampuan kita.Cukup hanya berada di rumah,amal ibadah kita dan segala aktiviti harian kita di rumah,Allah janjikan pahala yamg melimpah.Allah janjikan kita ketenangan sebenar bahkan ia adalah kebahagiaan sebenar yakni syurga yang disegerakan Allah di dunia ini.

Allah swt memandang kita apabila kita sentiasa di rumah,menguruskan suami dan anak-anak.Itulah nilaian Allah sebenar,bahkan wanita-wanita yang meninggalkan 'khidmat' mereka sebagai surirumah ini adalah wanita yang sangat rugi dunia dan akhirat walaupun 'mata benda' yg diperolehinya kelihatan 'banyak tapi kerugiannya lagi banyak dan melimpah-melimpah hingga membawa kerosakan.Kerosakan zahir dan bathin,berlaku tanpa kita sedar,yang akhirnya memakan diri kita,anak-anak kita bahkan suami kita.

Orang yang jahil memandang 'tugas wanita sebenar' (surirumah) ini sebagai perkara yang merugikan dan tak mampu menjana ekonomi keluarga,bodohnya mereka kerana mereka buta mata hati,bayangkan apabila semua wanita keluar bekerja maka terabailah dan rosaklah pewaris bangsa kerana anak-anak yang paling berkualiti akalnya,akhlaknya dan sifat kepimpinannya adalah anak-anak yang ibunya sentiasa berada di sisinya.

 Di sini sangatlah menguji iman kita sebenar.Sangatlah rugi kalau kita sudah yaqin bahawa rezqi itu hanya datang apabila kita bekerja.Tahukah kita?Rezqi Allah itu sangat luas dan bermacam-macam?Yang nampak di mata kita adalah wang gaji suami kita.
Tanpa sedar kita sudah mensyirikkan Allah seandainya kita sangat-sangat  yaqin yang rezqi kita adalah dari gaji suami.

Tahukah kita?Apabila kita ini sebagai isteri dan ibu berkhidmat untuk  suami dan anak-anak dan sentiasa di rumah maka Allah akan bukakan lagi pintu-pintu rezqi untuk kita,keberkatan rezqi wujud apabila kita 'jalan' kan kewajipan kita sebenar (yakni 'surirumah) dan sentiasa berada di dalam rumah.

Di sinilah nak belajar imaan yang sebenar.Allah nak tengok kita ini benar-benar yaqin pada Allah atau yaqin pada 'yang kita nampak' sahaja. Bukalah mata hati,di situ kita akan lihat kehebatan Allah dan mengurniakan rezqi kepada hamba-hambanyaNya....AllahuAkbar! Wallahu'alam. (-_-)



Di sini saya sertakan hadis-hadis Nabi SAW :-



Ummu Salamah RA bertanyakan kepada Nabi SAW ,"Bagaimanakah pahala seorang wanita yang mengurus rumah?"Rasulullah SAW menjawab,"Setiap wanita yang mengurus rumahnya agar tampak rapi akan memperoleh rahmat Allah dan barangsiapa memperoleh rahmat Allah,maka ia tidak akan mendapat murkaNya."

Nabi SAW bersabda,"Sedekat-dekat keadaan seorang isteri/wanita kepada wajah Tuhannya adalah apabila dia berada pada bahagian terdalam dari rumahnya.Sesungguhnya solatnya di teras rumahnya adalah lebih utama daripada solatnya di dalam Masjid.Solat di dalam rumah adalah lebih utama daripada solat di teras 
rumahnya."(Ibnu Hibban)

Rasulullah SAW bersabda,"Wanita itu seluruhnya aurat.Sesungguhnya apabila dia keluar dari rumahnya maka syaitan akan bersamanya,dan sesungguhnya tempat paling mendekatkan dirinya dengan Allah SWT adalah di sudut rumahnya.."(Thabrani)

Rasulullah SAW bersabda,"Barangsiapa yang di suatu pagi tinggal dalam keadaan aman di dalam rumahnya,sihat tubuh badannya dan dia mendapati persediaan makan pada hari itu,maka seolah-olahnya dia telah dikurniakan dunia  dengan segala isinya,"(Tirmizi dan Ibnu Majah)

Nabi SAW,"Janganlah engkau melarang hamba-hamba Allah yang wanita mendatangi masjid-masjid Allah.Sedangkan rumah-rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka,"(Muslim)


YA ALLAH,KALAULAH MEREKA TAHU! (-_-)(NuurMuslimatusySyahidah 3/10/2012)

Selasa, 25 September 2012

ORANG YANG 'HIDUP' DI SISI ALLAH.




Suka dengar lagu/muzik? saya tahu rata-rata dikalangan kita sangat gemar dengar alunan irama dan lagu, tak kiralah irama sentimental, rock dan sebagainya. Saya sendiri adalah penggemar lagu-lagu berirama sentimental. :(


Walaupun lagu-lagu itu bersifat 'ketuhanan, keinsafan' ( seperti nasyid-nasyid yang mencampur adukkan irama muziknya yang tidak mengikut syariah.) ..tapi ia cukup mematikan hati kita. Peringatan dari lagu itu ada, tapi 'hakikat' nya tidak ada, kita tetap 'mati' di sisi Allah.

Astaghfirullah.:'(

Hati kita sebenarnya mengalami kesakitan yang amat apabila kita mendengar lagu-lagu tadi. Hati kita mula rosak tanpa kita sedar. Maka tertutuplah 'mata hati' .

Orang yang hidup di sisi Allah adalah orang yang selalu berzikir kepadaNya. Banyak zikir-zikir munajat yang boleh kita jadikan amalan, pagi petang,siang malam. Allah akan buka mata hati kita dengan perbanyakkan zikir.

Kalimah zikir sangat ringan untuk kita lafazkan tapi sangat susah untuk orang awam seperti kita amalkan.Perjalanan kita di dunia sudah jauh kita tinggalkan,sangat dikesali apabila setiap langkah langkah kita yang lalu tersangat kurang kita mengingatiNya.Allah masih beri kita peluang untuk perbaiki diri kita,Allah masih izinkan kita melangkah di bumiNya ini,semoga langkah-langkah kita sekarang ini semakin mendekat kita dengan Cinta AgungNya.

Allahummaghfirlii.. :'( .Semoga hati kita dapat kita bersihkan dengan perbanyakkan zikir kepada Allah.Semoga kita menjadi hambaNya yang 'hidup' di sisiNya.

Allahurabbunaa............ ampunkan kami,sebab kami selalu alpa dengan kehidupan ini sehingga kami terlupa bahawa kami akan mati dan kembali padaMu jua.
Laa ilaaha Illallah. (-__-)

Wallhu'alam.




NuurMuslimatusySyahidah...25/9/2012

Ahad, 23 September 2012

ALLAH AR RAZZAAQ.

     Sesungguhnya Allah Ar Razzaaq juga Al Ghaniyy,Maha Kaya Allah,dikurniakan rezqi kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki,ada yang melimpah ada yang kurang tapi setiap yang bernyawa Allah telah janjikan rezqi untuknya.

     Kalau kita orang yang Allah kurniakan rezqi yang sedikit (pada pandangan mata kepala kita)jangan kita mengeluh sebab kita tidak tahu apa yang Allah 'simpan' untuk kita,inilah peluang untuk kita belajar redha dengan apa yang Allah kurniakan pada kita.

    Rezqi Allah sangat Luas bukan sahaja yang kita nampak pada pandangan mata kasar kita ini bahkan lebih dari itu.Allah nak uji kita sejauh mana yaqin kita pada Dia,sejauhmana kita yaqin akan janji-janjinya.

    Kalau diuji Allah dengan masaalah kewangan atau sebagainya,itu tanda Allah sayang kita,Allah nak dengar kita mengadu dan minta pada Dia lagi dan lagi,Allah suka kalau kita datang pada Dia dan serah diri padaNya.

Jangan bersedih sebab ada 'sesuatu' yang Allah nak bagi pada kita...:')

Tuhan,ampunkanlah kami,andai kami banyak mengeluh,ampunkan kami andai kami tak dapat redha dengan apa yang Kau kurniakan.Astaghfirullah...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


       Sesungguhnya Allah Ar Razzaaq juga Al Ghaniyy,Maha Kaya Allah,dikurniakan rezqi kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki,ada yang melimpah ada yang kurang tapi setiap yang bernyawa Allah telah janjikan rezqi untuknya.

     Kalau kita orang yang Allah kurniakan rezqi yang banyak (pada pandangan mata kepala kita) ,jangan pula kita sangka itu semua bahagian kita,milik kita.Bahkan rezqi yang banyak adalah

 amanah dari Allah untuk kita salurkan di jalan yang benar,di jalan yang Allah redhai.

    Maka seharusnya dengan rezqi itu kita membantu saudara kita yang kekurangan,infakkan ke jalan Allah dan untuk keperluan kita sendiri juga.Kalau ada sifat tamak dalam hati kita moga Allah ampunkan kita dan minta Allah buangkan sifat buruk ini dalam hati kita.

     Ingatlahlah wahai diri yang masih banyak tersembunyi penyakit hati,ingatlah rezqi yang Allah kurniakan ini bukan milikan sepenuhnya.Ini juga dalah satu ujian hidup dari Allah,Allah nak tengok sejauh mana rasa syukur kita padaNya,sejauh mana yaqin kita akan janjj-janjiNya.

Allahu Akbar!

:') Hati kita terasa sesak,sesak dengan sifat tamak...astaghfirullah..Moga kita dapat bersihkan hati ini yang penuh dengan sifat mazmumah ini.Moga sifat-sifat mahmudah hadir dan menghiasi hati sanubari kita,agar kita sentiasa dekat dengan Tuhan yang Maha Pengasih.

NuuurMuslimatsySyahidah 24/9/2012

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular