Ahad, 15 Julai 2012

AKU MERINDUIMU.!


Walaupun hati sarat dengan rindu,
Kutabahkan jua mengharungi kehidupan ini tanpamu di sisi 
kerna aku tahu,
rindu ini cuma satu rasa yang Allah hadirkan ke jiwaku 
untuk memberi ruang hati membuktikan kesetiaan cintaku kepadamu.
Rindu ini membawa seribu kerahmatan

Walaupun hati sarat dengan rindu,
Aku tidak gentar dengan hari-hari yang akan berlalu,
Kerana Tuhanku sentiasa ada  menghiburkan aku,
anugerahNya selalu ada untukku,
Ku lihat langit biru nan indah,ku di sapa bayu yang damai,
Kulihat hijau yang  menenangkan,
Ku dengar burung yang berkicau,
Indahnya alam Tuhan,bisa memujuk hatiku yang sarat dengan rindu,
Aku sangat rindu.............Terima Kasih  Tuhan!

NuurMuslimatusSyahidah...... 15/7/2012...... 

Selasa, 22 Mei 2012

FATHIMAH AZ-ZAHRAA' R.ANHA. Tauladan terbaik untuk semua Muslimah.

   Bismillaahirrahmaanirrahiim.Assalamualaiykum w.b.t. kepada semua sahabat yang sudi berkunjung ke laman 'Bidadari Mahligai Cinta' ini..

  Subhaanallah pagi yang sangat indah,ada matahari yang menyinarkan cahayanya dan setiap tumbuhan hidup di sekitar mahligaiku disinari oleh  nuurnya.Juga ia menyuluh mahligai cintaku ini memberi sinar keindahan setiap suluhannya.Sangat damai rasanya.Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,menghadirkan burung-burung yang sibuk berzikir kepadaNya,kedengaran siulan-siulan mereka di mana-mana sahaja,sangat membahagiakan.Apalagi ada hembusan bayu mula menerjah di balik tingkap mahligaiku menghayunkan setiap helaian tabir.Kelihatan di luar ada tupai-tupai melompat sana sini mula sibuk mencari makan,juga sang burung yang di atas pokok rimbun yang di atas-atas rumput khusyuk mencari rezqi masing-masing,yang Allah sudah tetapkan bagi mereka semua,begitu juga dengan kita semua rezeki kita semua Allah sudah tetapkan.Begitulah setiap hari tatkala aku melihat gelagat makhluk ciptaan Allah di sekeliling mahligaiku.
  Wahh!Ambil 'feel' kejap,menikmati keindahan alam Allah SWT ini,dengan 'feel' ini maka minda pun jadi tenang dan segar,mudahlah untuk berbicara di sini,insyaAllah.Pagi-pagi lagi suami hantar si Sulong ke Sekolahnya,lalu kami bersarapan bersama dan  aku hantar suamiku di muka pintu mahligai,dengan lambaian yang penuh kerinduan dia berlalu meninggalkan mahligai cinta kami untuk tunaikan tanggungjawabnyadan aku akan setia menunggu kepulangannya,harap aku tak terlepas untuk sambutnya di muka pintu dengan senyuman insyaAllah. Makanya aku kembali dengan kehidupan di mahligai cinta ini dengan putera-puteraku dan urusan rumahtangga yang tidak pernah bertepi.Setelah menghantar si bongsu ke Tadika aku kembali ke rumah.Tinggallah aku bertiga dengan putera ke 2 dan ke 3.Ambil sedikit masa untuk berkongsi dengan teman-teman di alam maya ini satu kisah yang sangat menarik dan sangat menakjubkan!
  Kitab Hijab,hadiah dari suami sangat mengujakan!Kulit buku yang keseluruhannya berwarna hitam,cuma perkataan 'al Hijab'(dalam bahasa arab) sahaja yang berwarna putih dan agak usang,helaiannya ada yang mula tercabut,maklumlah dah lama,lebih kurang 11 tahun usianya.Dah lama aku tak ulang baca,selak demi selak,semuanya menarik perhatianku untuk baca lagi tapi apabila tiba di satu tajuk,aku mula membaca dengan penuh perhatian.Semakin lama aku baca semakin terasa sebak di dadaku,perbicaraan Rasulullah SAW dan puteri kesayangan Baginda SAW itu sangat menyentuh hati,keluhan puterinya lebih kurang sama dengan keluhanku...(tapi tak sama laa sgt kan sebab kita ni dah banyak kemudahannya,banyak mesin-mesin yang ambil alih tugas kita,kita kena banyak-banyak syukur).
  Mari teman-teman mari baca bersama saya, kisah ini bisa mengalirkan airmata kita andai kita baca dengan jiwa yang cintakan Allah dan RasulNya.Apa yang sangat tersentuh hatiku adalah kurniaan Allah itu,Allah nak muliakan kita,Allah nak bagi 'hadiah' kepada kita,Allah nak tinggikan darjat kita,Allah nak letak kita dalam syurgaNya yang indah itu sebab itu Allah suruh kita sentiasa berada di rumah,jaga sendiri anak-anak kita,khidmat suami kita,huhuhuh,sebak rasanya kalau ingatkan kurniaan Allah ini,Allah sangat sayangkan kita (kaum wanita) rupa-rupanya :')   tapi kita....kita seakan-akan buta akan semua ini,kita lebih suka untuk meninggalkan apa  yang Allah mahu ini,apa yang Rasulullah SAW dah ajar kita,kenapa?kenapa kita sangat terkesan dengan cara hidup musuh-musuh kita?Sehingga ada dikalangan kita malu kalau tunaikan tanggungjawab ini yakni sentiasa berada di rumah,kita malu dengan 'tittle' surirumah.Ya Allah,teman-teman,... bidadari syurga pun,mereka sentiasa berada di mahligai-mahligai mereka,rujuk Surah arRahmaan ayat 72.
  Andai kita punya hasrat untuk jadi bidadari syurga,kita seharusnya mencontohi gaya hidup bidadari syurga tadi,apalagi apabila di syurga nanti wanita-wanita dunia yang solihah Allah akan jadikan ketua bidadari,insyaAllah.Yaqinlah dengan janji Allah,hanya dengan mengikut cara Nabi SAW termasuk sahabat-sahabat dan isteri-isteri Baginda SAW sahaja kita akan dapat kecapi bahagia dan kejayaan di sunia dan di akhirat.
  Setiap orang ada alasan sendiri kan,aku tidak mahu pertikaikan cara hidup kalian sebab aku sendiri pun masih berusaha untuk jadi yang solihah,bukan senang dan tidak lah payah mana cuma kena betul-betul ikhlaskan hati.Cuma aku harapkan kalian jangan anggap aku seperti Malaikat-malaikat Allah,mereka memang bagus dengan Allah,aku ni hambaNya penuh dengan kelalaian dan dosa yang tak tertanggung.Jadi memang ada kelemahan-kelemahanku tersendiri,tegurlah aku,agar aku jadi yang diredhai Allah.
  Semoga kita semua dapat redha dari Allah SWT,di kenali oleh Rasulullah SAW,diredhai ibu ayah kita dan bagi isteri-isteri Semoga diredhai dan disayangi suami sentiasa hingga akhir hayat.Ayuh! kita selusuri sedikit daripada kisah Fathimah Az Zahraa' R.anha ini  yang saya olah kembali gaya bahasanya sebab bahasa kitab ini agak klasik ,insyaAllah ;-

FATHIMAH AZ-ZAHRAA' R.ANHA. Tauladan terbaik untuk semua Muslimah.

(Di karang oleh Wan Muhammad Bin Wan Muhammad Ali).

  Saya ingin memuatkan di sini satu kisah yang diriwayatkan oleh Abu Huraiyrah RA.Kisah ini memberi sekelumit gambaran mengenai kehidupan seorang wanita yang solihah puteri kepada semulia-mulia makhluk yakni junjungan Rasulullah SAW iaitu Saiyyiditinaa Fathimah Az Zahraa' R.anha.Kisah ini ada tersebut di dalam kitab Syeikh Muhammad Nawawiyy al Bantaniyy 'Sharhu Uquudil Lujjaiin fi Biyaani Huququ Zaujaiin'.
  Demikianlah ceritanya,saya terjemahkan ;-

   Pasa suatu hari masuklah Rasulullah SAW bertemu puterinya Fathimah Az Zahraa' R.anha.Didapati anaknya itu sedang mengisar tepung dengan menggunakan sebuah kisaran tangan,sambil mengisar sambil menangis.Maka sabda Rasulullah SAW kepada puterinya itu."Apa yang menyebabkan kamu menangis wahai Fathimah?Semoga Allah tidak menyebabkan matamu menangis?''.  Ujar Fathimah,"Wahai ayahku,batu kisaran ini dan urusan-urusan rumahtanggalah membuatkan aku menangis''.Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisinya.Fathimah menyambung kata-katanya,"Ayah,mintalah Aliyy RA membelikanku seorang hamba untuk menolongku mengisar tepung dan membuat kerja-kerja rumah".Mendengar kata-kata puterinya itu maka bangunlah Rasulullah SAW mendapatkan batu pengisar itu.Rasulullah SAW mengambil tepung dengan tangannya yang diberkati lagi mulia lalu diletakkan tepung itu dalam pengisar itu seraya mengucapkan,"Bismillaahirrahmaanirrahiim".Maka berpusinglah pengisar itu dengan sendirinya,dengan izin Allah SWT.
   Rasulullah SAW meletakkan tepung itu untuk puterinya dengan tangannya yang diberkati Allah SWT.Pengisar itu berpusing dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Alalh SWT dalam pelbagai bahasa sehingga selesai tepung itu dikisar.Maka bersabda Nabi SAW kepada pengisar itu,"Berhentilah kamu dengan izin Allah Taala".Pengisar itu pun berhenti lalu berkata-kata dengan izin Allah SWT(yang berkuasa menjadikan setiap sesuatu bertuturkata)Pengisar itu berkata-kata dalam bahasa Arab dengan fasih,"Ya Rasulullah SAW,demi Tuhan yang membangkitkanmu dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul,seandainya Tuan menyuruh aku mengisar tepung Masyriq dan Maghrib pun nescaya aku akan kisarkan kesemuanya.Sesungguhnya aku telah mendengar di dalam Kitab Allah SWT suatu ayat yang berbunyi;-
    "(maksudnya)Wahai orang-orang yang beriman,peliharalah dirimu dan keluargamu dari apai neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,penjaganya para Malaikat yang kasar,yang keras yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang diperintahkan".Maka aku takut ya Rasulullah SAW kelak aku yang menjadi batu yang masuk neraka".
   Nabi SAW bersabda,"Bergembiralah kamu kerana bahawasanya kamu adalah batu daripada mahligai Fathimah az Zahraa' di dalam Syurga!"  Maka bergembiralah batu pengisar itu apabila mendengar berita gembira itu ia lalu diam.Bersabda Nabi SAW kepada puterinya,"Sekiranya Allah SWT kehendaki yaa Fathimah,nescaya pengisar itu boleh mengisar sendiri untuk kemudahanmu tetapi Allah SWT mahu tuliskan untukmu  kebaikan dan menghapuskan kejahatan dan mengangkat darjatmu,
  • Yaa Fathimah,.... apabila seorang wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung untuk suaminya maka Allah SWT menjauhkannya dengan neraka sebanyak 7 buah parit.
  • Yaa Fathimah,....seorang wanita yang meminyakkan rambut anak-anaknya dan menyikat rambut mereka dan membasuh pakaian mereka maka Allah SWT mencatatkan baginya ganjaran orang yang memberi makan kepada 1000 orang yang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang telanjang.
  • Yaa Fathimah,....apabila seorang wanita yang menghalang hajat jiran-jirannya maka Allah SWT akan menghalangnya daripada meminum air dari Telaga Kautsar pada hari Kiamat. 
  • Yaa Fathimah,..yang lebih utama dari semua itu adalah keredhaan suami terhadap isterinya.Jikalau suamimu tidak redha denganmu maka aku tidak akan mendoakanmu.Tidakkah kamu ketahui wahai Fathimah bahawa redha suami itu adalah redha Allah SWT dan kemarahannya itu adalah kemarahan Allah SWT.
  • Yaa Fathimah,....apabila seorang wanita mengandungkan janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para Malaikat untuknya dan Allah SWT mencatatkan untuknya setiap hari 1000 kebaikan dan menghapuskan daripadanya 1000 kejahatan.
  • Apabila dia mulai sakit hendak bersalin maka Allah SWT akan mencatat baginya pahala orang-orang berjihad pada jalan Allah yakni berperang Sabil.
  • Apabila dia melahirkan anak,maka keluarlah semua dosa-dosanya seperti bayi baru lahir.
  • Yaa Fathimah,....apabila seorang wanita itu berkhidmat untuk suaminya dengan niatnya benar yakni semata-mata keran Allah maka keluarlah dosa-dosanya seperti  keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan tidaklah keluar dia dari dunia ini dalam keadaan dia berdosa sedikit pun.Kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan Allah mengurniakannya  pahala 1000 Haji dan 1000 Umrah juga beristighfar untuknya 1000 Malaikat hingga Hari Kiamat.
  • Yaa Fathimah,....apabila seorang wanita yang berkhidmat untuk suaminya sehari semalam dengan baik hati,ikhlas dan niat yang benar maka Allah ampunkan semua dosa-dosanya dan Allah akan pakaikannya persalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan baginya setiap helai bulu atau rambut pada jasadnya 1000 kebaikan dan Allah akan kurniakan pahala 1000 Haji dan Umrah. 
  • Yaa Fathimah,....apabila seorang wanita senyum di hadapan suaminya maka Allah melihatnya dengan pandangan rahmat.
  • Yaa Fathimah,....apabila seorang wanita menghamparkan hamparan atau tilam atau mengemaskan rumahnya untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah kepadanya penyeru dari Langit,"Hadapilah amalmu(maksudnya teruslah beramal),Allah telah mengampuni bagimu perkara-perkara yang telah lalu daripada dosa-dosamu dan perkara-perkara yang akan datang".
  • Yaa Fathimah,....apabila seorang wanita meminyakkan rambut suaminya,janggutnya,memotong kumisnya dan memotong kukunya maka Allah SWT memberinya minum daripada 'ArRahiiqul Makhtuum,' dan daripada sungai-sungai di Syurga Allah juga Allah ringankan baginya saat Sakratul Maut dan didapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga.Allah catatkan untuknya  kelepasan dari Api Neraka dan selamatlah dia melintas Titian Sirathul Mustaqiim"'
   Nahh! Siapakah wanita yang beriman yang tidak gembira mendengar kisah Saiyyiditinaa Fathimah Az Zahraa' R.anha ini?Alangkah beruntungnya wanita beriman yang hidup mengikut fitrahnya atau sifatnya yang semulajadi.Memainkan peranan yang asasi sebagai isteri,juga ibu dan pengasuh kepada anak-anaknya,hidup di dalam lingkungan rumahtangganya,menjaga kehormatan dirinya dan harta benda suaminya serta tidak melewati batas-batas syaraa'.
  Lihatlah betapa banyaknya keuntungan dunia dan akhirat yang ia peroleh.Betapa hidupnya dinaungi dengan rahmat Allah sebelum dan sesudah mati.Wanita yang berimaan yang benar-benar memahami kisah ini tidak ada lagi keinginan  untuk berkeliaran di luar rumah,kononnya untuk 'berjuang','berkhidmat untuk masyarakat','membantu pembangunan','mengejar kemajuan' dan sebaginya.Itu semua tidak menjamin rahmat dan keredhaan Allah untuknya bahkan mendedahkan dirinya kepada pelbagai fitnah zahir dan batin juga kepada kesengsaraan.
   Rupa-rupanya,tidak sesekali hina seorang wanita itu memainkan peranannya yang asasi dalam lingkungan rumanhtangganya ini bahkan ia merupakan jalan penghapusan dosa-dosanya,menambahkan kebaikan untuknya dan menaikkan darjatnya di sisi Allah SWT.Oleh kerana rumahtangga itulah asas masyarakat dan asas bagi tamadun maka dengan berkhidmat dalam rumahtangga itu sangat memberi sebesar-besar sumbangan  bagi memperkukuhkan dan memperbaik masyarakat dan tamadun dan sebaik-baik persiapan untuk kembali ke akhirat.
  Diriwayatkan daripada Ibnu Mas'ood RA bahawa Nabi SAW bersabda ,"Apabila seseorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatatkan baginya 1000 kebaikan dan mengampunkan 1000 kejahatan dan mengangkat 1000 darjat dan setiap sesuatu yang terkena cahaya matahari beristighfar untuknya".
  Nyatalah bahawa di dalam Islam darjat seseorang wanita itu tidak diukur dari sudut pendapatannya atau gajinya dan tidak pula dari sudut kewarganegaraan dan setakat mana dia memainkan peranan-peranan lelaki tetapi ia dinilai dari sudut taqwanya dan taatnya kepada Allah.Di dalam peradaban barat moden seseorang wanita itu dihargai dan dipandang 'tinggi' martabatnya apabila dia memainkan peranan-peranan lelaki.Oleh sebab itulah keibuan dicemuh,peranan wanita yang tradisi di dalam rumahtangga dihina-hinakan dan beranak ramai di pandang jelek.Sehingga berkembangnya apa yang dinamakan 'perancangan keluarga'.Setiap orang yang memahami sejarah kemanusiaan akan dapat mengenal bahawa ini adalah di antara alamat-alamat kehancuran dan bukannya 'progress' atau kemajuan.
  A'isyah R.anha pernah berkata,"Bunyi gelendong seseorang wanita itu seimbang dengan takbir di jalan Allah SWT dan wanita yang memakaikan pakaian untuk suaminya daripada benang yang dipintalnya sendiri maka dia mendapat 100 000 kebaikan bagi setiap jalur benang tenunan kain itu".
  Daripada apa yang tersebut di atas bukanlah bermakna perempuan itu menjadi seperti abdi suaminya atau seperti khadamnya semata-mata.Suaminya ada pula peranannya sebagai 'qawwaam' ke atas isteri yakni ketua,hakim,pengajar adab-adab,orang yang menegakkannya apabila dia tumbang dan meluruskannya apabila dia bengkok.Untuk memainkan peranan ini si suami mestilah wajibtaat kepada Allah dab menjungjung tinggi syariat Allah SWT agar dia menjadi orang yang adil dan tidak zalim juga mengenal dan menyempurnakan hak-hak isterinya ke atasnya.(Tamat)~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 Alhamdulillah,Allah sayangkan kita(wanita) kan teman-teman :') .Sebak rasanya,marilah kita sama-sama fikir dan berusaha untuk menjadi yang terbaik.Untuk membina ummat yang baik akhlaknya,yang bertamadun ,semuanya bermula dari tangan-tangan emas kita ini.Kitalah yang wajib mencorak anak-anak kita mengikut kehendak Allah.Kalau kita sentiasa tinggalkan anak-anak kita pada orang lain,kalau kita selalu penat dan sibuk sehingga tidak larat nak uruskan keperluan suami dan mahligai cinta kita,apa akan jadi?Kita pun tahu banyak keburukan yang akan menimpa kita samaada dari segi hati,perasaan,minda,tubuh badan dan persekitaran kita.Kalau suami kalian menyuruh kalian untuk berhenti bekerja,taatlah sebab ini adalah 'kebahagiaan',insyaAllah.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada kita semua.Wallahu'alam. Allah Kuasa Makhluk  Tak Ada Kuasa. (^___^) peace!

NuurMuslimatusySyahidah 2012

Selasa, 15 Mei 2012

AKU SUKA MELUKIS

   Assalaamualaiykum pembuka bicara,lama juga ni tak datang sini,jenguk pun tak,cian blog aku yang tak laku ni,heheheheh :P.Hari ni minda teringat cerita tentang lukisan.Aku memang suka melukis sejak kecil lagi dan dinding rumah sewaan Parent aku laa jadi mangsanya,alaa kakak aku pun sama dia pun conteng gak,siap conteng rumah tandas lagi,hehehehe.Sorry ye tuan rumah,huhuhu.Di sebabkan arwah atukku(tapi aku tak sempat kenal) orang seni pandai ukir-ukir,mak aku pun terer laa jugak,cuma aku ni  je tak terer mana,jujur aku cakap tangan masih 'keras' tak selembut mak,hurmmm.Kebanyakan adik-beradikku boleh dan pandai melukis.

  Dulu- dulu aku  memang  sangat gemar melukis,yang paling aku suka lukis,gambar orang/potret.Kecik-kecik dulu aku selalu lukis gambar wanita seksi,(heheh secara peribadinya aku suka tgk perempuan seksi,sebab aku pun suka seksi-seksi ni,tapi pandai-pandailah ye jgn plak nak seksi depan org yg tak sepatutnya).

   Sambung lagi citer.Dah boring lukis pasangan cute tadi ''furdah ♥ serban''....aku lukis laa pulak budak-budak kecik pakai jubah/kurtah,serban/kopiah.Itu je laa kerja aku kalau aku boring-boring.Tangan aku takkan duk diam,mesti aku lukis sesuatu,sesiape pernah kawan ngan aku,tau laa aku camner.Aku memang sangat teruja lukis gambar budak lelaki,dalam lukisanku tu kalau budak-budak tu main bola pun,aku letak serban,heheheh (^_~).Masa tu memang aku sangat teruja lukis gambar budak lelaki.Mak aku selalu tengok aku lukis sebab sambil-sambil jaga kedai mak kalau takde pelanggan melukis laa kerja aku.

   Sekarang Mak senyum dan ingat balik tentang lukisan aku dulu-dulu.Hihihihihi Mak tengok anak-anak aku sekarang,dia senyum ,''hurmmm sama macam yang kau lukis dulu,''Alhamdulillah apa yang aku lukis itulah angan-angan,dan sebahagiannya memang jadi kenyataan.(^___^) sebahagian lagi,semuanya bergantung pada diri aku sendiri...ermmm 4 orang anak lelaki Allah amanah kan untuk aku dan suami ,doakan aku boleh buat yang terbaik yang Allah SWT n Rasulullah SAW suka!..insyaAllah.



  Errrr citer aku tak habis lagi laaa,sekarang aku dah tak melukis dah,sebab suami aku tak galakkan aku lukis gambar manusia,walaupun kartun,kalau pemandangan takpe laa kan.Ermmm sesetengah orang memang tak boleh terima ini,tapi jalan Taqwanya memang tak boleh lukis lah,huhuhu...(^_^) Apepun kalau boleh lukis pun ,aku memang takde masa nak melukis,sibuk sekarang ni,macam-macam  kerja nak kena selesaikan,housewife katakan!

  Anyway kalau ada kesempatan dan peluang belajar melukis aku memang nak belajar tapi apabila fikir-fikir balik baik aku guna masa tu untuk sesuatu yang lebih bermakna,balajar agama ke,keluar jalan Allah ke,insyaAllah.Ok sehingga ketemu lagi,kalau ada masa aku akan update lagi.Dadaaaaaaaa.Salaamm


NuurMuslimatusySyahidah 2012

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular